KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.
Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.
"Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.
(Apa rasionalnya berpolitik di masjid? Lebih parah pentas dimainkan oleh orang bukan Islam)
"Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.
Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan
Komen:-
Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.
Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan
Komen:-
- Inilah kita orang Islam. Terlalu merendah diri, nak tunjuk kononnya kita ni baik sangat. Orang memijak kepala kita pun kita masih nak hormat juga. Tak patut dan layak langsung dijemput hadir dalam majlis agama terutamanya melibatkan masjid. Tolol dan bangangnya AJk dan Imam masjid Nurrusaadah di Cheras ni. Satu Malaysia dan mungkin satu dunia dah tahu Teresa Kok ni menghina Islam tetapi Ajk dan Pak Imam masjid berkenaan masih juga nak jemputnya ke upacara di masjid tersebut. Dahlah dulu membawa isu azan dimasjid jangan menggunakan masjid kini hadir pula ke masjid pakai skirt. Teresa Kok ini baru datang ke Malaysia kah?. Nampak sangat semangat nak hinakan Islamnya
- Skirt pendek atau melepasi lutut tetap tidak sopan
- Samada diperkarangan masjid atau di dalam bangunan masjid tetap melanggar kesopanan dan kehormatan masjid
- Apa rasionalnya menjemput seorang bukan Islam datang masjid berbuka puasa? Sudah tidak ada cara dan tempat lain lagikah untuk kita umat Islam 'mengangungkan' pemimpin bukan Islam sehingga kubu pertahanan akidah umat Islam pun dijadikan tempat 'beramah mesra'.
- Selalunya perkara menjemput pemimpin bukan islam datang ke masjid dan beramah mesra dengan masyarakat islam ialah di mana sebuah negarayang mempunyai minoritinya orang islam yang bernaung di dalam Negara kufur. Oleh sebab itu pemimpin kufur itu datang menjaga (atau dijemput) oleh kelompok minority menjaga kepentingan minority mereka. Dan sebaliknya pemimpin kufur Negara akan suka menunjukkan bahawa beliau tetap menjaga kepentingan kelompok minority yang 'lemah' ini. Itu yang kami faham. Tapi sekarang sudah terbalik.
- Ketika rumahnya dilontar "molocov cocktail", Teresa menyalahkan media sebagai punca kejadian tersebut. Apakah pakai skirt ke masjid juga salah media? Zakariah Isa (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan) berkata, "Pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid. Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.". Sewajarnya pemimpin PAS menegur kelakuan Teresa ini. Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) difahamkan hadir ketika penghujung ucapan Teresa Kok di masjid terseb
- Apakah ulasan Mohd Sabu tentang pakaian Teresa Kok
- Memilih pemimpin kufur sudahlah haram, mengangkatnya sehingga ke tangga masjid …. Masyallah.
Fikir-fikirkan….biarlah ada batasannya kita berpolitik jangan sampai Agama tergadai. Wallualam.