Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Petugas PAS berdarah? Buatlah lapuran polis

Harakahdaily mewujudkan suasana seolah-olah berlaku pergaduhan besar di Bagan Pinang. Dimuat-turunkan gambar berdarah. Jika benar ini berlaku, buatlah lapuran polis! Tunggu apa lagi...atau PAS sengaja menipu rakyat!

SMS ajak 'perang'...

Dikisahkan kononnya berlaku pergeseran kecil antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Rabu malam.

Namun hingga kini tiada laporan polis dibuat berhubung dengan insiden yang dikatakan berlaku itu.

Tetapi kini sudah berlegar SMS yang didakwa dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi yang meminta ahli-ahlinya untuk turun ke Bagan Pinang atas nama jihad fi sabilillah.

Dalam ayat mudah SMS itu mengajak ahli-ahli Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk ‘berperang’.


Berdasarkan SMS yang berlegar, dikatakan kononnya Pemuda UMNO menceroboh markaz Pemuda PAS dan menghalau petugas keluar.


SMS itu seterusnya meminta seluruh Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang atas nama jihad fisabilillah.



Mengulas dakwaan penyebaran SMS itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika perkara itu berlaku, ia sebenarnya memperlihatkan PAS semakin terdesak ibarat sudah ‘terperosok ke dinding’.



“Ini adalah strategi reverse psychology dan terdesak PAS. Malah ini usaha mereka untuk memaksa lebih ramai Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk menakutkan pengundi. Pada masa yang sama nak tunjukkan Pemuda UMNO jahat tetapi kalau berlaku mesti ada laporan polis dibuat. Bagi saya ini sengaja diada-adakan,” ujar beliau.


Mengenai proses pengundian undi pos babitkan anggota tentera yang dilihat lebih terbuka dan teluh, Ahmad Zahid berkata, langkah itu sebagai menolak tuduhan PAS bahawa undi tentera dipangkah pegawai pemerintah.


"Kita dan SPR benarkan media dan wakil calon saksikan proses undi pos di Bagan Pinang.Kalau mereka tuduh lagi, bermakna bukan sahaja mata mereka buta tetapi hatipun buta juga," katanya