Sunday, October 10, 2010

Tiga yang kacau sidang akhbar Rahimi adalah ahli PKR


Betulkah kumpulan yang bertindak macam samseng menghentikan sidang akhbar bekas pegawai Datuk Seri Ibrahim Ibrahim untuk mendedahkan mengenai akuan bersumpah yang didakwanya dipaksa dibuat terdiri daripada orang-orang PKR?

Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husain Ali dalam satu kenyataan Khamis telah menafikan tindak tanduk mereka atas arahan dan restu parti.

Perbuatan mereka telah mencetuskan kemarahan banyak pihak dan menggambarkan bagaimana karektor di kalangan ahli parti itu yang suka bertindak ganas.

Sementara itu sebilangan blog telah mempertikaikan langkah Syed Hussein cuba ‘ cuci tangan’ dari insiden yang berlaku di sebuah restoran di Klang petang Rabu itu.

Sekurang-kurangnya tiga orang dalam kumpulan berkenaan telah dikenalpasti sebagai ahli PKR.

Agendadaily turut menerima email daripada pihak yang mengenalkan dirinya Aktivis Reformis yang mengenalpasti tiga orang berkenaan.


1. Sdr. Puspa seorang ahli dan aktivis parti yang telah berjuang sejak 1998.


2. Sdr. Rama aktivis parti dari cabang Lembah Pantai yang juga pernah menyumbang satu unit penghawa dingin kepada pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.



3. Sdr. Krisnasamy, mantan Timbalan Pengerusi PKR Klang.

Dalam email itu Aktivis Reformisi berasa teramat kesal berikutan kenyataan TimbalanPresiden PKR yang tidak mengenali ahli dan aktivis parti yang telah banyak memberi sumbangan serta berjuang semenjak 1998.

“Tindakan YB Senator menafikan keahlian dan penglibatan kumpulan ini di dalam Parti telah mengecilkan hati banyak pihak.

“Aktivis Reformasi dan ahli-ahli Parti memohon kepada pucuk pimpinan PKR agar penafian seperti ini tidak berulang lagi,”katanya



Bookmark and Share