Wednesday, June 10, 2009

Lagak Orang PAS


Bila dengar ustaz atau orang pas cakap pasal agama, seolah-olahnya mereka cukup hebat ilmu agamanya. Namun yang peliknya bila masuk bab politik hilang ilmu agamanya.Bila bercakap atau ceramah agama


1. Hendaklah kamu beriman kepada Allah. Jauhkan kamu dari godaan syaitan dan iblis serta nafsu jahat yang akan menjahanamkan kamu.


2. Orang Islam bersaudara. Semua yang mengaku Allah sahaja Tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah adalah saudara-saudara kita.


3. Kita hendaklah mengukuhkan keimanan kita kepada Allah. Antara rukun Iman ialah percaya kepada Qadha dan Qadar. Semua kejadian adalah ketentuan Allah. MasyaAllah.


4. Kita hendaklah jaga kelakuan dan lidah kita. Jagalah akhlak kita. Islam agama suci.


5. Hendaklah jauhi zina dan judi.


6. Kembalikanlah kepada Allah dan Rasul. Tegakkanlah hukum Allah.


7. Dunia ini hanyalah sementara. Tidak takut matikah kita. Buat apa kejar dunia sehingga lupa kepada akhirat.


8. Jagalah sumber pendapatan kita. Jangan ambil rasuah.


9. Hendaklah berlaku adil apabila memerintah.


10. Jaga adap dan tingkahlaku sebagai umat Nabi Muhamad.dan banyak lagi....



TAPI bila masuk bab politik, hilang lah iman
1. Bukan dengan DAP je kita boleh berkawan tapi dengan syaitan pun boleh berkawan janji kita boleh kalahkan BN.

2. Umno itu melayu. Yang kafir DAP, inilah kawan kita.

3. Semua ini adalah konspirasi UMNO. Kerajaan Umno rampas kuasa. "Aku tetap berkuasa". Tidak timbul istilah percaya kepada Qadar dan Qadha. Yang penting aku nak berkuasa. Sedarlah semua ini ketentuan Allah disebabkan Allah tidak meredhai apa yang telah PR buat


4. Pas boleh mencarut dan memaki orang disamping boleh buat macam-macam cerita merapu dan fitnah janji orang percaya dan sokong Pas. Ramai ustaz-ustaz pas terlibat dalam hal ini. Tok guru juga kadang-kadang terjebak.


5. Boleh peluk dan sokong orang yang terang-terang bersekududukan dengan seorang lelaki Islam. Tok guru pun boleh sokong minah ini.


6. Tegakkan hukum hudud? Tak pernah pun dalam perlembagaan Pas ada nak menegakkan hukum hudud. Tak pernah lagi dengar Pas dan pengikut-pengikutnya berdemontrasi dan kumpl orang untuk tuntut laksanakan hukum hudud. Yang biasa dengar ialah berkumpul sebab sokong anwar, sokong hindraf sokong nizar boneka DAP.


7. Kalau ikut YB Jamal, Nizar pesan dekat dia "kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati,". Selalunya orang bagi nasihat sebab dia sendiri pun buat macam itu. Itu sebab dia kata dia jutawan sebelum jadi MB. Sekarang lagi jutawan lah tapi tak boleh checklah sebab duit dah simpan kat tempat lain agaknya.


8. Kalau orang bagi rasuah ambiklah tapi jangan sokong orang itu. Itulah pesan Tok Guru. Seingat blogger Islam tak ajar macam itu. Rasuah tetap rasuah. Yang ambik salah yang memberi lagi salah.


9. Hendaklah berlaku adil masa memerintah. Lantiklah anak beranak jadi orang penting. Bila orang bising tok guru kata nabi pun ada kroni sebab yang jadi pemimpin masa zaman Nabi adalah orang-orang rapat Nabi. MasyaAllah, blogger rasa kalau yang kata macam itu dari mulut orang Umno sudah tentu diserang dan dikatakan sesat kerana menghina Nabi. Lagi satu kalau baca blog Nik Amar, dia ada kata bapak dia ada offer kat dia Setiausaha Politik Bapak dia, Pegawai Khas Bapak dia, Wakil peribadi bapak dia, Jadi calon pilihanraya parti Bapak dia, semua itu dia tolak. Baguslah tolak tapi persoalannya Bapak dia tu memang amalkan kroni sangat-sangat, itu yang boleh offer kat anak. Yang terlepas jadi CEO anak syarikat kerajaan negeri tu dah sah bukti kroni yang teramat sangat.



10. Dalam ceramah suruh jaga adap dan tingkahlaku tapi boleh letak penzina (peliwat) jadi ketua. Nabi pun tak ngaku umat orang macam ini tapi puak-puak ini lantik jadi ketua