Sunday, October 12, 2008

Mode Operandi Politik Murahan Anwar Ibrahim















Oleh Dr Novandri Hassan Al-Basri (AJK Pemuda Bukit Gelugor, P. Pinang)
Penulis ingin membincangkan dua perkara harian yang biasa kita tempuhi. Yang penulis ingin tekanan ialah sebenarnya, konsep/niat kepada cara untuk kita mengatasi kesulitan tersebut telah digunapakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jayanya.
1. Senario Satu
Kadangkala, jika seseorang itu berjanji untuk bertemu rakan-rakan tetapi beliau gagal untuk menunaikannya, beliau akan mencari alasan dengan menyalahkan orang lain atau apa pun kecuali diri sendiri.
Beliau akan salahkan jalanraya kerana sesak atau cuaca kerana hujan lebat. Pokoknya, beliau tidak mahu rakan-rakan kecewa atau pun marah dan mereka tetap percaya kepada beliau, walau pun hakikatnya beliau telah gagal menunaikan janji itu.

2. Senario Dua
Makanya, untuk pertemuan seterusnya, beliau akan letakkan syarat-syarat kepada rakan-rakan terlebih dahulu dengan apa cara sekali pun.
Dan jika janji seterusnya tidak dapat ditunaikan juga, maka ia bukannya salah beliau tetapi salah rakan-rakan beliau.
16 hb September 2008 telah menyaksikan Anwar Ibrahim telah gagal di dalam misi beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah gagal menunaikan janji beliau.
Dan pada saat ini, beliau adalah seorang pemimpin besar yang sedang menahan malu kerana kredibiliti beliau tercalar dek mainan politik beliau sendiri.
Realitinya, tiada siapa pun yang menekan atau memaksa beliau untuk melakukan sesuatu yang majestic pada 16 September 2008.
Ramai rakan dan lawan beliau yang mahu beliau menunjukkan 'kejantanan' beliau untuk memikirkan hal-hal negara mengikut lunas-lunas demokrasi.

Dan motto 'Anwar Perdana Menteri pada 16 September' adalah salah satu daripada ungkapan yang digunakan untuk menarik undi penduduk Permatang Pauh dan ungkapan tersebut juga merupakan sumber semangat kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.
1. Siapakah yang tidak teruja apabila pemimpin yang mereka sanjungi itu akan menjadi perdana menteri Malaysia hanya beberapa hari sahaja selepas menjadi MP Permatang Pauh?
2. Siapakah yang tidak akan mulai memasang angan-angan untuk menjadi orang penting di dalam kabinet Anwar Ibrahim jika beliau memerintah negara ini?
3. Siapakah yang tidak akan kagum dengan ke'cerdikan' Anwar Ibrahim yang mampu menjadi Perdana Menteri TANPA mengikut lunas-lunas normal negara yang dicintai ini?

Pokoknya, ungkapan "Anwar Ibrahim Perdana Menteri 16 September" telah membawa satu semangat dan keghairahan yang amat tinggi kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.
Malah, mereka yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, pastinya turut terasa akan aura yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim. Hari ini, Anwar Ibrahim telah gagal. Dan beliau telah mengguna pakai Senario Satu (seperti di atas) iaitu menyalahkan orang lain dan keadaan.
Beliau menyalahkan Pak Lah, Taiwan, politik dan sebagainya, pada hal beliau sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana memimpikan bulan di langit dan berbohong.
Akan tetapi, Anwar Ibrahim cepat belajar dari kesilapan strategi politik beliau itu. Beliau lebih cerdik kali ini dan telah menggunapakai Senario Dua (seperti di atas)
Jika kita ikuti kenyataan akhbar Anwar Ibrahim, anda tentu bersetuju dengan penulis.
Ikutilah:-
"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya....
"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.....
"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.....
"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya......
"Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang ditetapkan......
Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta. Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.

Seperti yang penulis katakan, kali ini Anwar Ibrahim telah belajar dari kesilapan beliau.
Dan seperti Senario Dua, beliau telah meletakkan pelbagai syarat terlebih dahulu (hampir semua yang boleh difikirkan termasuk yang tidak masuk akal) kepada segala yang beliau akan lakukan selepas ini.
Maksudnya, jika isu MP melompat ke PKR dan menubuhan kerajaan baru gagal terlaksana, Anwar Ibrahim boleh 'membasuh tangan beliau' dengan menyalahkan orang lain, sistem demokrasi, jalan raya dan pelbagai lagi. Canggih!
Pokoknya, Anwar Ibrahim mahu dunia tahu bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang telah 'berusaha sepenuh jiwa dan raga' dan mempunyai 'pelan politik yang amat praktikal dan logik' akan tetapi keadaan 'amat mencemburui' beliau.

Padahal, satu fakta yang paling jelas ialah Anwar Ibrahim telah berbohong.
Patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau semasa pilihanraya Permatang Pauh tempoh hari. Dan sebagai seorang pemimpin yang licik, beliau tidak mungkin tidak mahu menggunakan apa sahaja cara untuk menang termasuk mengaku sumpah.

Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim tahu beliau sedang berbohong.
Seperkara lagi, MalaysiaKini juga melaporkan :-
Katanya (Anwar Ibrahim), tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat.
Persoalannya :-
1. Di manakah logiknya dakwaan Anwar Ibrahim ini atau ia hanya sekadar gimik murahan untuk meraih undi?
2. Apakah menegur dan tidak sensitif kepada hak agama orang lain adalah perubahan yang Anwar Ibrahim mahukan?
Seperti kata penulis, patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau
(Komen Cabai Melaka: Teringat lagu "Who's let the DOG out? dengan cerita budak pengembala biri-biri dan serigala" Whoofff!! whoofff!!)