
Pemuda UMNO negeri ini berpendapat tindakan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) untuk mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai bukti kemarahan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.
Ketua Pemudanya, YB Abdul Shukor Idrus berkata perasaan kecewa mereka seolah-olah sukar dibendung lagi sehingga sanggup mengambil tindakan yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.

Menurut beliau rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri terutama janji untuk menjadikan Selangor sebagai negeri 'berkebajikan'.
"Inilah kesannya jika kita hanya pandai menabur janji. Ingat rakyat tidak bodoh apatah lagi setelah satu demi satu tindakan kerajaan negeri jelas membelakangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) untuk meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) RM124 kepada RM250 sebulan.

Amaran itu diberikan Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi yang menegaskan bahawa tindakan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.
Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya menggesa kerajaan negeri agar memberikan perhatian terhadap pelbagai masalah yang sedang melanda penduduk Selangor sekarang.
"Rakyat hanya menuntut hak mereka dan tidak lebih dari itu. Mereka berpegang kepada janji pakatan pembangkang sebelum ini yang kononnya mementingkan kebajikan rakyat.
"Sudahlah banyak janji pilihanraya yang belum ditunaikan, rakyat kini ditambah pula dengan tindakan kerajaan negeri yang menekan rakyat. Mereka sekarang bukan sahaja sudah jatuh ditimpa tangga malah terkena tahi pula", ujarnya.