Monday, June 29, 2009

Ku Li restui Tok Pa pimpin UMNO Kelantan


Segala-galanya bermula di Manek Urai. Soal kepimpinan datang dan pergi namun Datuk Mustapa Mohamed atau Tok Pa direstui untuk memandu hala tuju UMNO negeri Kelantan berasaskan tuntutan dan kemahuan perjuangan parti yang didokong ahli-ahlinya.


Begitulah harapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada Tok Pa yang kini diberi peluang menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. “Soal ujian pada Tok Pa tidak timbul, paling penting sejauhmana ahli-ahli mendokong perjuangan kita dan kita perlu berpakat”,katanya.


Beliau yang ditemui selepas Majlis Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakyat Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Baru, Jumaat.


Lebih 200 orang hadir di program pertama Tengku Razaleigh bertemu rakyat di Manek Urai menjelang pilihanraya kecil kawasan itu.


Kawasan Manek Urai pada awal 60an pernah diwakili beliau yang ketika itu dipanggil Hulu Kelantan.


Menurut Tengku Razaleigh, kawasan Hulu Kelantan dimenangi parti Perikatan pada tahun 1959, 1964 kemudian kalah tahun 1969 hingga menang semula tahun 2004 dan kalah lagi tahun 2008.


Beliau juga memberi komitmen untuk turun berkempen selepas penamaan calon ini dan mengharapkan Barisan Nasional (BN) akan capai kejayaan.


“Saya menaruh harapan kita (BN) boleh menang tapi kalau kena dengan calon yang sesuailah…,” tambahnya.


Ditanya masalah calon di setiap pilihan raya kecil yang diwakili UMNO sering ditimbulkan hingga berlaku perpecahan ketika berkempen, Tengku Razaleigh memberitahu jalan penyelesaian masalah itu pernah dikemukakan.


“Saya sudah cadangkan agar calon-calon patut dipilih oleh ahli-ahli dalam kawasan berkenaan maka dengan cara itu semua orang terpaksa ikut dan patuh pada keputusan orangramai bukan pilihan orang di atas kerana kadang-kadang pilihan orang di atas tidak begitu tepat dengan selera orang bawah,” katanya

Sunday, June 28, 2009

Manik Urai: Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN

MANIK URAI, 28 Jun (Bernama) -- Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Saturday, June 27, 2009

Nik Aziz Kata Komunis dan Nasionalis Adik Beradik

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyatakan parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini). Sejak dipengaruhi oleh Erdogan, kenyataan Nik Aziz banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apakah Nik Aziz sedar dengan apa dicakapkannya? Atau sudah ada teks yang ditulis oleh orang lain untuk dibacanya sahaja?





Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.


Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu?

Menurut Nik Aziz lagi “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” UMNO menolak perjuangan komunis. Namun ada satu parti yang mahu membenarkan Chin Peng pulang (sila baca sini). Pemimpin parti politik tersebut secara terbuka mahu Chin Peng dibenarkan pulang tetapi apakah Nik Aziz berani menegur pemimpin politik tersebut? Pemimpin ini bakal dibicarakan atas perbuatan liwat. Mahukah Nik Aziz membela Anwar dari tuduhan liwat?



Pada 18 April 2009, Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukit Lenjan) yang didapati berbogel di atas sofa pergi berjumpa dengan Nik Aziz di kediamannya dengan memakai tudung. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah" berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) sejurus selepas Elizabeth Wong berjumpa Nik Aziz. Seolah terhapus kesalahan Elizabeth Wong. Apakah semua kesalahan boleh terhapus selepas berjumpa dengan Nik Aziz?


Bookmark and Share








Friday, June 26, 2009

PELANCARAN JENTERA PEMUDA BN PRK N.41 MANIK URAI

Dari Facebook Eizwan Abdullah















Bookmark and Share

10 tahun kahwin isteri hanya diberi nafkah RM300


SITI ROSMALA menunjukkan laporan polis mendakwa didera suami di Mahkamah Syariah Kangar, semalam

Kangar: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam.

Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.
Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.
Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.

Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya. Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

Thursday, June 25, 2009

Siapa yang dapat untung?


Skrip Pembohongan Anwar

Dari Blog Dr Novandri:http://novandri.blogspot.com/
Kenyataan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim bahawa UMNO perlu memohon maaf kerana menindas rakyat Kelantan merupakan satu tuduhan serius.
Bagi orang politik seperti Anwar, tuduhan seumpama itu sudah dapat difahami sebagai strateginya untuk mencetuskan sentimen kebencian orang Kelantan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam reaksinya kepada tuduhan Anwar itu mempersoalkan: "Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan?

Jika benar, mengapa dia (Anwar) sendiri tidak memohon maaf ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?
"Ibrahim sendiri mungkin lebih maklum mengenai apa yang dikatakan kononnya sebagai 'penindasan' itu.Sebagai anak Kelantan dan pernah pula memegang jawatan penting sama ada dalam UMNO atau kerajaan Pusat, beliau tentunya lebih mengetahui sejauh manakah 'tidak adilnya layanan' kerajaaan pusat terhadap rakyat Kelantan.


Walaupun negeri itu sudah lama berada di bawah genggaman Pas, ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan Pusat tidak pernah mengetepikan peruntukan tahunan besar kepada Kelantan seperti mana diterima oleh negeri-negeri diperintah oleh BN.

Malah ada ahli politik di Terengganu yang pernah mempersoalkan kenapa kerajaan Pusat memberi layanan hampir sama termasuk daripada segi peruntukan tahunan dan penyediaan pelbagai infrastruktur kepada Kelantan.

1. Sebelum 2007 misalnya, Lapangan Terbang Sultan Mizan di Kuala Terengganu lebih kecil saiznya berbanding Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - yang bukan saja besar tapi memiliki reka bentuk lebih menarik.

2. Di bandar Kota Bharu, infrastruktur termasuk saiz jalan-jalan Persekutuan jauh berbeza berbanding keadaannya pada 1980-an dan sebelumnya. Apa yang kita lihat di bandar itu seolah-olah ia bukan negeri pembangkang.


Berbalik kepada tuduhan Anwar, para pemimpin UMNO di Kelantan perlu tampil untuk memberi penjelasan kepada rakyat.Mereka tidak boleh memandang remeh tuduhan itu kerana Anwar seperti diketahui mempunyai kelebihan untuk mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang ramai serta membuatkan ramai yang terpengaruh. (klik di sini..)




UMNO perlu mendedahkan statistik lengkap bagi menjawab tuduhan Anwar dan disebarkan bukan sahaja melalui ceramah atau media massa tetapi menerusi risalah yang diedarkan dari rumah ke rumah.Antara maklumat yang perlu disebarkan termasuk peruntukan tahunan kerajaan Pusat kepada Kelantan dan jumlah anak Kelantan di sektor awam dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Yang penting, tindak-tanduk dan kelicikan politik Anwar perlu dipatahkan. (klik di sini..)Setelah mengucar-ngacirkan politik Perak dengan idea yang pernah dicetuskannya dan "memakan diri sendiri" di bawah teori "melompat parti", kini Anwar mahu mencucuk jarum kebencian orang Kelantan terhadap UMNO.
Strategi Anwar dapat difahami. (klik di sini...) Sebagai lubuk terkuat Pas, kedudukan politik Kelantan amat penting bagi menentukan isu kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang.

Wednesday, June 24, 2009

Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat...

LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.


SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.


Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai.


Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan.
Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu.


Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.
Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.


Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.
"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin.


UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.


Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.
Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.


Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."

"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."


Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.
Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

Tuesday, June 23, 2009

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?

SAYA terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini.













Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanah air tercinta ini.

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW.




Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.




Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.




Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam.




Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.




Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas?




Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;



"Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat):



"Engkau bukan orang yang beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). Janganlah kamu gelap mata pada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.



Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu.



Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segalanya yang kamu lakukan."

Ayat di atas juga menyarankan umat Islam tidak boleh terburu-buru berprasangka buruk. Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.


Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.



Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan:



"Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?"

Friday, June 19, 2009

Lihatlah realiti wahai Lim Kit Siang...


Lim Kit Siang cukup nyaring, berapi-api dan kasar semalam ketika membangkitkan mengenai isu biasiswa kerajaan di Dewan Rakyat - yang dakwanya ia diagihkan secara tidak adil dan hanya mengutamakan orang Melayu dan bumiputera sahaja.


Saya sungguh hairan mengapa beliau membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya?


Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?


Mengapa DAP yang mendakwa berjuang berdasarkan hak asasi manusia, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi tidak mahu memperjuangkan nasib kaum bumiputera yang masih ketinggalan dalam ekonomi, sosial dan serba-serbi?


Mengapa isu biasiswa kerajaan (yang terlalu sedikit jumlah itu) digembar-gemburkan sehingga menjadi sebagai isu yang membara dan terlalu besar? Apakah Kit Siang mahu meraih simpati politik dan mahu mencetuskan suasana panas di kalangan kaum?



Tahukah Kit Siang kaum mana yang paling ramai belajar di luar negara sekarang? Berapa banyak yayasan-yayasan persendirian yang dikuasai oleh tauke-tauke besar, jutawan dan bilionair Cina yang menaja pelajar-pelajar bangsa mereka.
Jika kerajaan tidak memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdik pandai ini siapa lagi yang mahu memberinya?



Tahukah Kit Siang siapakah anak- anak bumiputera yang pandai-pandai itu. Kebanyakannya mereka datang dari luar bandar. Siapa yang mahu mempedulikan mereka jika bukan kerajaan? Apakah yayasan-yayasan yang disebut tadi mahu menaja anak-anak kampung itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik?



Kita tidak menafikan soal meritokrasi amat penting dalam penganugerahan biasiswa itu. Siapa yang layak dia akan dapat, tapi janganlah terlalu mempersoalkan isu ini sehingga menyebabkan kaum- kaum lain marah kepada kerajaan dan orang Melayu - kononnya kaum lain (terutamanya kaum yang banyak menyokong DAP) dinafikan hak dan diketepikan.



DAP cuba menonjolkan bahawa yang jahat ialah orang Melayu dan kerajaan.
Lihatlah hakikat di depan mata kita sekarang. Berapa ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang mendapat tajaan - malah oleh negara jiran untuk belajar di negara itu dan akhirnya terus menetap di sana, di Hong Kong malah di Taiwan.



Kita hairan, salahkah jika kerajaan mahu menolong anak-anak bumiputera yang mewakili kaum majoriti di negara ini? Di negara jiran Singapura juga, masih wujud jurang dan ketidaksamaan meklibatkan kaum.


Tapi Melayu di sana tidak pernah berkobar-kobar pun seperti Kit Siang? Apakah orang Melayu di Singapura tidak boleh berkata apa-apa? Itu kita tidak tahulah. Tapi negara itu juga mengamalkan pendekatan yang sama seperti yang diamalkan oleh DAP di negara ini, bukan?



Oleh itu Kit Siang dan pihak-pihak lain, lihatlah kenyataan di depan anda. Siapa dia barisan bilionair-bilionair dan laksawan (terlalu kaya) yang hidup mewah di negara ini? Siapa dia yang menguasai ekonomi di negara ini? Siapa ahli-ahli profesional yang bersepah di negara ini? Siapa pemilik kedai-kedai perniagaan kecil atau besar di merata pelosok tempat di tanah air ini? Siapa yang tinggal di banglo-banglo besar yang merata di bandar-bandar besar di negara ini?



Saudara Kit Siang, tolonglah janganlah membangkitkan soal-soal yang boleh membakar perasaan antara kaum lagi. Kita sudah letih, kita sudah bosan. Kita mahu hidup dengan aman, tenteram dan harmoni. Kita mahu supaya kekayaan di negara ini dikongsi bersama - bukan oleh satu pihak sahaja. Kita mahu orang Cina juga mengajar orang Melayu berniaga.



Hakikatnya jika kita perincikan dasar-dasar kerajaan sebenarnya ia sebenarnya telah 'mengkayakan' bangsa lain yang mendapat tempiasan lebih lumayan daripada orang Melayu dan kaum bumiputera itu sendiri.



Jika dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969 rakyat Malaysia kembali bertaut untuk hidup aman damai dan hormat menghormati - bagi membantu antara kaum memperbaiki diri masing-masing - mengapa falsafah itu semakin longgar?
Apakah kita semua sudah lupa? Apakah kita semua ini semakin selesa? Apakah kita ini sudah terlalu sombong dan bongkak?



Hakikatnya orang bumiputera di negara ini masih perlu dibantu. Lihatlah di mana orang Melayu berada? Jika saya katakan orang Melayu di Pulau Pinang adalah golongan kelas kedua - apakah DAP akan marah? Tapi itulah hakikatnya. Di mana pula orang Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lainnya? Mereka semua masih perlukan bantuan.


Hayatilah puisi Usman Awang (seperti Cuit minggu lepas) yang menggambarkan murahnya hati orang Melayu:
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan


Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak dipangkuan mati kebuluran


"Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.

Realiti dan Fakta Biasiswa JPA: Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai

Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.


Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.


“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

“Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Itu tidak berlaku, Yang Berhormat (Lim Kit Siang) kalau tak tahu, jangan cakap. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa,” tegasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Kit Siang dalam soalan tambahannya mempersoalkan ramainya pelajar cemerlang di kalangan bukan bumiputera gagal memperoleh biasiswa walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan.



Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah), Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari lalu memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:


Kategori Satu – Kecemerlangan akademik
- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.


Kategori Dua – Populasi kaum
- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).


Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak
- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).


Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial
- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Thursday, June 18, 2009

Komunis dan Anwar Ibrahim



Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Partai Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.

Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.


Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia.


Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan.

Di tengah-tengah kebangkitan yang tanpa sempadan itu, orang bukan Melayu juga bangun menyuarakan rasa tidak senang mereka - membantah, malah tidak mahu dan tidak sanggup lagi untuk mendengar dan mengenangkan mengenai Chin Peng dan PKM.


Sangat dikesali bahawa isu ini dibangkitkan oleh parti komponen BN sendiri tatkala BN berhadapan dengan kemelut tsunami poliitik 8 Mac 2008 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan empat buah negeri lagi terlepas ke tangan pembangkang.


Kehilangan pengaruh BN termasuk beberapa jaguh utama dari MIC, PPP, Gerakan serta MCA adalah angkara kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibantu oleh rakan-rakan pembangkang lain untuk membenci kerajaan yang sedang memerintah dan telah membangun serta memajukan Malaysia sejak merdeka lagi.


Oleh kerana isu yang dibangkitkan ini bagaikan tidak mendatangkan mudarat, maka banyak pihak tidak mengendahkannya atau melihatnya sebagai ’cincai’ atau ambil mudah sahaja dengan andaian kerajaan boleh mengatasinya.


Bukan semua perkara atau isu boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan, khususnya yang melibatkan semangat, perasaan dan jatidiri. Kerajaan boleh bertindak mengikut undang-undang, tetapi tiada undang-undang di dunia yang dapat mengawal perasaan. Sipewaris akan mengalir air mata mengingati keluarga yang terkorban, yang cacat akan terkenang akan kaki yang terputus, mata yang buta, badan yang lumpuh dan segala macam kenangan pahit yang sebenarnya tidak mahu diingati lagi, tetapi mengembalikan dan menghidupkan kekejaman PKM pasti menyayat perasaan mereka.


Namun, atas dasar dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim yang diketahui sejak memimpin ABIM lagi sebagai orang yang paling tidak ngam dengan masyarakat Cina, tiba-tiba menjadi jaguh baru membela Chin Peng atas nama kemanusiaan.


Atas nama itulah beliau mahu kerajaan menimbang semula keputusan melarang pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia. Nada beliau ini jelas sekali tidak selari dengan perjuangan beliau sebelumnya. Ramai juga yang dapat menghidu bahawa kenyataan beliau itu hanyalah untuk memenangi hati masyarakat Cina agar terus membenci BN dan kerajaan.


Tentu ramai juga yang yakin bahawa apa yang terhambur dari mulut Anwar iitu bukannya dari hati yang ikhlas - sebaliknya hanyalah taktik dan strategi untuk menyedapkan hati orang Cina. Timbul pula persoalan, sejak bila pulakah Anwar menjadi pembela orang Cina dan juga komunis?

Jika Anwar mahu membawa Chin Peng kembali ke negara bertuah ini atas nama kemanusiaan, kenapa beliau tidak menggunakan alasan yang sama untuk menjaga hati orang Melayu khususnya yang menderita kerana kewujudan PKM di negara ini?

Sudah lupakah Anwar tentang perjuangan askar Melayu, polis Malaya, Home Guard dan juga Pertahanan Awam? Bukankah banyak nyawa terkorban melalui usaha mempertahankan negara dan bukankah sengsara berpanjangan berlaku walaupun PKM hanya ’berkuasa’ selama 14 hari pada tahun 1945. Jangan mudah lupa.

Jika Pak Sheikh Anwar benar-benar mahu Chin Peng pulang untuk menghabsikan sisa-sisa hidupnya di Malaysia, bolehkah kita mencadangkan agar beliau menggantikan tempat Chin Peng. Dalam erti kata mudah, Chin Peng kembali ke tanahair dan Anwar pula keluar meninggalkan negara ini atas nama kemanusiaan. Soal perjuangan, dari luar negara pun boleh sepertimana yang dilakukan oleh jaguh-jaguh demonstrasi jalanan beberapa tahun lalu.


Tindakan tegas harus diambil terhadap semua petualang yang cuba memartabatkan PKM termasuklah melucutkan kerakyatan mereka Selain daripada itu, oleh kerana mereka tidak menghormati kepusan kerajaan dan negara, eloklah Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran yang telah diberikan kepada mereka.ditarik balik


Bagi memastikan gejala yang boleh membakar semangat kaum ini meluas, maka menguatkuasakan Akta Hasutan kepada pihak yang bermain-api mengenai isu PKM adalah sangat wajar.

Chin Peng wajib terus diketepikan.Masyarakat tidak harus mengambil sikap ‘cincai’ terhadap usaha memartabatkan PKM dan sesiapa juga yang cuba menjadi jaguh kepada PKM harus ‘dicincang’

Wednesday, June 17, 2009

BI wajib SPM: Sediakah kerajaan?


TAN Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat berbincang sama ada Bahasa Inggeris (BI) wajib lulus sebagai syarat lulus SPM. Ini kali pertama kita dengar kerajaan secara tulus bertanya kepada rakyat sebelum membentuk satu dasar perdana yang melibatkan rakyat.


Petanda baik bagi kita apabila kerajaan mula memikirkan apakah langkah yang setara dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu jika dimansuhkan, ia menjamin penguasaan BI generasi masa hadapan.


Kepentingan BI tidaklah sama timbangannya dengan Bahasa Malaysia (BM). BM adalah struktur tunjang pembinaan sebuah negara bangsa yang berdaulat. Malah bangsa Melayu itu sendiri akan hilang punca jika salah satu ciri-ciri Melayu iaitu bahasa Melayu, agama Islam dan amalan budaya Melayu itu hilang. Jika salah satu komponen itu hilang kita akan kata seseorang itu 'Melayu ragu.'


Dalam hasrat meletakkan BI sebagai wajib lulus untuk lulus SPM, adakah kerajaan benar-benar bersedia untuk pelaksanaannya?


Bersedia dalam konteks perancangan strategik yang melibatkan sumber kewangan, tenaga pengajar, kemudahan peralatan, modul yang berkesan serta menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.


Kedua, adakah rakyat terbanyak khususnya di luar bandar bersedia menerima cabaran ini?


Jawapannya mungkin 'ya' mungkin 'tidak'. Jika begitu keadaannya, kerajaan dan rakyat berada dalam keadaan was-was.


Sesuatu dasar yang diputuskan dalam keadaan ragu-ragu dan bercelaru akan timbul masalah besar kemudian hari.


Dalam merancang dasar strategik, kita hendaklah mengelakkan diri daripada memasang perangkap kepada anak bangsa. Kita wajar mampu melihat jauh ke hadapan akan halangan-halangan yang memerangkap anak bangsa kita.


Kita amat sedar dengan kemampuan kerajaan yang terbatas, apa akan jadi kepada sebilangan besar pelajar yang gagal SPM nanti kerana gagal menguasai bahasa penjajah itu?


BI menjadi penghalang besar anak bangsa kita tidak layak masuk institusi pengajian tinggi (IPT). Tidakkah kita menepuk kepala suatu hari nanti apabila IPT dipenuhi oleh orang lain sedangkan bangsa kita terkial-kial - terperangkap dalam jebak BI yang kita cipta sendiri?


Pada waktu itu kita sibuk mencari formula baru sedangkan satu atau dua generasi menjadi mangsa.


Satu Malaysia sedar BI adalah subjek maha penting untuk dipadankan dengan landskap dunia hari ini. Agenda bangsa tidak sehala dan dapat diselesaikan dengan satu jalan.


Dengan itu dicadangkan BI adalah mata pelajaran wajib untuk SRP dan SPM. Bagaimanapun ia bukan syarat wajib lulus bagi SPM.


Kedua, BI wajar diterapkan ke dalam jadual waktu pelajar setiap hari bersekolah dengan pelbagai kaedah seperti public speaking, presentation, report writting, debate dan lain-lain di samping modul teras BI.


Kelengkapan alat bantuan mengajar dipertingkatkan. Makmal Bahasa diperkembangkan ke sekolah-sekolah seluruh negara dan dilengkapkan dengan alat pandang dengar (audio visual) dan teknologi terbaru.


Ketiga, kerajaan menyediakan peruntukan masa tidak kurang empat hingga enam jam sebulan kelas tambahan BI di Makmal Bahasa kepada semua pelajar. Sediakan tenaga pengajar khas dan terlatih di Makmal Bahasa.


Jika persediaan sudah sampai ke peringkat ini dan tiada sebuah sekolah yang tertinggal maka kerajaan bolehlah menimbangkan syarat wajib lulus BI bagi SPM.


Tidak ada sebab rakyat menolak sebarang dasar jika rakyat mampu dan tidak menjadi beban fikiran dan halangan untuk kejayaan. Sama-samalah kita merenung ke dalam diri, apakah kekuatan dan kelemahan kita dalam menghadapi cabaran mendatang.


Semoga jerat yang kita pasang tidak menjerat kaki kita sendiri. Tidak perlu mengejar bayang.

Tuesday, June 16, 2009

1Malaysia beri lebih perhatian kepada rakyat miskin

KOMITMEN untuk membantu rakyat sebenarnya bukan sekadar manifesto sewaktu kempen pilihan raya. Ia juga bukan umpan untuk memenangi undi tetapi perlu dilakukan secara berterusan.

Dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri di Kuching kelmarin, adalah bukti keprihatinan kerajaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya. Isu membasmi kemiskinan bukan agenda untuk kaum tertentu sahaja. Ia merangkumi semua kaum, tanpa mengira anutan agama atau kepercayaan.

Semua rakyat akan dibela termasuklah mereka di pedalaman. Menerusi gagasan 1Malaysia, hak semua rakyat diberi keutamaan.

Malah Najib berikrar bahawa rakyat yang masih terkebelakang dan miskin akan mendapat lebih pembelaan menerusi 1Malaysia.

Ini bermakna, setiap kaum akan membangun secara bersama. Dalam kata lain, rakyat yang tinggal di pedalaman - termasuk di Sabah dan Sarawak - akan turut mendapat pembelaan.

Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan pihak-pihak yang menentang 1Malaysia. Gagasan itu sebenarnya akan menjadikan rakyat, terutama yang tinggal di luar bandar, lebih terbela.

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kerajaan akan mengambil kira kepentingan semua kaum apabila melaksanakan sesuatu program pembangunan. Tidak kira yang tinggal di bandar, luar bandar mahupun di kawasan terpencil.

Pemisahan fizikal antara bandar dan luar bandar atau antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi penghalang. Malah isu kebajikan rakyat di Kepulauan Borneo itu turut mendapat jaminan.

Kita sangat berharap selepas ini rakyat akan sedar bahawa gagasan itu dilaksanakan demi kebaikan mereka. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah oleh pihak yang tidak senang dengan perpaduan yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Seperti kata Perdana Menteri, Laut China Selatan bukannya pemisah untuk rakyat hidup dalam "penyatuan serta perpaduan" di bawah konsep 1Malaysia. Rakyat boleh membina "satu impian, satu bangsa dan paling penting, Satu Malaysia".

Kebajikan untuk rakyat miskin - biasanya yang tinggal di pedalaman atau kawasan terpencil - sentiasa menjadi isu. Setelah lebih 50 tahun merdeka, isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya. Malah itulah isu yang sering dijadikan modal oleh pembangkang untuk menidakkan usaha kerajaan.

Kononnya kerajaan gagal menangani isu kemiskinan dan golongan miskin gagal mendapat pembelaan sewajarnya.

Bagaimanapun pembangunan seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh.

Jangan hanya kerana gagal membina lebuh raya untuk menghubungkan dua kawasan terpencil - walaupun ada laluan lain - kerajaan dianggap tidak berjaya membela nasib rakyat di pedalaman.

Berilah masa untuk kerajaan membuktikan kesungguhan menangani isu kemiskinan ini menerusi 1Malaysia. Jangan terlalu cepat menghukum.

Monday, June 15, 2009

Nizar tunjuk sarkis di Dewan Rakyat


Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.'

Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu. - Utusan

Raja Petra lesap tapi tinggalkan fitnah

Penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin buat hal lagi. Dalam Polis Diraja Malaysia dan polis interpol sibuk menjejaki di mana dia menghilangkan diri, pengasas laman web Malaysia Today itu sempat menyiarkan klip video kononnya polis bertindak ganas ke atas seorang tahanan.

Sekarang terbukti bahawa klip video itu adalah palsu. Tetapi imej pasukan polis kita sudah tercemar.

Kalau baca komen-komen pengunjung Malaysia Today, mereka amat mempercayai apa yang didedahkan di dalam klip video itu. Bermacam-macam sumpah seranah dilemparkan terhadap pasukan polis.

Daripada satu sudut, Raja Petra nampak hebat dan berjaya membohongi peminat-peminat lamannya itu. Dia telah membangkitkan rasa marah orang ramai terhadap polis, walaupun video itu tidak benar.

Dengan tajuk klip video "Polis pukul perogol", ramai yang sudah ditipu 'hidup-hidup' oleh Raja Petra. Tanpa usul periksa kebenaran cerita dan sumber, orang buruan itu terus menyiarkan video kisah lebih daripada lima lelaki berpakaian putih dan berjaket hitam didakwa polis telah memukul dan menendang seorang lelaki yang disyaki perogol.

Alasan Raja Petra menyiarkan klip video itu kerana bosan dengan tuduhan melulu terhadap polis. Jadi dia berasa yakin klip video itu bukti keganasan polis.

Tetapi hakikatnya perbuatan dalam video itu tidak membabitkan polis kita. Seorang pengendali blog obefiend.blogspot.com telah mendedahkan hakikat yang sebenar.

Menurut remaja itu, dia mendapat klip video itu di dalam You Tube. Pada 5 Jun lalu melalui e-mel, dia membohongi pihak Malaysia Today kononnya video miliknya itu gambar tentang kekejaman polis semasa penyiasatan.

Tanpa usul periksa kesahihan video tersebut, mereka telah menyiarkan pada 6 Jun lalu.

Walaupun pengunjung lama web Malaysia Today telah ditipu tetapi remaja penipu itu juga telah mendedahkan perangai Raja Petra dan pasukan Malaysia Today sebagai kumpulan penipu dan penyebar fitnah.

Jelas ini satu lagi pembohongan daripada Raja Petra selepas beberapa siri penipuan yang ditulisnya di dalam Malaysia Today. Bertambahlah dokumentari dalam arkib penipuan Raja Petra.

Biasanya Raja Petra menulis bukan sebab suka-suka. Dia ada motif tertentu. Dia ada mesej tersirat yang mahu disebar kepada pembaca.

Selain daripada pemimpin UMNO dan anggota Kabinet, pasukan polis turut tercatat dalam senarai orang yang paling dibenci oleh Raja Petra.

Bukan suatu yang pelik, apabila dia menerima cerita buruk mengenai pemimpin Barisan Nasional, lebih-lebih lagi kes penyelewengan atau skandal, sepantas kilat dia akan menulis dan menyiarkan di dalam Malaysia Today.

Soal betul atau salah cerita yang disiarkannya, belakang kira. Baginya mungkin masyarakat sekarang tak suka baca cerita benar, tetapi cerita sensasi.

Atas minat pembaca sebegini, membuka peluang Raja Petra mengajak orang ramai menghentam polis.

Raja Petra dalam tulisannya mendakwa beginilah cara polis Malaysia mendapatkan pengakuan melalui soal siasat tahanan yang tidak mengaku bersalah.

Mungkin motif siaran klip video itu ada kaitan dengan kes pengakuan bersalah anaknya, Raja Azman Raja Petra di Mahkamah Majistret Shah Alam atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.
Terpulang kepada rasa hati pembaca terhadap tulisan Raja Petra.

Dia pandai mereka-reka cerita karut untuk mengajak pembaca mempercayai tulisannya. Dia pintar memesongkan pembaca daripada fakta sebenar. Cerita sensasinya biasanya menggambarkan apa yang berlaku ada kaitan dengan konspirasi politik.

Apa pun, pengendali laman web itu sudah banyak membuat fitnah. Fitnah adalah tergolong perbuatan dosa besar.

Pelbagai fitnah dibuat oleh Raja Petra terhadap orang politik, ahli akademik, hakim, pegawai polis dan orang yang tidak disukainya.

Ada kala, dia tersalah pilih orang untuk dijadikan bahan kutukannya. Sebab itu dia diperintah membayar saman bernilai berjuta ringgit apabila pihak dikutuk berjaya dalam kes saman di mahkamah.

Betul kata pepatah lama, "berani buat, berani tanggung." Kini beberapa kes saman di mahkamah sedang menunggu kehadirannya.

Dua waran tangkap telah dikenakan terhadap Raja Petra selepas dia gagal menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 23 April dan 26 Mei lalu.

Mulai hari ini, hati-hati membaca Malaysia Today. Ke mana lesapnya Raja Petra?



'Itulah sikap sebenar Raja Petra'
Masyarakat boleh menilai sendiri perangai sebenar Raja Petra Raja Kamarudin. Dia memiliki sikap yang suka memburuk-burukkan seseorang tanpa usul periksa.

"Dengan sikapnya itu jugalah, dia masih enggan hadir ke mahkamah walaupun dua waran tangkap ke atasnya sudah dikeluarkan."

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas tindakan pengendali laman blog Malaysia Today itu yang baru-baru menyiarkan rakaman klip video palsu kononnya keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyoal siasat pesalah.

Beliau juga menyelar sikap Raja Petra yang suka memfitnah seseorang walaupun beliau tidak mengetahui kesahihan sebenar isu tersebut.

"Apa yang diharapkan masyarakat boleh menilai sendiri perangai sebenar beliau.

"Saya percaya apa yang dilaporkan dalam laman blognya (mengenai rakaman PDRM) adalah tidak benar sama sekali dan beliau menyiarkannya tanpa usul periksa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pengendali laman blog itu yang meletakkan satu klip video dalam laman Malaysia Today baru-baru ini mendakwa polis bertindak kejam dengan memukul seorang tahanan.

Klip video selama kira-kira lima minit itu memaparkan rakaman lebih daripada lima lelaki berpakaian putih dan berjaket hitam memukul dan menendang seorang lelaki yang dipercayai perogol.

Seorang pengendali laman blog obefiend.blogspot.com baru-baru ini mendakwa, bahawa dia 'sengaja' mengirimkan klip video bertajuk Polis belasah perogol kepada Raja Petra.

Tidak sampai 12 jam selepas dikirim, pengendali Malaysia Today itu menyiarkan klip video tersebut yang sebenarnya diperoleh dari laman web Youtube.

Rakaman itu sebenarnya, menurut pengendali obefiend.blogspot.com tidak melibatkan anggota polis.

Musa menambah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Raja Petra di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menyifatkan Raja Petra merupakan seorang yang licik meraih simpati masyarakat dalam membuat sesuatu isu anti kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berasa gembira apabila beberapa tohmahan dilemparkan ke atas Raja Petra berhubung klip video palsu yang disiarkan di dalam blognya.
"Ini membuktikan bahawa masyarakat mulai sedar dengan kepalsuan isu tersebut akibat tindakannya menyiarkan klip itu tanpa usul periksa.


"Dari dahulu lagi, Raja Petra lebih berminat kepada spekulasi berbanding fakta," katanya.

Sunday, June 14, 2009

Lawat portal price watch


Pengguna kini boleh mengetahui senarai harga 355 barang di pasar di seluruh negara pada pukul 12 tengah hari setiap hari menerusi portal price watch Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai harga tersebut dijangka membantu para pengguna untuk menilai sendiri barangan yang ingin dibeli di samping membolehkan mereka memilih pasar atau pasar basah yang mahu dikunjungi.
Katanya, kementerian akan memperoleh maklumat mengenai senarai harga tersebut menerusi pegawai pemantau yang terdapat di setiap daerah dan bahagian di seluruh negara sebelum pukul 12 tengah hari setiap hari dan kemudiannya dimasukkan secara talian ke dalam portal berkenaan.


‘‘Dengan kaedah tersebut, pengguna boleh melakukan pemeriksaan senarai harga barangan menerusi portal price watch sebelum membeli-belah di mana-mana pasar basah yang menawarkan harga murah.


‘‘Contohnya di Kuching, senarai harga di dua pasar basah iaitu Satok dan Stutong akan dipamerkan dalam portal tersebut, terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan berdasarkan senarai harga tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Portal price watch boleh dilayari melalui http://pricewatch.kpdnhep.gov. my manakala smart consumer pula di alamat www.smartconsumer.my.

Friday, June 12, 2009

Lagi Pilihanraya: Kali ini di DUN JAWI

Dari Malaysiakini.com

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Berusaha ringankan beban rakyat


PRINSIP 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang menjadi teras kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mula menampakkan perubahan struktur dan prosedur yang jelas.


Lantaran itu, kita tidak mahu gagasan murni, idea bernas, dan kesungguhan Perdana Menteri akhirnya menjadi backclash kepada imej kepimpinannya apabila kesemua 'jentera' di bawahnya gagal berfungsi seperti diharapkan.


Contoh duluan melalui lawatan mengejut, ke kawasan tumpuan rakyat, kurangnya sambutan permaidani merah, penamatan majlis rasmi kerajaan yang tidak melewati jam, 11 malam, daya upaya melonjakkan transformasi pelbagai sektor dan perkhidmatan untuk menjadi pemain utama di peringkat global adalah antara pelan taktikal dan KPI yang kini kian menemui hasratnya.


Apa yang 'penting' outcome dari kesemua usaha itu akhirnya diterjemahkan dalam bentuk wujudnya kepuasan maksimum di hati rakyat.


Dengan penguncupan pertumbuhan KDNK negara -6.2 peratus, peningkatan harga minyak mentah yang kian menunjukkan pola menaik, menurunnya harga komoditi, kos sara hidup yang kian terasa, soal pemberhentian secara sukarela dan pembuangan kerja yang berlaku meskipun terkawal, penularan wabak HINI yang menjejaskan sektor pelancongan dan meningkatnya kos tanggungan sosial kerajaan, biaya kesihatan dan pendidikan yang kian mahal maka langkah dan tindakan taktikal yang bersifat segera, pantas wajar disegerakan.


Selain pelan tindakan ekonomi berkenaan menguntungkan majoriti rakyat bukan sekadar berpusat untuk memuaskan hati masyarakat pedagang dan konglomerat besar semata-mata.


Dalam konteks inilah, pakej rangsangan ekonomi pertama dan kedua yang menelan belanja RM67 bilion sungguhpun telah berjalan pada kadar yang agak memuaskan namun masih banyak ruang atau segmen sektor perbelanjaan ekonomi perlu dipelbagaikan.


Rasionalnya ada tiga. Pertama biarlah perbelanjaan awam ataupun apa jua pengumuman peruntukkan kerajaan sampai kepada golongan sasar. Kedua, nikmat pengagihan itu dirasai secara menyeluruh bukan sekadar dinikmati oleh kelompok yang sama. Ketiga, biarlah perbelanjaan itu akhirnya akan menghasilkan kitaran ekonomi yang lebih holistik sifatnya.


Menyedari hakikat itulah disarankan agensi dan jabatan terlibat dalam pengagihan peruntukkan ini mempercepatkan proses kelulusan, proses kerja dan kurangnya isu remeh-temeh yang boleh menyusahkan rakyat. Barangkali punca kenapa institusi ah long diminati rakyat marhein kerana pinjamannya meskipun berisiko tinggi sehingga ke tahap bergadai nyawa namun prosedurnya lebih segera, pantas dan mudah.


Ada beberapa pakej rangsangan ekonomi marhein yang boleh digerakkan untuk kurangkan beban rakyat seperti aspek kesihatan dan pendidikan. Dalam hal ini dicadangkan langkah berikut sebagai usaha tambahan kerajaan untuk mencergaskan pertumbuhan ekonomi negara dalam masa yang sama mengurangkan tahap bebanan kos sara hidup dan perbelanjaan yang kian meningkat yang terpaksa ditanggung rakyat marhein.


Antaranya :
a) Mewujudkan kembali skim baucar tuisyen bagi semua peringkat peperiksaan yang akan dihadapi oleh pelajar. Keutamaan kepada masyarakat pelajar tanpa mengira bandar atau luar bandar.


b) Elaun sara hidup anak, bagi suami isteri bekerja di kawasan bandar yang mempunyai tiga anak atau lebih. Elaun hanya layak dinikmati oleh tiga orang anak. Pendapatan gabungan suami isteri mestilah kurang dari RM3,000. Disarankan setiap anak dibayar RM100 setiap orang sebulan.


c) Diskaun harga buku kerja sekolah, buku teks, buku ilmiah kegunaan pelajar rendah, menengah dan IPTA serta IPTS sebanyak 50 peratus.


d) Bayaran minimum tidak melebihi RM500 bagi pendaftaran kemasukan pelajar baru ke IPTA dan IPTS.


e) Penghapusan bayaran pendaftaran RM1 bagi pesakit luar yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.


f) Diskaun 50 peratus bagi pesakit kronik yang menghuni di wad-wad hospital kerajaan.


g) Geran bantuan awalan minimum RM500 bagi keluarga yang berpendapatan RM2,500 ke bawah yang mempunyai tiga atau lebih anak yang bersekolah. Geran ini diberikan sebelum penggal persekolahan baru dibuka.


h) Potongan 50 peratus bagi harga komputer untuk pelajar IPTA dan IPTS selain kemudahan broadband percuma yang ditaja oleh syarikat telekomunikasi percuma sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat mereka.


i) Kemudahan pendidikan percuma bagi peringkat diploma, dan kolej komuniti


Saya yakin jika dua sektor yang berteraskan perkhidmatan sosial ini yakni pendidikan dan kesihatan diberi keutamaan, beban tanggungan sebahagian besar rakyat marhein dapat dikurangkan.


Hanya dengan cara ini, bebanan rakyat dapat diminimumkan, persekitaran kondusif dapat dijayakan selain punyai korelasi untuk mengurangkan jenayah juvana dan kes-kes jenayah kecil akibat kesempitan hidup.

Thursday, June 11, 2009

Manek Urai: Pilih calon bersifat mesra rakyat dan bersih


Dari Bernama
Faktor utama untuk menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai nanti bukan bergantung kepada pengaruh parti tetapi lebih kepada calon bersifat mesra rakyat dan mempunyai reputasi berkhidmat kepada rakyat.


Ukuran itu dibuat berdasarkan daripada perbualan penduduk di kedai-kedai kopi yang hangat memperkatakan mengenai calon pilihan mereka pada pilihan raya kecil itu.


Tinjauan Bernama mendapati reputasi calon yang diuar-uarkan bakal dipilih sama ada dari PAS atau Umno menjadi topik perbualan penduduk dengan mereka melahirkan harapan akan mendapat wakil rakyat baru yang mudah mendekati rakyat terutama apabila memerlukan bantuan.


"Calon "ikan buruk" kami tak mahu dah, seperti bila rakyat ajak minum di kedai kopi, calon menolak atas alasan takut ikan jadi buruk (busuk) di dalam kereta, jadi terpaksa pulang segera," kata Mohd Bakri Abdullah kepada Bernama.



Penduduk mahukan wakil rakyat yang sanggup menolong mereka yang memerlukan bantuan, katanya dan menurutnya bantuan itu bukan merujuk kepada bantuan kewangan tetapi lebih kepada usaha mendapatkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


"Calon tidak mesra rakyat, kami tidak mahu. Kami nak calon bila rakyat nak buat kenduri dan perlukan peruntukan dia sedia membantu. Bila ada masalah bantuan, dia akan usahakan cari pihak yang dapat menolong," kata Mohd Bakri, 45.


Antara calon Umno yang disebut-sebut masyarakat setempat kerana mempunyai ketokohan itu ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat kerana kesediaan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat sebelum ini.Nama Tuan Aziz disebut-sebut kerana beliau berasal dari Manik Urai dan merupakan pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang akan memudahkan penduduk mendapatkan bantuan pertanian.


Selain Tuan Aziz, nama lain yang turut disebut-sebut ialah Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Abdul Jalal dan Ketua Wanita Umno bahagian itu Rohani Abdul Majib.



Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandang daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai.


Dun Manik Urai mempunyai 12,293 pemilih berdaftar dan 95 peratus daripada jumlah itu merupakan pengundi Melayu yang bergantung pendapatan kepada hasil pertanian termasuk sawit dan getah.


DUN itu mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manik Urai Lama, Manik Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.


Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi dan pilihan raya umum 2004, BN mengatasi PAS dengan majoriti tipis sebanyak 53 undi.-- BERNAMA

Kebijaksanaan 'Kaum Cina' Berpolitik


Reality nya sampai hari ini masyarakat cina tetap menolak agenda PAS untuk mewujudkan negara Islam........Tabuan menulis.................Tahniah kepada Tuan Guru Hj. Hadi dan Ustaz Nasha kerana dapat mempertahan kedudukan masing-masing.



Cadangan Tuan Guru Hj. Hadi kearah kerajaan perpaduan dan sanggup mempertahan kan idea tersebut harus di puji. Walaupon ada keldai upahan yang mengendong biawak hidup untuk ke Putrajaya turut bertanding.



Parti PAS sekarang berada didalam keadaan dilema. Dilema diantara menarik sokongan bukan Melayu kepada PAS dan menambah keyakinan pengundi Melayu kepada PAS. Pilihanraya kecil Bukit Gantang menjadi ukuran kepada PAS.Tindakan Hj. Hadi boleh di lihat untuk menaikan harga PAS dalam Pakatan Rakyat.


Tindakan ini membuatkan kaum yang sepet mata menjadi terbeliak mata nya seperti mata burung hantu melihat tikus. Terkejut dan terkedu.



Ahli PAS perlu bersyukur kerana di anugerah kan Presiden yang boleh nampak jauh sebegini. Tindakan Hj.Hadi mengelak PAS daripada terus di luku oleh Pakatan Pembankang. Pengalaman menjadi Menteri Besar Terengganu sepenggal memberi iktibar.



Didalam keadaan politik yang serba sempang peranang dan raban teben ini PAS usahlah mengharap sangat perubahan sokongan bukan Melayu kepada PAS. Ini lah kesan pendekatan politik pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang telah mengugat kuasa politik Melayu. Anwar membuka laluan dan PAS membantu.



Sebab itu pengundi cina dan india sanggup memakai logo dan mengibarkan bendera PAS, dan diterjemahkan menerusi peti undi. Pemimpin PAS bersorak dan gembira dengan sokongan ini.



Tapi mereka harus sedar dalam Pakatan Pembakang, PAS tak lebih dari ikan ubi di dalam aquarium.Tujuan nya bagi menjayakan agenda DAP dan PKR yang lebih dominan dalam Pakatan Pembakang terutamanya dalam senario politik Perak sebelum ini.


Reality nya sampai hari ini masyarakat Cina tetap menolak agenda PAS untuk mewujudkan negara islam. PAS bukanlah pilihan sebenar sebagaimana DAP dan PKR yang mempunyai gagasan termasuk Malaysian Malaysia yang lebih memikat.



Kebijaksanaan cina berpolitik.

Setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.


Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.


Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis. Sekarang, ugutan yang paling besar ialah - "hak sama rata" (Malaysian Malaysia). Paling malang dan paling menyedihkan, tuntutan mereka ini telah disokong pula oleh PAS dan PKR.


PAS dan PKR sanggup korban kan "hak orang melayu" yang tinggal sekumit ini hanya kerana ingin berkuasa memerintah. Kuasa memerintah bersama DAP.Kaum cina akan menuntut dan terus menuntut sehingga mereka dapat berkuasa penuh seperti Singapura.


Buat permulaan, mereka sudah dapat menguasai P Pinang sepenuhnya, berkongsi kuasa di Selangor dan Perak. Perak bernasib baik kerana dapat di selamatkan buat sementara waktu. Pada PRU 13 nanti belum tentu lagi.


Mereka sudah menguasai ekonomi, dan tindakan seterusnya menguasai tampuk pemerintahan pula.Mereka akan berjaya jika PAS dan PKR terus membantu nya. Mereka tahu bahawa gabungan PAS dan PKR bukan satu gabungan yang baik dan kukuh.


Kepada mereka jika dapat memerintah satu penggal pun sudah cukup baik.Sebagai contoh terbaik ialah di negeri Perak, tak sampai 1 tahun memerintah sudah boleh mengagih kan tanah bumi Perak kepada kaum nya untuk selama 999 tahun.


Jika mereka dapat terus berkuasa 1 penggal - habislah bumi Perak ini mereka kuasai 999 tahun.Orang melayu harus sedar sebelum terlambat. Bersatu lah demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia kita.


Begitulah kekuatan dan kebijaksanaan masyarakat Cina berpolitik yang kemuncaknya nanti mahu di capai pada pru ke-13. Mereka sentiasa bersatu dalam percaturan, jadi siapa yang tertipu