Wednesday, December 31, 2008

Cikgu Yusoff, veteran UMNO Taman Sejahtera meninggal dunia

Allahyarham Cikgu Yusoff (kiri memegang bunga) ketika menyertai program Jogathon di Mengkuang Dam


Alfatihah,

Cikgu Yusoff, salah seoarang penggerak utama penubuhan UMNO Cawangan Taman Sejahtera telah kembali menemui Ilahi pada hari Selasa 11:45 mlm. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Besar Kulim.


Allahyarham merupakan pelopor kewujudan UMNO Cawangan Taman Sejahtera pernah memegang jawatan Ketua Cawangan UMNO Taman Sejahtera. Ketika perlantikan terbaru pada bulan Mei lalu, Allahyarham memegang jawatan sebagai AJK Cawangan.


Semoga Allah merahmati Allahyarham dan sama-samalah kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh beliau, semoga beliau ditempatkan dikalangan roh orang-orang yg beriman. Amin

Monday, December 29, 2008

Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris.


2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang. Ia juga bertujuan melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.


3. Di samping itu, PPSMI diharap dapat melahirkan generasi muda yang berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.



4. Saban tahun polemik ini tidak pernah padam. Rencam pendapat dan alasannya pelbagai. Yang menyokong melihat dari sudut kepentingan generasi muda menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam menghadapi arus globalisasi.



5. Yang menentang pula melihat dari sudut penghakisan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi Awam.



6. Yang berbelah bagi ialah ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa menghadapi secara langsung kesan kepada sistem ini. Bagi golongan Melayu kelas elit dan pertengahan mereka kurang menghadapi masalah kerana anak-anak mereka telah pun didedahkan dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris sejak di tadika lagi.



7. Bagi kebanyakan orang Melayu, anak-anak mereka masih berfikir, bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Jika dulu ramai anak-anak Melayu merasa terasing dan sering tidak berminat dengan kelas bahasa Inggeris, hari ini sudah menular pula ke kelas matematik dan sains. Selain tidak faham, mereka juga merasa rendah diri dengan kekurangan dalam penguasaan bahasa Inggeris.



8. Saya memahami hasrat kerajaan untuk melakukan kejutan budaya terhadap anak-anak di sekolah dan juga ibu bapa. Memang benar, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.



9. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi apakah bahasa Inggeris lebih penting dari kemahiran hidup seperti ilmu hisab (matematik) dan sains? Tentu ramai ibu bapa yang tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.



10. Namun setelah lima tahun pelaksanaannya, kita perlu bertanya kembali, ruyung yang mahu dipecahkan sudah mengeluarkan sagu atau yang dikendong berciciran yang dikejar entah ke mana?



11. Apa guna kita melahirkan seribu ahli akademik yang melahirkan pendapat akademik dalam bahasa Inggeris dan terbentang dalam jurnal antarabangsa tetapi beratus ribu anak Melayu akan datang tidak menguasai kemahiran asas mengira dan juga ilmu kemahiran hidup (sains)?



12. Oleh kerana matematik dan sains juga merupakan matapelajaran teras dalam peperiksaan (dan juga ketika memohon kebanyakan pekerjaaan yang baik) , saya khuatir jurang di kalangan generasi muda bandar dan luar bandar akan bertambah jauh.



13. Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis.



14. Setelah mendengar banyak pendapat di bawah, juga pandangan di atas, yang dari “kiri”, juga “kanan” dan “atas pagar”, saya fikir:

a. Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.



b. Di samping itu, memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.



c. Elaun tambahan yang sebelum ini diberikan kepada guru PPSMI boleh dikekalkan dengan syarat mereka memperuntukkan beberapa jam tertentu dalam seminggu mengajar kelas tambahan sebelah petang kepada para pelajar.



d. Dengan cara ini pelajar akan mendapat keuntungan maksima dari segi penguasaan Matemati dan Sains dan juga penguasaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini.



e. Jika penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu, maka sukatan pelajaran bahasa Inggeris sendiri perlu dirombak dan dicari kaedah yang lebih baik termasuk memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan inggeris di peringkat lebih awal.




15. Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.



16. Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi.



17. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Demikian juga kerajaan yang mengubah sesuatu keputusan demi kebaikan yang lebih besar tidak akan jatuh maruahnya.

Hak milik tanah usah belakangi Perlembagaan


KEPUTUSAN kerajaan Perak menawarkan pertukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal 999 tahun di kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT) yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, dijangka berpanjangan untuk beberapa ketika lagi.



Langkah yang dikatakan untuk meningkatkan nilai hartanah bagi RPT dan kampung baru di Perak melebihi RM1.5 bilion itu mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin berkata hak milik tanah pegangan kekal tidak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada penduduk RPT dan kampung baru tanpa persetujuan Majlis Tanah Negara. Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.



Berdasarkan hakikat ini, cadangan kerajaan Perak untuk memberi hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk RPT dan kampung baru di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga Majlis Tanah Negara membuat keputusan. Dalam reaksi awal selepas kenyataan Najib itu, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas menyatakan cadangan kerajaan negeri itu mematuhi Dasar Tanah Negara dan boleh dilaksanakan dengan alasan ada kriteria yang dipanggil sebagai 'keadaan khas' untuk meluluskan pegangan sedemikian.



Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan pemberian hak milik tanah pegangan kekal itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat kepada 110,000 pemilik, iaitu 60,000 di RPT dan 50,000 kampung baru membabitkan kawasan seluas 6,000 hektar.



Kita berharap walaupun apa pun tujuan kerajaan negeri, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang peraturan di negara ini perlu dipatuhi.



Jika dari segi dasar dan dari sudut Perlembagaan Persekutuan, sesuatu perkara itu tidak boleh dilakukan, ia seharusnya tidak diteruskan apa lagi jika ia bermotifkan politik. Pemilikan kekal 999 tahun yang dilakukan Perak itu memang luar biasa, kerana ia hanya berlaku ketika zaman penjajah. Malah sejak merdeka, tiada negeri memanjangkan tempoh seribu tahun itu apabila mengehadkan pajakan dan hak milik tanah kepada maksimum 99 tahun.



Kita berharap kerajaan Perak yang dikuasai DAP tidak mempolitikkan isu tanah dan perlu mengambil kira sensitiviti kaum. Justeru, mesyuarat khas Majlis Tanah Negara yang bakal diadakan nanti bagi membincangkan kertas kerja berhubung cadangan kerajaan Perak itu perlu membuat keputusan muktamad supaya tidak ada lagi mana-mana kerajaan negeri cuba berbuat sesuatu yang bercanggah dengan semangat Persekutuan.



Sehingga keputusan itu dibuat, proses permohonan bagi urusan menukar status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada pajakan kepada hak milik selama-lamanya di Perak itu perlu dihentikan sementara waktu.

Saturday, December 27, 2008

Tolak ansur kerakyatan pengorbanan besar Melayu

‘SUDAH terang lagi bersuluh’ adalah peribahasa sesuai untuk mengungkapkan betapa jelasnya sejarah bangsa Melayu yang sudah melebihi 1,400 tahun, sezaman dengan ras yang tinggal di bahagian utara Asia.
Bangsa Melayu di Nusantara boleh dikenali dari perspektif geografi, sejarah, politik dan budaya, bahasa dan agama (Islam). Banyak sumber sejarah yang boleh berdiri sebagai hujah. Sekadar contoh, sumber China menyebut sejak 645M sudah wujud sebuah kerajaan terletak di daerah kota Jambi yang dikenali Mo-lo-yue. Demikian juga catatan awal pelayar atau pengembara asing seperti I-Ching pernah mencatatkan bahawa di Tanah Melayu wujud beberapa kerajaan awal seperti Pan-pan, Chih-tu, Tun Sun dan Lang-ya hsia (Paul Wheatly, 1961).
Kajian arkeologi pula membuktikan wujudnya kerajaan Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang, kerajaan Gangga Negara, kerajaan Beruas dan beberapa kerajaan lain di Tanah Melayu. Karya Agung Melayu, kitab Sulatus Salatin oleh Tun Seri Lanang membuktikan kehebatan bangsa Melayu dalam membangun tamadunnya.
Pemikiran ketamadunan yang dibangunkan dalam kitab ini menggambarkan elemen pemikiran sains dan teknologi terserlah dalam tamadun Melayu. Ia dapat difahami daripada ungkapan ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ (Sulatus Salatin, edisi pelajar, DBP 2000). Demikian juga istilah ‘utus’ yang diguna dalam kitab berkenaan, antara lain bermaksud mahir dalam pekerjaan tangan (Kamus Dewan, edisi keempat, 2007) Menurut Kamus Dewan, ‘pesawat’ bermaksud alat perkakas, jentera, mesin alat (tali, rantai, bahagian jentera) yang menggerakkan enjin.
Oleh itu, ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ menggambarkan ciptaan sebuah kapal yang boleh bergerak di dalam air seperti kapal selam pada zaman moden ini. Ini bermakna orang Melayu ketika itu sudah memiliki kepandaian mencipta berasaskan sains dan teknologi. Bangsa Melayu memiliki kebijaksanaan mentadbir kerajaan dan mengurus perdagangan.
Sebagai bangsa yang dekat dengan dunia laut, mereka berinteraksi dengan pedagang dari pelbagai negara seperti Parsi, China, Arab dan juga Eropah. Interaksi global ini membentuk minda dan jiwa bangsa Melayu yang luas serta bersikap terbuka. Ketika itu, China masih mengamalkan dasar pintu tertutup yang keras terhadap dunia luar.
Bangsa Melayu sentiasa bertolak-ansur sehinggakan terlalu tingginya semangat toleransi ini menyebabkan banyak yang mereka miliki diberikan kepada orang lain. Begitu pemurahnya bangsa Melayu, namun bangsa bukan Melayu yang menerima kemurahan hati Melayu ini sering bersikap seperti ‘Belanda diberi tanah’ atau seperti kata peribahasa Melayu ‘diberi betis hendak peha’.
Salah satu pengorbanan orang Melayu yang tidak ternilai ialah kesediaannya memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu menjelang kemerdekaan negara. Ketika negara mencapai kemerdekaan, kira-kira 800,000 orang bukan Melayu diterima menjadi warga negara. Masyarakat Ceylon turut mendapat kelonggaran kerakyatan. Daripada jumlah bukan Melayu yang menerima taraf kerakyatan inilah akhirnya berkembang menerusi zuriat mereka yang kini menjadi generasi kedua dan ketiga di negara ini.
Perlu diingat, pada awal 1940-an wujud perselisihan di kalangan pegawai British mengenai ‘common citizenship’ yang ingin diberikan kepada orang bukan Melayu. Setiausaha Negara bagi Wilayah Jajahan, OFG Stanley menerusi suratnya kepada Lord Louis Mountbatten bertarikh 13 Jun 1944 menganggap ‘common citizenship’ untuk kaum bukan Melayu sebagai tidak menghiraukan perasaan orang Melayu. Lord Louis Mountbatten adalah pegawai Britain yang menyokong konsep ‘common citenzenship’.
Stanley berpendapat jumlah kaum Cina dan India yang ada ketika itu memungkinkan mereka menuntut sesuatu yang istimewa untuk mereka dalam Perlembagaan yang akan dibentuk kelak. Pada awal kemasukan imigran Cina, mereka bertumpu di negeri-negeri Selat, namun dari 1989-1900 hampir 100,000 pendatang Cina masuk ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selangor mengalami perubahan mendadak komposisi penduduk dan pada 1901, imigran dari China adalah 65 peratus daripada penduduk Selangor ketika itu (W.L.Blyte, 1953).
Pada 1903, buruh Cina di lombong timah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berjumlah 186,377 orang. Angka ini meningkat kepada 231,368 pada 1907, sementara imigran China di sektor perladangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1909 berjumlah 5,348 orang. Kebanyakan imigrin China berasal dari Kwantung, Pulau Hainan, Fukien dan Kwangsi. Sementara itu, pada 1906 imigran India yang kebanyakannya berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras) mencatatkan kira-kira 95,000 orang masuk ke Tanah Melayu. Pada 1908, dicatatkan 38,801 lagi imigran India masuk ke Tanah Melayu (Chan Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, 1967).
Apa yang disuarakan Stanley terbukti benar apabila orang Cina dan India menuntut hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli, iaitu satu kaedah pemberian kerakyatan secara longgar kepada orang bukan Melayu tanpa perlu mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kaum Cina juga berhujah bahawa mereka adalah penyumbang utama cukai kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu. Prinsip jus soli akhirnya ditolak kerana orang Melayu melihat kerakyatan yang terlalu longgar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah. Misalnya, Umno Johor melihat kerumitan timbul apabila Kerajaan China ketika itu menetapkan seorang Cina mestilah menjadi rakyat China walau di mana mereka dilahirkan.
Akhirnya Perlembagaan yang dibentuk (1957) mengambil kira sejarah, warisan dan tradisi kaum Bumiputera. Justeru, beberapa keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan. Keistimewaan itu dipersetujui bersama oleh kaum lain kerana ia tidak menjejaskan sama sekali taraf, hak dan aktiviti kaum bukan Melayu di negara ini. Kesimpulannya, orang bukan Melayu harus kembali menghayati gagasan ‘tolak ansur’ yang dibina oleh pemimpin pelbagai kaum terdahulu.
Tolak ansur sebagai satu gagasan sosial adalah pendekatan ampuh (mujarab) dalam membina perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini. Sejak merdeka, kaum Melayu, Cina dan India berjaya membina semangat toleransi yang bermakna dalam pembinaan negara. Perjanjian murni (kontrak sosial) antara kaum Melayu, Cina dan India yang diterapkan dalam pembentukan Perlembagaan 1957 menggambarkan hakikat tolak ansur dan persefahaman antara kaum

Thursday, December 25, 2008

Pengajaran di sebalik isu hudud, hak milik tanah pegangan kekal

DUA isu mutakhir ini - pelaksanaan hukum hudud dan pemberian hak milik tanah kekal - membuka mata rakyat berbilang kaum di negara ini tentang apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang di negara ini.

Di sinilah dan ketika inilah rakyat sepatutnya bertindak sebagai 'hakim' untuk mengadili sama ada nasib serta masa depan mereka akan lebih terjamin jika pakatan pembangkang diberi peluang serta ruang untuk menjadi pemerintah.

Atau jika gabungan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diberi mandat untuk membentuk kerajaan, siapakah yang paling mendapat manfaat daripada dasar-dasar yang akan dilaksanakan kelak?

Isu hudud yang muncul semula ketika berlangsungnya dialog antara Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Pas, Husam Musa umpama imbasan otak rakyat Malaysia tentang isu yang agak lama tidak diperkatakan itu.

Bantahan segera orang kuat DAP seperti Lim Guan Eng dan Karpal Singh sebaik Husam melontarkan ketegasan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang memerintah kelak juga bukan perkembangan yang memeranjatkan.

Hakikatnya, setiap kali berbangkitnya isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas, DAP akan tampil dengan paras ketegasan yang sama dan tidak pernah beranjak sedikit pun.

Namun di sebalik ketegasan barisan pimpinan DAP, Husam menongkah arus mengendurkan nadanya apabila membuat kenyataan bahawa hukum hudud hanya dilaksanakan selepas mendapat persetujuan PKR dan DAP.

Dan dunia amat mengetahui bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan hasrat Pas manakala PKR tidak diketahui pendiriannya.

Ini kerana pemimpin PKR tentunya enggan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kemahuan ahli-ahlinya yang terdiri daripada pelbagai bangsa walaupun penasihat parti itu sering menggunakan al-Quran dan hadis untuk menyokong kata-katanya.

Persoalannya, mengapa DAP boleh mempertahankan pendirian tidak akan membenarkan hukum hudud dilaksanakan pada bila-bila masa sekali pun manakala Husam pula mengambil langkah kebelakang dan menunjukkan keakuran Pas kepada DAP?

Bukankah sebagai wakil parti yang memperjuangkan pemerintahan Islam Husam sepatutnya mesti bertegas sekurang-kurangnya menyamai tahap ketegasan Guan Eng dan Karpal.

Mengapa Husam mesti merujuk kepada persetujuan rakan-rakan pakatan pembangkang sedangkan beliau amat arif bahawa tiada restu jauh sekali persetujuan di pihak DAP dalam hal pelaksanaan hukum hudud dan qisas.

Apakah kedudukan Pas yang sebenarnya dalam pakatan pembangkang sehingga parti itu perlu merujuk kepada DAP dan PKR untuk melaksanakan hukum Islam jika memerintah kelak.
Dan adakah Pas akan membatalkan hasratnya untuk melaksanakan hudud dan qisas jika terus mendapat tentangan rakan-rakannya atau parti itu sanggup berjuang bersendirian meninggalkan peluang untuk menerajui negara?

Adakah kenyataan pertama Husam tidak disengajakan atau Naib Presiden Pas itu ingin menguji 'rakan-rakannya' - dengan harapan mungkin DAP dan PKR akan mengendurkan suara terutama menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Hakikatnya, ketegasan Pas amat ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini terutama bangsa Melayu yang satu ketika dulu menyanjung perjuangan serta ketegasan parti itu dalam hal ehwal pelaksanaan hukum Islam.

Begitu juga dalam hal pemberian hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun yang majoriti berbangsa Cina oleh kerajaan negeri Perak.

Keputusan kerajaan negeri yang Menteri Besarnya juga mewakili parti Pas dilihat terburu-buru dan ada agenda di sebaliknya yang bertentangan dengan dasar Pas itu sendiri.

Banyak kerja yang perlu dibuat sebelum keputusan tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri kerana biar pun tanah tersebut telah dihuni oleh penduduk di situ sejak lebih 50 tahun lalu, namun itu bukan bermakna mereka layak menjadi pemilik selama-lamanya.

Siapa pemilik sebenar tanah tersebut dan apakah syarat-syarat pembukaan kampung baru dan kampung tersusun di situ perlu diselongkar dan diberi perhatian. Adakah klausa yang membenarkan mereka menjadi pemilik kekal tanah tersebut?

Pasti ada fakta-fakta tersembunyi di sebalik keputusan kerajaan memperuntukkan tanah tersebut untuk diduduki oleh majoriti kaum tertentu ketika itu bagi mengelak ancaman komunis.

Selain apa yang terbentang di dalam Kanun Tanah Negara, banyak perkara yang perlu dibuktikan sebelum kerajaan negeri Perak membuat keputusan sedemikian. Kaitannya dengan isu pelaksanaan hukum hudud ialah apa dan siapa yang menjadi keutamaan kerajaan negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang.

Jika dalam isu hudud yang kumpulan sasarnya ialah rakyat beragama Islam, DAP menunjukkan bantahan keras, lain pula dalam isu pemberian hak milik tanah kekal.

Maka tidak keterlaluan jika dirumuskan keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini akan menjadi kayu ukur pertama sejauh mana rakyat 'menghadam' kedua-dua isu tersebut.

Dan kaum Melayu tidak perlu menunggu lama untuk memahami maksud tersurat di sebalik kedua-dua episod itu.

Siapa peduli akhbar Melayu?

Selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) Mac lalu, kedudukan politik Melayu kelihatan sedikit tergugat. Berikutan dengan itu beberapa isu yang melibatkan soal kepentingan orang Melayu seperti kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi turut dipersoalkan. Kelantangan pihak tertentu mempersoalkan banyak perkara yang berkaitan dengan orang Melayu semakin bertambah selepas PRU 12 dianggap sebagai indikator kelemahan politik Melayu.


Kita boleh memberikan apa saja alasan untuk menafikan hujah di atas. Tetapi pada masa yang sama kita terpaksa menerima hakikat bahawa politik Melayu adalah teras kepada sosio-politik negara ini. Bergolaknya politik Melayu, kesannya akan kelihatan kepada banyak perkara lain yang mempunyai kaitan secara langsung dengan politik dan kedudukan orang Melayu.


Bahasa rasmi negara ini dipelekehkan oleh pihak tertentu bukanlah perkara baru. Bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa rasmi yang sewajarnya digunakan oleh seluruh rakyat. Tetapi disebabkan ketidakupayaan politik Melayu menjadi teras sosio-politik negara ini, bahasa Melayu dilihat hanya bahasa orang Melayu. Dalam kalangan orang Melayu pula dipecahkan lagi apabila ada sesetengah Melayu elit yang mendakwa kedudukan mereka tidak sesuai dengan bahasa Melayu.

Media Melayu menjadi indikator paling jelas untuk melihat situasi sebenar kedudukan bahasa dan politik Melayu. Media Melayu khususnya akhbar mendepani masalah yang sangat serius berbanding akhbar bahasa Cina dan Inggeris. Pendapatan iklan oleh akhbar Melayu secara kolektifnya jauh lebih kecil daripada kolektif akhbar berbahasa Cina. Masalah yang dihadapi oleh akhbar-akhbar Melayu sewajarnya tidak berlaku apabila bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang memerlukan semua rakyat, tidak kira apa bahasa ibunda mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan. Tetapi malangnya teori ini tidak berlaku sama sekali.
Baiklah, cuba kita lihat dengan sewaras yang mungkin beberapa perkara yang sepatutnya meletakkan akhbar bahasa Melayu di barisan depan di segi pengaruh.

Bahasa Melayu telah diberi kedudukan penting dalam Perlembagaan sejak setengah abad lalu sebagai bahasa rasmi. Dengan kata lain tidak ada seorang pun yang mengaku rakyat negara ini tidak faham bahasa Melayu, selepas setengah abad diangkat sebagai bahasa rasmi. Secara teorinya kaum pendatang generasi pertama sudah tiada lagi. Generasi selepasnya dilahirkan di negara ini dipayung oleh Perlembagaan sebagai rakyat negara ini. Dan dalam Perlembagaan menyebut bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Kita lihat pula Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sudah lebih 30 tahun dilaksanakan. Antara yang mendukung Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah pengantar dalam bahasa Melayu dan subjek bahasa Melayu menjadi teras dalam peperiksaan. Ini juga menyokong hujah kita bahawa bahasa Melayu mesti difahami oleh semua peringkat dan kaum. Hujah ini ditambah pula dengan satu bancian yang menunjukkan negara ini dihuni oleh 13 juta orang Melayu.

Dihujah
Faktor-faktor yang dihujah di atas tadi menunjukkan tidak ada sebab akhbar Melayu tidak mampu menyaingi akhbar bahasa Cina misalnya untuk mencatat market share yang lebih besar dalam pendapatan iklan. Jualan akhbar Melayu secara kolektifnya (Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Minggu, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmo) mencatatkan sekitar 1.4 juta naskhah sehari atau purata pembaca sebanyak 8.5 juta sehari. Sementara akhbar berbahasa Cina yang terdiri daripada Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, China Press dan Guang Ming Daily mencatatkan purata edaran lebih kurang 900,000 naskhah sehari atau 2.5 juta pembaca. Tetapi adakah kalangan politik Melayu sedar bahawa kolektif akhbar Melayu hanya mencatatkan market share pendapatan iklan hanya lebih kurang 13 peratus daripada peruntukkan lebih RM2.3 bilion untuk media cetak?

Pertanyaan saya, selebihnya ke akhbar mana? Di mana kekuatan politik Melayu apabila akhbar Melayu dianggap kelas tiga di negara yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Media bahasa Melayu khususnya akhbar memikul tanggungjawab sosial yang sangat besar, bukan saja kepada orang Melayu malah semua kaum supaya menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Tetapi tugas besar ini tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya tiada kesedaran daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu untuk melihat bahasa Melayu melampaui bahasa semata-mata.

Untuk pengetahuan, bahasa Cina bukanlah bahasa rasmi atau bahasa kedua. Bahasa Cina tidak diperjuangkan kedudukannya dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Lalu, di mana peranan 60 peratus orang Melayu yang bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu dalam konteks pengaruh akhbar Melayu? Pengedaran kolektif akhbar bahasa Cina jauh lebih kecil berbanding kolektif akhbar Melayu, begitu juga jumlah pembacanya. Persoalannya kenapa akhbar Melayu belum mampu menyakinkan pengiklan tentang pengaruhnya yang besar apabila hanya mencatatkan market share 13 peratus daripada peruntukkan kepada media cetak?

Di mana peranan kalangan politik Melayu untuk melihat permasalahan akhbar-akhbar Melayu secara mikro khususnya daripada perspektif sosio-politik? Kurangnya pengaruh akhbar Melayu kepada pengiklan memperlihatkan kurangnya pengaruh politik Melayu di negara ini. Akhbar dalam konteks perbincangan sosio-politik negara ini bukan lagi sama seperti produk sabun basuh atau pencuci lantai. Maka apabila akhbar Melayu tidak mampu memperlihatkan pengaruh menjadi agenda setter dalam ekonomi misalnya, kegagalan ini bukanlah ditanggung oleh syarikat yang menerbitkan akhbar berkenaan semata-mata. Ini sebahagian daripada kegagalan kuasa politik Melayu untuk meletakkan sesuatu yang ada kaitan langsung dengan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan.

Peliknya sesetengah pihak pula mudah percaya dengan dakwaan para pengiklan bahawa akhbar-akhbar Melayu hanya dibaca oleh orang Melayu, terlalu Malay centric dan lebih malang lagi akhbar Melayu majoriti pembacanya orang kampung, atau dalam kata lain sifatnya kekampungan. Maka hujah mereka, akhbar Melayu tidak sesuai dengan urbanisasi yang menjadi sasaran pengiklan.

Statistik
Tetapi persepsi itu tidak benar sama sekali kerana statistik menunjukkan tidak sampai 30 peratus edaran akhbar-akhbar Melayu di kawasan luar bandar. Ini bermakna sekurang-kurang 70 peratus pengedaran akhbar Melayu di bandar terutama di Lembah Kelang. Urbanisasi yang bagaimana lagi dimahukan oleh pengiklan?

Penguasaan akhbar Melayu di kawasan bandar tidak boleh dinafikan lagi. Malah kalangan pembaca akhbar Melayu mempunyai profil sebagai kuasa pembeli yang tinggi. Tetapi pengiklan seolah-olah tidak yakin akhbar Melayu boleh menyampaikan mesej kepada khalayak tentang produk mereka.

Sebenarnya ini bukan perspektif perniagaan tetapi politik. Kalau daripada perspektif perniagaan, para pengiklan pasti memilih akhbar-akhbar Melayu sebagai keutamaan mereka kerana akhbar-akhbar Melayu memenuhi apa yang diperlukan pengiklan. Untuk menyebarluaskan produk yang hendak diiklan, pengiklan akan memilih media yang mempunyai edaran yang besar, pembaca yang banyak dan profil pembaca yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Sayugia diingatkan kolektif akhbar-akhbar Melayu mempunyai semua perkara yang diperlukan oleh pengiklan. Tetapi pengiklan tetap juga memilih akhbar berbahasa Cina dan selebihnya Inggeris. Kenapa?

Maka jelaslah nasib akhbar-akhbar Melayu bukan saja tanggungjawab penerbitnya. Dilema akhbar Melayu mencerminkan keadaan sosio politik yang pengaruh Melayunya tidak menonjol. Malah seolah-olah kesulitan yang diredah oleh akhbar-akhbar Melayu tidak dipedulikan oleh sesiapa. Kita tidak mahu tragedi "penutupan" Utusan Melayu, satu-satunya akhbar aksara Jawi enam tahun lalu berlaku kepada akhbar Melayu aksara Rumi.

Sekiranya setiap pejabat kerajaan dan sekolah di seluruh negara melanggan dua naskhah akhbar Utusan Melayu Jawi setiap hari, jangka hayat Utusan Melayu pasti lebih panjang. Tetapi siapa peduli Utusan Melayu? Siapa tokoh politik Melayu yang berfikir tentang satu-satunya akhbar aksara Jawi itu di negara ini akhirnya terpaksa mengalah kerana tuntutan perniagaan?

Akhbar Melayu pula yang selalu dilihat dengan penuh prasangka apabila memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kedudukan orang Melayu. Padahal perjuangan itu hanya menegakkan hak dalam Perlembagaan tanpa mengambil hak kaum lain. Tetapi ada pihak dengan mudah melabelkan akhbar Melayu sebagai perkauman apabila akhbar Melayu memperjuangkan Melayu yang tertindas. Tetapi akhbar Melayu tidak pernah mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun menerusi DEB orang bukan Melayu memperoleh ekuiti lebih tiga kali ganda daripada orang Melayu.

Kalangan ahli politik bukan Melayu tidak mempersoalkan akhbar bukan bahasa Melayu yang menyemarakkan sentimen kaum misalnya apabila RTM memendekkan siaran Berita Mandarin baru-baru ini. Dalam perkara ini orang Melayu juga mesti berubah sikap, jumlah penerbitan akhbar bahasa Cina jauh lebih besar dari akhbar Melayu dan mencatatkan pengedaran yang juga besar. Kita sendiri boleh bayangkan sikap sesetengah orang Melayu hingga satu akhbar aksara Jawi pun tidak mampu dipertahankan. Ketika Utusan Melayu ditutup, terbit sebuah akhbar bahasa Cina yang baru, Oriental Daily. Orang Melayu perlu menyalahkan diri sendiri bukan syarikat yang menerbitkan Utusan Melayu.

Politik Melayu mesti meletakkan dirinya sebagai agenda setter, bukan saja menyelesaikan kemelut akhbar Melayu tetapi yang penting semua yang melibatkan Melayu seperti dalam Perlembagaan. Media dan politik mesti berjalan seiringan untuk membetulkan persepsi serong bahawa apa saja kaitkan dengan "Melayu" hanya untuk orang Melayu. Sekali lagi pertanyaan saya, siapa yang mengendahkan semua ini?

Wednesday, December 24, 2008

Lupa pengorbanan Melayu jejas hubungan kaum

PERKAUMAN kini menjadi perkataan yang semakin tabu di kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa, budaya dan agama. Kedudukan sebagai negara pelbagai kaum yang hidup dalam suasana aman, damai dan makmur, adalah faktor yang menjadikan Malaysia begitu unik dan menjadi sebutan dunia. Tetapi ia kini bagaikan ‘duri dalam daging’.

Tragedi 13 Mei 1969, akan terus terpahat di minda, betapa gara-gara pertelingkahan antara kaum bukan saja menjadikan negara menjadi huru-hara dan diisytihar darurat, bahkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, terpaksa melakukan pengorbanan terbesar - melepaskan jawatan demi kesejahteraan rakyat tercinta.

Hikmahnya ialah penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menstruktur semula semua masyarakat.


Mengimbas kembali sejarah, tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang turut terbabit dalam penggubalan DEB berkata, kedua-dua matlamat dasar ini sebenarnya tidak pernah membabitkan isu perkauman, sebaliknya bertujuan untuk memberi agihan kekayaan sama rata kepada semua kaum di negara ini. “Ketika penggubalan dasar ini semua pihak termasuk pembangkang, malahan Lim Kit Siang turut terbabit.


“Hakikat yang perlu diketahui semua pihak ialah matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat membabitkan semua kaum, bukan sekadar membantu kaum Melayu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Isu DEB memang selalu menjadi perdebatan hangat terutama di kalangan bangsa bukan Melayu yang berasa dasar itu hanya memihak dan memberi kelebihan kepada Bumiputera, berikutan sasaran memiliki 30 peratus daripada kekayaan ekonomi negara.

Bangsa lain selalu gagal atau enggan mengkaji fakta bahawa kewujudan DEB adalah kesan daripada tragedi 13 Mei. Tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan jurang kekayaan antara bangsa Cina yang menguasai bidang ekonomi negara sehingga hari ini dengan bangsa Melayu, anak pribumi yang sebelum 1970-an hidup dalam suasana bagai ‘merempat di bumi sendiri’. Selepas tiga dekad DEB dilaksanakan, rakyat pelbagai kaum kembali bersatu dan hidup dalam suasana aman, damai dan makmur, manakala Malaysia sendiri membangun dan berkembang sehingga menjadi sebuah negara yang disegani masyarakat antarabangsa.


Kerajaan Barisan Nasional (BN) menamatkan dasar itu pada 1990 dan menggantikannya dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DEB berjaya mengurangkan jurang ekonomi yang wujud terutama antara Melayu dan Cina, tetapi masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan. Bagaimanapun, perasaan prejudis dan iri hati melihat bangsa Melayu semakin mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain, menyebabkan ada pihak mengapi-apikan kemarahan bangsa lain sehingga wujud frasa ‘rakyat kelas kedua’.



“Apabila melihat bangsa Melayu semakin maju dan boleh berjaya terutama dalam bidang perdagangan, wujud golongan tidak puas hati yang kemudian membakar kemarahan bangsa lain dengan melonjakkan isu perkauman. “Apa yang mereka lupa ialah bangsa Cina masih menguasai lebih 70 peratus ekonomi negara ini, malahan projek yang diperoleh usahawan Melayu akhirnya lebih banyak diagihkan kepada bangsa lain,” kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Aziz Shamsuddin.



Hari ini, ramai orang lupa sejarah, manakala tidak ramai generasi baru mengetahui bahawa jurang kekayaan yang amat luas antara Melayu dan Cina, adalah punca utama berlaku tragedi 13 Mei 1969. Justeru, krisis hubungan antara kaum yang berlaku hari ini, sehingga ada yang mencadangkan diwujudkan Akta Hubungan Antara Kaum, mencetus keresahan dan kebimbangan di jiwa rakyat, memberi kesan serius kepada pelabur asing serta menjejaskan imej Malaysia di gelanggang antarabangsa. Tindakan mempolitikkan isu perkauman hanya memburukkan keadaan.



Perlu diingatkan semula bahawa keindahan dan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju status negara maju selama ini adalah hasil daripada semangat setia kawan dan kerjasama antara antara kaum. Sikap telus dan keterbukaan yang menjadi amalan kerajaan BN sejak akhir-akhir, patut dijadikan pentas untuk meleraikan isu perkauman dengan lebih waras dan bijak, bukannya mengambil kesempatan untuk menyemarakkan perasaan perkauman sesama rakyat. “Suka atau tidak, Melayu memang bangsa pribumi.



Orang Melayu sudah menerima hakikat bahawa mereka perlu banyak beralah, mengagihkan kekayaan dan kuasa kepada bangsa lain. “Kerana itu, tidak ada sebab bangsa lain untuk berasa mereka dilayan bagai warga kelas kedua, kerana tidak pernah ada sekatan dalam memiliki kekayaan di negara ini. Malah, dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia sekarang ini hanya satu saja nama Melayu,” kata seorang tokoh politik lain.



Katanya, hak dan layanan istimewa bangsa Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kini hanya sekadar di atas kertas dan ia langsung tidak menyekat mana-mana bangsa lain untuk mengaut kekayaan yang ada di bumi bertuah ini. Justeru, tindakan kumpulan pendesak supaya kerajaan menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu dan memberi hak sama rata kepada bangsa lain hanya akan mencetuskan kemarahan orang Melayu dan jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin, ia mungkin boleh menjadi barah.



Setiap kaum mempunyai isu dan kemelutnya sendiri. Bagaimanapun, setiap kaum itu mempunyai pemimpin dan pentas tersendiri untuk meleraikan sebarang masalah. Bagi kerajaan BN, kewujudan parti komponen yang mewakili semua kaum di negara ini adalah resipi terbaik untuk terus menjaga hubungan antara kaum selama ini. Kejayaan semakin terserlah selepas tragedi 13 Mei.

Tuesday, December 23, 2008

Budaya mengendeng pemimpin perlu dihentikan

DALAM mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) - merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak - turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.

Yakni, budaya menggendeng pemimpin.

Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan - khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan 'hitam' dan 'kelabu.'

''Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena," kata seorang ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tanpa merujuk sesiapa, beliau membangkitkan kekhuatiran bahawa dalam situasi pemilihan parti yang menebal, dalam tempoh menjelang tidak sampai dua setengah bulan nanti (Mac 2009), pastinya unsur menggendeng pemimpin tidak 'mampu' dielakkan.

''Saya juga berkempen di Permatang Pauh tempoh hari (Ogos lalu) dan melihat budaya ini tidak ketara di kalangan parti pembangkang. Walaupun ketua menteri dan pemimpin PKR meninjau satu-satu kawasan, para petugas parti mereka pula akan sibuk dengan kerja masing-masing, edar risalah di sana sini, tampal poster di pokok malah panjat tiang lampu gantung sepanduk waktu tengah hari," katanya.

Persoalannya, siapa yang harus dijaga dalam menghadapi pilihan raya kecil seperti persaingan merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini yang disifatkan pemerhati pasti sengit - melibatkan lima penjuru.

Bagi kalangan ahli politik khususnya UMNO, kempen pilihan raya kecil selama 11 hari dari 6 Januari hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang keesokan 17 Januari itu bukanlah masa untuk mencuri perhatian, mengambil hati pucuk pimpinan atau mempromosi diri. Yang perlu diberi perhatian dan bantuan ialah jentera kempen parti. Dengan puluhan ribu pengundi berdaftar yang perlu dijengah, 36 saluran mengundi harus disusuri serta impian menggunung Pas untuk merampas kerusi itu, ia menuntut komitmen tinggi dan kerja keras berterusan.

Suatu ketika budaya menggendeng pemimpin ini pernah mengecewakan Abdullah sendiri. Ketika meninjau keadaan mangsa banjir pada 2003 di Seberang Perai Utara dari dalam Pajero yang membawanya, berulang kali beliau meminta konvoi yang agak panjang agar tidak mengekorinya.

Tetapi itulah yang berlaku. Bersesak-sesak bagaikan tidak pernah berjumpa Abdullah. Rakaman lensa kamera jurufoto media menarik perhatian seolah-olah ia 'hari mempromosi diri'. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia ada kaitan dengan pelantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada hujung bulan tahun berkenaan.

Meskipun situasi ketika itu berorientasikan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, keadaannya dalam politik juga serupa - sepatutnya memfokus dalam membantu jentera parti.
Turun padang seseorang pemimpin untuk bersama jentera kempen dan pengundi perlu dihormati. Ia bukan untuk disalahertikan bagi menangguk kepentingan peribadi.

Monday, December 22, 2008

Martabatkan semula bahasa Melayu

Sejarah penubuhan UKM bukti anak watan mahir Sains, Matematik tanpa PPSMI LUAHAN, cerita dan hujah 'Dr Kampung' yang disiarkan dalam ruangan surat pembaca akhbar ini 25 Disember lalu adalah benar.
Begitu juga luahan dan hujahan kebanyakan penulis lain sebelumnya, termasuk cadangan tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).
Hujah saya bahawa melaksanakan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seperti sekarang ini adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Fakta dan kebenaran tidak boleh ditukar ganti dengan tindakan dan perlakuan yang salah dari segi undang-undang; dari segi menidakkan peranan yang sah salah satu tiang seri kedaulatan Melayu dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia dan dari segi ilmiah pendekatan pengajaran bahasa Inggeris, sungguhpun niat yang ingin dicapai adalah amat baik. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara dan pendekatan yang salah akan menyelesaikan masalah bukan dengan cara keseluruhan dan berkekalan; akan menimbulkan masalah baru yang lain seperti dalam setiap cerita kejayaan banyak lagi cerita ketidakadilan, kekecewaan, peminggiran dan akan memberi kesan jangka panjang kepada evolusi pembinaan negara bangsa Malaysia yang semestinya bertunjangkan kepada kedaulatan Melayu.
Menyelesaikan permasalahan PPSMI perlu berdasarkan dan bertitik-tolak daripada kebenaran berikut:
  • Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa pengajaran mata pelajaran teras termasuklah Sains dan Matematik seperti diperuntukkan dalam Seksyen 1 dan 6, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, di sekolah rendah dan menengah kebangsaan;
  • Pendekatan PPSMI sebagai cara atau kaedah pembelajaran bahasa Inggeris adalah salah kerana mempelajari sesuatu bahasa itu memerlukan pendekatan kejiwaan bahasa yang berkenaan, yang sama sekali berbeza daripada apa yang dilakukan melalui PPSMI.
Dalam konteks ini, PPSMI mungkin berjaya sedikit sebanyak dari segi memberi penguasaan gunaan kepada pelajar tetapi kesan negatif jangka panjang kepada penuntut daripada aspek penggunaan bahasa Inggeris yang betul, terutama dari segi nahu dan penjiwaan bahasa itu adalah besar dan berkekalan;
  • Pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah kebangsaan kebelakangan dan masa kini, bermasalah iaitu gagal mencapai objektif terminalnya untuk membolehkan pelajar selepas mengikuti sistem pembelajarannya mampu membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris yang betul dan fasih.
Perkara-perkara asas seperti guru bahasa Inggeris yang layak, mencukupi dan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan dapat diukur daripada pencapaian objektif terminal masih lagi sehingga kini tidak selesai dan tidak pun nampak penyelesaian (menghantar beberapa kumpulan guru bahasa Inggeris berkursus bahasa Inggeris di England bukanlah penyelesaian sebenar kepada masalah sebesar ini). Masalah kelemahan pembelajaran bahasa Inggeris ini adalah besar dan ketara di kawasan luar bandar dan di negeri-negeri majoriti penduduknya Melayu;
  1. Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini gagal untuk menyelesaikan masalah kelemahan yang amat ketara berkaitan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar (kebanyakannya Bumiputera) sungguhpun setiap IPTA mempunyai unit atau Jabatan Bahasa Inggeris masing-masing, mempunyai pensyarah berkelulusan tinggi dan mempunyai kelengkapan canggih seperti makmal bahasa, dan
  2. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan Negara gagal dalam memenuhi tanggungjawab untuk menyediakan dengan secukupnya buku-buku rujukan di peringkat tinggi dalam bahasa Melayu di semua bidang ilmu. Dalam konteks ini, IPTA yang juga mempunyai tanggungjawab sama, turut gagal memainkan peranan ini. Inilah kebenaran yang harus mendasari pemikiran kita dalam menyelesaikan pemasalahan PPSMI. Sudah tentu penyelesaiannya amat mudah – gunakan bahasa Melayu semula dalam pengajaran bagi mata pelajaran teras Sains dan Matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah dan pada masa sama, lakukan usaha radikal dan bersifat transformasi. Ini bagi memastikan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah berkesan iaitu pelajar berupaya menguasai pertuturan, pembacaan dan penulisan bahasa Inggeris dengan fasih.

Pembelajaran bahasa Inggeris di IPTA yang diwajibkan kepada pelajar selama empat tahun perlu dipastikan dapat menggilap dan meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris pelajar ke tahap objektif terminal yang lebih tinggi. Keadaan di mana guru bahasa Inggeris tidak ada, tidak mencukupi dan tidak terlatih, sudah tidak boleh diterima lagi. Sesiapa yang bertanggungjawab pada peringkat perancangan dan pelaksanaan harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kelemahan dan kegagalan ini. Mesti ada sesuatu yang tidak kena jika mata pelajaran lain tidak mempunyai masalah seperti mata pelajaran bahasa Inggeris.

Pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghasilkan buku-buku rujukan ilmiah dalam bahasa Melayu mestilah, tanpa lengah lagi melakukan perubahan radikal dan bersifat transformasi dalam cara bekerja serta mencapai hasil. Pencapaian objektif terminal perlu diukur setiap bulan untuk memastikan buku yang dihasilkan mencukupi dan memenuhi keperluan di samping dikekalkan mutu setiap penghasilan. Banyak model yang dapat dipelajari seperti digunakan di Jepun, China, Perancis, Jerman dan Russia.

Kalau diteliti sejarah, sebenarnya pada awal 1970-an hinggalah ke awal 1980-an, kita sudah berjaya melakukan yang betul dalam isu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada semua peringkat – rendah, menengah dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pengisian penubuhan ini dengan jayanya merakamkan kejayaan kita melakukan perkara yang betul dalam membangun dan membina negara bangsa mengikut acuan yang benar.

Pada ketika itu, buku rujukan ilmu dalam bahasa Melayu dihasilkan pada kadar yang mencukupi sementara penuntut pada semua peringkat pembelajaran tidak menghadapi masalah menguasai dengan fasih bahasa Inggeris serta membuat rujukan ilmiah di dalam bahasa Inggeris. Mengapakah selepas itu dan pada masa kini memuncak dengan masalah? Dan mengapakah penyelesaian yang begitu mudah menjadi terlalu sukar untuk dicapai?

Tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman ialah peguam dan bekas Pengarah Urusan MAS

Sunday, December 21, 2008

Hudud, sumpah dan pertimbangan politik

ISU hudud timbul semula setelah sekian lama tidak kedengaran. Ia bukan isu baru, tapi isu yang telah lama dilaungkan oleh Pas. Isu itu senyap 'beberapa ketika' apabila Pas cuba berbaik-baik dengan pakatan pembangkang lain - termasuk Keadilan dan rakan antihudud - DAP, untuk menumbangkan BN pimpinan UMNO.

Sejak itu sehinggalah pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Pas terus senyap membincangkan isu itu. Hasilnya, pakatan pembangkang itu menang lima negeri.

Walaupun dalam masa-masa tertentu Pas ada juga berkias mengenai isu hudud, DAPlah yang menjadi pihak pertama atau juara untuk menghentamnya. Pas tidak pernah membantah. Pas akur dan tunduk membisu atas kecaman DAP itu.

Ia berbeza apabila UMNO yang membuka mulut dan menghentam mengenai isu itu. Serangan oleh pengikut-pengikutnya yang fanatik begitu mengkagumkan sekali. Mereka akan menyerang UMNO kiri-kanan sehingga ada yang sanggup mengecap UMNO sebagai parti kafir, taghut dan dengan pelbagai lagi kata-kata nesta.

DAP bagi Pas adalah rakan terbaik yang boleh berkongsi kepimpinan, walaupun satu Malaysia tahu siapa itu DAP dan apa cara kepimpinan yang ada padanya. Namun bagi Pas, DAP ialah kawan setia mereka.

Bagi pengikut fanatik Pas, termasuk kader-kader yang sedang dilatih atau keluaran sekolah-sekolah pondoknya, DAP bukan kafir dan yang kafir ialah UMNO.

Kita tidak perlulah mengimbas kembali kisah 'fatwa kafir ke atas UMNO' yang pernah dikeluarkan oleh seorang tok guru Pas pada awal 80-an dulu, kerana itu cerita lama dan orang Melayu 'sudah lupa'.

Pasa masa itu UMNO difatwakan kafir oleh Pas kerana ia bersekongkol dengan MCA. Daging sembelihan UMNO haram dimakan oleh orang Islam lain. Anak-anak orang UMNO haram dijodohkan kepada para pengikut Pas. Dan siaran televisyen yang disiarkan oleh pemerintah UMNO itu haram, sehinggakan peti televisyen diharuskan dibuang ke dalam sungai. Seperti yang saya katakan tadi, tidak perlulah dibangkitkan soal itu kerana kita semua sudah lupa dan generasi belasan tahun sekarang pun tidak pernah tahu mengenai isu itu.

Tapi episod Pas-DAP sekarang merupakan cerita baru. Pas tidak lagi mengeluarkan fatwa-fatwa 'mengarut' seperti itu kerana Pas-DAP kini sudah berboleh berganding bahu. Mereka tidak mengatakan lagi hubungan itu sebagai hubungan kafir-Islam, tapi kini ia lebih dikenali sebagai pakatan 'strategik' untuk kemenangan politik.

Ahad lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, yang saya kenali sebagai Setiausaha Akhbar kepada tok guru Nik Aziz Nik Mat ketika saya bertugas di Kota Bharu selepas Pas memerintah Kelantan pada pilihan raya 1990 dulu, bercakap dengan penuh yakin mengenai isu hudud.

Katanya, Pas memberi jaminan untuk melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Terpinga-pinga juga saya kerana pada hari yang sama berita itu dikeluarkan, Pas dan DAP berbalah di Pulau Pinang mengenai isu tarian I-Dance yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu. Soal yang kecil itu pun tidak boleh selesai, macam mana soal yang besar dan kontroversi lebih sedekad lamanya itu boleh diselesaikan?

DAP tidak akan membenarkan hukum hudud itu wujud di tanah air ini. Seorang pemimpin mereka pernah bersumpah ''langkah mayat"nya dulu jika hukum itu mahu dilaksanakan di negara ini. Kini kita semua sudah keliru. Apakah, semasa Husam mengeluarkan kenyataan itu DAP telah pun 'melupakan' sumpahannya itu?

Namun, ia tidak berlaku. Kurang 24 jam selepas kenyataan Husam itu, di dalam akhbar arus perdana - yang didakwa oleh pakatan pembangkang sebagai semuanya pembohong - DAP dengan lantang terbukti masih berpegang kepada sumpahnya itu. Karpal Singh dipetik di muka depan NST sebagai berkata: ''The time has come for Pas to discard myopic political considerations and try to appreciate the larger political landscape which is a necessary for the continued existence of Pakatan Rakyat" (Masanya telah tiba bagi Pas 'mencampakkan' pertimbangan politiknya yang 'kabur' itu dan cuba menghargai hakikat politik yang lebih luas yang penting bagi meneruskan kewujudan Pakatan Rakyat).

Petikan Karpal itu cukup luas dan cukup jelas. Sumpahnya masih kekal. Dia tidak akan membiarkan sumpahnya memakan dirinya.

Sekarang orang Islam sendiri keliru dengan pegangan dan pendirian Pas. Walaupun Nik Aziz dipetik NST sebagai berkata ''With or without their support, Pas will go ahead with hudud" (Sokong atau tidak (oleh DAP), Pas akan teruskan hudud), semua pihak semakin kabur dengan perjalanan Pas.

Kita tidak pasti apakah Husam pun sendiri faham maksud Nik Aziz itu? Apakah Nik Aziz faham dengan situsai politik Malaysia, atau beliau hanya merujuk kepada politik dalam negeri Kelantan semata-mata? Jika politik Kelantan, di mana hukum hudud? Atau seperti kata seorang kawan dari Kelantan ''cakap saja Pasnya".

Para pemimpin Pas sebenarnya masih diawang-awangan. Mereka tidak jelas dengan siapa kawan mereka itu. Namun atas 'pertimbangan politik' juga Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP.

Pas tidak mahu kelihatan tersisih tanpa pakatan itu. Setelah terlalu lama anggota-anggotanya diindoktrinasi oleh institusi Pas atas nama Islam, terlalu sukar untuk mereka bersahabat dengan UMNO. Selagi mereka masih merasakan UMNO itu masih kafir, maka selagi itulah kedua-duanya sukar disatukan.

Selagi Pas masih tidak boleh menerima konsep assabiyah atau semangat ke'bangsa'an, maka selama itulah kedua-dua buah parti berteraskan Melayu ini tidak boleh bersatu.

Namun, politik tetap politik. Hari ini bermusuh, esok bersahabat. Hari ini bercerai, esok merujuk semula. Harapan kita semua biarlah esok masih ada untuk kedua-dua parti politik ini. Kerana sesungguhnya penyatuan UMNO-Pas itu amat digeruni oleh DAP.

Saturday, December 20, 2008

Mempertahankan maruah BN

SETIAP kali sama ada dalam pilihan raya kecil atau umum, masalah utama yang dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO ialah memilih calon.

Setiap kriteria dan sudut diambil kira bagi memastikan pemilihan calon mampu dilaksanakan secara tepat dan mampu mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh menggugat perjalanan jentera parti.

Walaupun setiap ahli UMNO sudah diberi pemahaman berkali-kali bahawa kepentingan parti mengatasi segala-galanya dan pemimpin boleh datang dan pergi, namun acap kali, parti akhirnya menjadi mangsa ketidakpuasan hati ahli-ahlinya sendiri.

Kesudahannya dalam pilihan raya maka wujudlah kelompok-kelompok pembelot dan pengkhianat yang lebih rela melihat tangan parti lawan dijulang sebagai pemenang dan sekali gus mencalarkan maruah parti sendiri.

Namun senario pemilihan calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu boleh dianggap akan membuka era baru kepada parti itu dalam berhadapan dengan pilihan raya.

Ini kerana pemilihan Ketua Bahagian UMNO kawasan berkenaan iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disokong seratus peratus oleh kesemua ahli UMNO bahagian itu. Kalau pun ada seorang dua yang 'berbisik' membantah namun ia tidak akan menjadi kudis kepada BN.

Mungkin sehari dua mereka akan membantah tetapi ia akan 'sejuk semula' selepas soal calon tidak lagi menjadi isu.

Keadaan itu sekali gus memberikan isyarat yang jelas kepada jentera-jentera BN yang akan berkampung di Kuala Terengganu bahawa mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah dalaman parti.

Wan Ahmad Farid telah dipilih berdasarkan sokongan padu semua ahli jawatankuasa UMNO Kuala Terengganu, persetujuan kesemua penyelia DUN di bawah Parlimen Kuala Terengganu dan sokongan sebulat suara ahli-ahli cawangan.

Ertinya, tidak akan ada sebarang unsur sabotaj yang boleh menggugat peluang BN mempertahankan kerusi tersebut dan sekali gus meneruskan agenda yang tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Razali Ismail.

Kesepaduan sokongan yang diberikan oleh UMNO Kuala Terengganu kepada Wan Ahmad Farid itu juga bermakna ia memusnahkan impian pembangkang yang amat mengharapkan perpecahan berlaku dalam UMNO bagi membolehkan mereka meraih undi.

Justeru misi BN dan UMNO kini adalah menumpukan sepenuh perhatian untuk menyakinkan pengundi-pengundi bahawa parti itu harus dipilih mewakili mereka.

Kemenangan BN di Kuala Terengganu adalah detik paling penting bagi memastikan maruah UMNO yang tercalar di Permatang Pauh dapat dipulihkan semula.

UMNO dan BN akan menerima kritikan dan kecaman paling hebat jika mereka tewas di Kuala Terengganu. Ini kerana pilihan raya kecil tersebut diadakan ketika BN di ambang menyambut pemimpin baru berikutan peralihan kuasa kepimpinan negara dan parti antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah bagi parti pembangkang mereka pasti akan ketawa sepuas-puasnya kerana tumbangnya BN di Kuala Terengganu jika berlaku akan mengukuhkan teori mereka bahawa BN sudah semakin ditolak oleh rakyat.

Persoalannya mahukan pemimpin dan ahli-ahli UMNO membiarkan maruah mereka dipersenda oleh parti lawan?

Mampukah pemimpin dan ahli UMNO 'menahan telinga' untuk mendengar 'nyanyian' pembangkang yang akan mendendangkan lagu kekalahan UMNO di Kuala Terengganu sepanjang tahun dan paling perit dianggap 'hadiah perpisahan untuk Perdana Menteri' dan kalungan bunga selamat bertugas kepada Najib?

Sudah pasti UMNO tidak mahu ini semua berlaku. Kuala Terengganu bukanlah kubu Pas dan Kuala Terengganu juga bukan lubuk UMNO tetapi Kuala Terengganu adalah gelanggang yang memperlihatkan pengundinya memilih siapa yang terbaik.

Maruah UMNO Terengganu terletak di Kuala Terengganu. Di gelanggang itulah, peluang terbaik untuk mereka membuktikan bahawa kemenangan majoriti yang kecil di kerusi Parlimen tersebut pada pilihan raya umum lalu bukanlah kerana nasib tetapi UMNO dan BN sememangnya layak berada di situ.

Sikap berpuak-puak atau usaha untuk mencalarkan rekod sesiapa seharusnya tidak ada dalam kamus perjuangan UMNO Terengganu dalam pilihan raya tersebut.
Diterokai
Seperti mana kata Wan Ahmad Farid kepada penulis, BN tidak ada pilihan selain menang kerana pilihan raya kecil Kuala Terengganu terlalu banyak signifikannya.

Jentera BN yang turun berkampung di situ harus diberi bantuan sepenuhnya oleh ahli- ahli UMNO Terengganu supaya setiap kubu dan kawasan Pas mampu diterokai.

Peristiwa jentera BN dari negeri lain yang hanya datang makan dan tidur seperti mana berlaku di Permatang Pauh sama sekali tidak boleh diulangi di Kuala Terengganu.

Sebaliknya kesemua jentera BN tidak kira dari negeri mana sekalipun dengan bantuan UMNO Terengganu perlu berpeluh di siang hari dan bersengkang mata di malam hari untuk memastikan panji-panji BN dapat dipertahankan.

Apa yang perlu difahami, parti pembangkang akan turun habis-habisan untuk memastikan calon mereka mencapai kemenangan. Mereka akan mengeksploitasi setiap inci kelemahan UMNO dan BN bagi meraih undi.

Matlamat utama mereka bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat seperti mana cita-cita BN sebaliknya tujuan mereka ialah untuk memalukan BN dan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa BN kini berada di hujung jalan kekuasaannya.

Atas sebab itu, pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bukan sekadar satu pilihan raya yang ingin menggantikan seorang wakil rakyat yang meninggal dunia. Sebaliknya ia adalah satu pilihan raya yang mempertaruhkan imej, maruah dan kredibiliti BN dan UMNO.

Sejarah sudah membuktikan bahawa BN dan UMNO bukanlah sebuah parti yang lemah, malah parti itu mempunyai rack record yang cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Inilah yang seharusnya menjadi sandaran kepada UMNO dan BN di Kuala Terengganu nanti. Keangkuhan pembangkang yang begitu bermegah dengan kejayaan dalam pilihan raya umum dan begitu bongkak dengan kemenangan di Permatang Pauh harus ditamatkan 'nyanyiannya' di Kuala Terengganu.

Jika sebelum ini UMNO dan BN tidak mampu mengangkat kepala berikutan kekalahan di Permatang Pauh, tetapi kini peluang terbuka luas kepada mereka untuk menebus kekalahan.
Impian ini hanya akan menjadi kenyataan jika pemimpin dan ahli BN turun berkempen dengan satu hasrat iaitu memastikan kemenangan.

Hakikatnya, pembangkang juga ada masalahnya sendiri, tetapi mereka mampu menyerap atau menyembunyikan setiap kali pilihan raya, apa yang penting bagi mereka ialah parti mesti menang kerana di situlah letaknya maruah mereka sebagai pemimpin dan ahli parti.

Keazaman inilah yang seharusnya menjadi contoh dan kita yakin pemimpin serta ahli UMNO juga mempunyai semangat membara bagi melihat kemenangan BN.

Apa pun keadaannya, adalah diharapkan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu akan menjadi medan kebangkitan UMNO dan ia juga harus menjadi platform untuk membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO tidaklah seburuk mana dan masih mampu mendapat sokongan mereka.

Semoga panji-panji BN akan terus kekal di Kuala Terengganu kerana agenda parti itu dalam memperjuangkan nasib rakyat Terengganu masih belum selesai.

Masih terlalu banyak agenda Allahyarham Razali yang perlu dilunaskan terutamanya dalam soal pendidikan anak-anak Melayu.

Memang benar Kuala Terengganu adalah sebuah kawasan bandar tetapi ini tidak bermakna ia harus diserahkan kepada pembangkang.

Ini bukanlah soal beri kepada sesiapa sahaja pun tak apa tetapi ia adalah soal untuk memastikan agenda membangunkan umat Melayu melalui UMNO akan dapat diteruskan.

Semoga UMNO Terengganu akan menyedari tanggungjawab berat yang menanti mereka. Kemenangan BN bukan sesuatu yang mustahil ia pasti akan tercapai jika ahli-ahlinya berkempen dengan penuh ketekunan dan keikhlasan kerana sejarah telah membuktikan bagi kawasan yang bukan kubu kuat mana-mana parti, BN acap kali mencapai kejayaan.

Jangan biarkan tafsiran bahawa pembangkang tidaklah kuat tetapi UMNO yang tidak mahu menang menjadi kenyataan kerana kawasan Parlimen tersebut adalah penentu maruah BN khususnya UMNO.

Friday, December 19, 2008

PAS Parti Suruhan DAP

PAS akui pelaksanaan hudud mungkin lambat
Video perdepatan transformasi Husam dan KJ boleh diikuti di:http://www.youtube.com/watch?v=uVB_9yNwVq0&feature=related
KOTA BAHARU: PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas mungkin terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti-parti komponen dalam pakatan itu telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan semua parti komponen.( APA CAKAP MUNAFIK NI PELAK HUSAM.SEMALAM JADI HERO DALAM FORUM.SEKARANG BARU DAP JERKAH DAH HILANG TELUR.MANA PENDIRIAN KAMU.MALUKAN PAS SAHAJA.JIJIK PUNYA OLANG)
"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya kepada pemberita di sini. Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud itu tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.
"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam. Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara

Tuesday, December 16, 2008

Tugas berat sayap UMNO


PILIHAN raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang bakal berlangsung pada 17 Januari depan turut menjadi ujian kepada ketiga-tiga sayap dalam UMNO.


Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO mempunyai tanggungjawab yang cukup berat bagi membantu Barisan Nasional (BN) meraih undi dalam pilihan raya berkenaan. Ini boleh dianggap ujian kedua selepas Permatang Pauh, apabila di kawasan Parlimen itu BN tewas dan ia juga menyaksikan kemampuan jentera ketiga-tiga sayap BN dipertikaikan terutama dalam meraih sokongan pengundi muda.

Walaupun dalam pemilihan UMNO pada Mac nanti ketiga-tiga sayap itu bakal menyaksikan pertarungan bagi jawatan ketua masing-masing namun adalah diharapkan soal berkenaan dapat dilupakan seketika.

Tumpuan semua pemimpin dan ahli ketiga-tiga sayap itu tanpa mengira siapapun yang mereka sokong ialah memastikan kemenangan BN.

Kemenangan BN adalah lebih penting daripada soal untuk menjadikan kawasan Parlimen Kuala Terengganu sebagai pentas bagi menonjolkan siapa lebih layak memimpin.

Bagi Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah pasti akan menjadikan Kuala Terengganu sebagai medan terakhirnya memberikan sumbangan kepada pergerakan itu. Beliau sudah tentu berhasrat untuk meninggalkan Pemuda UMNO dengan kenangan manis apabila memastikan panji-panji BN terus tegak di kawasan Parlimen berkenaan.

Cabaran Pemuda agak hebat memandangkan prestasi Pemuda UMNO Terengganu dalam setiap pilihan raya di negeri itu dikatakan tidak begitu menyerlah.

Dalam soal ini seorang pemimpin Pemuda Terengganu ketika dihubungi berkata, Pemuda negeri itu perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah sekadar 'pasukan menggantung poster' semata-mata.

''Sebaliknya, mereka perlu membuktikan bahawa mereka adalah pergerakan peringkat negeri yang berwibawa untuk membantu jentera dari seluruh negara memenangkan BN,'' katanya.
Bagi Wanita pula, Ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz awal-awal lagi sudah berjanji akan mengetepikan soal pemilihan parti buat seketika bagi menumpukan perhatian kepada memastikan kejayaan BN.

Semangat
Dalam soal ini, Rafidah dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil perlu menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi biarpun mereka bersaing bagi merebut kerusi Ketua Wanita.
Sebarang tindakan yang menunjukkan hubungan mereka tidak mesra boleh mengakibatkan jentera Wanita menjadi berpuak-puak dan sekali gus akan menggugat peluang BN.

Begitu juga dalam Puteri, mana-mana calon yang bertanding untuk pemilihan parti tidak harus cuba menonjolkan diri dan bertindak seolah-olah ingin menjadi 'Srikandi'.

Pilihan raya kecil adalah soal kerja berpasukan dan bukannya gelanggang untuk menunjukkan kehebatan mana-mana tokoh secara individu atau kelompoknya.

Sebarang ketidakseragaman dalam perancangan dan tindakan sudah pasti akan menjejaskan keseluruhan jentera BN.

Justeru itu adalah wajar bagi ketiga-tiga sayap BN turun ke Kuala Terengganu dengan semangat berpasukan yang tinggi. Misi utama mereka ialah memenangkan calon BN bukannya meraih undi bagi pemilihan Mac.

Hakikatnya, cabaran BN di Kuala Terengganu bukanlah mudah. Dengan tiga daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berada dalam tangan pembangkang iaitu Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Burok, tanggungjawab sayap-sayap UMNO adalah amat berat.

Mereka perlu bergerak secara menyeluruh ke seluruh pelosok Parlimen Kuala Terengganu bagi memastikan pengundi memilih BN. Ini kerana biarpun satu undi, ia amat berharga bagi parti tersebut.

Perkiraan itu dilakukan kerana pilihan raya kecil tersebut tidak mustahil bakal menyaksikan pertarungan lima penjuru iaitu antara BN, Pas, AKIM dan dua calon Bebas. Jika jangkaan ini menjadi kenyataan, cabaran BN adalah lebih getir daripada apa yang diduga.

Oleh itu mulai dari saat ini ketiga-tiga sayap UMNO perlu membuat persediaan rapi bagi memastikan BN menjadi pilihan pengundi.

Kelompok pengundi baru dan generasi muda perlu diberi tumpuan. Mereka ini yang dikatakan ada yang berpaling tadah pada pilihan raya umum harus dibawa kembali ke pangkuan BN.

Langkah untuk membawa orang muda pulang dari ibu negara bagi membolehkan mereka mengundi adalah digalakkan tetapi jangan mengulangi kesilapan pilihan raya umum lalu, apabila ada dakwaan, sepanjang perjalanan pengundi-pengundi 'dibrainwash' supaya mengundi BN.
Adalah lebih baik, pengundi-pengundi berkenaan diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri kenapa mereka perlu mengundi BN.

Selain itu, pendekatan-pendekatan kempen juga haruslah berhemah dan penuh dengan budi bahasa. Apa yang perlu difahami biarpun Parlimen Kuala Terengganu dianggap kawasan bandar tetapi hakikatnya ia berada di negeri yang dianggap 'luar bandar'.

Ertinya, pengundi-pengundi di kawasan itu tetap mempunyai nilai kesopanan dan ketertiban yang tinggi. Justeru jentera BN yang digerakkan oleh sayap-sayap BN perlu memahami situasi ini.

Seperkara lagi ketiga-tiga sayap UMNO terutamanya Pemuda perlu memainkan peranan penting dalam 'perang saraf'.

Pengedaran risalah di warung-warung kopi, masjid-masjid dan kepada pemandu kenderaan harus menjadi salah satu daripada corak kempen BN.

Langkah tersebut bagi membolehkan BN mampu menjawab setiap dakwaan pembangkang dengan cepat dan tepat tanpa perlu menunggu ia disiarkan di media-media massa atau Internet.
Kewujudan blog mengenai pilihan raya kecil tersebut juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan pengundi terutama generasi muda memahami setiap isu yang dibawa oleh BN.

Dalam soal ini, jentera sayap BN dan UMNO perlu bekerja 24 jam bagi memantau suasana kerana itulah yang dilakukan oleh pembangkang dalam mana-mana juga pilihan raya kecil.

Apa pun keadaannya adalah diharapkan pemimpin dan ahli daripada ketiga-tiga sayap UMNO itu dengan dibantu oleh sayap-sayap parti komponen BN lain akan memahami bahawa Kuala Terengganu bukan sahaja medan untuk mempertahankan maruah tetapi juga bagi menebus kekalahan di Permatang Pauh.

Keangkuhan pembangkang yang sebelum ini menguar-uarkan bahawa BN semakin ditolak oleh rakyat harus ditamatkan. Semua ini hanya boleh dicapai jika seluruh jentera BN benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan parti itu.

Ingatlah pertarungan di Kuala Terengganu tidak mengizinkan mana-mana pihak bersandiwara kerana berdasarkan keputusan pilihan raya umum kawasan berkenaan terlalu longgar berada dalam genggaman BN.

Monday, December 15, 2008

NGO Asing Taja Program PKR




Suara Keadilan, Bil 156, 19-26 November, mukasurat 2, melaporkan dalam artikel yang bertajuk "Latihan Strategi Media" bahawa satu program kendalian Biro Latihan PKR telah diadakan dengan kerjasama Freidrich Naumann Foundation (FNF) bertempat di bangunan parlimen pada 14-15 November 2008. FNF adalah satu NGO asing yang berpusat di Jerman.Mengapa FNF perlu menaja satu program latihan PKR?
FNF: The Foundation follows the ideals of the protestant theologian, Friedrich Naumann. At the beginning of the last century, Naumann was a leading German liberal thinker and politician




Sebelum ini, PKR turut bekerjasama dengan FNF untuk mengadakan program latihan di Melaka pada 10-11 Mac 2007. FNF juga pernah terlibat melatih beberapa orang blogger di Hotel Micasa pada 11 Jun 2006.
Selepas itu FNF terlibat melatih Unit IT PKR di Hotel Istana, pada 13 Julai 2005. Untuk apa program latihan ini diadakan untuk sebuah parti politik? FNF dipimpin oleh Dr Otto Graf Lambsdorff. Selepas keluar dari penjara, Anwar telah terbang ke Munich, Jerman untuk bertemu dengan Wolfowitz dan Gus Dur di sana. Barangkali Dr Otto Graf ada sekali di sana ketika itu, sebab itu FNF begitu bersungguh-sungguh membantu dan melatih PKR. Sanggup PKR menerima dana asing semata-mata untuk dapatkan kuasa.

Sunday, December 14, 2008

Apakah Punca BN Kalah Di Lima Negeri?


Berikut adalah keputusan undian yang dibuat dalam blog ini berkaitan soalan "Apakah Punca Kekalahan BN di Lima Buah Negeri". Daripada 550 orang responden, 288 orang menyatakan bahawa ianya kerana undi protes dalam diam terhadap Barisan Nasional sendiri. 39% mengakui bahawa masalah dalaman UMNO adalah punca kekalahan BN di lima buah negeri tersebut. Isu Minyak dan Harga Barang dikatakan oleh 136 orang sebagai puncanya. Manakala selebihnya, iaitu 93 orang menyatakan bahawa kelemahan kempen internet oleh Barisan Nasional sebagai punca.




Pendapat umum sekarang ini menyatakan bahawa selagi tidak berlaku peralihan kuasa pada Mac ini maka selagi itu keadaan politik negara tidak akan menentu. Biarpun begitu, harus diakui bahawa majoriti rakyat sekarang ini adalah golongan yang bersederhana dalam politik. Mereka ini lebih suka melihat dan menilai sesuatu berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Isu tempatan tidak sama dengan isu di peringkat nasional. Mungkin sesetengah isu menjadi faktor pengubah kepada sokongan rakyat kepada sesuatu parti politik, tetapi faktor penyumbang yang terbesar adalah faktor calon itu sendiri. Calon yang baik akan melenyapkan semua isu-isu yang terpendam dalam hati pengundi.



Barisan Nasional dilihat sampai sekarang ini masih lagi belum melakukan pemulihan bagi menghadapi pilihan raya yang ke-13. Tuntutan sesama parti komponen yang keterlaluan akan menyebabkan lebih ramai golongan yang sederhana ini lari dari BN. Tambahan pula sikap sesetengah pemimpin komponen BN yang tampil membangkitkan isu-isu sensitif untuk mencari populariti secara "pak man telo".



Selagi BN tidak memperkemaskan komponen dan kelemahan yang ada, selagi itu undi protes dalam diam akan terus ada. UMNO sebagai parti terbesar dalam BN baru sahaja selesai mengalami proses pemilihan pada Oktober lepas di peringkat bawahan. Sebenarnya, di peringkat grassroot kehadiran ramai ahli-ahli UMNO memenuhi mesyuarat-mesyuarat cawangan, menandakan bahawa ramai lagi yang masih berminat kepada UMNO.



Tidak kira tua atau muda, mereka datang untuk membuat pemilihan. Bila ada unsur politik wang, ini yang mencalarkan niat pemilihan itu sendiri. Perubahan tersekat di peringkat bawahan akibat permainan wang. Namun, mereka masih lagi mengharapkan sesuatu perubahan dilakukan oleh peringkat atasan.



Kedudukan BN dalam PRU13 bergantung kepada sejauh mana kemampuan BN sendiri untuk memperbaiki kelemahan yang ada, melestarikan sikap pemimpin dalam BN dan menyakini kembali hati rakyat kepada BN. Sebenarnya Pakatan Rakyat tiada pun organisasi yang tersusun dan berstruktur seperti BN. Logo pun tiada lagi. Bagi mereka selagi ada orang tidak suka kepada BN, mereka akan mendapat undi alternatifnya.



Maka sebab tidak yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sendiri pun sampai kini belum lagi menjadi ahli mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim tahu Pakatan Rakyat akan dipilih selagi BN berkrisis.
Oleh itu, lemparkanlah Harapan kepada rakyat. Cetuskan perasaan tidak puas hati, dendam, marah, bangkitkan emosi, pembunuhan karakter pemimpin dan akhirnya mempotretkan Pakatan Rakyat sebagai parti pilihan.
Pakatan Rakyat kini sedang mengurus emosi rakyat agar benci, meluat dan bosan dengan BN. Kerja memainkan emosi tidak sesukar kerja mengurus kebajikan, pembangunan dan hal ehwal rakyat. Ini strategi Pakatan Rakyat.



Selagi BN tidak berubah, selagi itu lima buah negeri ini sukar untuk diambil kembali. Jangan jadi macam Bukit Antarabangsa, biarpun sudah berlaku Higland Towers tetapi ikthibar kejadian tidak pernah diambil peduli. Bila runtuh lagi baru hendak tergadah kembali.

Saturday, December 13, 2008

A middle class Malay perspective

The children of the Establishment tackle some difficult issues.

IN the strident and unnecessarily unpleasant debate over the concept of ketuanan Melayu and the Malay community’s political future, the quiet voices of urban middle-class Malays have yet to make themselves heard.

As a partial corrective, I spoke to several members of a tribe that, while small in number, is intriguing from a social anthropology perspective.


The Malays of the anak Datuk class – the children of senior civil servants and technocrats whose parents’ careers in public service predated the Mahathir era – are interesting in that their values and ideas about Malaysia must have been formed at least in part by their families’ experiences of nation building.


As their parents made the country, it stands to reason that they would have a considerable emotional stake in how it develops in the future.
Even within this rarefied sub-caste of children of the Establishment who are not themselves involved in politics, however, their feelings about ketuanan Melayu show a marked diversity.
Fahmi Fadzil, 27, is a writer and performer. He is the son of Datuk Fadzil Yunus, the former director-general – and later general manager – of the Felda group of companies, and Datin Fauziah Ramly, a senior civil servant who was most recently a Commissioner with the Public Service Commission.



I asked him what he makes of the concept of ketuanan Melayu.

“I never grew up thinking about it very much. My parents never spoke to me about it. Even when I was in college the whole matter was never really present in how I saw things.“I think because I live in KL – and especially because my parents came from that group of earlier middle class Malay civil servants – I don’t think I would subscribe to ideas of ketuanan Melayu.”


But does he subscribe in any way to the idea that the Malays are the natural leaders – or in some way the owners – of Malaysia?



“No. On my father’s side I’m the fourth generation born on this peninsula, on my mother’s side just the third generation, so I see myself as a pendatang too. I don’t subscribe to the idea of a natural leadership role for the Malays.



“More than that, as a Muslim, I don’t see the need for this. There is no such thing as one group being ethnically superior to another.



“The thing I remember most from school, from kelas agama, (is that) from the early days of Islam there was a clear message that you were all the same. Whether you were Arabs or not, you are all the same now.



“We should be talking about values and principles held by people rather than subscribing to simplistic ideas of certain ethnicities being the owners of the land. I don’t subscribe to that, and even if I did, I think the rightful owners would be the Orang Asal.”



Datuk Zahim Albakri, 45, the director and actor, is the son of Datuk Ikmal Hisham Albakri, the first Malay architect and the first President of Pertubuhan Akitek Malaysia, who designed the National Library, Putra World Trade Centre, and the Bank Bumiputera headquarters in KL.



Zahim’s grandfather, Datuk Seri Mustafa Albakri, of the Malayan Civil Service, was the first Commissioner of the Election Commission and the first Keeper of the Ruler’s Seal.



For Zahim, coming to grips with the concept of ketuanan Melayu means dispelling ambiguity: “There seems to be a confusion between the bumiputera policy (the New Economic Policy) and the idea of ketuanan Melayu. The bumiputera policy was a reaction to the riots of 1969, whereas ketuanan Melayu, in the Constitution, I don’t think is particularly giving special privileges or rights to the Malays, it’s to ensure that the Malay Rulers have a certain place, to ensure that those institutions continue.



“I grew up in a family where we were brought up with the understanding that the Malay rulers are there, and this is our history, our culture.



“I grew up with my granddad being proudly Malay, and proudly Orang Perak. There was this sense of being proud of our culture. But never were we made to think that being Malay gave us a right to something beyond.



“I was brought up (to believe) that every citizen in Malaysia was equal. I was never brought up believing that Malays should have more than everyone else.”



How would he feel about a non-Malay Prime Minister?
“I have no problem with a non-Malay PM. It should be about their competence. It should be the best person for the job.”



The composer Datin Saidah Rastam comes from a family steeped in public life. Her maternal grandfather was Perak’s 14th Datuk Panglima Kinta, who held 56 public service posts at the time of his death. Her father is Datuk Rastam Hadi, the former managing director of Petronas and former deputy governor of Bank Negara. Her husband is the urbane lawyer-turned-banker Datuk Charon Mokhzani (who, with exquisite politeness, declined to be interviewed for this article).



Says Saidah, “I think the races should be treated equally and the biggest thing that makes me uneasy about the concept of ketuanan Melayu is that it’s increasingly being used in fascist ways.”



She believes that the NEP “was a necessary thing at the time, given the racial tensions, but that’s different from the concept of Malay supremacy”.



She points to the historical record: “Tun Razak said that that was only for that time, and this NEP thing would end at some point, so that’s different from the notion that there’s an inherent Malay supremacy that can’t be questioned, which I’m very uneasy with.



“I’m somebody who benefited from the policies which favoured Malays – at the outset I’m happy to admit that. But looking at things today, my personal view is that we should give everybody equal opportunities because the policies favouring Malays haven’t been used properly.



“And given that the people who are supposed to safeguard the correct implementation of the policies are the same ones who benefit from them, I’m not optimistic that those policies will be correctly implemented.”



Dain-Iskandar Said is a writer and film director. His father was Datuk Mohamed Said Zain, a diplomat and intelligence officer.



He sees the concept of ketuanan Melayu as “outmoded, out of step with the times we live in, when the world is becoming more and more global. The world over, people are bringing down barriers of race, yet we are trying to instill and install those outmoded values.”



In his eyes, there are many aspects to the problem. “First, what is a Malay? Most Malays I know are some kind of mix, so who defines being Malay? Who are the guardians of the definition?
“The definition of ketuanan Melayu seems to be Umno; it always seems to lead back to Umno’s agenda.



“I’m not saying that outside of it it’s not valid; it may be valid to a lot of people. I can understand that. The main problem is the way it’s implemented. The tone of it is fascistic.”
For him, the promotion of the tenets of ketuanan Melayu “exposes deep insecurity, because if you really believe you are leading this country, what are you so scared of? I don’t think any of the other races want to take that away from you. They can’t, because in the Constitution are enshrined certain precepts.”



Dain argues that our debate is impoverished. “While many of us middle class Malays can be liberal and open, there’s never been any kind of infrastructure that supports ideas or traditions of openness.



“So on the one hand you have people who are willing to be open and liberal, but on the other hand it is so easy to destroy it, because there is no critical, intellectual or educational infrastructure to support those ideas.



“When you attack something that has no support, it is so easy to play to the rural Malay masses, to instill that kind of fear, and make people feel extremely powerless.



“There’s no tradition of talking critically about race and identity politics. You’re almost suspended in a vacuum.”



This is a vacuum that we need to fill with the plurality and diversity of our opinions. It has always been the position of Wide Angle that Malaysia’s many problems and tensions should not be ignored; they need to be addressed by continued, forthright yet respectful debate by citizens, and the issue of ketuanan Melayu is no exception


Komen Cabai Melaka: semakin hilang semangat Melayu dikalangan Melayu kelas pertengahan. Itu tak termasuk lagi kelas atasan. Biar masa depan Melayu nanti gelap, bumi dipijak milik orang nanti, baru nak menyesal...