Friday, August 26, 2011

Ketua UMNO Padang Serai lepaskan jawatan


PADANG SERAI 26 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

“Inilah satu keindahan pada pentadbiran UMNO, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini,” katanya selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di sini malam tadi. - Bernama

Thursday, August 25, 2011

BN Kedah akan adakan simulasi pilihan raya Oktober ini




ALOR SETAR 25 Ogos - Barisan Nasional (BN) Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 September. - Bernama

Tidak banyak pembangunan di Kedah


Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh menerajui Kedah sejak tiga tahun lepas, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha daripada kerajaan negeri yang diterajui Pas itu, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat Kedah yang diharapkan.

Katanya, program-program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil daya usaha Kerajaan Pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita pada satu persidangan media di Pokok Sena dekat sini semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda ini dapat membangunkan negeri sendiri agar lebih maju.

Terdahulu Ahmad Maslah turun padang melawat tiga veteran UMNO yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Turut serta Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pokok Sena

HOT: PAS Sendiri Kata Lynas Selamat - Fuziah Nak Kata Apa?


Kah Kah Kah...

Ada orang halang ahli Parlimen PAS dari komen sebarang isu tentang kilang Lynas. Terbukti PAS hanyalah 'Pak Turut'.

Ahli Parlimen PAS berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh gerombolan Fuziah Saleh adalah satu pembohongan besar. Fuziah Saleh menipu penduduk di Kuantan.

Hahahaha...

Saturday, August 20, 2011

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'



ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.

Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.

Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.

Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.

Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.


Wednesday, July 27, 2011

Langkah Mat Sabu dari Guar Petai menuju Putrajaya

SEKALI lagi anak Pulau Pinang diberi kepercayaan menduduki jawatan No.2 dalam parti politik. Jika dulu UMNO menampilkan Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas dan Anwar Ibrahim dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebagai Timbalan Presiden , kini giliran Pas pula melalui Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari Kampung Guar Petai.

Dulu Guar Petai dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi kini di bawah Tasek Gelugor. Guar Petai jiran kepada kampung penulis, Guar Perahu. Penduduk tempatan tentu gembira dengan kemenangan Mat Sabu lebih-lebih lagi mereka yang sering solat di ‘Surau Mat Sabu’. Memang hebat Mat Sabu. Siapa tidak kenal dengan bekas ‘ayam tambatan’ Pas ini. Terpukau orang mendengar ceramahnya. Ada serius, sinis, jenaka, merapu dan maki hamun. Seorang rakan di Permatang Pauh memberitahu penulis ada juga penyokong - tidak pasti Pas atau PKR di kawasan Parlimen itu tidak senang dengan kemenangan Mat Sabu. Mungkin mereka masih belum dapat menerima gelaran buruk yang diberi terhadap Anwar. Ada juga yang mengharapkan ulama menang jawatan itu.

Setakat ini hanya Abdullah berjaya menduduki jawatan Presiden sementara Anwar ‘ditendang’ keluar kerana isu moral. Apakah Mat Sabu akan terus meniti kejayaan sebagai orang No. 1 dalam Pas? Ini perkembangan yang amat menarik untuk dinantikan. Soal layak atau tidak, Mat Sabu sudah menang. Tidak payahlah kita selak kembali siapa Mat Sabu sama ada golongan profesional atau ulama. Tetapi ramai yang tahu siapa Mat Sabu sejak mula belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) kini UiTM, seorang peminat seni khabarnya drama, lakonan, boria dan pantun. Cukup aktif menyertai pelbagai demonstrasi dan macam-macam lagi sehinggalah menyertai Pas pada 1978 dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU). Malangnya beliau tidak pernah menang di Pulau Pinang. Kali pertama Mat Sabu mencuba nasib pada PRU 1982 di Parlimen Kepala Batas dalam pertandingan tiga penjuru - BN, Pas dan DAP. Abdullah Badawi menang dengan majoriti 12,644 undi. Beliau juga bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi tewas. Pada PRU 1986, beliau mencabar ‘seteru’ politiknya Anwar di Parlimen Permatang Pauh dan tewas lagi.

Akhirnya Mat Sabu berhijrah ke Kelantan dan menang di Parlimen Nilam Puri pada PRU 1990, kemudian ke Parlimen Kubang Kerian (1995) dan Parlimen Kuala Kedah (1999). Cubaannya untuk mempertahankan kerusi bagi penggal ke empat di Kuala Kedah pada 2004 tidak kesampaian. Ketika tsunami politik melanda pada PRU 2008, Mat Sabu tewas lagi, kali ini di Parlimen Kuala Terengganu. Khabarnya, pada 2008, beliau berhasrat untuk bertanding di Pulau Pinang. Dalam satu ceramah politik di Terengganu yang turut dihadiri Lim Guan Eng, beliau berkata, orang Melaka bertanding di Pulau Pinang menang, jadi ketua menteri tetapi beliau dari Pulau Pinang bertanding di Kuala Terengganu tewas.

Mungkin dengan kedudukan No.2, beliau sudah bersedia untuk turun di Pulau Pinang lebih-lebih lagi hubungan baik dengan ‘adindanya’ Guan Eng. Ternyata pertemuan semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengukuhkan hubungan Mat Sabu dan Guan Eng. Ada juga hikmah di sebalik ISA ini. Di Pulau Pinang, Mat Sabu adalah pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd. sejak 16 April 2009. Baru-baru ini beliau mewakili kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.

Kini tugas Mat Sabu semakin berat. Lebih-lebih lagi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyifatkan Kabinet baru yang dipilih kelmarin barisan mantap menghadapi PRU Ke-13. Tugas besar Mat Sabu ialah pada 9 Julai ini bagi menggerakkan demonstrasi Bersih di ibu negara untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Kembali kepada PRU, di Pulau Pinang, kawasan mana Mat Sabu akan bertanding? Di Kepala Batas atau Tasek Gelugor? Mungkin di Bayan Baru, Permatang Pauh, Batu Kawan atau Nibong Tebal? Sebagai orang No.2, tentunya sekutu politik Pas iaitu PKR dan DAP sedia berkorban untuk memberi laluan. Apa yang penting bagi pakatan pembangkang ialah memastikan laluan ke Putrajaya yang suatu ketika dahulu mahu dilelong dipermudahkan.

Maka pakatan pembangkang perlu melupakan semua sengketa. Ini termasuklah bagi Mat Sabu dalam menghadapi seteru politiknya, yang pernah digelar ‘Al-Juburi’.

Kata Mat Sabu, beliau menyerang Anwar pada 1982 apabila bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu menyertai UMNO.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Dalam politik tidak ada musuh yang kekal, hari ini kita lawan, esok kita berkawan dan lusa kita ‘berkahwin’. Begitulah politik. Jika dulu Pas begitu menekankan soal negara Islam tetapi hari ini tidak lagi. Semua sudah berubah mengikut tuntutan masa dan kuasa. Jika dulu prinsip didahulukan kini kuasa diutamakan.

Maka tidak hairanlah Mat Sabu yang pernah diuji dalam isu khalwat di bilik 121 boleh menang dengan majoriti 21. Kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga sudah dijangka oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ghazali Ahmad.

Biar apa pun label terhadap gandingan ini, perwakilan sudah buat keputusan. Tahniah kepada Mat Sabu dan rakan-rakan.

Dan meneliti seketika ucapan dasar Abdul Hadi kelmarin, adakah ucapan dasar Allahyarham Fadzil Mohd Noor akan tinggal kenangan?

Pada muktamar ke-40 (Jun 1994) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah antara lain allahyarham menyebut: ‘‘Saya ingin menegaskan kepada seluruh ahli dan pendokong Pas bahawa perjuangan kita untuk mendaulatkan Islam akan terus mara ke hadapan...Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini,”

Kita nantikan dalam Pas, siapa yang akan tetap berpegang kepada ‘kebenaran lebih penting dari kemenangan’.

Sunday, April 17, 2011

Sunday, April 10, 2011

Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib...


Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib... Selain cuba menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri, pembangkang turut bercita-cita mahu menumbangkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.


Pembangkang menyerang ‘kekayaan’ Taib dan menyatakan Presiden PBB itu sudah terlalu lama dalam politik dan menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak. Antara modal kempen PKR,DAP dan PAS, Taib sudah 30 tahun jadi Ketua Menteri dan perlu diganti orang lain. Malah pembangkang sudah sepakat menamakan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri jika pembangkang menang pada 16 April ini.


Sebenarnya, pembangkang meludah ke langit.



Mereka tidak semak dulu betapa lama Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik.


Kit Siang, kini 70 tahun dan mula bertanding di kerusi Kota Tinggi pada 1969 – bermakna sudah 42 tahun beliau dalam politik.



Karpal Singh, 71, pula terpilih kerusi Alor Star pada pada 1974 –bermakna peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah 37 tahun terbabit politik.



Nik Aziz lagi lama dalam politik mengatasi Kit Siang apabila mula bertanding dan terpilih di Pengkalan Chepa pada 1967. Dalam diam-diam dan bising mulut, Menteri Besar Kelantan berusia 80 tahun itu sudah 44 tahun terbabit politik.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 64, mula terpilih di Marang pada 1982 – bermakna sudah 29 tahun – Cuma kurang setahun daripada Taib jadi Ketua Menteri.


Apapun, Taib bukan pemimpin seperti Kit Siang, Karpal, Nik Aziz atau Hadi yang sanggup buat apa saja demi kepentingan politik dan peribadi mereka. Daipada parti perkauman dan memperalatkan Islam, DAP dan PAS bukan berjuang untuk rakyat.


Berbanding dengan Taib, tempoh 30 tahun jadi Ketua Menteri dimanfaat dengan membawa kemajuan serta pembangunan di Sarawak. Rakyat Sarawak kini boleh bangga dengan kemajuan negeri Kenyalang itu.


Dan yang membezakan Taib dengan empat pemimpin pembangkang di atas, beliau bersedia berundur untuk memberi muka baru memimpin Sarawak selepas pilihanraya nanti.


Namun, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz dan mungkin Hadi – mereka barangkali menunggu sehingga cangkul dan tanah yang akan mengakhiri usia dan hayat politik masing-masing



Monday, February 21, 2011

Menanti 'gelombang' di Kedah



PADA Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan ketua-ketua cawangan UMNO di kawasan Parlimen Merbok di Kedah. Sebenarnya, antara Mustapa dan kerusi Parlimen Merbok yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai sejarah yang panjang.

Mustapa pernah 'bertapak' di situ sejak tahun 1986 sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi Ahli Parlimen Merbok selama lima penggal mulai tahun berkenaan. Kehadiran Mustapa pada majlis itu sememangnya dinanti-nanti bagi memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli UMNO untuk bangkit merampas kembali kerusi Parlimen Merbok dan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Selama ini Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai serta Bukit Selambau dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), tetapi segalanya berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Ketiga-tiga kerusi berkenaan jatuh ke tangan pembangkang.

''Kita jangan lemah semangat, tanamlah keyakinan bahawa kita mampu menawan kembali semua kerusi di Parlimen ini,'' tegas Mustapa ketika berucap pada majlis perjumpaan tersebut.

Sebagai seorang yang amat memahami situasi politik di Parlimen Merbok, Mustapa yakin bukanlah mustahil untuk BN kembali menawan kerusi itu. Tambahan pula penulis difahamkan majoriti penduduk di kawasan Parlimen berkenaan tidak berpuas hati dengan khidmat wakil rakyat sedia ada.

''Cuba kita lihat pembangunan yang begitu pesat di Merbok sekarang ini adalah hasil sumbangan ahli-ahli Parlimen BN terdahulu seperti Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Zainuddin Maidin.

''Kalau difikirkan, memanglah mustahil BN boleh kalah kerana BN yang bertanggungjawab membawa pembangunan di sini seperti mewujudkan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Asian Institute of Medical Science, tetapi kita kalah juga,'' kata Mustapa lagi.

Namun bagi Mustapa, kekalahan pada 2008 bukanlah penamat. Dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan Pas dan pelbagai kemelut yang berlaku, Ahli Parlimen Jeli itu yakin BN akan mampu kembali berkuasa, bukan sahaja di Parlimen Merbok tetapi juga di Kedah secara keseluruhannya.

Tetapi apa pun, pokok pangkalnya terletak kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang kini dikatakan mendapat suntikan baru melalui pelantikan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan.

Namun begitu, sudah ada suara-suara yang semakin rimas kerana merasakan UMNO Kedah belum membuat apa-apa bagi mengeksploitasi kelemahan kepimpinan Pas Kedah.

''Saya akan masuk Pas, kalau Pas boleh mentadbir tetapi apa yang saya lihat, Pas tidak boleh berbuat apa-apa, saya kasihankan rakyat dan negeri Kedah, kalau keadaan ini berterusan,'' kata seorang pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika berbual dengan penulis.

Malahan penulis diberitahu sebahagian besar ketua-ketua bahagian ternanti-nanti apakah program besar yang dirancang oleh Ahmad Bashah bagi menggerakkan satu gelombang untuk membangkitkan semangat merampas Kedah daripada Pas, bukan sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi juga rakyat.

''Ahmad Bashah dan Mukhriz perlu merancang satu program untuk tujuan itu, kalau di Kelantan ada 'Gelombang Merah', manakala di Selangor ada Program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Di Kedah pula macam mana?

''Kita tidak boleh tunggu segala-galanya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat, UMNO Kedah kena buat perancangan sendiri,'' kata seorang pemimpin UMNO bahagian kepada penulis.

Berdasarkan tinjauan penulis, perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Pas Kedah cukup ketara. Perasaan ini bukan sahaja membuak-buak di kalangan rakyat biasa atau ahli UMNO sahaja, malahan di kalangan penyokong Pas sendiri.

Mereka melihat kerajaan negeri terlalu banyak kelemahan sedangkan sebelum ini semasa menjadi pembangkang, macam-macam Pas mengkritik kepimpinan BN. ''Saya sokong Pas sejak dalam selut (lumpur) lagi tetapi bila Pas dah menang, bukan kata depa tak ingat kat kita, apa pun depa (mereka) tak buat,'' kata seorang penyokong tegar Pas kepada penulis.

Akibat kelemahan yang berlaku termasuklah juga dengan keadaan UMNO Kedah yang dilihat masih perlahan menyusun gerakan, timbullah tafsiran bahawa ''orang Kedah bagaikan tidak bertuan.''Justeru dalam keadaan itu, ramai pemerhati politik melihat ia kesempatan terbaik untuk UMNO Kedah bangkit melakukan sesuatu bagi meraih sokongan rakyat.

''Kena ada satu program yang jelas bagi mendorong rakyat menyokong UMNO, kalau mereka lihat Pas lemah, manakala UMNO pula macam lesu sahaja, maka ia ibarat pi mai pi mai tang tu juga,'' kata seorang ahli veteran UMNO yang menghadiri majlis bersama Mustapa.

Seperti mana kata Mustapa, gerak kerja perlu bermula dari sekarang seperti UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya melancarkan Gelombang Merah. Berdasarkan tiupan semangat itu, bak kata orang Kedah, UMNO dan BN tidak boleh 'lena lagi', mereka perlu bangkit segera mengatur strategi dengan matlamat menamatkan pemerintahan Pas di Kedah.

Perkara yang paling penting ialah perpaduan sesama mereka dan jangan ada politiking sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan UMNO dan BN.Sebagai contoh, semua pihak perlu menyokong kepimpinan Ahmad Bashah dan jangan ada politiking di peringkat bahagian yang boleh mengugat usaha menawan kembali Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama, Ahmad Bashah pula perlulah menunjukkan karisma dan kemampuan untuk membolehkan sokongan diberikan.Kalau dilihat rekod politik, Ahmad Bashah bukanlah calang-calang orang, beliau ada 'seni politiknya' sendiri tetapi untuk menawan Kedah, ia memerlukan kerja berpasukan dan bukannya 'Lone Ranger'. Ini bersesuaian dengan pesanan Mustapa pada akhir pertemuan dengan ketua-ketua cawangan di Parlimen Merbok supaya mereka mengukuhkan perpaduan, bekerja dalam berpasukan dan menanam keyakinan untuk mencapai kejayaan.

Semoga kesungguhan Mustapa yang sanggup meredah ladang getah pada malam hari dengan diiringi hujan gerimis akan membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO bagi melancarkan gelombang biru (BN) untuk menggantikan gelombang hijau (Pas) di Kedah!


Bookmark and Share

Sunday, February 20, 2011

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir

Dari Ruang RENCANA: Utusan Malaysia

SAYA tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

Apakah benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas?

Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.

Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai Pas?

Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.

Seperti mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan.

Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai".

Ia merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita.

Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi.

Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan?

Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.

Lucunya sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan 'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal.

Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?

Nik Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:

* Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

* Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.

* Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

* Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya.

* Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat, maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.

* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor.

Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.

Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara.

HJ. LUKMAN BIN MOIDIN

Penceramah, Motivasi & Kaunselor

Kedah


Bookmark and Share

Saturday, February 19, 2011

Apabila Nik Aziz lebih mempercayai DAP daripada UMNO!

EPISOD hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah banyak diperkatakan. Setiap kali Dr. Mahathir mengkritik Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tangkas menjawab balas.

Dalam episod terbaru mengenai Pas dan DAP, Mursyidul Am Pas itu menyuarakan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Bagi Nik Aziz, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar. Kata tok guru itu, “serangan DAP kepada Islam, alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding.”

Sejauh mana dakwaan itu benar? Apa yang dirunding, sedangkan sebarang perkara berkaitan agama Islam, mahu dihumban ke tepi oleh kepimpinan DAP. Contohnya boleh dilihat perkembangan Islam di negeri yang dikuasai DAP.

Akibat kenyataan seumpama itu juga, dapat dilihat sekarang keghairahan pemimpin DAP keluar dan masuk masjid serta surau tanpa menjaga sensitiviti umat Islam.

Apa yang telah ditarbiah dan didakwahkan oleh Nik Aziz kepada pemimpin DAP? Tak nampak pun kebaikannya, di sebaliknya semakin bertambah angkuh beberapa wakil rakyat parti itu bertindak kurang ajar dan biadab ketika memasuki kawasan ibadat umat Islam.

‘Lesen’ kononnya DAP sudah memahami Islam itu dipergunakan apabila DAP ghairah ‘menonjolkan soal keislaman’ sebagai pendekatan baru untuk menarik orang Melayu kepada parti tersebut.

Amat memeranjatkan sebuah parti yang menolak penubuhan Negara Islam melakukan perubahan nilai. Tidak pernah pun ada dalam perjuangan sosialis DAP selama ini ghairah menonjolkan unsur-unsur keislaman.

Perkara yang sangat pelik ini sedang wujud dan harus diberi perhatian serius. Ini kerana kita tidak mahu orang Melayu Pas, PKR, Melayu liberal dan Melayu yang tidak memihak sesiapa terlupa bahawa di belakang parti itu ada pemimpin yang tidak menitik beratkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, Perkara 153 yang menjamin keistimewaan orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kerana mahu menunjukkan kesetiakawan dengan DAP, perjuangan Pas yang asal untuk menegakkan hukum Hudud kini telah berubah menjadi perjuangan membela bangsa lain iaitu DAP. Hudud tinggal kenangan.

Masihkah anda ingat bagaimana Nik Aziz mengatakan beliau tidak berbangga dengan kejadian dirinya sendiri sebagai bangsa Melayu. Jadi tak menghairankan kini Nik Aziz bersama-sama DAP amat lantang menentang Islam dan Melayu.

Sebagai parti politik, Pas sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir, kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankannya dengan pelbagai alasan.

Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP.

Banyak situasi sudah kita lihat bagaimana Nik Aziz sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik. Beliau antara pemimpin Pas paling cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu termasuk menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam.

Sekali lagi, masihkah anda ingat bagaimana Pas menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

Begitu juga kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mencemari kali kedua kesucian institusi Islam dengan memakai pakaian ketat dalam majlis senamrobik di pekarangan masjid.

Apakah semua ini dilakukan oleh Nik Aziz kerana percaya DAP lebih menghormati Islam daripada UMNO. ‘Ustaz dan ustazah’ DAP sudah mampu memberikan salam dan membaca hadis walaupun belum berkhatan dan mengucap?

Sejak kebelakangan ini, atas nama perkongsian matlamat politik, batas-batas kesucian Islam cuba dilanggar. Selain ruang solat dimasuki, ayat-ayat suci al-Quran dibaca dan diterjemah oleh pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR.

Janganlah kerana hendak undi politik, maka Nik Aziz dan Pas membiarkan DAP dan bukan Islam lain mencemarkan kesucian agama kita?



Bookmark and Share





Monday, February 7, 2011

Memahami politik kaum Cina


PILIHAN raya Dewan Undangan Negeri Tenang telah pun berakhir. Prestasi Barisan Nasional (BN) lebih baik berbanding tahun 2008, terutama peningkatan undi Melayu. MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Sebaliknya DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yang berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah-olah kita bagus atau boleh buat kerja.

Apa pun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yang disukainya. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengugut kerajaan.

Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?

Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?

Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yang telah pun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.

Rukun

Sebelum saya menulis lebih lanjut, eloklah sama-sama kita memahami tiga rukun atau sangga utama yang menjadi pegangan masyarakat Cina atau perjuangan hidup matinya. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirkan bersama. Apa yang penting, bagaimanakah kita boleh memanipulasikan rukun-rukun ini untuk sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia.

Rukun pertama adalah mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1,300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.

Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan di Sabah Sarawak. Akhbar bahasa Cina adalah akhbar yang paling banyak dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Kenapa bahasa Melayu kurang dibaca oleh bukan Melayu, jawablah sendiri, tepuklah dada?

Manakala, rukun ketiga mempertahankan persatuan-persatuan Cina (Huatuan). Melibatkan lebih 8,000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak (clan) dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan dan perdagangan. Dalam banyak-banyak persatuan ini yang paling berpengaruh bukannya parti-parti politik mereka, tetapi adalah persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.

Ketiga-tiga rukun ini majoritinya mempengaruhi orang Cina di Malaysia dan tidak boleh disentuh. Mereka bersatu dan berpadu jika hak mereka tergugat. Sesiapa yang mengkaji proses sosialisasi politik, agen-agen ini amat berpengaruh dalam membentuk persepsi dan pendirian seseorang. Hasil sosialisasi inilah yang telah melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini.

Bukan Melayu

Bagi bukan Melayu atau minoriti yang lain, saya percaya, mereka juga berpegang kepada rukun tersebut, tetapi tidaklah sekuat pegangan orang Cina. Misalnya, bagi orang India, agama amat penting pada mereka. Justeru, sensitiviti perlu dijaga.

Begitu juga orang Melayu. Perkara berkaitan dengan Islam, seperti iman dan Islam seseorang, kalimah Allah, Rasulullah, babi, dan sebagainya adalah amat sensitif. Kenyataan Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam supaya tidak berpegang kuat kepada Islam dikira amat sensitif. Kontroversi semakin menjadi bertambah hangat apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan tersebut. Pendapat Kuan Yew dikatakan lebih baik daripada perjuangan UMNO yang bersifat nasionalis. Dalam kata lain, pendapat Kuan Yew itu tentang Islam itu betul, perjuangan Melayu dan Islam UMNO itu salah.

Pandangan sebegini perlu dibuat dengan berhati-hati. Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.

Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitiviti orang Cina terhadap bahasa. Dengan sebab itu, sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjolkan berbanding pemerkasaan bahasa Melayu itu sendiri, walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan. Pendek kata, agama Islam lebih banyak di arus perdanakan, berbanding kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.

Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris.

Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Semua ini ada kaitan dengan tiga rukun tersebut.

Berbalik kepada tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernakular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernakular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun.

Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernakular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?

Komitmen

Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernakular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernakular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional.

Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telah pun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa Mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasi oleh pasaran negeri China.

Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernakular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.

Benar, kita akan berkata selama ini pun, sejak kewujudan sekolah vernakular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku parang-memarang atau parang wagging. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.

Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernakular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular dapat berinteraksi?

Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah menengah vernakular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Untuk sementara ini, janganlah terlalu mengugut dan mendesak kerajaan.

Tindakan sebegini akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.

Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana di kebanyakan negara seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 Bangsa, 1 Bahasa dan 1 Negara.

Sudah pasti kita tidak dapat melakukannya kerana kita mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbeza pun menimbulkan masalah juga.


Bookmark and Share

Saturday, February 5, 2011

MIC fokus program melonjakkan sosioekonomi masyarakat India


MEMBINA kapasiti insan untuk membebaskan komuniti kaum India yang terpinggir daripada belenggu kemiskinan adalah komitmen dan tanggungjawab barisan kepemimpinan baru MIC yang dibentuk 6 Disember lalu.

Program berbentuk kemahiran, keusahawanan kecil serta pendidikan yang mampu mengangkat naik setakuk lagi taraf sosioekonomi kira-kira 30 peratus komuniti kaum itu sedang giat diatur MIC dengan bantuan sekumpulan pakar dan tokoh berpengalaman termasuk bidang perniagaan.

"MIC mahu membina kapasiti mereka kerana saya percaya dengan kemahiran atau skim bantuan kredit mikro yang diberikan, mereka mampu meningkatkan pendapatan sekali gus merubah kehidupan menjadi lebih baik"

“Yang penting, kalau ekonomi mereka baik, kita (MIC) pun tidak ada masalah. Tujuan utama MIC sekarang ialah memperkuatkan ekonomi keluarga yang masih terperangkap dalam masalah kemiskinan,” kata Presidennya, Datuk G Palanivel.

Dalam menyusun program penting yang bakal menampilkan bentuk kepemimpinan baru MIC, selain menggariskan pendekatan terkini memenuhi tuntutan landskap semasa serta komitmen memperkasakan sosioekonomi masyarakat India, kepemimpinan tertinggi parti akan menghadiri mesyuarat kedua untuk memperhalusi hala tuju baru itu, pada 17 Februari ini.

Turut akan dibincangkan ialah kandungan draf Program Keusahawanan Masyarakat India yang disarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Februari lalu, supaya diatur dan dilaksanakan secepat mungkin oleh kepemimpinan baru parti.

“MIC mewujudkan satu jawatankuasa khas, termasuk pakar berpengalaman dalam perniagaan untuk menyediakan isi program ini dan menyerahkannya kepada kerajaan secepat mungkin untuk mendapatkan peruntukan,” katanya.
Biarpun bermula dengan membuat kuih muruku, Timbalan Perdana Menteri nampak apa saja kegiatan keusahawanan secara kecil-kecilan berupaya menjana pendapatan lebih baik peserta program berkenaan.

“Lakukannya (program itu) untuk masa depan anda (kaum India),” katanya yang ditujukan kepada kepemimpinan MIC pada satu majlis di Labis, baru-baru ini sambil menegaskan soal pendapatan diri atau keluarga adalah sesuatu yang sangat penting untuk dicari dan ditingkatkan.

Program Satu Keluarga, Satu Usahawan yang disarankan dan mendapat jaminan peruntukan antara RM10 juta hingga RM20 juta daripada Muhyiddin itu pastinya menepati hasrat seluruh kepemimpinan baru MIC yang akan memberi lebih banyak komitmen kepada pembangunan kapasiti serta potensi insan keseluruhan masyarakat India melalui keusahawanan, kemahiran serta pendidikan.

Palanivel juga ada pengalaman dan tertarik melihat komuniti berpendapatan kecil di India yang setiap keluarga menjalankan perusahaan atau perniagaan kecil dengan bantuan kerajaan sehingga akhirnya taraf kehidupan mereka meningkat.

MIC juga boleh meminta nasihat dan bimbingan daripada pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang ada pengalaman luas dari segi menguruskan serta kutipan balik pinjaman peserta.
Cabaran besar buat Palanivel kini ialah menyempurnakan program keusahawanan itu yang mendapat lampu hijau daripada kerajaan boleh dijadikan sebahagian daripada kandungan transformasi induk dalam MIC dan komuniti kaum India selepas era kepemimpinan 11 penggal Datuk Seri S Samy Vellu, selama 31 tahun lalu.

Beliau perlu membuktikan kepada komuniti India dan pihak yang ragu-ragu kepemimpinannya dengan membentangkan program komprehensif mengenai program itu dalam tempoh paling segera.

Bukan setakat untuk memanjangkan survival MIC dan politiknya, ketangkasan Palanivel melaksanakan program itu akan menjadi faktor penarik sokongan komuniti India kepada parti, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN), amnya. Kesannya akan dinilai oleh rakyat antara lain melalui pilihan raya umum akan datang.

Namun beliau ada rekod baik kerana membawa pelbagai program dan skim membasmi kemiskinan ke dalam komuniti kaum India ketika menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti bagi tempoh 1999 hingga 2008.

Antaranya, Program Pembangunan Industri Tembikar, Program Sutera Sari, Program Sutera Sari dan Program ‘Cyber Start’ yang membabitkan ribuan wanita serta pemimpin akar umbi.

Dengan kedudukan sekarang, Palanivel perlu mempertingkatkan kerjasama MIC dengan pengurusan AIM dan TEKUN untuk membantu lebih ramai kaum India dalam skim bantuan kredit mikro untuk menjayakan projek keusahawanan secara kecil-kecilan.

Jadi, cabaran lain menanti beliau untuk menjayakan transformasi komuniti India ialah bagaimana hendak ‘membawa kerajaan’ ke dalam komuniti itu? Ini kerana ialah ketiadaan atau ketidakcukupan kakitangan kerajaan keturunan India dalam bidang berkaitan untuk masuk dan melaksanakan program itu dalam komuniti berkenaan.



Bookmark and Share

Tiada Negara Islam, Pas Akhirnya Akur Kehendak DAP??


Akhirnya Pas mengaku bahawa cita-cita perjuangan untuk menubuhkan negara Islam selama ini hanya retorik semata-mata

Pas seperti sudah mengangkat bendera putih. Pengakuan Pas ini mungkin kerana Pas tiada berdaya melawan kehendak DAP.

Buktinya apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor , Dr Dzulkefly Ahmad mengaku tidak ada jalan untuk Pas menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia

Bercakap pada Forum Hubungan Bangsa dan Agama hujung minggu lepas, yang dilaporkan dalam portal berita di sini hari ini, beliau berkata berdasarkan demografi politik di Malaysia tidak ada jalan untuk Pas mewujudkan sebuah negara Islam.

Menjawab soalan semasa forum itu, katanya terdapat 60 peratus orang Islam kepada 40 peratus bukan Islam dan malah Pas tidak ada sokongan daripada kesemua 60 peratus orang Islam.

Negara Islam hanya wujud semasa era Nabi Muhammad S.A.W di Madinah, kata beliau ketika menjawab soalan peserta lain yang membangkitkan contoh negara Islam seperti Pakistan.

Friday, February 4, 2011

Cikgu Mala: Doa atau berlakun lebih penting?

Orang sibuk meng-AMIN-kan DOA, dia pulak sibuk menyeluk lauk!

Kadangkala, terlebih berlakon untuk mempublisitikan diri sendiri itu mendatangkan lawak. Mahu ditonjolkan sifat ringan tangan dan tidak kisah untuk membantu orang.

Tetapi apabila Harakah cuba menonjolkan sifat-sifat ringan tangan si Normala Sudirman, calon PAS di PRK Tenang, ianya tidak menjadi malah diketawakan oleh orangramai. Lihat foto di bawah :-

Memang tidak ada celanya jika dilihat cara dan lenggok si Normala Sudirman menyidangkan lauk. Tetapi, kalau ya pun, biarlah selesai bacaan doa tu! Orang lain sedang mengaminkan doa tapi si Normala ni sedang menyibuk pula menyidangkan lauk.

Kalau nak berlakon pun, berpada-padalah wahai Normala Sudirman! Kalau tidak, buruk nampaknya.



Bookmark and Share



Tak dapat anggur masam katanya...


KEMENANGAN BN di Tenang memberi satu tamparan hebat kepada pemimpin tertinggi Pas dan para penyokongnya. Di tempat saya, seorang penyokong Pas tidak bersuara langsung apabila Pas kalah di Tenang jika sebelumnya beliau begitu lantang.

Reaksi Mursyidul Am Pas boleh diumpamakan seperti cerita dalam Aesop's Fable yang menceritakan seekor musang dengan buah anggur. Kegagalan musang itu mendapatkan buah anggur dikatakannya buah anggur itu masam. Begitulah juga dengan Mursyidul Am Pas kerana gagal meraih kemenangan di Tenang dikatakannya Pas bukan buru kemenangan pilihan raya di dunia. Apakah ada pilihan raya di akhirat wahai Tuan Guru yang bijaksana?

Dituduhnya pengundi Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Begitu rendah pandangan Tok Guru kepada pengundi yang tidak memilih Pas. UMNO dituduh mempermainkan rakyat. Sebenarnya siapa yang mempermainkan rakyat wahai Tok Guru? Bukankah Pas selalu menjual agama untuk meraih undi simpati?

Tok Guru janganlah ingat semua orang boleh diperbodohkan seperti mana Tok Guru memperbodohkan ahli-ahli Pas dengan janji-janji syurga. Parti Tok Guru bukan wakil Allah di muka bumi ini. Jangan begitu angkuh untuk mengatakan parti Tok Guru boleh terus membawa perjuangan hingga ke akhirat. Jika ajaran Tok Guru sesat, Tok Guru dan pengikut akan dihumban ke dalam neraka jahannam lebih dahulu daripada orang kafir dan UMNO.

Sukalah saya memperingatkan Tok Guru, Tuhan tidak akan menyebelahi mana-mana parti. Tuhan hanya menyebelahi golongan yang membawa kebaikan bukan membawa kerosakan seperti dilakukan oleh parti Tok Guru sekarang.

Tok Guru lebih sanggup bersama DAP yang terang-terang menentang Islam daripada bersama dengan UMNO yang ahlinya orang Melayu Islam. Apakah Tok Guru ingat DAP akan menyetujui penubuhan negara Islam seperti mana Tok Guru dan ahli Pas idamkan? Jauh panggang dari api wahai Tok Guru Nik Aziz. Anda bermimpi di siang hari!


Tenang: Antara pengundi, kecelaruan Nik Aziz
KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat, termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas'. Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah. Tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Md. Isa, turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata, Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapok yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. Buku jingga 100 hari dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.

Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai pada hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja.


Bookmark and Share

Thursday, February 3, 2011

Jentera UMNO hadapi PRK DUN Merlimau dilancar Sabtu ini

MELAKA_Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sebagai persediaan awal membantu UMNO negeri dan UMNO Bahagian Jasin memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Menurutnya, jentera penerangan itu akan digerakkan di setiap peringkat untuk turun padang dan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional.

"Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jentera penerangan yang akan dilancarkan itu adalah sama seperti di DUN Tenang tetapi ada kelebihan berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelum ini.

"Menjadi hasrat utama kita untuk memastikan calon BN yang akan bertanding pada 6 Mac ini akan turut beroleh kemenangan seperti yang dicapai di DUN Tenang.

"Lebih penting, kita mahu DUN Merlimau turut mencatat kemenangan dengan majoriti yang besar," katanya.

Sementara itu Mohd. Ali berkata, BN negeri telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil itu dengan semua parti komponen telah mengemas kini jentera masing-masing.

"Saya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa ini untuk memaklumkan langkah-langkah dan persediaan yang dibuat oleh BN negeri," katanya.

Beliau turut meminta UMNO di negeri lain berkampung di Merlimau sebelum atau selepas penamaan calon bagi membantu jentera UMNO negeri.



Bookmark and Share

Tuesday, February 1, 2011

Tenang dilanda banjir, pemimpin Pas hilang entah ke mana!


KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas.' Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah, tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Md Isa turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaik-baiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal, bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapuk yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. 'Buku jingga 100 hari' dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.

Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai di hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja


Bookmark and Share

Saturday, January 29, 2011

Penyakit Sakit Jiwa Suami Calon Pas Bahayakan Orang Awam

LABIS 29 Jan - “Orang yang mengalami kemurungan atau tekanan, kebiasannya wajah mereka tidak ceria, tetapi berbeza dengan Maarof (Abdul Mutalib), dia kelihatan begitu ceria membantu isterinya berkempen dan mampu tersenyum lebar ketika bertemu orang ramai.

“Biasanya mereka yang mengalami penyakit seperti itu tidak mahu bertemu orang ramai, penyakit ini biasanya berpunca daripada masalah tekanan perasaan atau jiwa dan suka memencilkan diri kerana tidak mahu bertemu dengan orang ramai,” kata Datuk Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

Hamidah berkata, dari apa yang dilihat pada gambar yang disiarkan, raut wajah Maarof tidak seperti mereka yang mengalami masalah atau tekanan jiwa, malah dia nampak begitu ceria dan bersemangat membantu isterinya, Normala Sudirman, calon Pas pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari nanti.

“Kemurungan ini sebahagian daripada keluarga penyakit sakit jiwa, mereka yang ada penyakit ini sepatutnya duduk di rumah bukannya bertemu orang ramai, pesakit seperti ini boleh melakukan tindakan tanpa diduga kerana hilang kawalan, dia boleh melakukan tindakan di luar dugaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli yang menyatakan Maarof mengambil cuti sakit yang panjang kerana mengalami masalah sakit jiwa.

Perbuatan Maarof yang mengambil cuti sakit yang panjang tetapi kelihatan sering bersama isterinya berkempen di DUN Tenang sejak dari tarikh pencalonan PRK DUN Tenang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana dia mendapat cuti akit yang panjang dan berkempen em.

Tindakan menggunakan cuti Maarof untuk berkempen di Tenang telah menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai kerana penyalahan guna cuti sakit yang diberi kepadanya.

“Jika benar dia mengalami masalah itu, sepatutnya sudah di rujuk kepada pihak hospital kerana Maarof dilaporkan sakit sehingga dia diberi cuti sakit sehingga 21 hari, sedangkan dia kelihatan berkempen bersama isterinya.

“Kalau sakit kata sakit, jangan gunakan alasan sakit untuk dapat cuti kemudian pergi bantu isteri berkempen, ini suatu penipuan, pihak terbabit perlu menjalankan siasatan bukan sahaja kepada Maarof tetapi kepada mereka yang mengeluarkan cuti sakit itu”, ujarnya.

Sementara itu, Normala kelihatan cuba melindungi suaminya, dengan meminta jawapan mengenai kewajaran cuti sakit suaminya itu daripada pihak yang terbabit dalam pengeluaran sijil cuti sakit.

Hamidah menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan penipuan yang dibuat oleh Pas bukan sahaja membabitkan isu malah turut membuat penipuan mengenai kesihatan diri demi kepentingan politik.

“Benarlah Pas adalah parti penipu, kesihatan diri pun turut dijadikan modal untuk menipu sehingga sanggup mengaku adala masalah kemurungan, kemurungan itu adalah sakit jiwa,” katanya. -MediaUMNO


Bookmark and Share

PRK Tenang: Cikgu Mala tak mesra rakyat. Ibunya pula ahli UMNO

LABIS, 28 JAN – Penduduk di Felda Sekijang hari ini mengakui calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman bukanlah seseorang yang suka bercampur gaul dengan masyarakat setempat.

Malah mereka turut terkejut melihat Pas memilih Cikgu Mala di Tenang kerana sepanjang pengetahuan mereka, calon Pas yang dijaja di seluruh DUN Tenang itu bukanlah seseorang yang mesra rakyat

Saya terkejut apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas di sini. Bagaimanakah Pas boleh memilih dan meletakkan beliau sebagai calon mereka untuk bertanding di sini. Apakah Pas tidak selidik terlebih dahulu latar belakang beliau.

“Sikapnya yang tidak bergaul dengan masyarakat setempat dan hanya lebih tertumpu kepada “klik-klik” nya yang tersendiri membayangkan peribadi beliau yang tidak suka bergaul dengan penduduk setempat,” kata Kamsani Kesut, 45.

Beliau yang telah mengenali dan duduk sekampung dengan Cikgu Mala seterusnya memberitahu kemesraan cikgu Mala sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini adalah lakonan semata-mata.

“Kemesraan beliau bersama pengundi di sini hanyalah hipokrit dan sekadar lakonan semata-mata. Saya katakan begitu kerana kalau ada kenduri pun di Felcra Sekijang dia tidak akan hadir.

“Kita ni kalau duduk sekampung sekurang-kurangnya kalau ada kenduri dan majlis tertentu, masa itulah kita boleh bergaul dengan jiran tetangga dan sebagainya,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengakui dakwaan yang mengatakan ibunya, Murmini Yahya merupakan seorang penggiat UMNO.

“Pada mesyuarat UMNO Cawangan Felcra Sekijang 2010, ibu beliau hadir pada mesyuarat berkenaan. Ini lagi menimbulkan persoalan kepada saya,” katanya.

Berdasarkan semakan laman web ini, ibu Cikgu Mala memegang nombor keahlian UMNO 0117148.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal sekampung dengan Cikgu Mala, Mohd Rafi Ngadenyn turut mengakui perkara yang sama dan menggesa pengundi di DUN Tenang menolak calon yang hipokrit.

“Macammana nak jadi pemimpin kalau tidak mesra dengan rakyat. Bukti sudah ada depan mata. Saya dah kenal dan tahu selok belok pergaulan keluarga beliau di sana. Jangan gadaikan masa depan penduduk di Tenang ini kepada seseorang yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Kalau di sana pun bersikap sedemikian rupa, apatah lagi di sini. Sikap mesra beliau hari ini itu hanyalah lakonan. Takkan pengundi di sini mahu pilih beliau. Fikirkankah dengan mendalam sebelum buat pilihan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi Ngadenyn, 37 dari kampung Felcra Sekijang meminta pengundi muda khususnya memilih calon anak tempatan, Tok Ai sebagai calon pilihan.

“Kalau saya yang duduk dan sekampung dengan Cikgu Mala serta kenal dengan lebih dekat kehidupan beliau mahu memilih Tok Ai, takkan pengundi di DUN Tenang ini mahu pilih Cikgu Mala lagi.

“Saya tidak mahu burukkan Cikgu Mala tetapi secara peribadi, saya akan pilih Tok Ai untuk dijadikan mata dan telinga demi memastikan kebajikan dan kepentingan penduduk Tenang terbela,” katanya. -MediaUMNO



Bookmark and Share

Tuesday, January 25, 2011

PAS Kelantan: Masjid tak bina, Kedai Arak nak ditambah



18 Januari 2011, Takiyuddin Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan) telah menyatakan kerajaan PAS Kelantan akan menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di Kelantan mengikut keperluan penduduk bukan Islam. Takiyuddin Hassan bercakap demikian dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Hotel Crown Garden di Kota Bharu, Kelantan (baca sini).

Menurut Takiyuddin lagi, setakat ini kerajaan negeri Kelantan telah mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”. Jika dicampur dengan jumlah yang pernah diluluskan Nik Aziz pada 1994, ianya akan menjadi 72 lesen arak kesemuanya (baca sini).

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan." - kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994. Berapa banyak PAS buat masjid di Kelatan berbanding markas PAS? Selang seminggu, Ronnie Liu membenarkan orang Islam bekerja di premis arak, PAS Kelantan pula mengambil langkah untuk membuka lebih banyak premis arak di bandar raya Islam Kota Bharu. Selepas ini PAS Kelantan pula akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan negeri tersebut untuk berbuat pekeliling yang sama seperti Ronnie Liu.

PAS Kelantan sudah amat kemaruk untuk mendapatkan hasil negeri. Hutan di Lojing habis digondol untuk balak, penyelewengan Baazar Tok Guru, derma yang dikutip dari orang ramai dan kini PAS terpaksa mencari sumber dari arak untuk survival mereka. PAS sudah jelas lari dari nama partinya sejak berkawan baik dengan DAP. Mengikut dan meniru apa sahaja jejak langkah yang dibuat DAP untuk menambahkan hasil negeri. Masih layakkah Kota Bharu dipanggil bandaraya Islam?



Bookmark and Share

Monday, January 24, 2011

MCA optimis pada pengundi Cina di Tenang


Sebaik kempen bermula di Tenang, rasa optimisme jelas kelihatan di pihak BN apabila pekerja kempen mula turun padang bagi memenangi hati dan fikiran para pengundi terutama di kalangan masyarakat Cina.

MCA, parti komponen BN bagi masyarakat Cina, yang membangkitkan isu-isu seperti negara Islam dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sejak pilihan raya umum lalu.

Ini sedikit sebanyak menyebabkan barisan pembangkang berada dalam kedudukan defensif.

"Masih ada lagi bilangan ketara pengundi berusia yang bimbang dengan isu-isu seperti negara Islam dan agama yang digunapakai PAS.

"Kita masih boleh menggunakannya di Tenang walaupun sesetengahnya berpendapat bahawa ini tidak terpakai lagi," kata seorang pemimpin tempatan MCA, yang tidak mahu dikenali, apabila merujuk kepada corak perancangan parti.

Sebagai sebahagian kawasan mengundi luar bandar dan di Johor yang dikuasai BN, pertimbangan pengundi di Tenang adalah berbeza berbanding kepada kawasan mengundi yang beransur-ansur menjadi bandar dan ini menjelaskan mengenai peratusan tinggi kaum Cina menyokong BN di negeri ini.

"Mana lagi anda boleh dapati lebih 30 peratus pengundi Cina mengundi untuk BN pada pilihan raya umum lalu? Di Tenang, 43 peratus kaum Cina mengundi BN pada pilihan raya umum lalu," kata Timbalan Pengerusi MCA Johor Tan Kok Hong.

Tan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bekok dan Exco Negeri Johor, berkata pengundi Cina di Tenang nampaknya mula mesra dengan BN walaupun mereka dilihat "lebih pro-pembangkang" pada pilihan raya umum lalu.

"Kali ini, apabila kita turun padang, mereka nampaknya mesra dengan kita. Tiada jaminan bahawa petanda sedemikian boleh diterjemahkan kepada undi 100 peratus bagi kita, tapi sekurang-kurangnya ia adalah petanda positif," katanya sambil menambah bahawa jentera BN sudahpun mula bergerak, bekerja keras bagi menarik sokongan melalui satu pendekatan untuk berhubung dengan sekumpulan kecil pengundi pada satu-satu masa.

Tan juga berkata kerjasama di kalangan pelbagai unit dalam MCA seperti pasukan siber, publisiti dan pasukan pilihan raya adalah lebih baik, yang seterusnya meletakkan pekerja kempen dalam mod "propaganda pilihan raya yang kreatif" bagi menyentuh hati dan fikiran pengundi Cina.

Seorang pemimpin cawangan tempatan MCA, Cheong Kim Seng, juga bersetuju bahawa pekerja kempen MCA kini lebih bersemangat melalui petanda-petanda positif dari pengundi Cina kali ini.

Tinjauan rambang dengan beberapa pengundi ini menunjukkan bahawa mereka mula mesra dengan BN. Sebagai contoh, pandangan penoreh getah Tay Kim Seng, 48, dari Kampung Air Panas:

"Bagi saya, apabila Perdana Menteri berkata biasiswa awam akan diberikan kepada mereka yang mendapat keputusan 13A ( dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak kira latar belakang kaum, ini merupakan perubahan yang kita nanti-nantikan.

"Sebagai bapa, kita lihat ini adalah penting kerana bukan semua bapa mampu menghantar anak mereka ke universiti walaupun anak mereka mendapat keputusan yang baik," katanya.

Tindakan positif pemimpin tertinggi BN yang sedemikian memang diharap-harapkan oleh pekerja pilihan raya kerana respons positif sedemikian semakin bertambah apabila hari pengundian semakin dekat memandangkan kebanyakan pengundi Cina di Tenang melibatkan diri dalam pertanian.

Pendekatan inklusif yang digunapakai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghuraikan kebaikan meraikan kekayaan kepelbagaian rakyat Malaysia melalui konsep 1Malaysia, telah menambat hati ramai, malah melunakkan pengundi yang sebelum ini merupakan "pro-pembangkang".

Sementara itu, beberapa pengundi di Tenang juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ADUN yang mereka dakwa "membiarkan mereka" dengan tidak turun padang bagi memahami masalah dan aspirasi mereka.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha dari BN pada 17 Dis. Sulaiman menewaskan Mohd Saim Siran dari PAS dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya pada 30 Jan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, dari BN dan bekas guru Normala Sudirman, 38, dari PAS.

Apapun yang diperkatakan mengenai masa lalu, satu perkara yang pasti dalam pilihan raya kecil ini -- saingan bagi mendapatkan undi diperhebatkan malah sebelum penamaan calon semalam di mana kedua-dua pihak tidak mahu mengambil mudah mengenai sesuatu perkara.

BN lebih fokus dalam kempen-kempennya dan ini membimbangkan barisan pembangkang dan menurut seorang pekerja pilihan raya pembangkang yang secara peribadi mengulas bahawa MCA nampaknya telah menggunapakai strategi yang betul yang digunakan buat pertama kali pada pilihan raya kecil DUN Galas di Kelantan pada 4 Nov tahun lalu.

"Mereka menganjurkan makan malam 1Malaysia bagi menyamai sesi cermaah dan juga makan malam dan dibuat dalam kumpulan yang kecil dan lawatan ulangan. Di Galas, strategi ini terbukti sangat berkesan memandangkan tidak ramai kita dapat jumpa," katanya tanpa mahu dikenali.

"Ini menjelaskan kenapa di saluran mengundi Cina di Galas, undi yang diperolehi oleh calon kita (PAS) jatuh dengan ketara. Kami percaya bahawa MCA menggunapakai strategi yang sama dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Sama ada MCA menggunakan formula yang telah membawa kemenangan atau sebaliknya, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak banyak mendedahkannya.

"Jika kita mahu mendedahkan kepada kamu strategi kami, maka tak ada lagi strategi," kata Dr Chua.

--Bernama



Bookmark and Share

MCA guna iPad berkempen di Tenang

LABIS 23 Jan. — Gajet moden seringkali menjadi peralatan yang penting dalam melaksanakan tugas seharian namun bagi MCA, komputer tablet terbaru iPad, yang dimajukan dan dipasarkan oleh Apple, menjadi peralatan terkini yang digunakan untuk membantu petugas parti semasa berkempen.

MCA menghantar empat pasukan iPad dari ibu pejabat parti itu untuk membantu petugas kempen di lapangan melaksanakan tanggungjawab, misalnya membolehkan pengundi menyemak pusat pengundian mereka, ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang merupakan julung kali MCA menguji penggunaan gajet berkenaan yang pada dasarnya, masih di peringkat percubaan, membabitkan beberapa modul yang diwujudkan dalam perisian untuk membantu petugas kempen.

"Namun kami percaya penggunaannya akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka,” katanya.

Selain itu, katanya tugas pasukan berkenaan termasuk mengumpul data berdasarkan modul tertentu yang dibangunkan oleh jabatan teknologi MCA selain merekod dan mengumpul maklum balas serta aduan.

“Ia sangat bagus dan pantas kerana boleh memberitahu pengundi dengan cepat tempat pengundian mereka. Satu-satunya kelemahan ialah kadang kala ia bergantung kepada rangkaian hubungan 3G. Di Labis ini, hubungan tidak berapa bagus tapi kami masih boleh menggunakannya untuk membantu pengundi,” kata Wee.

— BERNAMA


Bookmark and Share



Sunday, January 23, 2011

Jenazah Terbiar: PAS sanggup buat Fitnah lagi...


Suruh Cikgu Mala minta maaf bagi pihak PAS

“Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini,” katanya

LABIS 22 JAN – Imam Masjid An-Nur, Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

“Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

“Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

“Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

“Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

“Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan,” katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

“Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

“Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

“Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas,” katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

“Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

“Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu “hodoh” kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

“Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali,” katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

“Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…,” katanya. -MediaUMNO



Bookmark and Share