Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Petugas PAS berdarah? Buatlah lapuran polis

Harakahdaily mewujudkan suasana seolah-olah berlaku pergaduhan besar di Bagan Pinang. Dimuat-turunkan gambar berdarah. Jika benar ini berlaku, buatlah lapuran polis! Tunggu apa lagi...atau PAS sengaja menipu rakyat!

SMS ajak 'perang'...

Dikisahkan kononnya berlaku pergeseran kecil antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Rabu malam.

Namun hingga kini tiada laporan polis dibuat berhubung dengan insiden yang dikatakan berlaku itu.

Tetapi kini sudah berlegar SMS yang didakwa dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi yang meminta ahli-ahlinya untuk turun ke Bagan Pinang atas nama jihad fi sabilillah.

Dalam ayat mudah SMS itu mengajak ahli-ahli Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk ‘berperang’.


Berdasarkan SMS yang berlegar, dikatakan kononnya Pemuda UMNO menceroboh markaz Pemuda PAS dan menghalau petugas keluar.


SMS itu seterusnya meminta seluruh Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang atas nama jihad fisabilillah.



Mengulas dakwaan penyebaran SMS itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika perkara itu berlaku, ia sebenarnya memperlihatkan PAS semakin terdesak ibarat sudah ‘terperosok ke dinding’.



“Ini adalah strategi reverse psychology dan terdesak PAS. Malah ini usaha mereka untuk memaksa lebih ramai Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk menakutkan pengundi. Pada masa yang sama nak tunjukkan Pemuda UMNO jahat tetapi kalau berlaku mesti ada laporan polis dibuat. Bagi saya ini sengaja diada-adakan,” ujar beliau.


Mengenai proses pengundian undi pos babitkan anggota tentera yang dilihat lebih terbuka dan teluh, Ahmad Zahid berkata, langkah itu sebagai menolak tuduhan PAS bahawa undi tentera dipangkah pegawai pemerintah.


"Kita dan SPR benarkan media dan wakil calon saksikan proses undi pos di Bagan Pinang.Kalau mereka tuduh lagi, bermakna bukan sahaja mata mereka buta tetapi hatipun buta juga," katanya

Thursday, October 8, 2009

PAS for All?

11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan. Dan 11 september 2009 Genaplah 23 tahun AMANAT ANWAR pada PAS di Kampung Seberang Marang Terengganu pada 14 Mac 1986.

Jelas 23 tahun sudah berlalu PAS masih ditakuk lama kerana PAS tidak mempunyai kemampuan, pengalaman dan tidak ada ketokohan melainkan angan-angan kosong. Malah hari ini PAS terpaksa menyambung nyawa politiknya melalui DAP. Sudah dua tahun apakah rancangan yang telah dikemukakan bersama-sama kunco-kunco mereka pada Rakyat? PAS hanya mampu menabur janji melalui ceramah-ceramah di malam hari, habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah lagi, menabur janji lagi dimalam-malam berikutnya hinggalah ke hari ini.

Inilah amanat dan pesanan Anwar pada bangsa Melayu, yang patut bangsa Melayu sedar dan tidak lupa tentang politik pemimpin-pemimpin PAS hari ini. Begitu juga dengan Amanat Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang telah menegaskan bahawa PAS hanya memiliki nafsu memerintah yang tidak selaras dengan ilmu pemerintahan tentang Islam yang mereka miliki.

Apakah hari ini kita sanggup mengakui kehebatan NAFSU yang mengatasi ilmu mereka? Pas hari ini tidak ada bezanya dengan PAS 23 tahun yang lampau. Malah PAS hari ini lebih paria lagi tarafnya berbanding perjuangan PAS sebelum ini, kerana hari ini kahak dan muntah yang diluah pada 23 tahun yang lampau kini PAS dan Anwar berebut menjilatnya serta dihidangkannya kembali pada bangsa hari ini sebagai juadah yang sudah berulat dan cabok.

Hari ini masih percayakah kita pada manusia yang lidahnya bercabang spesis reptilia tersebut? Sudah 23 tahun mereka berdusta, berbohong, menipu seluruh bangsa dengan agenda politik mereka. Hari ini janganlah dibiarkan talibarut bangsa ini terus menipu anak cucu kita. Cukuplah tipu daya PAS dan Anwar selama ini pada kita.

Apakah masih tidak cukup lagi segala bukti serta putar belit mereka pada kita hari ini. Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau, Peristiwa Memali dan peristiwa Anwar menjilat UMNO, menjadi lebih sudu dari kuah, semuanya kita sudah melaluinya.

Kini sudah cukuplah tipu muslihat PAS yang terserlah hari ini bersama Anwar menjadi talibarut bangsa merosak perpaduan serta membuang masa kita dan anak-anak bangsa. Sampai bila kita dan setrusnya anak cucu kita harus menjadi “BARUA” pada agenda politik mereka yang keji itu.

Benar kata Anwar cara pemimpin-pemimpin PAS berpakaian lansung tidak mencerminkan tawaduk mereka. Hari ini dengan mudah mereka berpeluk erat dengan musuh mereka tanpa malu..dan terasa keji dengan tingkah laku mereka.

Hari sudah terbukti, kata-kata Anwar PAS hanyut dalam tepukan kebodohan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Dan PAS lebih bersedia diperalatkan dan diperlembukan oleh sesiapa saja yang dapat membantu mereka. Hari ini terbukti kata-kata Anwar menjadi realiti, PAS di Perlembukan oleh DAP dan PAS bertaraf “BARUA” pada Pakatan Rakyat.

Datuk Mustafa Ali nampaknya tak selesa dengan kenyataan Lim Kit Siang yang bimbang dengan masa depan pakatan pembangkang berikutan beberapa perkembangan mutakhir ini. Dari kenyataan Mustafa Ali ini sudah jelas menunjukkan bahawa dimana taraf dan kedudukan PAS hari ini diantara dua parti?

Barua atau talibarut bangsa. Dan sejauh mana kebenaran kata-kata Anwar yang PAS sanggup diperalatkan. Apakah Politik bertaraf “alat” atau talibarut ini mampu memperjuangkan kedaulatan Agama dan bangsa?

Renung-renungkanlah ...

Kugan, Teoh, kepala lembu...salah BN?


Selepas pembangkang beria-ia menjadikannya modal kempen, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Rabu menjawab empat isu besar yang digembar-gemburkan parti lawan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Beliau mengambil kesmepatan menjawab keempat-empat isu besar tersebut kerana sudah muak dengan sikap pembankang yang terus menerus menaburkan fitnah dan cuba memburukkan kerajaan dalam isu-isu yang tiada kena mengenai dengan Barisan Nasional (BN).

Apakah salah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dalam isu perarakan kepala lembu, kematian penjenayah A.Kugan serta kematian Teoh Beng Hock dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor?

Di depan lebih 2,000 penduduk serta pengundi di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Muhyiddin menjelaskan, bukan Perdana Menteri atau timbalannya mahupun menteri mengarahkan perkara atau kejadian tersebut berlaku.

Katanya, perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam berpunca kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang.

"Isu itu berlaku di Selangor, di negeri yang dikuasai pembangkang, apa kena mengena dengan Barisan Nasional," tanya beliau.

Dalam insiden itu penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu memindahkan kuil ke kawasan majoriti penduduk Melayu dan beragama Islam.

Menurut Muhyiddin, kerajaan bertindak terhadap mereka terbabit perarakan itu kerana tidak mahu ianya mencetuskan ketegangan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.

Bagi kes kematian Kugan ketika dalam tahanan polis, Muhyiddin menjelaskan, lelaki itu ditahan kerana polis mempunyai bukti pembabitannya dalam kegiatan samseng.

Namun, semasa dalam tahanan dia telah mati dan polis sudah menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya yang akhirnya seorang anggota polis dituduh ada kaitan dengan kematian penjenayah itu.

"Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan supaya Kugan dibunu, Menteri Dalam Negeri pun tak keluarkan arahan itu. Zalimlah saya jika saya beri arahan untuk dia dibunuh," ujar beliau

Mengenai kes kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, beliau menjelaskan, sebelum ini pembangkang selalu menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) alat kerajaan.

“Kita tubuh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mereka menjalankan tugas dan mendakwa sesiapa sahaja terbabit rasuah,” katanya.

Menurut beliau, suruhanjaya ini adalah lantikan Yang di Pertuan Agong.

“Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, saya tak fikir SPRM buat begitu. Bagaimanapun, kita tubuh inkues untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut,” jelas beliau lagi.

Katanya, kerajaan mahupun pemimpin lain tidak mahu tragedi malang itu berlaku kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan kita bertanggungjawab dengan ambil tindakan dengan benarkan inkues kerana tidak mahu kejadian itu menjejaskan institusi SPRM,”.

“Tetapi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan konco-konconya tuduh kita (kerajaan BN), Apakah ini salah kerajaan atau UMNO?” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang kini minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tangguh pilihanraya Bagan Pinang kononnya daftar pengundi tidak betul.

Katanya, pilihanraya tidak boleh ditangguhkan malah pengundi pos akan mula membuang undi Khamis.

Ini semua jelasnya, menunjukkan pembangkang tertekan dan tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Muhyiddin turut menjelaskan isu PKFZ yang dikatakan pembangkang sebagai kes pecah amanah dan rasuah yang besar.

“Ini bukan keputusan kerajaan..mungkin ada penyelewengan. Kita sudah tubuh jawatankuasa khas dengan banyak wakil untuk siasat perkara itu hingga ke lubang caci atau ke akar umbi,” tegas beliau.

Katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau sesiapa sahaja cuba rosakkan negara dengan membawa mereka ke pengadilan.

Beliau percaya pembangkang yang kalah 4-0 dengan tuduhan-tuduhan di atas akan membuat cerita dan fitnah lain bagi memburukkan kerajaan termasuk Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu pengundi di Bagan Pinang menolak pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan padahal kerajaan melakukan apa sahaja langkah terbaik bagi mengelak sebarang perkara buruk yang boleh menjejaskan imej negara.

Penjelasan beliau malam tadi barangkali mahu mematahkan pembohongan pembangkang terutama PAS yang meletakkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang selain kemungkinan isu itu terus diputarbelitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar yang dijadual turun berkempen mulai Khamis

Wednesday, October 7, 2009

N31 Bagan Pinang: Ceramah PAS lengang tidak mendapat sokongan rakyat...

Ceramah PAS lengang tidak mendapat sokongan rakyat...

Pemuda UMNO mahu polis buka semula siasatan Anwar ada RM 3 bilion

Pergerakan Pemuda UMNO akan membuat laporan polis meminta pihak berkuasa itu membuka semula siasatan berhubung akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal aset, harta dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Kes yang heboh pada 1999 itu dibangkitkan semula rakan karib Ketua Pembangkang itu, Datuk S. Nallakarupan, kelmarin yang turut mempersoalkan kenapa kes itu senyap begitu sahaja selepas Abdul Murad menarik balik akuan tersebut.

Ketua Pemuda, Khairy Jamauddin berkata, walaupun itu kes lama tetapi apabila dibangkitkan semula rakan tenis Anwar itu, pasti ada kesahihan hujah dan asas dakwaannya itu.

“Datuk Nalla rakan baik Anwar dulu, pasti beliau apa yang beliau cakap,” katanya pada media seleps melawat bilik gerakan UMNO Kampung Baru Si Rusa, Bagan Pinang, Selasa.

Menurut Khairy, Abdul Murad tidak boleh menarik balik akuan berkenaan sewenang-wenangnya.

“Dengan senario hari ini apabila Barisan Nasional mahupun UMNO dikatakan rasuah, BN patut tentang atau lawan tuduhan pembangkang,” katanya.

Beliau khuatir penangguhan siasatan kes seperti itu membawa kesan buruk dan menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan merosot seperti pilihanraya umum lalu.

Khairy mahu perkara itu segera disiasat kerana ianya mempunyai kepentingan negara.

Menjawab soalan, ahli parlimen Rembau itu berkata, Pemuda UMNO berharap pihak polis mengambil tindakan segera terhadap kes itu kerana membabitkan jenayah perdagangan mahupun rasuah.

“Datuk Nallakarupan mendakwa Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumbar kewangan yang besar seperti didedahkan Abdul Murad,” ujar beliau.

Nallakarupan dalam kenyataan terbaru mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu seperti didedahkan Abdul Murad pada 26 Oktober 1999 mengawal 20 akaun induk yang diuruskan kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM 3 bilion.

Anwar dikatakan menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya.

Menurut Khairy, polis membuat siasatan rapi kerana semua butiran dan maklumat sudah ada seperti akuan berkanun itu.

Anwar kini dilaporkan berada di luar negara dan dijangka turun berkempen untuk calon PAS pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, hujung minggu ini


Bookmark and Share

Tuesday, October 6, 2009

Al--Quran bukan mainan politik



Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka.

Perkara itu dizahirkan oleh beberapa tokoh agama apabila Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup bersekongkol dengan ahli politik bukan Islam bagi meraih sokongan rakyat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, Pas seolah-olah turut sama mempermainkan al-Quran kerana membenarkan ahli politik bukan Islam menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah mereka.

‘‘Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini.

‘‘Kita perlu ingat bahawa al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al-Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang menggunakan ayat suci al-Quran di atas pentas ceramah Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Dalam ceramah itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

Pada 4 April lalu, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming juga melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut menegaskan, kitab suci al-Quran tidak boleh dipermain dan diketawakan untuk tujuan politik murahan.

Katanya, tanggungjawab memelihara kesucian al-Quran itu terletak pada bahu umat Islam dan al-Quran menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa.

‘‘Kita sebagai umat Islam perlu menjaga maruah Islam, jangan sampai meletakkan al-Quran itu di tempat yang rendah sekali.

‘‘Ayat al-Quran bukannya sebagai bahan ketawa dan untuk dihina tetapi kita sebagai umat Islam perlu menjaga dan memeliharanya sehingga sesiapa yang memegangnya mesti ada wuduk,” katanya.

Nooh yang juga bekas Mufti Johor memberitahu, al-Quran sepatutnya digunakan oleh para ulama dan ilmuwan Islam untuk menerangkan keadilan, kesederhanaan dan keindahan Islam kepada orang bukan Islam dengan harapan mereka menerima Islam tanpa paksaan.

‘‘Tetapi bukan sebaliknya, iaitu orang bukan Islam pula merujuk pada al-Quran dan disampaikan pula kepada orang Islam. Itu sudah terbalik,” tambahnya.



Bookmark and Share





Malaysia 'malap' jika ditadbir pembangkang - Dr Mahathir



DUNGUN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian sematamata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.

Mengulas masa depan politik Umno selepas ini, beliau berkata parti itu masih relevan namun pemimpin dan anggota termasuk dari akar umbinya perlu bijak dan berani dalam bertindak.

"Kalau pemimpin buat sesuatu yang tak baik, mereka perlu suarakan... Saya sangat menyambut baik pelantikan Senator Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya ada lebih ramai dilantik dari luar parti berbanding dari dalam parti untuk pegang jawatan," katanya.

Berhubung kemelut yang kini melanda Umno Terengganu, beliau berkata pimpinan tertinggi parti perlu menyelesaikan rasa tidak puas hati yang ditimbulkan pihak-pihak terlibat bagi mengelak wujudnya puak-puak berbeza dalam Umno di negeri itu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir menyeru pelajar Bumiputera untuk lebih berani bersaing dengan kaum lain, termasuk memilih untuk belajar di institusi pengajian tinggi swasta yang tidak didominasi oleh Bumiputera seperti UiTM. BERNAMA




Bookmark and Share



Monday, October 5, 2009

ISLAM for ALL dan Bukannya Pas for All.


Slogan reverse kepada PAS. ISLAM is for ALL.
PAS parti ekstrimis agama. Bersama kita sebarkan slogan ini.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Shared via AddThis

N31 Bagan Pinang :PR sokong Chin Peng ,Sekarang Menagih Undi Daripada Perajurit

Dari bog PISAU.blog

Sebelum ini heboh satu negara apabila Tok Guru PAS sendiri menyatakan Chin Peng seorang nasionalis,Kesemua pemimpin pakatan haram mengangkat perjuangan komunis sebagai nasionalis,hanya semata mata mahu menutup sejarah yang UMNO sebagai pejuang dan merintis kemerdekaan.


Sokongan tidak berbelah bahagi kepada penganas komunis seperti Chin Peng telah menghalalkan perjuangan puak komunis ini sehingga melupakan pengorbanan pejuang pejuang melayu,anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban akibat keganasan komunis.

Malah Pakatan Haram telah membuat satu usaha agar Chin Peng di benarkan kembali ke tanah air,usaha mereka juga ingin mengubah kotak pemikiran rakyat agar menerima Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan.


Hal ini harus dibangkitkan oleh kesemua jentera BN kenapa sekarang PAS mahu menagih undi perajurit?

PAS mana maruah kamu? perajurit kamu perlekehkan,perngorbanan mereka kamu tong sampahkan sekarang mahukah undi perajurit? sekarang mahukan mereka menangkan kamu?

PAS harus jawab kenapa Tok Guru menyokong Chin Peng? Kenapa Pakatan Haram menyokong perjuangan Chin Peng???????!!!!!

PAS! Kahak yang kamu ludah ,mahu lagi kamu jilat? hanya semata mata mahukan undi dan kuasa politik?


Pisau kata " Puak PAS tak tau malu.sendiri ludah sendiri jilat"

Saturday, October 3, 2009

Pengisytiharan calun PAS Bagan Pinang tak dapat sambutan





Crowd estimates vary from 10,000 to 15,000 but one thing for sure, the food was catered for 10,000 people and the serving trays were licked clean well before the announcement itself...
beza lah pulak dengan pengumuman PAS, tak sampai 500 orang datang
ni gambar dari Minaq Jinggo



Melingkup Bersama PAS: Slogan Reverse Psycho di Bagan Pinang






Bookmark and Share

Friday, October 2, 2009

Ketua Penaja PKR keluar parti


PORT DICKSON 2 Okt. - Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Teluk Kemang, Shaharudin Abd. Hamid, 52, hari ini mengisytiharkan keluar parti itu untuk membolehkannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang sebagai calon Bebas.

Serentak dengan itu beliau juga melucutkan jawatan sebagai Ketua Penaja PKR DUN Lukut serta ahli PKR.

Dengan keputusan itu, beliau akan meneruskan hasratnya bertanding dan hadir pada hari penamaan calon esok bersama para penyokongnya. Utusan





Bookmark and Share



Bagan Pinang: Logo Terbaru PAS bakal memabukkan jentera pilihanraya nya


Reformis (ex-Keadilan) bantu BN di Bagan Pinang

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang kebanyakan anggotanya bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan turun padang membantu Barisan Nasional (BN) berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, penampilan pertama kali pertubuhan itu membantu kempen BN bertujuan mendedahkan kepada rakyat tentang muslihat sebenar perjuangan pakatan pembangkang yang dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Menurutnya, banyak kepincangan dalam pakatan pembangkang yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat termasuk amalan rasuah di kalangan para pemimpinnya.

"Dulu memang kami membantu perjuangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau lebih cenderung pada kepentingan peribadi.

"Sekarang kami tidak mahu berkompromi dengan Anwar dan pembangkang dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Reformis sebelum ini pernah menggemparkan Selangor apabila mengumumkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi bogel di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

Tindakan itu dibuat kerana tidak berpuas hati setelah tuntutan mereka supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, ditolak oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ramlan memberitahu, ahli-ahli Reformis akan mula membantu kempen selepas hari penamaan calon sehingga tarikh mengundi 11 Oktober ini.

Katanya, ahli-ahli Reformis yang terlibat akan datang dari Lembah Klang dan Negeri Sembilan

Thursday, October 1, 2009

Bagan Pinang: Calun PAS bakal makan kapur barus

Dari blog:http://politikputramerdeka.blogspot.com/

Seperti yang dijanjikan, PAS telah pun mengumumkan calon mereka malam tadi di Pentas DAPig dengan kehadiran pemimpin dan pengikut Pakatan Rosak dari luar yang tak sampai 500 orang. Peniaga yang tiba-tiba digelar ustaz Zulkifli oleh kuda-kuda belang taksub PAS jelas menampakkan riak muka yang kusam kerana menyedari bahawa beliau hanya akan menjadi kambing hitam PAS didalam PRK Bagan Pinang ini.

PAS tahu, malah pemimpin Pakatan Rosak yang lain juga sedar bahawa laluan sukar dan suram akan terus menyelubungi kempen mereka kali ini. Mereka tahu bahawa Bagan Pinang bukannya tempat untuk mereka berdendang dan menari dengan rentak yang mereka sukai.

Mereka masuk ke gelanggang PRK ini hanya semata-mata mahu bertanding, mahu menyusahkan, mahu memecahbelahkan perpaduan di Bagan Pinang, mahu menabur fitnah, mahu memaki hamun seperti mana yang berlaku malam tadi apabila pentas memperkenalkan calon seperti biasa di jadikan platform untuk mengutuk dan menabur fitnah! Jenis Iblis sakit itu lah kerjanya...Apa nak heran!

Bagi Ketua Penerangan UMNO, YB Ahmad Maslan beliau meletakkan PAS sebagai parti yang merelakan diri mereka dilacurkan oleh DAP dalam meraih sokongan pengundi bukan melayu terutama kaum cina.

'Tan Sri Isa anak tempatan, arwah isteri beliau juga berasal dari situ, beliau dibesarkan di situ, 30 tahun menjadi wakil rakyat, 22 tahun menjadi MB, banyak jasanya kepada penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang khususnya dan seluruh rakyat Negeri Sembilan Amnya, Rakyat di Bagan Pinang tidak sabar-sabar untuk memenangkan calon pujaan mereka bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan Tan Sri Isa selama ini' -kata YB Ahmad Maslan.

Kempen UMNO dan BN berjalan seperti biasa, penuh dengan pujukan dan rayuan, tiada maki hamun, fitnah, menimbulkan pergaduhan jauh lagi merosak perpaduan seperti amalan Pakatan Pembangkang dalam setiap pilihanraya.

Laungan take beer malam tadi juga kedengaran tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana orang ramai semakin faham dan tahu bahawa agama bukannya sesuatu yang boleh dibuat mainan. Bukan macam Nik Aziz yang boleh menilai sembahyang seseorang serta memberi jaminan syurga kepada pengikut mereka....gila betul la!

Sendiri Mau Ingat!