Tuesday, February 16, 2010

Zul Kulim:: Guan Lim: Awas Musang Berbulu Ayam!!

Salam 2 all.


Saya mengutuk dan mengecam keras cubaan kerajaan YAB Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidurrosul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini.


Ini jelas pada saya membuktikan apa yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan YAB Lim Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan.


Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah 'Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan.


Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan ini; dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri!


Benarlah kata Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja.


Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa..kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka; dan mereka takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai itu.


Tetapi saya ingin memberi amaran kepada rejim chauvinis YAB Lim Guan Eng, jangan ingat kerana kamu dikelilingi oleh Melayu dangkal yang dayus dan penakut itu serta sanggup bersekongkol dengan kamu, maka umat Islam yang lain akan tunduk diam.


Yakin dan percayalah diluar sana masih ada umat yang tegas dan berani, yang akan tetap mempertahankan aqidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda.



Kerana kami yakin akhirnya nanti kami umat Islam tetap akan menang, kerana kami mengasihi ALLAH lebih daripada segala-galanya.Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim chauvinis ini. Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa itu maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan.



Bangkitlah, jadikanlah diri kita sebagai antara yang akan dihitung oleh ALLAH sebagai pembela agamanya dizaman penuh mehnah dan fitnah ini. Jadikanlah kisah keberanian Saidina Bilal bin Rabbah sebagai panduan, ambillah contoh pengorbanan keluarga Assyahid Sumaiyyah dan Yaasir sebagai ikutan.


Moga ALLAH memberikan kita kekuatan aqidah dan ukhwah untuk berhadapan dengan segala mehnah dan fitnah ini.



Wassalam.Zulkifli Bin Noordin

Ahad29 Safar 1431

14 Februari 2010

Dilema Politik UMNO Kedah

MUNGKIN kalau mahu menyedapkan hati, tidak salah jika ada mana-mana pihak buat seketika menerima sahaja kenyataan UMNO Kedah yang menolak andaian wujudnya kumpulan dan puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri tersebut berpecah belah.


Malah tidak salah juga jika kita menerima dengan hati terbuka kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bahawa, semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Shafie Apdal.


Tetapi UMNO Kedah tidak boleh menghalang kalau orang bertanya apakah kenyataan itu sekadar retorik atau realiti dan lebih daripada itu, apakah sindrom penafian masih wujud di kalangan pemimpin parti tersebut biarpun kini mereka sudah kehilangan kuasa?


Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Kedah berhak menolak sebarang andaian atas alasan ia ‘‘cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada dalam parti’, tetapi mereka tidak mampu menyembunyikan fakta.


Dalam soal ini, selain maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, penulis berkesempatan mengetahui situasi sebenar politik di Kedah termasuklah peluang untuk UMNO kembali berkuasa. Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sememangnya berpeluang untuk merampas semula negeri itu daripada Pas seperti mana kata seorang pemerhati politik, peluang BN ialah 60-40 bukan 50-50.


Tetapi semua itu bergantung kepada keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Masalah yang paling ketara menurut pemerhati politik tersebut ialah di peringkat bahagian. Atas sebab itulah, pemerhati berkenaan menolak sebarang andaian untuk meletakkan sebarang kelemahan atau kesalahan kepada Shafie Apdal.


‘‘Kalau orang tahu apa sebenarnya berlaku di bahagian-bahagian UMNO di Kedah, mereka akan memahami siapapun yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, ia tidak akan berkesan.


‘‘Ia kerana bahagian-bahagian UMNO di Kedah sangat lemah, justeru tidak wajar kalau kita hendak menyalahkan Shafie. Beliau hanya dihantar oleh pucuk pimpinan bagi membantu tetapi sama ada akan berjaya atau tidak ia terletak kepada bahagian-bahagian UMNO menentukannya,’’ kata pemerhati politik tersebut.


Dalam soal ini, semua pemimpin UMNO di Kedah harus bertindak jujur, mereka perlu mengakui daripada 15 bahagian di negeri itu hampir kesemua ada masalah. Sikap berpuak-puak, cantas-mencantas dan pergelutan antara kumpulan yang ingin merebut jawatan ketua bahagian telah memungkinkan bahagian-bahagian UMNO berada dalam situasi yang cukup lemah. Oleh itu menuding jari kepada Shafie adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dan boleh diibaratkan hanya mahu menutupi kelemahan di peringkat bahagian.


‘‘Kebanyakan ketua bahagian hanya menguasai satu pertiga atau satu perenam sahaja bahagian masing-masing, lainnya semua di luar kawalan mereka,’’ kata pemerhati itu lagi.


Jika keadaan ini berlanjutan maka adalah mustahil bagi mana-mana juga pengerusi perhubungan untuk melaksanakan usaha bagi mengukuhkan parti dan seterusnya berhadapan dengan parti lawan dalam pilihan raya.


Akibat kelemahan di peringkat bahagian itu juga yang menjadi faktor utama kenapa sehingga ke hari ini, UMNO Kedah dilihat tidak berupaya untuk memberi sebarang cabaran bagi merampas kembali negeri itu daripada Pas.


Selesa
Sama ada hendak diakui atau tidak, adalah jelas walaupun apa juga yang dikatakan oleh UMNO dan BN Kedah kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas, namun di kalangan rakyat mereka dilihat semakin selesa dengan situasi sekarang.


Dalam bahasa mudah, bak kata orang Kedah, ‘‘Biaq (biar) Pas perintah, tak dak masalah pun.’’. Mungkin kenyataan seumpama ini tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Kedah tetapi inilah realitinya selepas hampir 20 bulan, negeri Jelapang Padi itu berada dalam penguasaan Pas.



Di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pas Kedah dikatakan semakin mendapat perhatian rakyat. Malah sikap Azizan yang sentiasa tenang dan tidak melakukan sebarang perubahan drastik yang boleh memaparkan kegelojohan apabila berkuasa seperti mana berlaku di Perak dan Selangor turut memberi kelebihan kepada kerajaan negeri pimpinan beliau.


Berdasarkan hakikat itulah, jika UMNO Kedah masih lagi dihinggapi dengan sindrom penafian dan membiarkan kelemahan di peringkat bahagian berterusan, percayalah apa yang berlaku di Kelantan akan berulang di negeri tersebut.


Dahulu UMNO Kelantan juga sering menafikan bahawa mereka berpuak-puak, malah setiap kali isu perpecahan dibangkitkan mereka menuduh media mempunyai agenda. Tetapi realiti di lapangan menunjukkan apa yang diperkatakan adalah satu kebenaran dan kesudahannya sejak tahun 1990 hinggalah sekarang Pas terus menguasai Kelantan.



Malah suatu ketika berikutan kekalutan yang berlaku dalam UMNO Kelantan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO turut menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.



Tetapi keadaan tidak berubah, Kelantan tetap gagal dirampas kembali oleh UMNO kerana pemimpin-pemimpin negeri itu terus bercakaran sesama sendiri.
Persoalannya apakah UMNO Kedah juga hendak membiarkan situasi ini berlaku di negeri mereka? Justeru bagi mengelakkan semua itu mahu tidak mahu pemimpin- pemimpin UMNO Kedah perlu berjiwa besar.



Mereka mesti bersikap terbuka untuk menerima teguran dan janganlah terlalu mudah melihat sebarang kritikan sebagai usaha menjatuhkan mana-mana pemimpin. Paling penting mereka harus memberi sokongan padu kepada Shafie dalam usaha memperkukuhkan UMNO negeri itu.



Shafie memerlukan sokongan padu yang sebenar-benarnya dan bukannya lakonan dalam usaha memastikan Kedah kembali ke pangkuan BN.



Keputusan pucuk pimpinan parti menghantar Shafie ke Kedah bukanlah tanpa alasan sebaliknya seperti mana kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir kehadiran Naib Presiden UMNO itu adalah tepat pada masanya.



‘‘Beliau terlibat secara langsung dalam menawan semula Sabah ketika menjadi pembangkang. Kita perlukan pengalaman beliau bagi memikirkan strategi dan pendekatan terbaik bagi menawan semula Kedah. Pada masa yang sama saya melihat bapa saya sentiasa sedia untuk membantu UMNO negeri dan pusat.’’ kata Mukhriz.



Selain berganding bahu dengan Shafie, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah juga harus mengakui bahawa ada masalah di peringkat bahagian-bahagian, kalau pun fakta ini dinafikan tetapi rakyat di kawasan terlibat mengetahui kedudukan sebenar.



Mereka juga perlu bersedia untuk menerima perubahan kepimpinan termasuklah memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk menerajui negeri itu.
Sekali lagi penulis mendapati sentimen yang mahukan Mukhriz kembali menjadi salah seorang pemimpin utama di Kedah cukup kuat.



‘‘Mukhriz harus berkorban, beliau perlu berkhidmat di Kedah biarpun sepenggal, apabila situasi sudah pulih dan UMNO Kedah sudah mantap, Mukhriz boleh meneruskan perjuangan di peringkat pusat.


‘‘Situasi politik di Kedah memerlukan pemimpin muda seperti beliau yang dilihat mempunyai karisma dan mampu menarik perhatian rakyat negeri itu untuk kembali menyokong UMNO dan BN,’’ kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.



Penulis difahamkan pada masa ini memang terdapat ramai pemimpin muda yang mula menonjolkan diri di bahagian- bahagian tetapi malangnya kehadiran mereka tidak begitu senangi sehingga berlaku cantas-mencantas.



Semua ini tidak akan menguntungkan UMNO dan BN, sebaliknya ia akan mengakibatkan parti itu akan ketandusan barisan pelapis yang akhirnya akan mengakibatkan ia berkubur begitu sahaja.


‘‘Mahu tidak mahu seperti juga di Terengganu, pucuk pimpinan UMNO perlu mencari daripada sekarang siapa bakal Menteri Besar Kedah kalau parti itu kembali memerintah.



‘‘Strategi ini penting dalam meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,’’ kata seorang pemimpin veteran parti itu.



Apa pun keadaannya, adalah diharapkan UMNO Kedah akan terus bersikap terbuka dalam memperbaiki pelbagai kelemahan yang mereka miliki.
Dalam soal ini, perkara paling utama ialah bersikap ikhlas dan tidak bersikap hipokrit apatah lagi terus mengamalkan sindrom penafian.


Jika sikap negatif itu berterusan, percayalah tidak mustahil panji-panji Pas akan terus tertegak di negeri tersebut seperti mana terjadi di Kelantan ibarat ‘pi mai pi mai tang jugak’.

Monday, February 15, 2010

Kedah lancar program jejak pengundi

Biro Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Kedah akan menganjurkan program jejak pengundi bagi mendaftarkan lebih 24,000 ahli UMNO di seluruh negeri ini sebagai pengundi, bermula bulan ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, program yang melibatkan semua ahli jawatankuasa peringkat bahagian itu adalah sebahagian persediaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Melalui program itu, Biro Daftar Pemilih di negeri ini akan meneliti senarai anggota yang belum berdaftar sebagai pengundi untuk dihubungi secara serta-merta bagi memastikan mereka terus didaftarkan sebagai pemilih.

"Di Kedah, kita masih ada lebih 24,000 ahli yang belum daftar. Jumlah ini termasuk ahli Pemuda dan Puteri yang sudah cukup 21 tahun dan layak mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Seminar Hala Tuju UMNO Bahagian Sik dan pelancaran blog milik Ketua UMNO Bahagian Sik, Mohd. Tajuddin Abdullah di Pantai Merdeka, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Ahmad Bashah, UMNO Kedah juga bersetuju melantik Mohd. Tajuddin sebagai Pengerusi Biro bagi memantapkan lagi kerja-kerja mendaftar pengundi tersebut.

"Mohd. Tajuddin akan bertindak menyusun strategi dan menyelaraskan semua 15 UMNO Bahagian di negeri ini bagi mempercepatkan lagi usaha mendaftar pengundi," katanya.

Beliau berkata, semua bahagian diminta supaya mendaftarkan ahlinya sebagai pengundi secepat mungkin.

"Kita tidak menetapkan tempoh, bagaimanapun perkara ini perlu dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan mereka mengundi sekiranya pilihan raya kecil atau umum diadakan pada bila-bila masa," katanya.

Sementara itu, Mohd. Tajuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek berkata, pihaknya telah menggerakkan kerja-kerja mendaftar pemilih bermula pertengahan bulan lalu.

"Buat masa ini, seramai 3,000 ahli berjaya didaftarkan sementara bakinya akan dibuat secara berperingkat," katanya.

Beliau memberitahu, setiap UMNO Bahagian juga akan mempunyai seorang pengurus daftar pemilih bagi menyemak dan mengesan ahli-ahli serta pengundi baru untuk didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam perkembangan lain, Mohd. Tajuddin berkata, pelancaran blog miliknya iaitu onesik.blogspot.com bertujuan menyebarkan maklumat berguna dan aktiviti yang dijalankan pihaknya untuk tatapan umum.

"Selain itu, blog ini juga akan menjadi platform bagi rakyat khususnya generasi muda menyalurkan sebarang permasalahan dan cadangan untuk diselesaikan saya selaku wakil rakyat dan pemimpin UMNO Bahagian Sik," katanya

NG Sue Lim Buat Laporan Bohong, Mabuk dan Mengaku Kawan Baik Khir Toyo



Dari Pisau.net
"Saya kawan baik Khir Toyo," kata Ng Sue Lim ketika orang ramai mula berkumpul melihat insiden kemalangan membabitkan kereta pacuan empat rodanya dengan sebuah motosikal di Seksyen 7 Shah Alam.


Sambil mencangkupkan jari kelingking kedua-dua tangan beliau sekali lagi meyakinkan orang ramai di sekeliling bahawa beliau kawan baik khir toyo dan minta tidak dipengapakan. Selain itu beliau turut membebel beliau kenal Menteri Besar, EXCO dan Polis.Ketika itu tidak siapa pun yang tahu beliau merupakan ADUN Sekinchan yang baru beberapa bulan lalu membuat fitnah kononnya Khir Toyo mempunyai rumah bernilai
RM 24 juta.


Jika mereka mengenalinya ketika itu mungkin ia menjadi bahan tertawa terbaik malam itu atau mungkin juga beliau dibelasah ketika itu sahaja kerana cuba berbohong.MabukSaksi-saksi yang ada pada malam tersebut sungguh marah dan hampir memukul beliau jika tidak diselamatkan oleh anggota polis yang hadir kemudiannya. Mereka marah setelah melihat seorang pemandu yang kelihatan mabuk melanggar seorang penunggang motosikal secara semberono.

Anak muda tersebut sedang terlentang di atas jalan dengan dipangku oleh seorang saksi. Darah dikatakan memancut keluar dari kepala mangsa biar pun cuba ditekup dengan tangan oleh seorang orang awam.

Menurut seorang lagi saksi pula beliau melihat Ng Sue Lim sempat kencing di tepi jalan sebelum bercakap dengan mereka. Nafas beliau juga berbau arak yang sangat kuat. Ini menguatkan lagi andaian bahawa beliau berada di dalam keadaan mabuk.

Laporan Bohong
Selangordaily juga difahamkan Ng Sue Lim membuat laporan bohong kepada Polis. Beliau menyatakan bahawa kereta beliau terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar penunggang motosikal tersebut.Bagaimanapun berdasarkan kenyataan beberapa saksi, kami percaya Ng Sue Lim melanggar motosikal tersebut dari belakang sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kanannya.


Dia minta kebenaran untuk Teoh Beng Hock, tapi siapa nak minta keadilan untuk budak Melayu yang dia langgar lari semasa dalam keadaan mabuk tu? Siapa nak tolong? Ronnie Liu?
Sekarang kita menuntut keadilan ke atas pelajar UiTM, Mohamad Bakri Mohd. Bazli.Khabarnya sejak semalam Ng Sue Lim beberapa kali kelihatan di hospital bagi meminta keluarga mangsa membuat penyelesaian di luar.Ng Sue Lim juga dikatakan cuba menghubungi beberapa saksi bagi menutup kes ini. Kami dimaklumkan terdapat rakaman selepas kejadian dan Ng Sue Lim cuba membayar orang yang merakam sebanyak RM 5, 000 agar tidak memberi rakaman tersebut kepada orang lain.
Sesiapa yang bersengkongkol dengan ADUN Sekinchan ini untuk menutup kejadian ini ingatlah bahawa anak bangsa Melayu sedang dilanyak oleh DAP di Selangor. Lihatlah apa yang Ng Sue Lim buat kepada peniaga Melayu di Sungai Besar.SelangorDaily

Komen Pisau: mana MB Selangor Khalid GAGAP,Mana Khalid James Samad??Mana adun adun haprak Selangor? Oh terlupa,mangsa adalah MELAYU, apa perlunya untuk membela mangsa,fikirkan jika yang dilanggar adalah bangsa cina atau india,sudah pasti muka seperti Ronnie Liau atau Xavier akan turun memberi bantuan kewangan ekspress kepada mangsa.

Inilah contoh betapa kamu Melayu yang mengundi pakatan haprak jelas hanya dilayan sebagai bangsat tukang gantung bendera dan tukang sorak buat chauvanist DAP .Melayu Selangor 2nd Class, tak pun no class at all..Murahnya batang tubuh melayu selangor