Sunday, June 14, 2009

Lawat portal price watch


Pengguna kini boleh mengetahui senarai harga 355 barang di pasar di seluruh negara pada pukul 12 tengah hari setiap hari menerusi portal price watch Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai harga tersebut dijangka membantu para pengguna untuk menilai sendiri barangan yang ingin dibeli di samping membolehkan mereka memilih pasar atau pasar basah yang mahu dikunjungi.
Katanya, kementerian akan memperoleh maklumat mengenai senarai harga tersebut menerusi pegawai pemantau yang terdapat di setiap daerah dan bahagian di seluruh negara sebelum pukul 12 tengah hari setiap hari dan kemudiannya dimasukkan secara talian ke dalam portal berkenaan.


‘‘Dengan kaedah tersebut, pengguna boleh melakukan pemeriksaan senarai harga barangan menerusi portal price watch sebelum membeli-belah di mana-mana pasar basah yang menawarkan harga murah.


‘‘Contohnya di Kuching, senarai harga di dua pasar basah iaitu Satok dan Stutong akan dipamerkan dalam portal tersebut, terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan berdasarkan senarai harga tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Portal price watch boleh dilayari melalui http://pricewatch.kpdnhep.gov. my manakala smart consumer pula di alamat www.smartconsumer.my.