Thursday, September 25, 2008

Benar kata Dr M Melayu Mudah LUPA

Bila kita susah, makan pun tak cukup, kita terpaksa meminta bantuan kerajaan, kesana- kemari mancari sedara mara dan sahabat handai. Kita sanggup melutut di depan pegawai kerajaan agar dapat memberi bantuan biasiswa kepada anak-anak untuk bersekolah dan sedikit bantuan untuk menampung keperluan harian. Itu, 50 tahun yang lalu, di mana rata-rata orang Melayu adalah petani & nelayan. Ramai yang miskin dan daif.

Kini, ramai orang Melayu telah bertaraf professional. Golongan pertengahan telah melebihi golongan miskin. Shopping complex telah tumbuh bak cendawan, menandakan kemampuan membeli yang telah tinggi.

Kini telah ramai yang mampu bersekolah dengan tanggungan keluarga sendiri tanpa mengharapkan biasiswa. Selepas tamat pengajian, ada yang berkerja secara professional dengan firma swasta & bukan kerajaan.


Kini kita mula mendengar perkataan ‘meritokrasi’, hapuskan DEB dan hak sama rata antara kaum. Sedihnya bila ianya datang dariipada golongan Melayu Profesional. Yang merasakan apa yang memreka kecapi sekarang ini adalah hasil usaha sendiri, tanpa ada apa-apa bantuan daripada kerajaan.

Golongan ini juga tidak memerlukan tender-tender karajaan untuk mencapai tahap mereka sekarang. Kini masing-masing mempunyai idealogi dan pemahaman politik yang tersendiri. Ramai juga yang leka dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan keadaan semasa.

Apabila harga barangan keperluan mula naik, semua orang mula naik angin, kerana terasa seperti mereka telah di rompak. Kerajaan kurang pandai. Masing-masing mula menunding jari kepada kerajaan, mereka mula mempunyai teori tersendiri untuk sebuah kerajaan yang sempurna.

Kerajaan sedia ada sudah tidak releven, mula timbul idea untuk menubuhkan kerajaan baru, walaupun YB nya lessen memandu pun tak ada, tak reti berbahasa Melayu pun, tapi kerana dia seorang jurukemera yang cekap (correct, correct, correct…) tak mengapa, janji ianya kerajaan baru.

Kerana kepintaran orang Melayu ini, kini Melayu terbahagi kepada beberapa pecahan, UMNO kem A (yang berjawatan), UMNO kem B(kurang berjawatan/tidak cukup jawatan), Reformasi (golongan taksub), PAS (golongan yang anggap mereka paling beriman) dan golongan yang tak ambil POT.

Masing-masing sanggup mati untuk memperjuangkan idealogi mereka. Ia macam satu pertandingan pula. Apa objektif akhir yang ingin dikecapi disebalik idealogi ini pun agak kabur di pandangan mereka, tetapi yang penting untuk jangka pendek, kalau idealogi ini diterima pakai, maka satu kemenangan bagi mereka.

Contoh mudah ialah, Pak Lah kena lepaskan jawatan. Siapa yang akan mengganti, kita pikir kemudian. Perioriti jangka pendek ialah untuk jatuhkan Pak Lah dulu. Short term thinking cam nie lah yang memburukkan lagi keadaan.

Persoalannya ialah, apa yang ingin kita capai untuk idealogi2 ini. Adakah selama ini kita merempat, tak cukup makan? Setahu saya, sejak 50 tahun yang lepas, kita hidup aman makmur dan keadaan ekonomi yang semakin lama semakin baik.

Adakah hanya kerana harga tol dan harga keperluan meningkat, kerajaan baru perlu di wujudkan. Adakah kerajaan sekarang ini kurang berkemampuan untuk memenuhi kehendak rakyat? Adaka sebegitu kejam kerajaan dan menteri2nya yang tidak langsung peduli akan kehendak rakyatnya? Adakah kita telah mengalami penindasan yang dahsyat sehingga ramai yang mati kebuluran, sehinggakan sebuah kerajaan baru perlu diwujudkan?