Saturday, November 1, 2008

Kenapa Mukhriz mahu Pemuda UMNO 'Berani Berubah'

Oleh: LUKMAN ABDULLAH
Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun. Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.

Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi mungkin abangnya Mokhzani yang satu ketika sudah berada dikalangan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kini, dalam usia 44 tahun anak ketiga Tun menawarkan diri untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama calon-calonnya Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pemimpin muda Perlis Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Interbiu Agendadaily dengan Mukhriz sebenarnya berlangsung pada awal bulan Ramadhan tetapi dirasakan kini masa sesuai untuk membuka ruang kepada penganalisa politik, pemimpin dan khususnya para perwakilan Pemuda UMNO membuat penghayatan terhadap agenda perjuangan Mukhriz yang bermotokan 'Berani Berubah'.


Dari soal generasi muda yang dilahirkan dalam suasana moden, mewah, serba canggih dan ada yang tidak pernah tahu asal-usul perjuangan pemimpin UMNO, Mukhriz menjawab persoalan dengan teliti.


Beliau sentuh hala tuju Pemuda UMNO, golongan guru yang tersingkir dalam arus kepimpinan parti, kekeramatan UMNO, perjuangan parti dan periuk nasi generasi muda Melayu yang masih terkapai-kapai. Bagi Mukhriz, soal retorik yang diperkatakan perlu diberi nafas untuk direalisasikan bukan sekadar membiarkan retorik itu dipersendakan.

Perlumbaan dengan Khairy Jamaluddin amat diperlukan bagi menyegarkan amalan demokrasi dalam UMNO dan ingin memperlihatkan adanya perbezaan corak cara kepimpinan masing-masing.

Berikut adalah transkrip penuh interbiu Agendadaily dengan Datuk Mukhriz Mahathir:
AGENDADAILY : Ada dikalangan orang UMNO sendiri dari generasi baru hingga veteran yang anggap Pemuda UMNO hari ini sudah tidak relevan dan semacam tidak berpijak di bumi nyata dalam ertikata menghayati perit jerih mereka di bawah. Para pemimpin Pemuda nampak macam bergaul dengan ahli dibawah mengikut musim dan diibaratkan mereka itu hanya 'akar yang hanya berguna semasa tiadanya rotan'. Apa pandangan dan bagaimana Datuk hendak menafikan hal ini?
MUKHRIZ : Saya pernah menyentuh perkara ini, kita seolah-olah menghadapi masalah mengurus kejayaan, maksud saya ialah bagi orang muda khususnya, di mana kita dilahirkan dalam keadaan yang agak senang berbanding dengan mak bapak nenek moyang kita dulu.Jadi kita tak rasa perit jerihnya berjuang untuk kemerdekaan, macamana rasa hidup susah dan sebagainya.
Tapi ini kita tak boleh persalahkan pada orang muda tersebut, sebab dah mereka dilahirkan dalam keadaan macam itu tapi yang pentingnya kita mahu supaya mereka faham bahawa nikmat yang mereka kecapi sekarang ini adalah hasil perjuangan orang terdahulu.
Ini penting, supaya kita ada kesinambungan dari segi perjalanan perjuangan itu dan kalau tidak ianya terhenti-henti dan menyebabkan generasi baru ini akan memulakan perjuangan baru yang tak ada kena mengena dengan yang asal. Saya rasa bukan cara yang elok.
Sebagai sebuah bangsa yang nak membangun, nak memperkasakan dirinya mesti ada hala tuju dan suatu perkara yang jarang terfikir ialah momentum.Momentum ini datangnya dari pada sejarah. Pemimpin terdahulu telah mempersiapkan satu momentum dan sepatutnya momentum ini semakin laju dan semakin jauh semakin laju dalam ertikata pencapaian kejayaannya.
Kalau pakai istilah dalam kereta, tukar gear, dari gear 1 ke gear 2 dan jadi sepatutnya kita dah masuk gear 3... dalam usaha kita untuk sampai ke satu peringkat contohnya dalam tahun 2020 kita nak jadi negara membangun.Jadi apa yang nak saya sampaikan disini ialah, kita tak boleh persalahkan orang muda kerana mungkin mereka tak cukup faham ataupun tak menghayati perjuangan orang sebelum ini yang telah mengharungi pelbagai macam cabaran.
Kita dah dilahirkan dalam keadaan yang senang berbandingkan dengan dulu. Tetapi ini subjek yang realitif kerana orang yang dah dilahirkan dalam keadaan ini tidak membandingkan dirinya dengan orang dulu tetapi membandingkan diri mereka dengan orang lain, mereka bandingkan dengan apa yang mereka lihat dan apa yang dinikmati oleh orang lain.
Realitivitinya, bagi golongan muda sendiri kadang-kadang rasa tak puas hati kerana keadaan diri mereka tak sebaik orang lain, disebab itulah, timbulnya ada masalah tak bersyukur, tak berterima kasih.
Kita nak tumpukan sekarang ini ialah untuk memberi harapan kepada orang muda bahawa masa depan mereka sendiri dan masa depan anak cucu mereka akan lebih baik daripada mereka, jadi hal ini yang mendorong mereka supaya melakukan apa yang kita nak mereka lakukan.Jadi orang muda mahukan sesuatu yang boleh beri harapan pada mereka, jadi sambil kita rasa resah ramai orang muda seolah-olah tak ingat pada sejarah tapi yang itu terletak di bahu pemimpin untuk ingatkan dan sedarkan generasi muda mengenai sejarah kita ini.
Bagaimanapun kehendak dan tuntutan generasi muda ini perlu dipenuhi kerana mereka mahu menikmati suasana masa depan yang cerah.
Sebenarnya, perlu diakui bahawa dalam Pemuda UMNO, perkara ini tidak dilakukan. Kita tidak ajar sejarah dalam Pemuda yang sepatutnya ada latihan.
Seingatan saya pada tahun 2005, lepas dipilih sebagai Exco Pemuda, Pemuda UMNO Malaysia telah anjurkan satu kursus untuk Exco Pemuda dan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Negeri. Ianya satu program yang berjaya berlangsung di Bukit Tinggi dimana kita didedahkan dengan pelbagai pengalaman perjuangan UMNO dan perjuangan kemerdekaan terutama peranan orang Melayu.
Kerana berjayanya program itu, Datuk Seri Hishammuddin ada mencadangkan agar program itu dipanjangkan ke peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tetapi ianya tidak dilakukan.
Kegagalan memberi imput sejarah bangsa Melayu kepada generasi muda ini telah menyumbang kepada keruntuhan fahaman orang muda khususnya Pemuda UMNO mengenai diri mereka dan dari mana mereka datang.


AGENDADAILY : Ramai pemimpin Pemuda itu sendiri semacam buta sejarah kerana dilahir dalam suasana kejayaan negara lepas merdeka tetapi kenapa mereka, setelah jadi pemimpin, mereka tidak memberi penekanan pada akar umbi, kalau ada pun bermusim kenapa harus bermusim dan kenapa ianya berlaku.
MUKHRIZ : Saya lihat ada bezanya ahli-ahli Pemuda di dalam bandar dan luar bandar terutama dari segi semangatnya.
Contohnya, ahli pemuda diluar bandar memang menghadapi tekanan dan kekangan tetapi bila kita sebut soal Dasar Ekonomi Baru (DEB), mereka akan mempertahankan kerana dasar itu merupakan satu-satunya dasar yang membantu mereka.
Tetapi mereka yang sudah dan sedang menikmati dengan kini berjawatan dengan gaji lumayan, ada yang jadi profesional dan berjaya...ramai diantara mereka yang mempersoalkan DEB, walhal sepatutnya mereka sedar bahawa kerana DEBlah mereka sedang menikmati atau mendapat faedah secara langsung dari kejayaan dasar itu.
Suka saya ingin sebutkan bahawa kita kena kembali kepada perjuangan asal parti yang datangnya dari ahli-ahli kita di peringkat akar umbi.Kalau ada dikalangan ahli-ahli parti yang berada di bandar mempersoalkan peripenting DEB, seeloknya mereka balik ke luar bandar dan tengok dengan matanya sendiri tentang keadaannya di sana.
Pada waktu yang sama, saya mengakui ramai ahli-ahli kita dalam bandar yang juga menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dengan kos sara hidupnya yang semakin meningkat, kos pengangkutan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun dalam bandar, masalah yang dihadapi kadang-kadang lebih teruk dari mereka di luar bandar tetapi ada diantara mereka memahami masalah yang kita hadapi dan sedia mempertahankan dasar-dasar kerajaan.
Tapi pemimpin pula mesti faham bahawa sebagai seorang yang memimpin dan kenalah faham apa masalah yang dihadapi oleh penyokong atau rakyat keseluruhannya dari akar umbi, saya ingat di dalam UMNO itu sendiri dan ini pun keluhan yang saya terima dari akar umbi mengenai pemimpin-pemimpin yang dia seolah-olah bila dia dah dapat jawatan tu tidak lagi mementingkan ahli tapi mementingkan diri.
Saya rasa hampa keadaan ini masih berlaku kerana UMNO dari dulu lagi di sokong kerana kitalah yang mencetuskan banyak dasar-dasar kerajaan yang membantu orang Melayu yang secara tak langsung sebenarnya membantu semua kaum.
Setiap kali perhimpunan agung UMNO akan ada cadangan-cadangan yang diantaranya memang yang bernas yang akhirnya dipakai oleh kerajaan dan membawa manafaat kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Kebelakangan ini, nampak macam dah kurang perkara seperti ini, banyak perkara berbangkit adalah hal seperti pemberian AP dan sebagainya. Ini menjadi masalah kepada UMNO itu sendiri dari segi relevannya.
Satu lagi contoh dimana UMNO dilihat menjadi kurang relevan ialah di dalam mesyuarat cawangan UMNO, jangan kita fikir kerana ia di cawangan maka dia akan cerita pasal desak nak buat tiang lampu dan sebagainya saja, tidak...kalau kita dengar apa yang dibincang dalam mesyuarat agungnya pun mengenai isu-isu berunsur nasional iaitu mengenai sosial, pasal politik dan kerap kali bercerita mengenai ekonomi, masalah ekonomi orang Melayu susah nak cari makan walhal kos semakin meningkat dan sebagainya.
Jadi perkara-perkara yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan dibawa ke bahagian biasanya Naib Ketua Bahagianlah yang akan kumpul...yang diberi mandat untuk bawa usul dalam mesyuarat bahagian dan kerapkali saya lihat apa yang berlaku ialah di situ sudah ada tapisan dimana keluhan dan rintihan di peringkat cawangan itu tidak diendahkan atau pun tidak sampai pun ke peringkat mesyuarat bahagian...jadi, isu-isu akar umbi yang sudah ditapis di peringkat bahagian lepas itu bila sampai di peringkat perhimpunan agung UMNO sekali lagi ditapis.
Ada banyak lagi isu-isu yang di tolak tanpa bahas atau pun ada isu-isu yang dibahas tapi di tolak juga padahal isu-isu ini dibangkitkan oleh akar umbi kita dan kita juga kadang-kadang terlupa bahawa kekuatan UMNO itu adalah di akar umbi dimana kononnya kita ini parti terbesar di dalam negara dengan keahlian yang terbanyak tapi pada waktu yang sama walaupun kita umum setiap kali perhimpunan agung, Setiausaha Agung akan umumkan keahlian kita sudah mencecah ke 3.5 juta orang tapi kita tak endahkan apa ahli kita dapat di peringkat cawangan jadi itu sekaligus menidakkan kekuatan kita.
Saya rasa kecewa bila itu berlaku dan saya harap akan ada perubahan dan salah satu perubahan saya nak minta kalau bolehlah kita tidak ada lagi syarat di mana Cikgu-Cikgu tidak boleh terlibat dalam politik kita.
Sebab, seingatan saya, dulu ahli dan pemimpin UMNO terdiri dari guru-guru dan kakitangan kerajaan gred A. Walhal mereka ini berada di seluruh negara, mereka juga memahami masalah sebenar-benarnya semua masalah di semua perigkat dan dilihat sebagai pemimpin masyarakat dan orang seperti ini yang sepatutnya menganggotai keahlian kita tapi kerana peraturan-peraturan tertentu kita tak benarkan mereka jadi saya ingat yang ini rugikan kita.


AGENDADAILY : Datuk ada menyentuh sedikit soal apa yang patut di bawa dalam mesyuarat agung untuk dibincang dan dibahas seterusnya diterima oleh parti untuk dilaksanakan oleh kerajaan tapi Datuk sedar tak bahawa apa yang diterima oleh kerajaan ini sebenarnya tidak sampai ke akar umbi malah tak terlaksana di bawah dan juga tak terlaksana di peringkat orang UMNO tu sendiri?
MUKHRIZ : Saya sedar perkara ini dan setiap kali kita di perhimpunan agung UMNO akan ada pembahas-pembahas kita yang begitu kecewa dengan keadaan dimana kadang-kadang itu di sentuh mengenai apa yang telah dipersetujui di dalam perhimpunan kita sebelum itu dan kenapa tidak di laksanakan atau ada yang dah jadi dasar tapi perlaksanaannya tidak baik...jadi saya kira kita kena ada pendekatan menjelaskan mengenai kenapa sesuatu dasar itu digubal dan kenapa perlaksanaan itu perlu di laksanakan sebaik mungkin.
Saya tak mahulah nak menuduh kakitangan kerajaan yang tidak menjalankan tugas dan sebagainya tapi saya kira mereka pun kena faham kenapa perlaksanaan itu penting.
Bagi kita, orang politik pulak nampak satu visi 'cycle' bila perlaksanaan tidak baik, biasanya kerajaan yang akan dituduh tidak menjalankan tugas, tidak amanah dan sebagainya.Akhirnya, orang politik juga yang dipersalahkan sebab itu kita senantiasa menyuarakan ketidakpuasan hati kita mengenai perkara ini.
Setiap kali kita berhimpun ada mesyuarat akan adalah suara-suara yang nyatakan bahawa politik mesti menguasai kerajaan dan saya nampak ini sebagai penting kerana kita buat dasar mesti ada objektif dan tujuannya. Kalau objektifnya tidak kesampaian jadi apa maknanya ada dasar itu.Ini yang kita nak terapkan tapi saya akui bahawa ada segelintir kecil yang menyalahgunakan kuasa hingga memburukkan nama orang politik sekaligus memburukkan nama UMNO itu sendiri. Dengan sebab itu kekadang agensi perlaksana kerajaan menggunakan alasan sebagai sebab kenapa dasar itu tidak dilaksanakan.


AGENDADAILY : Datuk nampak ada kekosongan, jadi kalau ada kekosongan itu adakah Datuk rasa Pemuda patut mengisi kekosongan itu?
MUKHRIZ : Sebelum saya meminta Pemuda meneruskan menegur orang lain apa kata kita mulakan dengan diri kita, kita muhasabah...kita tengok di mana ada kepincangan tertentu dan saya kira kita kena akui banyak kesilapan yang perlu diperbetulkan dulu. Ikut persepsi orang, kita sekarang ini dilihat sebagai tidak amanah, hingga ada yang mengatakan kita tidak ada akhlak yang mulia, tak cakap benar, tak ada sifat kepimpinan tidak tunjuk teladan yang baik, jadi semua ini, kita kena buat dulu, bila orang percaya baru mudah kita nak menegur orang dan nak membawa perubahan kepada mana-mana pihak yang perlukan perubahan ini.
Bagaimanapun perkara ini akan mengambil sedikit masa tapi kita kena mulakan dan sebab itu, saya tegaskan dalam pemilihan ini akan menentukan timbul atau tenggelamnya UMNO. Kalau rakyat melihat kita masih mengamalkan rasuah pollitik maka tak perlu cerita pasal perkara lain kerana mereka tak akan percaya pada kita dan kalau kita nak buat baik pun orang tak akan percaya.


AGENDADAILY : Selepas Datuk menang Exco Pemuda 2004, timbul persoalan mampukah pemimpin muda zaman IT, zaman maju ini turun mencemar 'duli' bersama akar umbi, ada pendapat kata pemimpin Pemuda UMNO sekarang beretorik tapi perkara ini sebenarnya hakikat. Soal agama, bangsa dan negara telah dijadikan pemanis mulut pemimpin padahal ianya memerlukan keringat serta mencurahkan peluh. Di Permatang Pauh, Pemuda dilihat gagal memenangi hati golongan pemuda akar umbi, kenapa kegagalan ini masih lagi berulang.
MUKHRIZ : Salah satu sebabnya diperingkat kepimpinan tertinggi, kita sebenarnya tidak letakkan jari kita pada 'nadi' UMNO, kita juga dilihat gagal memahami kedudukan kita sebenar.
Maksudnya, apakah kita faham atau tidak masalah yang dihadapi oleh rakyat, macamana kita nak faham kalau kita tidak bercakap dengan mereka jadi lebih baik seperti yang you sebut tadi, pergi tengok sendiri.
Saya bernasib baik kerana sebagai Ahli Parlimen, saya terdedah kepada perkara ini secara langsung depan mata...saya tengok dan setiap kali saya di kawasan, ramai yang datang bercakap mengenai masalah mereka di kawasan Jerlun, mereka adalah petani, mengadu hal soal pertanian...banyak masalah dan seolah-olah tak dapat diselesaikan kerana ianya melibatkan masalah yang terlalu lama. Tapi ianya perlu diselesaikan.
Ini adalah peranan orang politik untuk memahami masalah rakyat akar umbi secara dalaman dan menggunakan kreativiti sendiri ataupun mencari pakar-pakar yang boleh membantu, lakukan sesuatu kalau tidak apa gunanya kita menjadi Wakil Rakyat.
Itu Wakil Rakyat, tapi ahli politik pun mewakili rakyat juga, sepatutnya mereka melakukan perkara ini, kegagalan menangani masalah rakyat atau ahli parti kita mengakibatkan ketidakyakinan rakyat terhadap kita.
Kegagalan dan ketidakyakinan rakyat serta ahli parti adalah antara penyebab pengundi tidak menyebelahi kita pada pilihan raya lalu, jangan terkejut dengan keputusan rakyat ini kerana kita sendiri dalam keadaan sedar atau tidak telah gagal memenuhi amanah itu dengan baik...bukan salah rakyat.
Pandangan saya, rakyat sebenarnya, bukannya menyokong sangat pembangkang tetapi kerana marah pada Perdana Menteri dan UMNO, mereka nak mengajar kita...mereka bagi 'wake-up call' dulu dengan memangkah pembangkang tapi saya tahu rakyat yang berbuat demikian sedar bahawa pihak pembangkang pun tidak mampu menyelesaikan masalah ini.
Akhirnya rakyat akan berbalik kepada kita, tapi kita kena sedar...yang jadi masalahnya sekarang, kita tak cukup sedar lagi. Sebagai pemimpin, kita masih belum menepati citarasa dan aspirasi rakyat, jika ini berlanjutan kita akan terima padahnya dalam pilihan raya akan datang.


AGENDADAILY : Ada pandangan menganggap pada pilihan raya umum Mac 208, UMNO menang tapi parti komponen tidak menang, apa pandangan Datuk?
MUKHRIZ : Kalau itu benar, kenapa kita boleh kalah di Kedah. Di Kedah majoritinya Melayu, kita tidak pernah kalah di Kedah ini kali pertama kita tumbang satu negeri kita kalah, saya yang menang di Jerlun pun tak dapat nak meraikan kemenangan saya memandangkan ramai kawan-kawan saya yang tewas di negeri saya sendiri. Kalau nak dipersalahkan parti komponen, saya rasa di Kedah satu-satunya bukti bahawa ini tidak betul. Kedah macam Kelantan, majoritinya Melayu dan orang-orang Melayu yang kita rasa tak akan undi pembangkang walau PAS sekalipun. Kalau ada pun kemenangan itu tetap pihak kita tapi keputusan pilihan raya baru ini dah membuktikan itu dah bukan realitinya sekarang.


AGENDADAILY : Jadi macamana pulak yang beranggapan bahawa Barisan Nasional (BN) kalah di lima negeri pada 2008 tapi dijangka akan buat 'come back' pada PRU 13 nanti.
MUKHRIZ : Itu pun yang saya harapkan, tapi ianya tidak akan berlaku sendiri, saya pernah nyatakan sebelum ini dalam ucapan bahawa UMNO ini parti keramat, tapi keramatnya UMNO ini kerana ahli dan pemimpinnya.
Kalau ahli dan pemimpinnya tak lakukan perkara yang membawa keramat kepada parti maka tak keramatlah parti kita ini.
Jangan kita ambil mudah mengenai hal ini dengan letakkan parti kita 'keramat' maka sokongan itu akan balik kepada kita, dengan harapan kelemahan dan kesilapan pihak pembangkang akan jadi pembangkang lebih teruk dan gagal mendapatkan sokongan seterusnya, itu bukan caranya...kita kena usaha gigih menyakinkan balik rakyat terhadap kita...bagaimana kita nak membantu kalau tidak dengan buat kerja lebih elok, bersihkan diri dan kemudian usahakan serta buktikan kepada rakyat bahawa kita sentiasa mementingkan rakyat.


AGENDADAILY : Sebagai generasi muda, Datuk bercakap soal parti keramat, sejauhmana Datuk faham soal parti 'keramat' dan apa yang 'keramat'nya UMNO ini?
MUKHRIZ : Keramatnya UMNO ialah kerana ahlinya. Ahlinya akan membawa keramat kepada parti apabila dilihat pemimpin-pemimpin parti itu betul-betul sedia berkorban dan berjuang untuk rakyat. Itu yang membawa keramat kepada parti, kalau tidak kerana ahlinya parti itu kosong ia tidak ada apa-apa.
Tapi kita bernasib baik kerana kita selama ini mempunyai pemimpin yang berwibawa yang berwawasan yang telah memimpin kita ke tahap yang lebih tinggi berbandingkan dengan negara-negara yang telah merdeka sama waktu dengan kita dulu, itu satu perkara yang patut kita banggakan, sebab itu saya mahu hala tuju dan momentum itu diteruskan.


AGENDADAILY : Saya ada satu pandangan soal keramat ini, 'keramat' ini adalah kerana berlakunya amalan, jadi adakah benar UMNO keramat kerana amalan pemimpinnya yang mengamalkan sesuatu yang baik, bermakna pemimpin amalkan 'serve' ahli-ahli dia...sekarang UMNO dah kurang 'keramat' kerana pemimpinnya dah tak hiraukan ahli-ahlinya.
MUKHRIZ : Itulah apa yang saya nampak pun...iaitu kita dah terpesong dari landasan serta tujuan asal di mana wujudnya kita (pemimpin atasan) ini dari sokongan akar umbi, sebab itu kita diberi jawatan di dalam parti tapi bila kita dah dapat kita pecah amanah kita.Ramai fikirkan diri sendiri sahaja, kita tidak betul-betul berkhidmat untuk ahli dan rakyat...mungkin ada masalah dari sistemnya.
Dalam politik demokrasi dan kepimpinan, lazimnya untuk kita mendapat jawatan kita mesti popular. Kalau tak popular, kita tak mendapat sokongan maka kita tak dapat naik ke atas. Maka, kita buat kerja-kerja kempen contohnya dalam siri pemilihan ini, untuk mempopularkan diri supaya kita dipilih menjadi pemimpin.Bila kita dah jadi pemimpin, kalau kita memimpin mengikut populariti maka kita sentiasa akan membuat keputusan untuk popular sahaja dan tidak semestinya membuat keputusan-keputusan yang terbaik untuk rakyat.
Sebab itu saya berpendapat, pemimpin yang dapat jawatan tidak boleh berlandaskan poulariti, kerana ianya akan dituntut membuat keputusan yang tidak popular...jadi kalau kita bukan pemimpin yang berwibawa, tidak ada kemampuan intelek dan gagal menggunakan kemahiran untuk menyakinkan orang mengenai kenapa kita perlu ikut jalan A bukan B maka kita akan gagal jadi pemimpin kerana kita akan sentiasa membuat keputusan hanya keputusan yang popular sahaja, dan inilah yang menjadi kelemahan, juga masalah mengenai apa yang saya selalu sebut tentang mengurus kejayaan.
Bila berjaya sudah tentu ada banyak dugaan-dugaan dimana kita boleh terjerumus dalam pecah amanah dan memperkayakan diri, sebagainya.Pendirian saya mengenai perkara ini jelas dan kerap kali saya katakan, mengenai kepimpinan kita sekarang dan itu yang saya rasa amat kecewa kerana kepimpinan yang lemah mengakibatkan keruntuhan sokongan terhadap UMNO/BN.
Sekiranya tidak diatasi segera maka keruntuhan ini akan berlarutan dan tinggal sejarah sajalah, UMNO dah tak keramat lagilah...sekarang ini pun saya tak rasa UMNO ini 'keramat', semangat UMNO dah pudar dan walaupun orang bersemangat tapi kecewa...perasaan ahli UMNO kecewa... hati mereka jauh daripada kita walaupun mereka ahli kita...mereka tidak keluar dari jadi ahi parti tapi mereka tak ambil bahagian dalam program parti dan mesyuarat parti, sekarang pun kita boleh lihat banyak mesyuarat cawangan tidak cukup korum...kita banyak terima laporan mengenai mesyuarat yang dijalankan tanpa cukup korum, apa sebabnya tu, sebab ahli dah jauh hati pada UMNO.


AGENDADAILY : Semasa menang jawatan Exco Pemuda UMNO, ada pihak kaitkan dengan Tun, katanya Datuk menumpang nama Tun...sekarang Datuk sendiri kena mendapatkan sokongan akar umbi, ianya agak sukar...bagaimana Datuk nak menang Ketua Pemuda.
MUKHRIZ : Saya nak balik ke 'basic'...balik pada asas, iaitu kita mesti sedia berkorban kerana tanpa pengorbanan maka kita tak boleh panggil apa yang kita usahakan ini sebagai perjuangan, maksud saya menyelesakan diri dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi dan di situlah terletaknya sokongan terhadap saya, dan di peringkat yang lebih tinggi juga ada ahli yang boleh beri sokongan tapi kurang...tak kisah sangatlah, namun sistem kuota dalam pemilihan agak menyusahkan perjalanan kempen saya, tapi saya masih menaruh harapan dan percaya kepada kekuatan UMNO itu yang terletak di akar umbi.
Bagi saya, pemimpin yang lupa akan hal ini akan ditolak oleh ahli-ahli kita. Lebih-lebih lagi kalau sistem kuota kita dapat hapuskan.


AGENDADAILY : Sejauhmana keyakinan Datuk untuk mendapat peluang sokongan kali ini?
MUKHRIZ : Saya banyak bertanya kawan-kawan mengenai perkara ini, saya tanya kalau disuruh pilih antara perjuangan dan wang ringgit yang mana akan dipilih oleh pemuda hari ini...Ada juga yang kata wang ringgit, kerana walaupun seorang ahliUMNO itu seorang pejuang parti tetapi keadaan sekarang ini, ekonomi kita yang lembap nak cari makan susah masing-masing nak jaga periuk nasi...nak hantar anak ke sekolah, saya fahamlah keadaan mereka, jadi ianya memerlukan satu komitmen yang begitu tinggi untuk dia memilih perjuangan dan bukan wang ringgit.
Saya lihat ini sebagai satu cabaran yang besar...bagi saya, untuk menyakinkan mereka dengan perjuangan itu akhirnya akan membawa kepada kesenangan tetapi akan makan masa sikit, contohnya kita nak berjuang untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu, mereka di bawah tak nampak sebagai satu perkara yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Jadi dah tentu ianya perlu diyakinkan dan tentunya memakan masa satu atau dua tahun sebelum dilihat faedah...daripada itu jadi susah jugaklah kita nak dapatkan orang untuk yakin dengan apa yang saya perkatakan ini tetapi pada yang sama saya melihat ada juga yang walaupun dalam susah dia masih berpegang pada perjuangan parti.


AGENDADAILY : Datuk isytihar, kalau menang Ketua Pemuda, tidak mahu pegang jawatan dalam kerajaan, apakah Datuk sedar bahawa kalangan pemimpin-pemimpin Pemuda di semua peringkat memerlukan sokongan dan dana untuk mengimarahkan Pemuda peringkat bahagian, cawangan dan sebagainya, jadi adakah Datuk sudah bersedia dengan dana yang besar untuk dicurahkan kepada mereka atau Datuk sudah sedia nak bagi sesuatu pada mereka?
MUKHRIZ : Saya faham perkara itu...berbalik kepada kenapa saya tak nak jawatan dalam kerajaan, sebab saya melihat tanggungjawab Ketua Pemuda daripada sekaranglah memerlukan kerja sepenuh masa, bukannya 'part time'...kena ada penumpuan sepenuhnya, tak boleh buat benda-benda lain dan anggap kerja Ketua Pemuda ini sambilan sahaja, kalau dianggap sambilan maka kita tak akan menang pilihan raya akan datang.
Pada waktu yang sama saya faham bahawa untuk aktiviti Pemuda, ianya memerlukan dana, perlu ada peruntukkan dan sebagainya.
Jadi kita nak memperkasakan Pemuda tapi janganlah dengan cara menggunakan jawatan kita dalam kerajaan mendapat 'budget' daripada kementerian dan sebagainya untuk membantu dengan cara menghulurkan bantuan.
Kalau boleh kita nak bagi pancing bukan bagi ikan, itu yang selalu kita sebut tapi kekadang tidak diamalkan juga.
Rata-rata saya jumpa Pemuda juga merasakan mereka tidak suka sangat diberikan duit kerana mereka mahu Pemuda diperkasakan agar mereka dapat jaga cawangan dan bahagian masing-masing.
Pemimpin peringkat cawangan dan bahagian ini perlu diperkasakan, sekiranya mereka boleh buat, sudah tentu mereka tidak akan ganggu dengan macam-macam permintaan. Tapi bila keadaan mereka sendiri teruk, tak dapat membantu ahli-ahli dan yang keduanya orang memandangnya lekeh,...ketua kita ni tak dapat urus diri dia dengan baik...macamana kita nak tengok seseorang itu jadi seorang pemimpin yang berkesan.
Kita kena perkasakan seseorang pemimpin itu dengan memberi kemudahan untuk tingkatkan diri sendiri, barulah pemimpin itu ada kewibawaan jadi pemimpin...ini saya ingat penting.
Saya tahu kadang-kadang jawatan-jawatan kerajaan itu direbut-rebut kerana kepentingan politik...siapa tidak terpesona melihat 'budget' kerajaan yang sudah mencecah berbilion ringgit bukan kecil...sebahagian daripada itu kekadang ada unsur politiknya, saya tahu ini amalan kita tapi saya ingat ianya bukan amalan yang boleh kita teruskan sampai bila-bila kerana ini pun sedikit sebanyak satu amalan yang tidak amanah.


AGENDADAILY : Datuk sedar tak, bahawa ada dikalangan pemimpin pemuda, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Pemuda di peringkat Exco sendiri yang berkarier, mereka ada pendapatan, ada yang jadi konsultan, lawyer, mereka ada syarikat yang boleh tampung kehidupan mereka tapi untuk membelanjakan wang ringgit dari hasil titik peluhnya untuk kepentingan parti, nak buat program untuk parti...mereka rasa berat untuk mengeluarkan wang ringgit dari poket sendiri...mereka masih mengharapkan kerajaan memberikan projek dan mendapat sedikit keuntungan barulah boleh belanja untuk parti, itupun sedikit saja, begitu juga di peringkat pemimpin akar umbi yang mana jadi kontraktor kelas 'F"e; tapi satu projek pun tak dapat...macamana Datuk nak selesaikan masalah ini, saya bimbang Datuk tak nak jawatan dan dianggap retorik semata-mata...macamana Datuk nak bagi harapan kepada pemimpin-pemimpin di bawah?
MUKHRIZ : Contohnya diperingkat yang paling bawah, Pemuda cawangan di kawasan saya sendiri di Jerlun ramai juga yang menganggur, buat niaga kecil-kecilan, makan gaji pun tak cukup nak menyara hidup, masih tinggal dengan mak bapak, tak ada rumah sendiri, tak boleh nak kahwin.
Apa kata kalau kita perkasakan mereka, contohnya di kawasan saya sendiri tanah pertanian...kita cari satu projek pertanian yang boleh meningkatkan pendapatan dan dengan cara itu kita memperkasakan kedudukan politik mereka sendiri, dengan cara begitu mereka bukan saja memperoleh pendapatan dan boleh belanja beli bola, beli jersey untuk ahli-ahli di peringkat cawangan tapi menonjolkan diri kepada ahli-ahli sebagai seorang contoh usahawan kecil yang berjaya.Saya yakin dapat membantu seramai orang yang boleh, saya sekarang ini sedang mencari program pertanian yang sesuai untuk orang muda.
Di Kedah, kalau ikutkan pertanian banyaklah projek kecil-kecilan yang saya nampak kebanyakkannya berjaya tapi ada pulangan yang kecil dan ada pulangan yang besar.Kita akan cari yang sesuai, contohnya ada yang mengusahakan kulat, ikan Keli dalam tangki plastik besar, tanam cili, jadi ini membuka peluang kepada kita untuk mencari benda-benda yang boleh kita lakukan untuk membantu sedikit sebanyak tingkatkan lagi pendapatan.Mungkin kalangan ahli Pemuda yang dah ada kerja tapi ada lagi kerja sampingan yang boleh bantu. Saya sendiri pun berniaga.
Jadi ini permulaan, saya sendiri pun berniaga jadi saya tahu betapa susahnya, bila kita berniaga, bila kita untung pun nak belanja untuk politik...saya rasa syarikat saya sendiri pun tak faham kenapa saya kena belanja gaji saya untuk orang lain, tapi itu memang politik kita kena gerak, kita kena jumpa orang kadang-kadang ada majlis, jadi majlis ni pun makan belanja tapi ini sebahagian daripada politik, jadi mahu tak mahu terpaksa juga buat.
Tapi kita nak cari di tahap mana...kalau kita dah melewati tahap, ianya jadi keterlaluan...dah bertukar daripada belanja biasa-biasa ke rasuah politik. Itulah yang nak kita faham dan sentiasa ingatkan diri jangan melewati garisan.


AGENDADAILY : Datuk ada makenisme untuk memperkasakan Pemuda di peringkat bawah?
MUKHRIZ : Perkara itu sedang saya usahakan, sekarang ini saya mencari bagaimana untuk memperkasakan pemuda di peringkat terbawah.


AGENDADAILY : Banyak isu yang melibatkan Datuk, dari soal isu ucapan Presiden, memihak kepada Tun dalam krisis dengan Pak Lah dan percaturan politik dengan Khairy yang dianggap sesetengah pihak sebagai perang dingin. Isu surat minta PM letak jawatan adalah antara isu penting tetapi ini tidak dapat mencalarkan kedudukan Datuk sebagai Exco Pemuda malah diberi mandat pula oleh pucuk pimpinan untuk bertanding menjadi calon di Jerlun. Apakah ini satu kejayaan buat Datuk atau Datuk lihat apa yang sedang berlaku?
MUKHRIZ : Ada sedikit sejarah yang sepatutnya saya jawab dalam persoalan ini, berkait jugalah.
Masa saya bertanding 2004 dulu, saya diberi syarat oleh ramai kawan-kawan dalam Pemuda yang saya jumpa, mereka kata,...kita akan beri undi kepada kamu tapi buatlah kerja sebagai 'check and balance' dalam isu Pemuda, maksudnya saya kena bersuara dalam Pemuda tapi dalam masa yang singkat, setahun ataupun dua tahun yang pertama, saya mengikut arus tak bercakap, tak bersuara, ikut saja walaupun tak setuju tapi kerana kumpulan kita dan membuat satu ketetapan maka saya pun ikut.
Walaupun keputusan tersebut mungkin tak popular dan tak boleh diterima oleh ahli-ahli kita tapi saya tak bersuara. Jadi, lama kelamaan kawan-kawan saya sendiri tak bercakap dengan saya, mereka dah tak tegur sapa..jadi renggang...saya pun naik hairan kenapa ni lain macam saja kawan-kawan ni....bila ditanya balik...tiba-tiba kawan-kawan kata,...kau pun dua kali lima juga, dah masuk dalam Pemuda tak ada bercakap apa-apa pun, sudah tahu masalah golongan muda Melayu macam ini pun tak bersuara...dulu bukan main lagi beria-ia sangat nak bertanding konon nak bawa suara orang muda, orang profesional dalam Pemuda tapi sekarang ini tutup mulut macam kena tarik hidung pula.
Jadi saya tersentak dan tersedar bahawa rupanya saya ikut arus saja tak lawan arus tak jadi 'check and balance' apa yang saya janjikan dulu. Sejak itu saya mula buat pendirian semula, saya kena ikhlas dalam jawatan ini dan jangan fikir sangat popular ke tak popular, menentang ataupun berbeza pendapat dengan pemimpin.
Saya kena bercakap apa yang terbuku di hati bermula dengan isu pembatalan jambatan bengkok ke Singapura, saya bercakap di Kulai atas undangan Pemuda UMNO Kulai, dari situ saya bermula dengan pendekatan baru yang sepatutnya saya buat daripada dulu.
Saya akan terus berperanan begini, saya mendapat maklum balas bahawa ramai ahli UMNO dan bukan ahli mula menghargai usaha dan cara ini, mereka mula melihat saya benar-benar mewakili suara mereka. Walaupun saya lantang bersuara dan kadang-kadang kelihatan menentang keputusan kepimpinan kita tapi tiada tindakan yang diambil terhadap saya dan saya juga bernasib baik kerana diberi peluang bertanding atas tiket BN di Jerlun dan menang. Ianya menjadi dorongan kepada saya untuk teruskan usaha menyuarakan kehendak golongan muda dan memberi teguran, saya juga syorkan pada orang lain untuk tidak takut bercakap apa yang benar.
Tidak takut untuk berkata benar akan menghindarkan diri kita dari sebarang tindakan yang boleh dilihat tak adil pada kita. Saya mengkritik kepimpinan kerana proses mengkritik tidak salah, dalam era serba terbuka dan kita amalkan keterbukaan.
Keterbukaan itu bermaksud kita boleh kritik orang dan kita juga mesti terbuka untuk menerima kritikan. Takkan kita tidak boleh dikritik, apakah kita tidak boleh lalui proses kritik diri kita sendiri, kritik parti kita sendiri, kritik kepimpinan kita sendiri...itu tak betul, itu tak adil. Kelantangan saya bercakap tidak ada udang di sebalik batu.


AGENDADAILY : apabila Datuk bersuara, mengkritik dan menegur, sesetengah pihak anggap Datuk kurang ajar pada pucuk pimpinan, mulut celupar dan tidak ada kesopanan dan berbagai lagi, tapi Datuk masih diterima, apakah Datuk rasa generasi muda hari ini perlu bersikap macam Datuk?
MUKHRIZ : Saya akui ada juga kelemahan-kelemahan saya sendiri, saya tak boleh kata apa yang saya buat semuanya betul, ada juga yang tak betul.
Saya belajar dari pengalaman, bagaimanapun untuk satu bangsa itu berjaya, sebagaimana UMNO yang mewakili bangsa Melayu maka UMNO mesti tunjuk teladan yang baik.Kita kena amalkan nilai-nilai murni yang menunjukkan ketamaddunan kita yang baik. Agama dan bangsa kita mengajar, antaranya jujur, amanah, kerja gigih, menepati masa, bersopan dan sebagainya.
Kita ambil satu perkara saja sebagai contoh, sopan, '...budak ni tak sopan...', jadi kita tolak dia, bukan itu saja yang kita kena pegang, untuk satu bangsa itu berjaya, dia banyak perkara yang perlu diambilkira, kalau orang Melayu hanya dinilai dari sudut sopan saja, macamana dengan sikap rendah diri, tak buat kerja, malas dan macam-macam lagi peribadi tak baik orang Melayu...kemana kita, apakah kita akan terkenal sebagai orang yang begitu sopan saja tapi tak berjaya.
Orang mungkin menuduh saya kurang ajar, biadap dan sebagainya tetapi apa yang saya bangkitkan itu menyentuh mengenai nilai-nilai murni lain yang kita tak amalkan, perkara yang membawa binasa pada kita...apa kita nak buat sekarang, adakah kita nak teruskan dengan kesopanan kita itu dan pada masa sama kita juga binasa, itu pun tak guna juga.
Saya terus berfikir apa yang saya katakan sebelum ini pun mengikut kesopanan dan cara yang terhormat, kerana kalau saya menegur orang tua pun. Tetapi dalam teguran saya terhadap PM, saya kata...tak ada benda baru yang PM cakap dalam ucapannya, masa itu saya rasa mungkin tersilaplah saya guna ayat macam itu kerana mungkin ada cara yang lebih elok untuk saya sampaikan masej itu tapi saya tak tarik balik sebab mesej yang saya maksudkan itu orang faham, sebab itulah saya cuma mohon maaf kerana menyinggung perasaan PM tapi saya percaya apa yang saya kata itu memang betul saya tak akan kata sebarangan saja.
Penting bagi kita faham bahawa pada masa terima kritikan, orang akan kata kita macam-macam tapi asalkan kita percaya untuk satu-satu bangsa itu berjaya, kita kena memenuhi ciri-ciri baru. Jadi kalau kita faham keadaan itu saya percaya akhirnya kita berjaya.


AGENDADAILY : Adakah Datuk bersedia untuk jadi seorang pemimpin muda yang bersifat kritikal atau bermulut 'celupar' tapi sopan atau golongan yang mungkin akan ganyang Datuk dengan kata-kata kritik pedas, Datuk sedia dengan golongan ini?
MUKHRIZ : Itu dah memang sebahagian daripada cabaran yang akan saya tempuhi dan saya jenis orang yang banyak sabar dan saya ingat ramai orang tahu, kalau saya tak bersedia dengan cabaran seumpama ini saya tidak akan tawarkan diri.Saya sebut tadi yang saya memang jenis orang yang sabar, yang keduanya saya tak mudah kecewa, maksudnya dalam kekalahan pun, saya tahu selama ini ada hikmah dan memang betul selama ini memang tak pernah ada lagi benda yang mengecewakan saya dan tak ada hikmah sebaliknya termasuklah kekalahan saya di Kubang Pasu dan sebagainya.
Saya juga jenis orang yang tak simpan dendam, kalau saya marah dengan seseorang, sekejap saja, esok atau dua tiga hari saja, kita ingat tapi kita dah maafkan, jadi itu membantu saya dalam berhadapan dengan orang yang tak sefahamam dengan saya atau pun tak setuju dengan saya.
Walau apa pun cara mereka sampaikan ketidaksetujuan pada saya, contohnya di pilihan raya kecil Permatang Pauh, ada golongan yang maki hamun saya dan ada juga dipihak pembangkang yang hormat kepada saya.
Menariknya di situ, mak cik-mak cik yang pakai baju PKR datang jumpa saya nak ambil gambar, itu saya rasa sebagai petanda yang mereka boleh terima pendekatan saya dan tak lihat saya sebagai ancaman. Jadi untuk kita mendekati mana-mana pihak, yang paling utama sekali, kita kena pastikan dia boleh terima kita sebagai orang yang setaraf dengan dia dan tidak nampak kita sebagai orang yang akan menekan atau mengancam kedudukannya, saya rasa ada karektor itu.


AGENDADAILY : Datuk menawarkan diri untuk jadi pemimpin Pemuda, Pemuda yang macamana yang Datuk nak pimpin?
MUKHRIZ : Semua jenis pemuda, sekarang ini kita ada pelbagai macam jenis pemuda. Dalam Pemuda itu sendiri ada yang dah mewah kedudukannya, kuat oleh kerana usaha dia sendiri dan ada yang masih menghadapi paling asas macam kais pagi makan pagi...maksudnya kita kena cuba memimpin semua jenis pemuda.
Mencari satu perkara yang boleh menyatukan kita semua dan perkara itu ialah perjuangan kita yang asal walaupun ianya retorik tapi saya nak cuba menterjermahkan retorik itu kepada satu perkara yang realiti kepada kita iaitu untuk menegakkan syiar Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan memajukan negara kita.
Itu yang kita nak buat dan kita nak bagi mereka faham apa yang dimaksudkan dengan Al-Fatah kita ni, apa yang dimaksudkan sebenar-benarnya.
Bila kita faham itu semua, maka senang untuk buat keputusan, isu-isu yang berbangkit kita kena rujuk semula kepada perjuangan. Apa yang tak kena, kita tolak, apa yang kena kita perjuangkan.
Apa yang perlu difahami semua pihak adalah sesuatu yang kita perjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu itu akan menidakkan hak kaum lain di negara ini.Saya kira dalam UMNO mahupun dalam BN kita tak pernah abaikan persefahaman itu.
Walaupun sekarang ini UMNO dilempar berbagai tohmahan, namun saya lihat sejarah orang Melayu yang memperjuangkan hak kaumnya tidak pernah sekali-kali bersikap menolak hak kaum lain.

Analisis Undi PKR di Semenanjung Malaysia-Implikasi kepada UMNO


Dalam Pilihanraya tahun ini PKR, tanpa diduga, telah menempa kejayaan luarbiasa. Dalam persaingan kursi DUN, ia telah memperolehi sejumlah 40 kerusi yang mana 15 di Selangor, 9 di Pulau Pinang, 7 di Perak dan selebihnya di Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan. Saya pasti ramai ingin nak tahu golongan manakah yang ramai mengundi PKR, dan setakat mana.
Mengapakah mereka mengundi PKR, dan apakah sokongan pengundi ini berupa sekali peristiwa sahaja atau sebaliknya akan berkekalan dalam tempoh beberapa pilihanraya yang akan datang.
Saya telah membuat analisis multiple regression pada data di Selangor dan data di Semenanjung Malaysia. Hasil analisis bagi kawasan Selangor kurang memuaskan oleh sebab sample size yang tidak cukup besar dan kurang mencerminkan suasana di seluruh negeri.Jadi saya buat kajian yang menggunakan data yang lebih meluas mewakili lima buah negeri yang ditandingi PKR.

Mengikut kajian dan anilisis ini, PKR telah berjaya menambahkan sokongan di negeri negeri tersebut, terutama sekali di negeri Selangor. Ini tidaklah diluar jangkaan memandangkan disinilah [ termasuk di kawasan Kuala Lumpur] suasana politik yang paling bergolak disekitar pilihanraya sehingga kini. Disinilah berlakunya demonstrasi besar besaran dan kempen pilihanraya yang paling hebat.

Sungguhpun demikian, reaksi pengundi dan sokongan mereka kepada PKR sebenarnya tidak sama; ia berbeza mengikut undi setiap kaum. Dalam kawasan kawasan yang ditandingi oleh PKR, sokongan yang padu telah diterima daripada kaum India dan Cina dan sokongan yang terhad dari kaum Melayu. Mengikut analisis kita sebanyak 98% undi kaum India telah di beri kepada calon calon PKR, manakala undi Cina 73% dan undi Melayu 43% sahaja.
Sungguh jelas disini isu Hindraf memainkan peranan utama sehingga berjaya mengalihkan sokongan dari kaum India secara total kepada parti PKR dan parti parti rakan mereka dikawasan kawasan ini. Ini berlaku sungguhpun undi kaum India merupakan undi yang paling setia kepada Barisan Nasional pada pilihanraya 2004 dan sebelumnya, iaitu 72% dari kaum tersebut, berbanding dengan hanya 62% dari kaum Melayu.

Saya yakin pengundi India bukan bersifat perkauman dengan ertikata benci kepada kaum Melayu sewaktu berbuat sedimikian. Ia hanya suatu manifestasi kehampaan yang mendalam terhadap nasib kaum mereka yang pada kacamata mereka tidak cukup terbela sejak berdekad dekad yang lalu. Samaada pandangan mereka itu mempunyai asas yang kukuh atau hanya persepsi mereka sahaja, saya tidak akan membincangkan perkara ini, tetapi apa yang jelas, parti pembangkang telah berjaya memainkan isu ini untuk kepentingan parti parti mereka, dan sebaliknya Barisan Nasional telah gagal menghadapi cabaran ini dengan memuaskan.

Tetapi keputusan pilihanraya terbukti tidak memihak kepada kaum India walaupun dengan langkah drastik mereka. Kini mereka telah hilang suara MIC yang biasa membela mereka dalam kerajaan, lebih menyedihkan suara mereka akan pasti tenggelam didalam DAP dan PKR yang bukan dikuasai oleh kaum mereka. Tambahan pula DAP dan PKR tidak mampu membantu sesuatu kaum kerana ini adalah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Ini sesuatu yang mereka seharusnya renungkan sedalam dalamnya demi untuk masa depan kaum mereka.

Bagi UMNO, ambillah keadaan ini sebagai suatu iktibar sebab dengan terhakisnya sokongan dari kaum lain, BN masih lagi dapat membentuk kerajaan, tetapi kerajaan yang didirikan tidaklah setabil seperti dahulu dan terdedah kepada tekanan politik berbagai pihak di dalam ataupun diluar kerajaan. Malah ia boleh dijatuhkan jika gagal membuat pertimbangan yang betul.

Jika undi kaum India telah pindah kepada PKR secara total, undi kaum Cina juga ikut pindah, walaupun pada kadar kurang sedikit, iaitu 73%. Memandangkan Undi kaum India lari kerana isu kaum, pada fikiran saya undi kaum Cina lari sebahagian besarnya juga kerana isu yang sama. Bagi kaum Cina sememangnya undi mereka tidak stabil, adakalanya memihak kepada Barisan Nasional dan adakala sebaliknya. Mereka mengundi Barisan Nasional dikala mereka yakin yang itulah terbaik untuk kaum mereka dan sebaliknya mengundi pembangkang sebagai protest vote atau kerana percaya yang Barisan Alternatif mampu mendirikan sebuah Kerajaan baru dengan suara yang lebih untuk kaum mereka.

Yang menghairankan, mengapa pula undi Melayu agak banyak berpindah ke PKR, terutama di Selangor . Ini berlaku sungguhpun PKR tidak menjanjikan apa apa yang lebih istimewa, sebaliknya begitu kritkal terhadap hak hak istimewa orang Melayu. !!! Isu kaum dan agama sepatutnya mengekalkan undi Melayu kedalam Barisan Nasional.

Apa yang jelas ialah pengundi Melayu, terutama di Selangor, sedikit sebanyak terpengaruh dengan isu isu lain yang di mainkan oleh pembangkang, seperti kenaikan harga barang, korupsi, isu kehakiman, peningkatan kadar jenayah dsb.

Sungguhpun demikian daya tarikan PKR terhadap pengundi pengundi Melayu dan Bumiputera lain adalah terhad kerana ia hanya dapat purata undi 43% sahaja dari kaum Melayu didalam kawasan yang mereka tandingi.

Perlu juga dinyatakan, sungguhpun undi Melayu untuk BN hanya pada kadar 52%, tetapi calon calon UMNO telah berjaya memperolehi lebih daripada 54% undi Melayu di kawasan kawasan yang ditandinginya, berbanding dengan 43% oleh PKR.

Dari segi kiraan undi pula UMNO memperolehi kira kira 1.73 juta undi kaum Melayu dalam 110 kawasan Parlimen manakala PKR hanya memperolehi kira kira 700,000 undi kaum Melayu dari 68 kawasan Parlimen yang ditandingi masing masingnya di Semenanjung. Yang membolehkan PKR memenangi 40 kerusi dewan undangan negeri dan 31 kerusi Parlimen ialah sokongan padu yang ia perolehi dari kaum India dan Cina.

Jadi, pilihanraya kali ini tidak menampakkan sebarang fundamental shift dalam arah undi kaum Melayu.

Penemuan kajian(research finding)di atas menunjukkan bahawa undi Melayu, sungguhpun dipengaruhi oleh kempen pembangkang yang memainkan isu semasa, namun Melayu pada amnya masih setia kepada UMNO. Yang lari secara mendadak ialah undi kaum India dan kaum China. Undi diatas pagar, sebahagiannya undi Melayu, juga mudah berubah, tetapi arusnya agaknya ujud lebih diantara UMNO dan PAS(tertakluk kepada kajian lanjut).

Hasil kajian ini mengesahkan yang corak pengundian dalam pilihanraya tahun ini masih di tentukan oleh isu kaum. Ini petanda baik untuk UMNO dan justeru menentukan UMNO tetap relevan dalam arena politik nasional dimasa hadapan dengan cara terus berpegang teguh kepada prinsip asal yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Bumiputera dengan kerjasama dan sokongan kaum India dan juga kaum Cina.

Untuk faedah mereka yang mahir dengan analisis multiple regression saya perturunkan model yang dihasil menggunakan data bagi negeri negeri yang ditandingi oleh parti PKR seperti berikut:
PKR= -1482.02+0.4285Mal+0.7317Ch+0.9801Ind
T Value 13.2 13.4 12.6
R2=0.92
Sample size =69
where PKR=votes obtained by PKR, Mal=Malay votes, Ch=Chinese votes, Ind=Indian votes.

Extremely high R2 and T values indicate high level of reliability of the equation as well as a high level of significance of the independent variables.
Dari DAH IKHWAN weblog

Friday, October 31, 2008

Peralihan kuasa Umno 'ganggu' rancangan Pakatan

Peralihan kuasa Umno 'ganggu' rancangan PakatanJimadie Shah Othman Oct 24, 08 2:48pmUsaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.

"Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru)," katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut."Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja," jelas sumber-sumber tersebut.

Mesyuarat kepimpinan PakatanMengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawatan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Komen saya:-
APA KENA MENGENA DGN UMNO?UMNO TAK BERSALAH PUN DI DALAM HAL NI. KALAU BETUL PAKATAN RAKYAT KUAT KENAPA TAK LAKSANAKAN SAJA UNTUK MENGULINGKAN KERAJAAN YG ADA.

PELBAGAI ALASAN YANG DIBERIKAN JIKA PELAN PERLAKSANAAN PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MENJADI. YANG PASTINYA ALASAN YANG DIGUNAKAN AKAN BERSANGKUT –PAUT DENGAN UMNO.

APA YG DINYATAKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT HANYA DUSTA SEMATA-MATA.

TAK USAHLAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA YG KINI SEMAKIN HARI SEMAKIN PANDAI BERFIKIR.

AMAT JELAS SEKALI APABILA KITA MENYAKSIKAN PERBAHASAN DI DALAM DEWAN RAKYAT BARU-BARU INI, BAHAWA PAKATAN TIDAK BOLEH DUDUK SEMEJA. AHLI PARLIMEN PKR TIDAK BERSETUJU DGN AHLI PARLIMEN DAP.

MASING-MASING ADA EGONYA TERSENDIRI.

NI BARU PERBAHASAN SAJA, BELUM PENGAGIHAN JAWATAN KABINET & SEBAGAINYA.

RAKYAT SUDAH MULA BENCI DENGAN JANJI-JANJI & DAKYAH KOSONG PIHAK PEMBANGKANG.

TIDAK DINAFIKAN KEKALAHAN TERUK BARISAN NASIONALPADA PRU B ARU-BARU INI, DIJADIKAN MODAL OLEH PAKATAN PEMBANGKANG YANG MANA RAKYAT MULA MENOLAK BARISAN NASIONAL.

WALHAL KEKALAHAN TERUK BARISAN NASIONAL PADA KALI INI, MERUPAKAN ANGKARA PEMIMPIN ATASAN YANG TIDAK MAHU MENDENGAR LUAHAN AKAR UMBI. INI MERUPAKAN PROTES YANG DITUNJUKKAN OLEH RAKYAT BAGI MENARIK PERHATIAN PEMIMPIN ATASAN YANG LEKA DILAMUN MIMPI INDAH.

AKAN TETAPI JIKA DIIZINKAN OLEH ALLAH SWT DENGAN ADANYA PERALIHAN KUASA, BARISAN NASIONAL MAMPU KEMBALI GEMILANG.

SAYA PERCAYA PAKATAN KERJSAMA YANG DILAKUKAN DI DALAM BARISAN NASIONAL MERUPAKAN PAKATAN YANG TERBAIK BUAT DULU, KINI & SELAMANYA KERANA TERDAPAT PERSEFAHAMAN YANG TERJALIN BUAT SEKIAN LAMA.

BARISAN NASIONAL SAJALAH YANG MAMPU MENGUMPUL PELBAGAI KAUM UTK DUDUK SEMEJA BERBINCANG PELBAGAI MASALAH DI DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA.

JIKA TIDAK MASAKAN MALAYSIA DIJADIKAN CONTOH OLEH NEGARA-NEGARA LAIN DIMANA KEPELBAGAI KAUM DI MALAYSIA BOLEH BEKERJASAMA DI DALAM SEGALA BIDANG.

INI JELAS SEKALI TERBUKTI APABILA KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN YANG KE-51 BARU-BARU INI.

TIADA PARTI DI DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA YANG SEHEBAT BARISAN NASIONAL.


FIKIR-FIKIRKAN & RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, October 29, 2008

Mukhriz: Hapus ekuiti Bumiputera akan lemahkan ekonomi Melayu


ALOR STAR: Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikatsyarikat senaraian awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu, kata Anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.

"Pencapaian mereka paling hebatpun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadi wajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?" katanya bagi mengulas kenyataan naib presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai yang mahu syarat itu dihapuskan.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata banyak lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai dan usaha perlu dilakukan bagi memantapkan daya saing mereka dengan kaum lain yang maju dalam bidang ekonomi.

"Selagi golongan Bumiputera belum selesa dan yakin dengan kemampuan mereka, dasar ini tidak boleh dihapuskan," katanya. BERNAMA

Source:
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/29/mstar_berita/20081029130527

Wednesday, October 22, 2008

Janji 5 tahun 5 inisiatif, 5 bulan lagi

Hujung Oktober ini genap lima tahun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan kerajaan dan Umno serta menerajui Barisan Nasional (BN) daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Peristiwa itu direkodkan sebagai tanggal bersejarah pada 31 Oktober 2003.

Nampaknya, pada bulan Oktober juga Abdullah mengumumkan peralihan kuasa secara muktamad, yang telah dipinda dan diperawalkan iaitu semalam pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN - dua minggu selepas Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat khas.
Lima bulan selepas menerajui kepimpinan Abdullah mengetuai pilihan raya umum ke-11 dengan gaya, sekali gus memperoleh satu prestasi rekod, yang tidak pernah dicatatkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini.

Perdana Menteri yang kelima ini membawa slogan "bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya" dan manifesto BN pilihan raya 2004 antara lain menggariskan beberapa pembaharuan demi kesejahteraan rakyat.

Mengambil kira pengumuman Abdullah, beliau mempunyai tempoh 'bersih' selama lima bulan lagi untuk mengotakan, melaksana dan merealisasikan segala apa yang dicita-citakan selama lima tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sejak memimpin negara bermula 31 Oktober hingga sekarang, Abdullah telah mengetengahkan banyak aspek bagi memastikan negara yang makmur, aman dan selamat.

Ini termasuklah mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan bersih daripada amalan-amalan tidak sihat. Beberapa tindakan beliau memperlihatkan kejayaan dan sesetengah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna, sekali gus gagal memenuhi harapan rakyat.

Kegagalan itu dilihat sebagai punca prestasi BN yang lebih rendah Mac lalu berbanding keputusan pilihan raya umum 2004.

Di sebalik ada sesetengah pihak telah menganggap Abdullah akan bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Umno, ada yang bertanya apa yang boleh dilakukan oleh Abdullah dalam tempoh singkat sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada penggantinya.

Sambil mengakui bertanggungjawab ke atas prestasi BN yang tidak memberangsangkan Mac lalu, Abdullah mahu meneruskan dan mahu memastikan rakyat merasai impian dan cita-cita melahirkan negara yang makmur dan sejahtera kepada semua.

"Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya.

"Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang," katanya.

Lima inisiatif yang akan dilaksanakan Abdullah sepanjang lima bulan akan datang ialah menubuhkan tiga agensi penting iaitu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Selain itu Abdullah mahu kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara. Ini termasuk dalam inisiatif ekonomi.

Abdullah juga mahu memastikan negara mengadakan Konvensyen Barisan Nasional awal tahun depan. Beliau mahu melihat kerajaan dan BN memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni.

Mampukah Abdullah melaksanakan kesemua lima inisiatif ini menjelang Mac depan selepas sebahagiannya ini telah diutarakan sepanjang lima tahun kepimpinan beliau.Mungkin beliau akan berjaya, mungkin tidak. Masa yang akan menentukan!

Pun begitu kita kena yakin dan memberikan Abdullah peluang menjelang hari-hari akhir kepimpinannya.

Justeru sudah pasti beliau mengharapkan sokongan daripada rakyat seluruh negara dan parti khususnya Umno yang akan sibuk dengan soal pemilihan pucuk kepimpinan bahagian dan pusat sehingga Mac akan datang.

Malah beliau memerlukan sokongan penggantinya dalam hal ini kerana tempoh lima bulan akan datang lebih mencabar berbanding lima tahun lalu.

Abdullah akan berhadapan dengan cabaran lebih menyeluruh dari sudut psikologi dan politik kerana sesetengah pihak, termasuk mereka yang akan diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan kelima-lima inisiatif ini kemungkinan memikirkan bahawa dari segi sistem politik Perdana Menteri akan bersara Mac depan dan beliau "tiada kuasa besar".

Inisiatif ini memerlukan sokongan padu daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan anggota perundangan dan pentadbiran yang lain termasuk pembangkang.
Komen Cabai Melaka: "Malaysia akan dipimpin selama kira-kira 140 hari lagi oleh Abdullah.
"

Tuesday, October 21, 2008

Ahli politik Umno kena ubah sikap

TERLEBIH dahulu saya mohon maaf bukan niat saya di sini untuk mengajar Umno, tetapi saya sebagai seorang berbangsa Melayu saya juga 'terasa' bila melihat sesuatu yang sedang berlaku kepada Umno pada saat ini. Oleh itu izinkan saya menyatakan sesuatu dengan untuk perhatian semua Pemimpin-Pemimpin Umno khasnya dan pengikut-pengikut Umno amnya.

Mulai hari ini saya minta semua Pemimpin Umno agar berubahlah sikap bila berpolitik. Belajarlah menerima kekalahan dan jangan hanya tahu menerima kemenangan sahaja. Ingat, tidak ada apa yang kekal dalam hidup ini. Jika kalah terima dengan hati terbuka, jangan menyalahkan sesiapa.

Saya amat malu bila saya lihat pemimpin politik kaum lain yang lebih matang berpolitik. Mereka lebih matang sama ada mereka kalah mahu pun menang. Disebaliknya pemimpin Umno tak habis-habis dengan sikap suka menyalahkan orang lain.

Kenapa kita harus takut menerima kekalahan. Kerana dalam politik ia tidak ada batas sempadan dan waktu. Hari ini kita kalah mungkin suatu hari nanti kita menang semula. Hari ini kita terkeluar mungkin suatu hari nanti kita terpilih semula. Hari ini kita dipecat mungkin suatu hari kita diterima semula. Hari ini kita dipenjara mungkin suatu hari kita dimahkotakan juga. Jadi matanglah sikit bila berpolitik.

Isu di Pulau Pinang. Sepatutnya pemimpin dan ahli-ahli Umno tidak perlu berkumpul dengan membuat berbagai kecaman dan tuduhan kepada kerajaan negeri sekarang. Sebenarnya rakyat amat meluat melihat gelagat pemimpin dan penyokong Umno ini.

Biarkan rakyat keseluruhan menilai sendiri sama ada apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sekarang itu merugikan rakyat atau disebaliknya. Jika rakyat tidak setuju, maka saya yakin tanpa tuntutan dari pemimpin Umno pun kerajaan ini akan jatuh ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 nanti.

Bagi saya, Pemimpin-pemimpin Umno sekarang tidak perlu untuk melakukan pemantauan ke atas parti pembangkang, biarlah rakyat sendiri yang memantau. Begitu juga Pemimpin Umno sekarang tidak perlu lagi memberitahu kepada rakyat bahawa yang ini salah pembangkang, yang itu salah pembangkang.

Biarkan rakyat yang menilainya sendiri kerana mata rakyat kini lebih tajam dari mata pemimpin. Disebaliknya pemimpin-pemimpin Umno mulai hari ini hendaklah mencari idea-idea yang bernas bagaimana untuk mendekati rakyat dan apa perkara yang perlu dipersembahkan kepada rakyat agar pemimpin Umno boleh diterima semula oleh semua rakyat. Kini bukan tugas utama pemimpin Umno untuk menjaga ditepi kain pembangkang.

Isu perlantikan Menteri Besar. Saya rujuk kepada negeri Perlis dan Terengganu. Dalam hal ini kita perlu faham siapa yang melantik siapa. Bagi fahaman saya, rakyat hanya memilih wakil rakyat tetapi rakyat tidak berkuasa memilih Menteri Besar. Perdana Menteri hanya boleh mengeluarkan surat sokongan atau disebut 'watikah'. Faham tak apa itu erti 'surat sokongan'?

Ia bukan satu surat perintah tetapi hanya surat sokongan sahaja. Yang berkuasa mutlak(Final Say) ialah Raja atau Sultan sesebuah negeri untuk melantik Menteri Besar selaras dengan akta tubuh negeri masing-masing. Walaupun dalam pilihan raya seseorang pemimpin itu menang besar dan mendapat sokongan PM tetapi ingat dan kena fahamlah Menteri Besar dilantik oleh Raja atau Sultan bukan oleh rakyat mahupun PM.

Kita mengata bahawa pemimpin DAP biadap kepada Sultan tetapi kini siapa yang lebih biadap? Cukuplah kerana sudah banyak perkara yang dilemparkan oleh Umno akhirnya menikam diri sendiri.

Antaranya, tahun merawat Kelantan, kini siapa kena rawat siapa? Kita kata pembangkang tak boleh buat yang itu dan yang ini. Kini mereka membuktikan mereka boleh?Kita kata akan memporak perandakan pembangkang. Kini siapa yang berporak peranda?

Kini saya cadangkan sudah tiba masanya untuk pucuk pimpinan Umno mengkaji dan melaksanakan supaya jawatan dalam parti dan kerajaan 'Dihadkan' untuk sesuatu tempoh tertentu sahaja.

Mungkin setiap wakil rakyat hanya boleh untuk 2 penggal sahaja. Begitu juga jawatan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mungkin jawatan Perdana Menteri boleh dilanjut sehingga 3 penggal sahaja. Semoga ini akan menyedarkan semua pihak pemimpin-pemimpin Umno agar mereka sedar dan tahu siapa mereka dan apa tujuan dan tanggong jawab mereka yang sebenar. Sama ada nak kumpul harta atau nak bekerja untuk rakyat bila nak jadi wakil rakyat.

Kini ramai anak-anak bangsa kita yang cerdik pandai. Baru-baru ini dah ada yang dapat 21A dalam SPM 2007. Janganlah ingat jika kita letak jawatan, turun jawatan atau tak dipilih lagi sebagai Wakil Rakyat ka, Menteri ka atau Perdana Menteri ka maka akan lenyaplah negara ini dan tak boleh 'survive' lagi.

Buanglah pemikiran dan tanggapan seperti itu. Yang bertungkus lumus bekerja ialah kaki tangan kerajaan dari peringkat tertinggi hingga ke bawah. Yang bekerja adalah organisasi bukan individu. Menteri atau Perdana Menteri hanya memberi kata putus atau membuat keputusan terakhir sahaja.

Itu pun belum pasti sama ada keputusan yang dibuat itu betul atau tepat. Silap keputusan, silap haribulan, silap langkah - kelam kabut jadinya!

Mulai hari ini, saya juga cadangkan agar hentikanlah budaya 'mencium tangan' dikalangan pemimpin dan ahli Umno itu. Bagi saya ia adalah ciuman yang tidak ikhlas. Malah yang penting sekali rakyat meluat dan merasa geli bila melihat budaya itu, kerana mereka tahu itu adalah niat 'bodek' yang amat kuat diamalkan dikalangan pemimpin Umno sekarang.

Malah tidak salah jika saya katakan ada ahli Umno yang tak pernah mencium tangan ibu bapa mereka sendiri tetapi boleh mencium tangan pemimpin Umno. Jika ada pun mungkin mereka mencium tangan ibubapa hanya setahun sekali atau dua kali sahaja bila hari raya. Tetapi mencium tangan pemimpin mungkin 5 atau 6 kali setahun.

Saya minta selepas ini semua ahli-ahli dan pemimpin Umno dapat mengubah sikap sebagai ahli politik. Kita tidak perlu ganas, kita tidak perlu memfitnah, kita tidak perlu menuduh lawan, kita tidak perlu berlakon tetapi lakukan dan persembahkan apa perkara-perkara yang diingini rakyat dan kebaikan-kebaikan untuk rakyat dari masa ke semasa.

Setakat ini saya belum jumpa lagi blog-blog yang dipunyai oleh para pemimpin Umno. Sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang ramai yang telah ada. Malah 'Mat Sabu' pun ada blog? Mana blog pemimpin kanan Umno? Jika ada pun rakyat tak tahu. Kenapa tidak iklankan dalam akhbar-akhbar utama seperti Utusan Malaysia, B.Harian, Star dan lain-lain. Kini zaman internet. Rakyat lebih mudah berinteraksi dengan pemimpin melalui internet. Maka lebih mudah bagi rakyat meluahkan apa-apa masalah yang dihadapi oleh mereka.

Akhir sekali saya memohon maaf sekali lagi jika apa yang saya telah tulis ini telah menyinggung perasaan sesetengah pemimpin dan ahli Umno. Niat saya ikhlas . Terima kasih.

Saturday, October 18, 2008

Hormati penduduk asal Nusantara

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total. Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya. Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri. Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini. Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu. Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu?

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.

Friday, October 17, 2008

Sekitar keputusan pemilihan Bahagian UMNO Kedah

























Mukhriz kuasai 7 negeri


Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia di tujuh buah negeri.Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 42 pencalonan dan melepasi jumlah - 39 pencalonan - untuk bertanding jawatana tersebut

Manakala pesaing terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 20 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz.Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut - Rasah, Jelebu dan Jempol - memihak kepada Mukhriz.Manakala di Perak - juga dianggap pro-Khairy - beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan.Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah manakala Khairy pula menguasai empat pencalonan di Kelantan setakat ini. Khir Toyo dahulu di S'gorDua lagi calon jawatan Pemuda Umno ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang setakat ini mendapat 12 pencalonan.Manakala timbalan ketua badan perhubungan Umno Perlis yang juga ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya.Di Perak pula, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat empat pencalonan manakala Dr Mohd Khir mendapat dua pencalonan.Di Pulau Pinang, Mukhriz mendapat empat pencalonan, manakala Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo masing-masing satu pencalonan.Di Johor pula, daripada 12 pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat lapan pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).Manakala di Pahang, Mukhriz mendapat empat pencalonan dan Khairy mendapat dua pencalonan.Di Sabah, daripada pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).Sementara itu, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan di Selangor dengan mendapat empat pencalonan, Mukhriz (3) dan Khairy (1)
- dipetik dari malaysiakini.com
(Komen Cabai Melaka: Syabas Mukhriz kerana mendahului pencalunan, dan harap-harap bulan 3 ini akan terus mendapat undi dan seterusnya menjadi Penghulu terbaru Pemuda UMNO dalam memtransformasi Pemuda untuk mengembalikan keyakinan pengundi muda.)

KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU


KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract. Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan. Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Wednesday, October 15, 2008

Harga Minyak Dunia dan harga Minyak Malaysia


Harga minyak pada tahun sebelum 1990-2008 di Malaysia
Sumber source: http://tonto.eia.doe.gov/dnav/pet/hist/rwtcM.htm: untuk melihat jajaran harga minyak setong dunia dan harga seliter minyak di Malaysia untuk tempoh 1970-2008



Warga UUM Mengundi hari ini

Dipetik dari laman web ANGIN PERUBAHAN: http://anginperubahan.blogspot.com/
Hari ini, 15 Oktober 2008 adalah hari pengundian untuk pilihan raya kampus di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Sejumlah 36 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar dipertandingkan di UUM. 11 kerusi umum dan 25 kerusi fakulti. Seramai 30 orang calon PERUBAHAN, 5 calon dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan 10 orang calon BEBAS bertanding. Buat pertama kalinya GPMS meletakkan calon di UUM.


Ini bermakna calon PERUBAHAN telah menang tanpa bertanding 26 kerusi daripada 36 kerusi (72%) yang dipertandingkan. Tahniah PERUBAHAN.Pertembungan sengit berlaku di College of Law, Government & International Studies (COLGIS). Ada isu risalah berlogo DAP disebarkan pagi tadi. Risalah berlogo DAP itu menyertakan sekali gambar dua orang calon BEBAS berbangsa Cina dan India yang bertanding di kawasan umum dan COLGIS. Dua calon tersebut adalah Tneh Chee Yong (no. matrik 113472) dan Harisdass A/L Selvaraman (no. matrik 111289). Entah mengapa unsur DAP boleh merebak masuk ke UUM pula. Benarkah mereka ini calon BEBAS atau calon pihak lain?

Gambar 1: Risalah berlogo DAP dan gambar calon Tneh Chee Yong ) Apa pun yang berlaku, mahasiswa UUM adalah ibarat satu keluarga yang besar. Seolah tinggal bersama dalam satu kampung yang besar. Jauh dari kota, jauh dari konflik luar. Ketika pilihanraya kampus 1998/99, sewaktu penulis bertanding di Sekolah Teknologi Maklumat, calon-calon PERUBAHAN (ketika itu Islah Agenda Utama, IAU) juga menerima tamparan hebat bila ada poster kambing yang datang mengubah mood pengundi di pagi hari. Alhamdulilah, 6 orang calon PERUBAHAN termasuklah saya menang juga, biarpun diasak hebat oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang (digelar sebagai Taliban) ketika itu.Pada pilihan raya kampus sesi 99/2000, suasananya lebih panas. Hari pengundian yang jatuh pada 30 November 1999 adalah sehari selepas pengundian dalam Pilihan Raya Umum yang ke-10. Ketika itu mood reformasi turut menyinggah di luar pagar Sintok. Buluh dan kayu poster pembangkang turut menjadi medium kempen dalam kampus. Namun mahasiswa memilih PERUBAHAN yang membawa motto "Kebajikan, Kerjasama, Kecemerlangan". 13 orang calon PERUBAHAN (digelar Parti Kuning kerana menggunakan poster berwarna kuning) menang dan saya diamanahkan untuk menjadi Yang Dipertua MPP bagi sesi tersebut.
Gambar 2: Risalah berlogo DAP dan gambar calon Harisdass A/L Selvaraman) AUKU memang menjadi modal mahasiswa pro pembangkang sejak dulu lagi. Alasan mahasiswa dikongkong oleh AUKU adalah tidak relevan lagi sekarang. Ini kerana isu AUKU sudah dicanang sejak sekian lama. Malah ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, AUKU yang dibenci itu tidak pun dihapuskan oleh Anwar. Oleh itu mengapa sekarang, ketika berada dalam posisi membangkang, Anwar mahu pula mansuhkan AUKU? Persoalan utama yang perlu dititik beratkan oleh mahasiswa ialah mencari pemimpin yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa di universiti. Inilah tugas sebenar MPP. Bukan menjadi jurucakap dan penyambung bicara untuk parti pembangkang di luar sana. Selamat memilih.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)