

Kompem! Majlis tak dapat sambutan orang-orang Lunas. Masalah ni!!
Luahan YB Lunas: Prestasi saya memang membosankan. "Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas".
Berjanjilah lagi YB...janji tinggal janji...mana dia negara kebajikan yg YB dan parti YB janjikan?? Habuk pun tarak!
Dipetik dari laman YB Lunas:
Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang tidak sebeberapa ini...Mungkin bagi sesetengah orang kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, saya setuju tetapi bagi saya "kesibukan untuk rakyat" adalah keutamaan saya.
Apabila diumumkan menang pada pilihanraya yang lepas saya telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat bagi menjamin kesinambungan perjuangan rakyat.
Saya sedar dan insaf bahawa kemenangan saya pada pilihanraya yang lepas adalah kerana rakyat mahukan perubahan, perubahan daripada pemimpin yang pentingkan diri sendiri kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat.
Sesungguhnya yang pasti dan wajib kita yakini adalah Allah SWT mengizinkan perubahan pemerintahan di Kedah ini berlaku...Allahu 'alam bissawab.
Sekarang sudah melampaui 6 bulan saya menjadi salah seorang Pentadbir Negeri Kedah dan wakil kepada rakyat di kawasan Lunas. Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas, namun saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik sekadar yang saya termampu.
Bagi saya tenaga dan masa bukan penghalang kepada saya untuk berbakti kepada rakyat namun faktor kewangan yang terhad adalah penghalang utama.
Walaubagaimana pun janji saya tetap saya kotakan, justeru itu saya berharap penduduk dikawasan saya akan dapat bersabar dan memahami situasi ini. Yakinlah bahawa kesabaran, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah resipi perubahan yang terbaik.
Pada hari Isnin (iaitu pada hari mesyuarat tergempar Exco Wanita itu diadakan), Utusan Malaysia dalam berita utama muka 1 menyiarkan kenyataan 'berani' Shahrizat yang meminta Rafidah mempertimbangkan supaya pelan peralihan jawatan ketua dan naib ketua pergerakan itu diselaraskan dari Jun kepada Mac 2009 selari dengan tarikh pemilihan parti itu.
Selepas mesyuarat 5 jam itu, Shahrizat, yang kononnya 'dipaksa dan terpaksa', telah mengeluarkan satu kenyataan 'kecemasan' bernada lembut yang berbunyi: "Mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik."
Katanya lagi: "Dalam perbincangan Exco Wanita hari ini, saya telah meminta Tan Sri Rafidah Aziz menimbangkan semula tarikh peralihan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO selaras dengan pemilihan di peringkat Pusat termasuk Pemuda dan Puteri.
"Namun, Tan Sri Rafidah dan Exco mengambil pendirian untuk menolak saranan saya dan mengekalkan pelaksanaan peralihan kepimpinan antara beliau dan saya pada Jun 2009."
Persoalannya di sini mengapa Shahrizat mahu sangat proses peralihan itu berlaku pada Mac dan Rafidah pula bermati-matian bertegas mahu ia diadakan pada Jun? Walaupun pada dasarnya, kedua-dua pihak itu bersetuju dengan pelan peralihan itu, puak Shahrizat nampaknya terlalu skeptik dengan rancangan itu.
Apakah Shahrizat sudah mula cuak dengan ketuanya itu? Atau para pengikutnya mahu supaya proses tersebut dipercepatkan bagi membolehkan pergerakan itu menyusun semula jenteranya serta berupaya melantik Pengerusi Wanita BN di kalangan UMNO dengan segera?
Jika cuak, mengapa? Apakah Shahrizat dan para pengikutnya tidak 'yakin' Rafidah akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Shahrizat?
Atau, apakah Rafidah mengharapkan ihsan daripada ''Perdana Menteri baru'' untuk mengembalikan kerusi Kabinet kepadanya?
Melihatkan kepada perkembangan terkini itu yang berlaku Isnin lalu, ramai para pengikut setia Shahrizat mulai marah-marah. Macam-macam SMS, yang antaranya tidak begitu sedap didengar, dihantar kepadanya - yang kemudiannya berlegar.
Nampak gayanya, kekalutan di dalam Wanita tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini. Ia akan lebih hebat pada Mac ini apabila mungkin, disebabkan tekanan, Shahrizat akan membuat satu keputusan yang lebih mengejutkan.
Bagi Rafidah pula, beliau tidak akan rugi apa-apa. Setelah berkhidmat lebih 30 tahun untuk UMNO serta lebih 20 tahun memimpin Wanita, bila-bila masa pun beliau boleh pergi. Oleh kerana keikhlasannya yang tidak mudah dibaca (walaupun dengan bahasa badan - mungkin atas sifat keyakinan dirinya yang tinggi), maka semua pihak harus melihat dan menunggu sehingga berakhirnya drama ini. Yang pasti drama ini akan lebih hangat dan mendebarkan. Benarlah bak kata pepatah ''ayam bertelur, riuh sekampung'' - itulah yang membezakan ayam betina dan ayam jantan!
Apa yang nyata, atas nama politik, Exco-exconya yang bertaut kuat dengan Rafidah akan memastikan beliau akan terus kekal menerajui pergerakan itu. Sementara, di satu pihak lagi pula akan memastikan Shahrizat melakukan sesuatu untuk memastikan pelan Jun itu tidak berlaku.
Bagi kita yang bersangka baik, apalah bezanya Mac atau Jun. Ia hanya dibezakan oleh jangka waktu tiga bulan. Tapi ingat, dalam politik walaupun sehari ia amat bernilai.