
Friday, October 10, 2008
Tempat Duduk Bagi Majlis Babitkan Ceramah Tun Dr Mahathir Di Melbourne Sabtu Ini Habis Ditempah

Cina DAP saman Khir Toyo: Membujur Lalu Melintang Patah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat blogers sekalian,1. Seperti yang diketahui umum bahawa saya telah disaman oleh YB Ronnie Liu kerana mendedahkan bahawa beliau pernah ditangkap kerana menghalang satu operasi menutup sebuah hotel yang menjadi pusat pelacuran di Puchong Jaya tahun lalu.

(Komen Cabai Melaka: Dulu Teresa Kok cakap makan dalam lokap mcm makanan anjing, sekarang siapa pulak yang jadi Bapak Ayam? Banyak sangat laaa binatang dalam Pakatan Rakyat ni naa...shuuuh! shuuh! pi main jauh-jauh )

Thursday, October 9, 2008
Isu Patung Anwar: Tindakan JUMUD PKR. Syabas. Satu lagi perojek PKR
Syabas!! Satu lagi projek PKR! Bangsa apa yg bina Patung Anwar ni? (dekat-dekat dgn Batu Cave ni). Tepuk dada tanya selera bangsa apa yg byk dlm PKR yang berserabut dan GELAM masa depan ni...
Memaparkan gambar yang di kategarikan dalam kumpulan patung sebab ia telah di dirikan sebegitu tinggi dan lengkap sifat adalah nyata terhukum haramKita tidak dapat menafikan perasaan setiap orang yang melihat gambar patung tersebut berasa bangga akan kebolehan, ketangkasan, kepintaran dan kelicikkan yang membawa kepada perasaan pendewaan yang menyebabkan ia terhukum kepada HaramGambar yang tegak megah pasti akan membawa kepada perasaan taksub,megah dan bangga yang membawa kepada tergelincirnya akidah seseorang tersebut.(Gambar: Adun Batu Caves dari PKR: Terpegun dengan Projek Rakyat anjurannya. Siapa pulak dok tengah berlagak bercekak pinggang mcm BOSS BESAR itu??)

Oleh yang demikian jika seseorang yang berbuat gambar patung, sebenarnya ia akan membawa kepada hilangnya sokongan orang ramai kepada gambar patung tersebut dan ia akan di jadikan hujah musuh politik yang akan membawa rebahnya popularitya yang ampunya gambar tersebut. Nasihat saya turunkan saja gambar patung tersebut. Mendirikan gambar patung tersebut adalah di anggap mensabotaj orang yang ampunya gambar patung itu dengan cara yang jelas, sekalipun orang yang mendirikannya berniat untuk menaikkan namanya.
KENYATAAN RASMI KONTRAKTOR PATUNG
Berhala penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.
”Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan,” , mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
Selamat Bersidang di peringkat Bahagian

10 Things UMNO Must Do To Regain Back Supports
For Umno to remain relevant and appeal to the masses, it has to evolve to suit the expectations of a fast-changing Malaysian society.
Not to do so would be to imperil their collective future as political parties when they stand to lose their majority in Parliament at the next polls to the Pakatan Rakyat coalition spearheaded by Datuk Seri Anwar Ibrahim’s PKR, assuming that they do not lose their current majority via the threatened cross-overs from their own ranks.The unmistakable winds of change are blowing, and not to bend with it may mean reaching breaking point. Here are 10 things we figure that Umno - and its coalition partners in Barisan Nasional - must do or push for the Government to do to keep themselves relevant.
Sometimes such things have been at the expense of the interests of the country when businessmen (including some from other communities) got deals which were too good from the Government. That is already bad but this was coupled with less attention and intelligent effort on vital areas such as education which has set the clock back in some cases.
Measures already considered for more independent law enforcement as well as prosecution of offenders must be put in place to give real meaning and effect to fighting corruption instead of just lip service.
One easy way of doing that is to ensure that the awarding of contracts is more transparent and follows guidelines. The next point shows how this can be done.
There are real problems of religion, especially when it comes to things like conversion and the rights of individuals. These won’t go away if their honest, frank and considered discussion is suppressed - they merely surface somewhere else. Politicians must facilitate the discussion of religious issues rather than suppress it, in the spirit of acceptance and tolerance.
One of that is mastery of the English language and we must not let our affection for the Malay, Chinese and Tamil languages stand in the way of that. If we can’t agree, then perhaps the best way is to give people genuine choice in the kind of education they want. As long as language gets politicised, it’s going to be very difficult to move forward.
Tuesday, October 7, 2008
Al-Fatihah:Bekas Setiausaha UMNO Cawangan Meninggal Dunia
Saudara Pear menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi tadi akibat kompilasi penyakit kencing manis.

Pihak blog UMNO Cawangan Taman Sejahtera ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau. Ketiadaan beliau merupakan satu lagi kehilangan "mutiara yang bersinar" pada penduduk Taman Sejahtera. Semoga jasad beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin. Bersamalah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.
Saturday, October 4, 2008
Hindraf buat hal di pagi Raya.
Objektif HINDRAF
Penganut Hindu membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka masih bekerja di ladang-ladang sebagai penoreh getah. Segelintir terlibat dalam sektor perniagaan. Penganut Hindu ini telah membina kuil-kuil pelbagai saiz dan bentuk di ladang-ladang dan di tepi-tepi jalan raya sejak kedatangan mereka ke Malaysia 150 tahun lalu.[2] Banyak ladang-ladang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan seperti jalan raya, lebuh raya, taman perumahan, kawasan perindustrian dan sebagainya. Akhirnya kuil Hindu terpinggir di tepi-tepi jalan raya. Walaupun saiz kuil-kuil ini kecil dan nampak baru dibina dan diperbesarkan tetapi telah berusia ratusan tahun tetapi kebanyakannya masih tidak pernah berdaftar.
Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M.Manoharan (Pengerusi), P.Uthayakumar, K.Ganghadaran, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S.Ganapathi Rao
Jika melihatkan mode operandi Hindraf, ianya tidak mustahil.
Tuesday, September 30, 2008
Andainya ini Ramadhan terakhir
Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir : “Tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu-merayu kepada-NYA Tuhan yang satu …”Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu solatmu engkau kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan… sungguh khusyuk lagi tawadhu’ tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji…
"Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tidak akan engkau sia - siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja , di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal engkau dendangkan, bakal engkau syairkan … “Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih…berqiamullail…bertahajjud…mengadu…merintih …meminta belas kasih ….”” Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU…tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”
Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir :“Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiapkan diri…rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-Rahman …
“Andai ini Ramadhan terakhir buat kami :“Jadikanlah ia Ramadhan yang paling bererti…paling berseri…menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi … semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti…” Namun teman…“Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan Al-Mubarak ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya…Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha…bersedia…meminta belas-NYA…Andai benar ini Ramadhan yang terakhir buat kita…. Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa yang telah kami lakukan di dunia ini samada yang kami sedari atau tidak kami sedari….“MARHABAN YAA RAMADHAN “
Monday, September 29, 2008
Fatwa baru PAS dan PKR Habuan seks seperti sedekah
KITA amat terkejut dan bersedih dengan kenyataan Ahli Pakatan Rakyat yang terlibat dalam kes tuduhan rasuah bersama 2 Exco Kerajaan Negeri Perak, petikan kenyataan ahli/pengikut Pakatan Rakyat tersebut adalah seperti berikut:“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar Fairul Azrim Ismail.“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Fairul Azrim Ismail.
(Gambar: Siapa boneka siapa? Who's the puppet and who's master)
Dalam kes ini jelaslah apabila melakukan kemungkaran tidak pula teringat akan hukum Allah, tetapi bila dah terkena, maka keluarlah segala dalil-dalil pelik untuk mewajarkan dan menghalalkan perlakuan sumbang yang dilakukan.
Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah, waima dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah.
Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks. Hairan, sungguh hairan, kalau dah tido atas dada amoi cina pun dengan rela dan suka sama suka, takkan itupun dituduh konspirasi?
Dimanakah Daulah Islamiah yang diperjuangkan selama ini? Takkan dengan segala Usrah dan Tazkirah yang dijalankan oleh MB Nizar di serata Perak masih tidak dapat mengubah sikap pengikut sendiri?
Yang pasti pengikut Pakatan Rakyat di Zaman pemerintahan MB Nizar - Habuan seks disamakan dengan sedekah. Kan dah kata, sudah-sudahlah tidur tuu….. MB Nizar.

(gambar: Siapa kontrol siapa? Dimana ketuanan Melayu? )
* Kenyataan di ambil dari media arus perdana, kalau terdapat kesilapan fakta sila rujuk atau saman media arus perdana, lagipun sekarang dah dekat Raya, kalau menang dapatlah duit raya sikit, kalau kalah sendiri mau ingat. Kalau senyap tuuu… kira betullah kot dakwaan yang diterbitkan dalam media arus perdana ini.
Adalah menjadi amalan biasa, sikap yang ditonjolkan oleh sebahagian fanatik Pas yang seakan-akan tidak dapat menerima teguran daripada pihak lain walaupun teguran itu datang dari kalangan pejuang Pas sendiri. Kelompok fanatik inilah yang telah berkali-kali ditegur oleh kepimpinan Pas, khususnya Dewan Ulama Pas baru-baru ini.
Sikap assabiyah melampau ini akhirnya akan menghancurkan Pas sedikit demi sedikit kerana setiap teguran membina dari masyarakat dan dari dalam jemaah sendiri senantiasa dilabelkan sebagai tohmahan, fitnah dan sebagainya.
Umum mengetahui kelemahan yang jelas terlihat dalam kepimpinan MB Nizar, mustahil kepimpinan Pas tidak dapat melihat perkara ini. Tindakan yang diambil oleh MB Nizar jelas membelakangkan roh dan semangat perjuangan Pas selama ini. Mustahil juga fanatik-fanatik Pas tidak sedar akan keadaan ini?
Adakah cukup sekadar Majlis Berbuka Puasa bersama MB Nizar dan Majlis Tazkirah dijadikan kayu ukur kejayaan dalam menegakkan daulah Islamiah di Negeri Perak? Sedangkan dari segi pemerintahan dan perlaksanaan jelas tidak memihak kepada Umat Islam di Negeri Perak. Bukankah sewaktu tidak memegang tampuk pemerintahan dulu, Pas senantiasa menjadikan konsep pemerintahan Negara Islam sebagai roh dan teras perjuangan Pas?
Kenapa setelah memerintah pelbagai alasan diberikan untuk menutup kelemahan MB Nizar dalam merealisasikan janji-janji yang telah ditaburkan selama ini. Bukankah dalam usaha mencegah kemungkaran tindakan melalui mulut dan hati itu adalah selemah-lemah Iman? Sampai bila kelemahan MB Nizar ini boleh ditutup dengan kata-kata seperti “Baru 3 bulan memerintah!, Baru 100 hari memerintah Yeop!, Baru 6 bulan memerintah Yeop!, Ini semua BN yang buat dulu Yeop!”.
Rakyat semakin terbuka mata akan sikap berdolak-dalik yang menjadi mainan MB Nizar selama ini, adakah Pas tidak sedar mereka hanya memperoleh 6 kerusi DUN pada PRU ke-12? Sikap memutar belit dan berdolak-dalik ini tidak boleh digunakan untuk suatu tempoh yang agak lama. Adakah Pas yakin dengan senario semasa ini mereka akan berjaya menyapu bersih kerusi yang majoritinya Bangsa Melayu di Negeri Perak ini?
Pengundi sekarang tidak seperti dahulu, Pas perlu ingat bahawa segala janji yang tidak tertunai merupakan senjata makan tuan yang akan memusnahkan Pas itu sendiri. Rakyat Perak sudah mula membandingkan Kerajaan Kepimpinan MB Nizar dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Jika mereka boleh buat kenapa MB Nizar tidak boleh buat. Bukan MB Nizar berkelulusan InsenioR dari luar negara?
Rakyat telah mula berfikir mengapa seorang MB yang berkelulusan begitu tinggi tetapi tidak berupaya memerintah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil buminya? Mengapa tidak kedengaran kejadian Exco dituduh rasuah seks sepanjang pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan? Bukankah orang UMNO di Kedah juga berhasrat untuk memerintah Kedah?
Jelaslah kelemahan MB Nizar ini telah di manipulasi sepenuhnya oleh pihak DAP. Jika kita lihat di pintu pagar Bangunan SUK Perak sendiri, terpampang “banner” besar “ Ucapan Selamat Hari Raya oleh Lim Kit Siang”. Mengapa MB Nizar sendiri tidak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Umat Islam di Perak. Yang pasti sewaktu perayaan hari kemerdekaan ke-51 lalu terpampang gambar MB Nizar di bawah Bunga Raya seiring dengan Perdana-Perdana Menteri Malaysia. Sungguh kelakar MB Nizar meletakkan dirinya seiring dengan Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri.
Adakah MB Nizar bermimpi yang beliaulah Perdana Menteri seterusnya? Bermimpilah engkau MB Nizar engkau tak mungkin akan menjadi Perdana Menteri kerana kerusi itu milik DSAI kalau PR memerintah Malaysia. Dan yang paling utama sekali, kalau sebuah Negeri pun tak reti nak tadbir inikan sebuah negara! Teruskan bermimpi MB Nizar dan teruskan usaha juak-juak kamu memberi pelbagai alasan untuk membela kelemahan kamu. Rakyat Perak sudah semakin bosan dengan corak pemerintahan kamu dan kamu sendiri pun rakyat dah bosan.
Semakin hari rakyat dan penyokong kamu sendiri menjauhkan diri dari kamu. Bertaubat dan bermuhasabah diri sebelum parti Pas menerima bencana disebabkan kelemahan kamu.
Syabas Pakatan Rakyat. Demi politik, bukan Islam yg berskirt dah boleh berceramah di Masjid
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.
"Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.
(Apa rasionalnya berpolitik di masjid? Lebih parah pentas dimainkan oleh orang bukan Islam)
Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan
Komen:-
- Inilah kita orang Islam. Terlalu merendah diri, nak tunjuk kononnya kita ni baik sangat. Orang memijak kepala kita pun kita masih nak hormat juga. Tak patut dan layak langsung dijemput hadir dalam majlis agama terutamanya melibatkan masjid. Tolol dan bangangnya AJk dan Imam masjid Nurrusaadah di Cheras ni. Satu Malaysia dan mungkin satu dunia dah tahu Teresa Kok ni menghina Islam tetapi Ajk dan Pak Imam masjid berkenaan masih juga nak jemputnya ke upacara di masjid tersebut. Dahlah dulu membawa isu azan dimasjid jangan menggunakan masjid kini hadir pula ke masjid pakai skirt. Teresa Kok ini baru datang ke Malaysia kah?. Nampak sangat semangat nak hinakan Islamnya
- Skirt pendek atau melepasi lutut tetap tidak sopan
- Samada diperkarangan masjid atau di dalam bangunan masjid tetap melanggar kesopanan dan kehormatan masjid
- Apa rasionalnya menjemput seorang bukan Islam datang masjid berbuka puasa? Sudah tidak ada cara dan tempat lain lagikah untuk kita umat Islam 'mengangungkan' pemimpin bukan Islam sehingga kubu pertahanan akidah umat Islam pun dijadikan tempat 'beramah mesra'.
- Selalunya perkara menjemput pemimpin bukan islam datang ke masjid dan beramah mesra dengan masyarakat islam ialah di mana sebuah negarayang mempunyai minoritinya orang islam yang bernaung di dalam Negara kufur. Oleh sebab itu pemimpin kufur itu datang menjaga (atau dijemput) oleh kelompok minority menjaga kepentingan minority mereka. Dan sebaliknya pemimpin kufur Negara akan suka menunjukkan bahawa beliau tetap menjaga kepentingan kelompok minority yang 'lemah' ini. Itu yang kami faham. Tapi sekarang sudah terbalik.
- Ketika rumahnya dilontar "molocov cocktail", Teresa menyalahkan media sebagai punca kejadian tersebut. Apakah pakai skirt ke masjid juga salah media? Zakariah Isa (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan) berkata, "Pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid. Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.". Sewajarnya pemimpin PAS menegur kelakuan Teresa ini. Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) difahamkan hadir ketika penghujung ucapan Teresa Kok di masjid terseb
- Apakah ulasan Mohd Sabu tentang pakaian Teresa Kok
- Memilih pemimpin kufur sudahlah haram, mengangkatnya sehingga ke tangga masjid …. Masyallah.
Fikir-fikirkan….biarlah ada batasannya kita berpolitik jangan sampai Agama tergadai. Wallualam.
Sunday, September 28, 2008
Mengenang kembali ahli-ahli UMNO Taman Sejahtera yang telah pulang ke Pangkuan Ilahi
amanya ahli jemaah surau Nurul Assadah. Penulis yang mengenali Pak Ipin, boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah di surau. Ada kalanya Allahyarham juga menjadi muazzin surau. Sesungguhnya dari Engkau kami diciptakan, dan kepada Engkau jualah kami kembali. Begitulah, Allah lebih menyanyangi Allahyarham.Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit lelah dan penat. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada Mei 2008. Nostalgia mengenai Allahyarham adalah setiap kali pilihanraya, Allahyarhamlah orang yg pertama di Taman Sejahtera yang akan menaikkan bendera UMNO dan BN di hadapan rumahnya. 
Saturday, September 27, 2008
Bakal Ketua Pemuda mesti fahami generasi baru
Pemimpin datang dan pergi. Begitu juga dalam Pemuda UMNO Malaysia. Pastinya ada yang perlu berundur dan pasti akan ada pengganti yang akan menjadi peneraju golongan Pemuda. Apa yang diharap cuma yang pergi akan lebih berjaya dan akan pergi lebih jauh dalam bidang politik tanpa meninggalkan ciri-ciri atau nilai-nilai yang murni serta lebih memberi komitmen dalam memperjuangkan agenda dan nasib Melayu tanpa mengharap apa-apa balasan.
Manakala kepada penggantinya, Pemuda amat mengharapkan agar dia mampu menjadi lebih baik dari yang lepas bukannya lebih buruk dari yang lepas dan tidak boleh menjadi sama seperti yang lepas kerana kita makin maju ke depan bukan mengundur ke belakang. Contoh pucuk pimpinan boleh diambil apabila Pak Lah mengambil alih tanggungjawab dari ‘King OF The Leader’ (Tok Det). Dalam menentukan bakal pemimpin barisan Pemuda, beberapa cirri-ciri perlu dititikberatkan. Berdasarkan calon-calon yang telah mewar-warkan untuk bersaing jawatan tersebut, Cuma ada 2 atau 3 orang sahaja yang menunjukkan cirri-ciri yang melayakkan beliau menjadi Ketua Pemuda.
Bakal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru mestilah mampu menghayati dan memahami kehendak generasi baru pada masa ini yang dilihat semakin jauh daripada perjuangan parti.
Sayang seribu kali sayang. Beliau sudah hamper tersilap langkah. Tidak sepatutnya berlaku, apa yang berlaku sekarang. Tidak dinafikan beliau mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang tinggi. Beliau mampu menjadi leader dalam satu-satu organisasi penting. Dengan kelantangan memberi pendapat yang bernas, bersemangat dan berdarah muda dalam memperjuangkan sesuatu, memiliki tahap pendidikan yang tinggi, berwawasan dan bercita-cita tinggi serta memiliki kuasa tarikan atau pengaruh dalam dirinya, sepatutnya beliau layak untuk melangkah lebih jauh. Silapnya adalah beliau menantu Pak Lah. Walaupun dinafikan, hakikatnya umum boleh lihat, beliaulah yang menjadi tulang belakang Pak Lah sehingga ada ketika beliau menjadi lebih penting dan berkuasa dari bapa mentuanya. Sebenarnya inilah punca utama kejatuhan Umno Dalam pilihanraya. Bukan punca kenaikan harga barang atau lain-lain. Sepatutnya beliau jangan lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti. Cukup sekadar memberi pendapat dari luar.Tunggulah sehingga Pak Lah berundur dan ketika itu adalah masa paling sesuai untuk beliau menonjolkan diri. Tapi sekarang sudah terlambat. Mustahil untuk mendesak Khairy meletak semua jawatan. Yang tinggal Khairy perlu menampilkan rekod yang baik pada masa mendatang dengan memperjuangkan hak orang Melayu yang makin terpinggir ini.
Masih belum mampu menjadi peneraju barisan Pemuda. Walaupun mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang baik, tetapi dari segi popularity masih jauh ketinggalan dari calon-calon yang disebut di atas.
Kepada barisan Pemuda,
Lakukan lah pilihan yang bijak dan tepat.
Ketepikan dahulu kepentingan peribadi dalam membuat keputusan.
Utamakan calon yang mampu memperjuangkan orang Melayu.
Utamakan calon yang mampu memulihkan semula luka akibat Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini.
Kerana kuasa ada di tangan anda. Jangan biarkan maruah bangsa Melayu terus tergadai sehingga akhirnya
‘ORANG MELAYU MENUMPANG DI BUMI SENDIRI’
Friday, September 26, 2008
Teresa Kok cuba memanipulasi fakta
Dari blog Kamaluddin: http://din.huluselangor.net/modules.php?name=News&file=article&sid=784
Teresa Kok si kafir harbi ini telah cuba memanipulasikan fakta untuk menyelamatkan diri. Teresa Kok merasakan adalah amat penting baginya untuk “membersihkan” dirinya daripada isu ini dan menyalahkan kepada UMNO. Hakikatnya, bukan UMNO dan Dr Khir yang mula-mula memaparkan isu ini. PembelaMelayu.com sudah menyiarkan artikel ini sejak lama dahulu iaitu pada 26 Jun 2008 dan kami adalah sebuah laman web milik golongan professional Melayu yang tidak terikat kepada mana-mana parti politik termasuk UMNO.Mari sama-sama kita ulas penipuan Teresa Kok yang tersiar di blognya.

Tibalah masa bagi saya untuk menerangkan perkara ini dengan kenyataan yang saya telah ulangi kepada YB Khalid Samad dan pemberita pada Hari Ahad adalah seperti berikut:
ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, buat apa saya tulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?
Saya minta pemberita yang menanya komen saya tersebut untuk minta surat yang dikatakan ditulis oleh saya daripada Satim, tetapi pembantu Satim gagal menunjukkan bukti tersebut kepada pemberita akhbar Bahasa Malaysia tersebut. Kegagalan menunjukkan bukti tersebut menunjukkan kesemua tuduhan yang disebarkan dalam email dan pemimpin UMNO Selangor tersebut merupakan pembohongan yang besar.

Kes Aduan Tentang Azan di Kondominium di Bandar Tun Razak
Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, saya pernah menerima aduan daripada penduduk bukan Islam di sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak berkenaan dengan bunyi azan yang terlalu kuat pada awal pagi. Saya terpaksa bercampur tangan dalam isu tersebut kerana ia telah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam. Pada waktu itu, saya minta bantuan daripada pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan dan kami pernah mengadakan satu dialog di antara penduduk yang beragama Islam dan bukan Islam di kondominium tersebut secara bersama. Akhirnya, isu di kondominium itu diselesaikan dengan bantuan daripada Pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan.
iii) Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.
Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini. Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam.
Ulasan: Bacaan al-Fatihah dan sebelum memulakan mesyuarat sudah lama dilakukan sejak kerajaan terdahulu kerana Islam adalah agama rasmi Malaysia. Mungkin apa yang cuba dimaksudkan oleh Teresa Kok ialah dia tidak cuba menghentikan budaya ini maka dia menghormati agama Islam. Cubalah Teresa Kok hentikan budaya membaca al-fatihah dan doa ini kalau anda berani!!
Adalah lebih baik bagi Satim dan Khir Toyo untuk insaf dan bertaubat dalam bulan yang suci ini!!”




