Thursday, May 3, 2012
Majlis Peguam 'perkakas pembangkang', Chee Wee didesak letak jawatan
KUALA LUMPUR 2 Mei - Majlis Peguam bukan lagi sebuah badan bebas yang profesional, sebaliknya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) suruhan kepada pembangkang.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor mendesak Presidennya, Lim Chee Wee meletak jawatan dan menyertai parti pembangkang dengan segera.
Ini kerana, kata beliau, setiap kenyataan serta tindak-tanduk Majlis Peguam tidak lagi dibuat secara bebas dan objektif sebaliknya, bersifat memihak sepenuhnya kepada pembangkang.
"Saya mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan sertai parti pembangkang agar lebih mudah untuk Chee Wee berdepan secara pendekatan politik.
"Tindakannya memperalat Majlis Peguam untuk mengecam polis dalam isu demonstrasi ganas Bersih 3.0 bukan sahaja bersifat memihak dan tidak objektif tetapi biadab