Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak, ingin pihak moderator dan penulis mengimbau kembali mereka yang telah kembali ke menemui Ilahi. Antaranya ialah Pak Ipin, Nana, Cikgu Kassim, Makcik Timah.
Pak Ipin adalah bekas seorang guru. Berasal dari Kulim dan amat disegani oleh masyarakat setempat terutamanya ahli jemaah surau Nurul Assadah. Penulis yang mengenali Pak Ipin, boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah di surau. Ada kalanya Allahyarham juga menjadi muazzin surau. Sesungguhnya dari Engkau kami diciptakan, dan kepada Engkau jualah kami kembali. Begitulah, Allah lebih menyanyangi Allahyarham.Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit lelah dan penat. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada Mei 2008. Nostalgia mengenai Allahyarham adalah setiap kali pilihanraya, Allahyarhamlah orang yg pertama di Taman Sejahtera yang akan menaikkan bendera UMNO dan BN di hadapan rumahnya.
Nana adalah seorang lagi legasi UMNO Taman Sejahtera. Beliau amat disenangi oleh masyarakat Taman Sejahtera tidak kira bangsa dan usia. Beliau amat penyayang dan sentiasa menegur golongan muda-mudi yang suka menunggang motorsikal tanpa lesen dan topi keledar. Nana juga amat terkenal dengan kepakaran memasaknya. Sebut sahaja nama Nana di bulan Ramadhan, maka, semua penduduk Taman Sejahtera akan merindui masakan bubur kanji surau. Allahyarham juga ada adalah pakar memasak jika ada kenduri kendara di Taman Sejahtera. Nostalgia di Hari Raya yang terkenang mengenai Allahyarham adalah setiap kali hendak raya, maka pemidang kata-kata (banner) UMNO Taman Sejahtera akan naik dengan bangganya di jalan utama masuk ke taman. Beliau akan menyuruh golongan PEMUDA untuk panjat pokok mengikat banner Hari Raya. Kata-kata yang selalu ada di banner Raya UMNO adalah "Selamat Pulang Perantau". Allahyarham Nana menemui Ilahi pada tahun 2005 akibat kemalangan jalan raya di BKE. Allahyarham dikatakan di dalam pulang dari Tanah Liat, Bukit Mertajam. Motorsikal Allahyarham terbabas dan jatuh di lorong motorsikal BKE. Allahyarham koma selama sehari dan akhirnya Allah lebih menyayangi Allahyarham.
Cikgu Kassim adalah bekas Ketua Penerangan UMNO Taman Sejahtera. Beliau juga memegang jawatan tinggi di peringkat Bahagian Padang Serai. Beliau juga aktif di dalam aktiviti Rukun Tetangga Taman Sejahtera. Beliau meninggal dunia pada tahun 2005 akibat serangan jantung. Seluruh penduduk Taman Sejahtera terkejut dengan berita tersebut kerana Allahyarham adalah seorang yang sihat dan aktif. Cikgu Kassim juga amat menikberatkan aktiviti keagaaman di Surau Nurul Assadah.
Cikgu Timah pula adalah legasi WANITA UMNO Taman Sejahtera. Beliau menyertai UMNO Taman Sejahtera sejak awal penubuhan UMNO Cawangan. Beliau juga adalah ahli aktif Wanita Islam dimana kita boleh melihat kelibat beliau didalam kenduri-kendara penduduk Taman. Nostalgia mengenai Allahyarham ialah beliau akan tetap menghadiri apa-apa majlis anjuran UMNO dan juga Wanita Islam. Beliau akan mengayuh basikalnya ke aktiviti-aktiviti tersebut. Allahyarhamah meninggal dunia pada 2007 selepas berhijrah balik ke kampungnya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh UMNO Taman Sejahtera dan Pergerakan Wanita UMNO.
Ahli UMNO perlu mendalami dan memahami konsep perjuangan parti dan mengelak diri daripada memperjudikan perjuangan suci itu kerana UMNO adalah parti politik yang banyak mengubah nasib orang Melayu.
Kita mesti meningkatkan lagi pencapaian yang dinikmati sekarang untuk menjadi bangsa maju dan Agenda Melayu Glokal yang diperjuangkan UMNO akan melahirkan bangsa Melayu lebih tinggi martabatnya di peringkat antarabangsa.
UMNO bukan setakat menolak gagasan Malayan Union oleh British, malah berjaya membebaskan rakyat negara ini daripada cengkaman penjajah.
Sesungguhnya sejarah UMNO tidak dapat dipisahkan dari melahirkan perjuangan Melayu moden dan cara ini bagi membolehkan orang melayu menghayati semula perjuangan bangsanya. Orang Melayu perlu menghayati sejarah orang Melayu, sejarah perjuangan orang Melayu dan menjadikannya sebagai panduan atau teladan supaya dihormati oleh dunia. Oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan datuk nenek kita yang sanggup menggadai nyawa demi maruah bangsa. Perjuangan mereka janganlah kita sia-siakan kepada orang lain.
Kepada pejuang-pejuang UMNO yang telah menemui Illahi, hanyalah doa yang dapat kami kirimkan. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang Solleh dan sentiasa di-Rahmati Allah.(Al-Fatihah)