Saturday, September 27, 2008

Bakal Ketua Pemuda mesti fahami generasi baru

Pemimpin datang dan pergi. Begitu juga dalam Pemuda UMNO Malaysia. Pastinya ada yang perlu berundur dan pasti akan ada pengganti yang akan menjadi peneraju golongan Pemuda. Apa yang diharap cuma yang pergi akan lebih berjaya dan akan pergi lebih jauh dalam bidang politik tanpa meninggalkan ciri-ciri atau nilai-nilai yang murni serta lebih memberi komitmen dalam memperjuangkan agenda dan nasib Melayu tanpa mengharap apa-apa balasan. Manakala kepada penggantinya, Pemuda amat mengharapkan agar dia mampu menjadi lebih baik dari yang lepas bukannya lebih buruk dari yang lepas dan tidak boleh menjadi sama seperti yang lepas kerana kita makin maju ke depan bukan mengundur ke belakang. Contoh pucuk pimpinan boleh diambil apabila Pak Lah mengambil alih tanggungjawab dari ‘King OF The Leader’ (Tok Det).

Pak Lah gagal menandingi kehebatan Tok Det malah menjadi lebih teruk apabila membenarkan ahli keluarganya terutama Khairy Jamaluddin terlibat sama dalam politik sehinnga mampu duduk semeja dengan Pak Lah dalam membuat keputusan penting kerajaan. Rakyat mampu menilai corak kepimpinan Tok Det yang keras dan condong kea rah diktator tapi masih berpegang kepada prinsip tidak melibatkan ahli keluarga dalam politik walaupun lada ketika itu, anaknya Mukhriz menunjukkan cirri-ciri ‘leadership’ yang tingi.

Ketegasan dan kekerasan perlu ada dalam diri pemimpin dalam membuat keputusan agar tidak ada lagi pertikaian yang akan berlaku oleh mana-mana pihak pun termasuk dari kuasa besar. Dengan kepimpinan yang tegas itu jugalah kita mampu hidup dalam negara yang hampir mencapai tahap kemajuan ini.

Dalam menentukan bakal pemimpin barisan Pemuda, beberapa cirri-ciri perlu dititikberatkan. Berdasarkan calon-calon yang telah mewar-warkan untuk bersaing jawatan tersebut, Cuma ada 2 atau 3 orang sahaja yang menunjukkan cirri-ciri yang melayakkan beliau menjadi Ketua Pemuda.

Para perwakilan sayap parti itu harus bertindak bijak dalam memilih bakal ketua mereka pada pemilihan UMNO akan datang.

Pemikiran pemuda zaman baru ini sudah tentu berbeza dengan pemikiran golongan Pemuda yang ada di dalam UMNO sekarang. ''Jadi pemimpin Pemuda ini mesti dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa supaya golongan muda terus bersama dengan perjuangan UMNO. pandangan atau suara golongan muda sentiasa diiktiraf dan diambil kira oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan dalam mentadbir negara.

Oleh itu, usaha menarik golongan muda ke dalam parti adalah penting dan Pemuda UMNO mesti melakukan sesuatu jika dakwaan mereka menjauhkan diri daripada UMNO itu adalah benar.

Bakal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru mestilah mampu menghayati dan memahami kehendak generasi baru pada masa ini yang dilihat semakin jauh daripada perjuangan parti.
1. Datuk Mukhriz Bin Tun Mahathir.
Tidak disangkal lagi inilah calon yang paling layak. Di atas kertas, beliau menunjukkan reputasi yang baik dan berjaya mengelakkan diri dari sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau. Mewarisi cirri-ciri kepimpinan dari bapanya yang mana bolehlah dikatakan kita boleh melihat Tun Mahathir pada Mukhriz. Kemampuan beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun pasa pilihanraya ke 12 baru-baru ini membuktikan beliau diterima oleh masyarakat terutamanya dari akar umbi. Seperti bapanya, beliau seorang yang tegas, berani memperjuangkan pendapat yang difikirkan bernas, disayangi dan dihormati oleh masyarakat, berketrampilan dan komitmen yang tinggi terhadap setiap tanggungjawab yang digalas, dinamik, berpandangan jauh dan berwawasan, berpendirian dan yang penting berani menyongsang arus dalam menegakkan dan memperjuangkan hak orang Melayu. Namun tidak boleh dielakkkan bayangan Tok Det pasti sentiasa menjelma dalam keputusan atau pendapat yang ditampilkannya.Kepentingan peribadi tidak boleh dielakkan kerana pastinya setiap makhluk yang dinamakan manusia akan mengutamakan kepentingan peribadinya asalkan kepentingan masyarakat tidak terabai. Pastinya inilah calon yang paling layak mengepalai nakhoda Pemuda UMNO Malaysia.


2. Khairy Jamaluddin
Sayang seribu kali sayang. Beliau sudah hamper tersilap langkah. Tidak sepatutnya berlaku, apa yang berlaku sekarang. Tidak dinafikan beliau mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang tinggi. Beliau mampu menjadi leader dalam satu-satu organisasi penting. Dengan kelantangan memberi pendapat yang bernas, bersemangat dan berdarah muda dalam memperjuangkan sesuatu, memiliki tahap pendidikan yang tinggi, berwawasan dan bercita-cita tinggi serta memiliki kuasa tarikan atau pengaruh dalam dirinya, sepatutnya beliau layak untuk melangkah lebih jauh. Silapnya adalah beliau menantu Pak Lah. Walaupun dinafikan, hakikatnya umum boleh lihat, beliaulah yang menjadi tulang belakang Pak Lah sehingga ada ketika beliau menjadi lebih penting dan berkuasa dari bapa mentuanya. Sebenarnya inilah punca utama kejatuhan Umno Dalam pilihanraya. Bukan punca kenaikan harga barang atau lain-lain. Sepatutnya beliau jangan lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti. Cukup sekadar memberi pendapat dari luar.Tunggulah sehingga Pak Lah berundur dan ketika itu adalah masa paling sesuai untuk beliau menonjolkan diri. Tapi sekarang sudah terlambat. Mustahil untuk mendesak Khairy meletak semua jawatan. Yang tinggal Khairy perlu menampilkan rekod yang baik pada masa mendatang dengan memperjuangkan hak orang Melayu yang makin terpinggir ini.

3. Calon-calon lain (Khir Toyo, Zainal Abidin dll)
Masih belum mampu menjadi peneraju barisan Pemuda. Walaupun mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang baik, tetapi dari segi popularity masih jauh ketinggalan dari calon-calon yang disebut di atas.

Kepada barisan Pemuda,
Lakukan lah pilihan yang bijak dan tepat.
Ketepikan dahulu kepentingan peribadi dalam membuat keputusan.
Utamakan calon yang mampu memperjuangkan orang Melayu.
Utamakan calon yang mampu memulihkan semula luka akibat Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini.

Kerana kuasa ada di tangan anda. Jangan biarkan maruah bangsa Melayu terus tergadai sehingga akhirnya

‘ORANG MELAYU MENUMPANG DI BUMI SENDIRI’