Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama menanti, maka dengan hari ini, terbitlah satu lagi wadah perjuangan UMNO Taman Sejahtera di alam siber.
Bagi siang redaksi Blogger UMNO Cawangan Taman Sejahtera, internet sudah dijadikan gelanggang perang baru dan Gerak Gempur Pemuda UMNO cawangan harus menjelaskan isu sebenar dan menangkis fitnah disebarkan.
Setelah sekian lama menanti, maka dengan hari ini, terbitlah satu lagi wadah perjuangan UMNO Taman Sejahtera di alam siber.
Definisi pasukan Gerak Gempur Pemuda perlu dikaji semula supaya tidak sekadar dilengkapi ‘senjata untuk berperang di bumi nyata’. Peranan Gerak Gempur kini perlu diperluaskan merangkumi peperangan di alam siber memandangkan internet kini sudah dijadikan gelanggang perang baru oleh banyak pihak.
Menyahut cabaran tersebut, maka Pemuda UMNO Cawangan Taman Sejahtera perlu tampil berada di barisan hadapan untuk menentang idea bukan hanya menerusi perang mulut, malah perang saraf dan perang idea yang disebarkan menerusi alam siber.Bagi siang redaksi Blogger UMNO Cawangan Taman Sejahtera, internet sudah dijadikan gelanggang perang baru dan Gerak Gempur Pemuda UMNO cawangan harus menjelaskan isu sebenar dan menangkis fitnah disebarkan.
Situasi masakini adalah golongan muda kita tidak keluar rumah sangat, mereka lebih suka terperuk di dalam bilik melayari internet dan internet dijadikan tingkap mereka kepada dunia luar. Pemuda UMNO Cawangan Taman Sejahtera perlu proaktif dalam menambat hati golongan professional ini.
Internet telah menjadi seakan dunia hakiki mereka... mungkin bilangannya sekarang minoriti tetapi 20 tahun akan datang mereka akan jadi majoriti rakyat Malaysia. Kita harus bermula sekarang untuk menambat hati golongan muda ini yang bakal mengepalai negara pada masa depan