Wednesday, September 30, 2009

Nik Aziz: Dah Lama daaaaa


Bila kena batang hidung sendiri...

Sepuluh tahun lalu semasa arus reformasi menggelegak, salah satu isu utama yang dimainkan oleh pembangkang ialah desakan supaya Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berundur daripada jawatannya.

Pada masa itu Dr Mahathir telah memegang jawatan Perdana Menteri selama 18 tahun. Ekoran pemecatan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan kerajaan dan parti, laungan ‘undur Mahathir undur’ dan ‘turun Mahathir turun’ menjadi laungan wajib dalam mana-mana perhimpunan menyokong Anwar yang diadakan.

Alasan mereka Dr Mahathir yang telah lama memegang tampuk kuasa perlu berundur demi untuk menyelamatkan Malaysia kononnya.

Empat tahun selepas itu Dr Mahathir berundur setelah berada di kerusi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Kini apabila ada suara yang mendesak agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur setelah 19 tahun duduk di singahsana Menteri Besar negeri Cik Siti Wan Kembang itu, ia dianggap isu lapuk dan tidak perlu dilayan.

Menjawab desakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu bukanlah orang lain tetapi Nik Aziz sendiri.

Menurut Nik Aziz, desakan Ibrahim itu adalah isu lama yang tidak peru dilayan kerana beliau yakin rakyat Kelantan dapat menilai pentadbirannya sejak tahun 1990.

Kata beliau, faktor tua bukanlah penghalang kepada seseorang untuk menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya seolah-olah lupa beliau juga pernah senada menuntut Dr Mahathir berundur 10 tahun lalu atas alasan telah terlalu lama menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari Ahad.

Hari Sabtu Ibrahim mencabar Nik Aziz meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar di samping Menteri Besar itu sudah tua dan sewajarnya memberi laluan kepada pemimpin muda untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

Desakan Ibrahim itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana banyak pihak sebelum ini dilaporkan mempertikaikan kemampuan Nik Aziz untuk melaksanakan tugas Menteri Besar kerana sering tidak berada di pejabat dan menyerahkan urusan pentadbiran harian kepada sekumpulan Exco khususnya anak didik beliau Datuk Husam Musa.

Ibrahim mengulangi cabarannya itu ekoran desakan agar beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen yang dibuat oleh Nik Aziz sebelum ini.

Nik Aziz mendesak Ibrahim meletakkan jawatan kerana pendirian beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas yang bertanding menggunakan lambing PAS pada pilihan raya umum 2008 sudah tidak selari dan bertentangan dengan PAS serta pakata pembangkang.

Ibrahim sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas sering melontarkan pandangan yang mengkritik pakatan pembangkang terutama semasa dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan bagi ebliau, suaranya adalah bebas demi untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam yang sering dipermainkan oleh pakatan pembangkang khususnya sekutu PAS iaitu DAP dan PKR.

Malah kedudukan Ibrahim sering mendapat perhatian hingga ada yang membuat andaian beliau kemungkinan akan menyertai UMNO semula setelah dilihat secara terbuka bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Tuesday, September 29, 2009

Lembu sudah jadi badi dalam pentadbiran Khalid di Selangor

Lembu macam sudi jadi badi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor oleh parti PKR,DAP dan PAS yang membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Pertama kali, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak, akhir tahun lalu.

Ogos lalu, sekali lagi lembu menghantui pentadbiran Khalid ekoran demonstrasi kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu itu.

Terbaru, seramai 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lebih 25 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan hampir 80 ekor lembu, kambing. Malah, mereka juga membawa tong susu haiwan itu.


Cuma kali ini demonstrasi itu nampak lebih aman kerana membabitkan penternak Melayu, India dan Cina. Mujurlah, tiada ‘lembu naik minyak’kecuali pertengkaran kecil antara wakil persatuan itu yang mahu berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada wakil Exco Pertanian, Yaakob Sapari ataupun wakil pejabat Menteri Besar.

Penternak terbabit mula berkumpul depan pintu SUK kira-kira jam 1.45 petang.

Pengerusi persatuan Samad Kassim kemudian berbincang dengan pegawai polis yang bersiap sedia bagi mengawal keamanan dan pegawai keselamatan SUK untuk berjumpa wakil Yaakob ataupun pejabat Menteri Besar.

Sekitar jam 2.05 minit petang, hanya pegawai kepada Exco Alam Sekitar, Elizabetth Wong tiba untuk menerima memorandum tetapi Samad dan beberapa ahli jawatankuasa bertegas mahu berjumpa exco bertanggungjawab.

Rasa tidak puashati kalangan penternak terbabit hingga menyebabkan ada antara mereka melaung dan menjerit meminta Yaakob berhenti atau berundur daripada jawatannya.

“Kalau jaga lembu pun tak boleh, macam mana nak jaga manusia,” jerit seorang daripada penternak terbabit.

Selepas pertengkaran kecil, Samad beredar dari pintu SUK sementara menunggu wakil Yaakob atau pejabat Khalid berjumpa beliau dan jawatankuasannya.

Sementara menunggu, Samad memberitahu media, demonstrasi aman itu mereka kerana tidak berpuas hati dan kecewa kerana kerajaan negeri gagal menangani masalah yang dihadapi dua orang anggota persatuan itu, malam Khamis lalu.

Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Sungai Keetas, berhampiran Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah tempat takungan air berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan.

Menurut Samad, mereka kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa ‘tsunami sampah’.

Samad berkata bantuan yang diterima setakat ini ialah bantuan makanan haiwan yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor.

Malah, tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempertikaikan kandang lembu dan kambing itu didirikan secara tidak sah amat mengecewakan persatuan itu kerana seorang daripada penternak terbabit, Mohd Sharif Gulam yang menternak 200 lembu daging mempunyai permit dan membayar cukai kepada MPS.

Menurut Samad, memorandum itu antara lain meminta kerajaan negeri membantu dua penternak terbabit selain menyediakan tapak penternakan yang lebih sesuai kepada mereka.

Jika gagal katanya, persatuan akan membawa lebih banyak lembu ke perkarangan SUK ataupun menghantar lori-lori berisi haiwan itu ke rumah anggota Exco dan ahli parlimen pakatan Rakyat di Selangor.

Kira-kira jam 2.30 petang, Setiausaha Politik Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad berjumpa kumpulan itu dan selepas perbincangan, beberapa ahli jawatankuasa itu dibawa berjumpa dengan Yaakob di tingkat 14, bangunan SUK.

Samad yang ditemui selepas pertemuan itu, berkata pihak kerajaan negeri berjanji memberi bantuan bekalan makanan, air bersih, bahan binaan bagi membina kandang sementara dan jentera bagi membersihkan kawasan kandang dan menanam bangkai-bangkai haiwan.

"Kita bagi tempoh seminggu, kalau tidak ada bantuan kita akan buat satu lagi press conference (sidang akhbar)," katanya.

Demonstrasi membawa lembu dan kambing ke bangunan SUK petang Isnin sudah tentu kejadian yang boleh menconteng arang ke muka Yaakob dan Khalid sendiri kerana mereka gagal memberikan bantuan setimpal bagi membela nasib penternak haiwan di negeri itu.

Seperti dinyatakan, Samad, nasib mereka ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan’ kerana kerajaan negerei boleh menyediakan tanah untuk ladang babi tetapi tidak kepada penternak haiwan lain.

Sedangkan katanya, mereka juga penggerak ekonomi di Selangor dengan menyedia dan membekalkan haiwan itu kepada rakyat negeri itu.

Apa yang pasti, jika persatuan yang mempunyai kira-kira 400 ahli itu tidak bertindak mengadakan perarakan membawa lori berisi lembu dan kambing pada hari ini, nasib mereka terus terabai terutama dua penternak yang ditimpa musibah pada 23 September lalu.

Justeri itu, Khalid mahupun Yaakob perlu segera membantu penternak terbabit bagi mengelak lori-lori berisi haiwan itu berada depan rumah masing-masing jika janji dibuat Yaakob pada persatuan itu gagal ditunaikan dalam tempoh seminggu ini.

Bagi Khalid pula, beliau tentu tidak mahu tahun Lembu sepanjang 2009ini terus menghantuinya

Monday, September 28, 2009

Saya berhari Raya di Kedah Darul Aman. Setiap tahun begitu. Iyalah, sememangnya kampung halaman saya di Alor Setar. Setiap kali Aidulfitri, saya akan


Saya berhari Raya di Kedah Darul Aman. Setiap tahun begitu. Iyalah, sememangnya kampung halaman saya di Alor Setar. Setiap kali Aidulfitri, saya akan menyusun "tour" Hari Raya bermula dari Alor Setar, kemudian ke Pendang, Guar Chempedak, Sg. Petani dan akhirnya kembali semula ke Alor Setar. Begitulah rutin kami di Hari Raya Aidilfitri.


Namun, setiap kali Aidilfitri disambut, masalah terbesar Alor Setar yang sudah sekian lama akan kembali ke benak fikiran. Komplen mulut sudah, komplen bertulis pun sudah dibuat. Dari zaman pemerintahan BN di Kedah sehinggalah kini, masalah sampah masih lagi menghantui penduduk Bandaraya Alor Setar. Kebetulan rumah ibu ayah saya terletak di dalam kawasan Alor Setar, maka keluarga saya turut "terseksa" akibat kemelut bau busuk sampah, jijik dan kekotoran kawasan masyarakat setempat. Dah "potong mood" untuk beraya, busuk!!! Sakit mata memandang! Alhamdulillah rumah saya jauh dari tong sampah, namun pada Pak Man dan Pak Sa'ud yang rumah mereka betul-betul depan tong sampah, hanya Allah yang tahu betapa seksanya mereka selama ini!


Ketika pemerintahan BN, masalah sampah ini sering dijadikan "modal" oleh pihak pembangkang PAS, PKR mahupun DAP. Mereka pernah menuduh bahawa BN tidak komited dalam kebersihan Alor Setar yang kini statuskan sebagai "bandaraya". BN dituduh tidak mengutamakan rakyat setempat. BN dikatakan gagal menyelesaikan masalah asas kehidupan rakyat. BN dikatakan tidak membuat kerja. Malah BN pernah dikatakan tidak prihatin terhadap masalah dan rungutan rakyat.


Namun, BN ketika itu tidak cepat melatah. BN telah membawa masalah ini untuk diutarakan kepada Kerajan Pusat. Dan hasilnya, BN Kedah telah berjaya menyakinkan Kerajaan Pusat untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan satu mekanisma yang lebih praktikal. Dikhabarkan bahawa E-Idaman, sebuah syarikat GLC kecil dibawah "Khazanah" telah ditubuhkan untuk mengambil alih segala penyelenggaraan sampah yang semakin kritikal di Alor Setar. Semua pekerja MBAS yang terlibat juga dikhabarkan diberikan pilihan "win-win situation" yang terbaik dan perkara ini disambut baik oleh para pekerja yang terlibat. Dikhabarkan bahawa insentifnya begitu menarik. Namun apakan daya, BN Kedah tewas pada PRU 12 yang lepas. Maka, perkara baik ini tertangguh buat sementara waktu.


Pakatan Rakyat pula yang berkuasa penuh di Kedah dibawah Ustaz Azizan Razak yang tidak pernah bermimpi atau menyangka bahawa dia akan menjadi seorang MB. "Bidan terjun" ini, bersama Exco-Exco "bidan terjun"nya pun mengayuh langkah meneruskan pentadbiran BN sebelum ini. Tiada yang baru atau idea perubahan hebat pun yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Semuanya di"tiru" bulat-bulat! Semua dasar BN sebelum ini diteruskan oleh PR, termasuklah soal SAMPAH di Alor Setar.


Pada awalnya, si Mahfuz pernah menyelar MBAS kononnya MBAS "sengaja" sabotaj Kerajaan PR Kedah. Padahal masalah sampah ini sudah timbul sejak kerajaan BN sebelum ini lagi. Apakah ketika itu MBAS juga cuba men"sabotaj" kerajaan BN? Dangkal benar dakwaan fitnah si Mahfuz ini. Mungkin orang-orang PAS akan tertipu dengan dakwaan "rendah IQ"nya itu. Dakwaan Mahfuz ini dikhabarkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati staf MBAS. Namun, didiamkan saja kerana tidak mahu dibuang kerja oleh "tangan ghaib". Begitulah di peringkat awal pemerintahan PR di Kedah mengenai sampah di Alor Setar.


Setelah melihat tiada sebarang tindakan untuk menangani permasalahan SAMPAH di Alor Setar ini, saya secara peribadinya telah mengemukakan aduan bertulis kepada pihak Kerajaan PR Kedah. Pada mulanya, saya berbesar hati apa bila aduan saya mendapat perhatian dari pihak Kerajaan Negeri apabila saya menerima surat maklum balas mengenai hal ini. Namun, tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul.


Hampehhh! Masalah sampah lebih teruk! Sampah melimpah sampai masuk ke longkang. Longkang tersumbat akibat sampah dan ini telah menyebabkan rumah ibu ayah saya dimasuki air apabila hujan lebat. Banjir satu rumah. Penatlah juga ibu ayah saya yang sudah tua itu "menimba air" keluar dari rumah. Banyak jugalah perabot dan pekakas elektrik yang rosak. Nampaknya kerajaan PR Kedah yang baru ini lebih teruk "performance"nya. "Dulu depa kata kat BN, la ni depa lagi teruk pulak dahhh...silap la aku bagi undi kat "depa" dulu" itu adalah antara rungutan "pak-pak lebai" kejiranan setempat yang sebelum ini tertampal lambang "bulan"! Haru...!!!


Atas dasar 1Malaysia dan rakyat diutamakan, maka dikhabarkan oleh Azizan Razak bahawa November ini Alor Setar akan "bebas" dari masalah SAMPAH. Dikhabarkan olehnya bahawa sebuah syarikat swast akan menangani masalah sampah di Alor Setar. Tidak pula dikhabarkan olehnya dari mana syarikat itu "muncul". Tidak diberitahu pula "atas usaha siapa" masalah ini diselesaikan. Tidak pula dikhabarkan mengenai sebab "sebenar" penangguhan dari September sehingga diimplimentasikan pada November 2009. Tidak pula diwar-warkan "jasa" siapa yang prihatin mendengar rintihan rakyat! Namun bagi saya, biarlah! Lambat laun rakyat yang "cerdik" akan sedar juga mengenai "lembu punya susu, sapi dapat nama". Samalah sebagaimana kes projek "penapisan minyak", macam bagus je dia dapat nama masa majlis tandatangan kontrak tu!


Apa-apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang di "sebalik tabir" terhadap masalah rakyat Alor Setar ini. Nampaknya "pihak di sebalik tabir" ini begitu komited dengan keprihatinan terhadap rungutan rakyat yang sudah berdekad lamanya. Harap selepas ini Alor Setar akan "bersih" kembali. Jangan ada pula yang kata "depa di sabotaj"! Nak kena "smash" la tu! Tahniah kepada warga Alor Setar. Harapnya warga Alor Setar akan bekerjasama menjaga kebersihan Bandaraya tersayang itu. Bukan apa, dah muak tengok sampah berlonggok berulat tak terkutip setiap kali Raya!









Bookmark and Share



Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa dalam Ramadan. Sebagai hadiah kemenangan orang Islam dalam perjuangan mengekang hawa nafsu di bulan Ramadan, Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan Aidilfitri di mana Allah SWT menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Hazrat Ibnu Abbas r.a berkata bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, satu angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan 'Muthirah'.

"Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu daripada itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka kemudian menyeru, "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah SWT mengahwinkannya dengan kami?"

"Kemudian mereka berkata lagi, "Wahai Ridhwan penjaga Syurga! Malam apakah ini?" Dia akan menjawab kepada mereka dengan "Labbaik!" kemudian dia berkata: "Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadan. Dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad."

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, Allah SWT akan berfirman: "Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada umat Ahmad. Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad kekasih-Ku."

Baginda bersabda lagi: "Allah SWT akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadan supaya dia menyeru tiga kali, "Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Allah mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Allah menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Allah mengampuninya?

Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada si kaya yang tidak mungkin akan miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa dizalimi."

"Pada waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadan, Allah SWT akan membebaskan sejuta jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk memasuki neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga ke akhirnya.

"Apabila berlaku Lailatul Qadr, Allah SWT akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Dia akan memacak bendera itu di atas Kaabah.

Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga kedua-dua sayapnya akan menutup dari timur ke barat.

Kemudian pada malam tersebut Jibrail akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila fajar, Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat, "Sekarang berangkatlah!"

Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah yang Allah SWT telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang-orang beriman dari umat Muhammad SAW?. Dia akan menjawab, "Allah SWT telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia." Maka kami pun bertanya, "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Baginda bersabda, "Lelaki yang berterusan minum arak, dia yang mendurhakai kedua-dua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin."

Kami telah berkata, "Ya Rasulullah! Siapakah itu musyahin?" Baginda SAW menjawab, "Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga."

Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri - malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu, Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong.

Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang diciptakan oleh Allah SWT kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai umat Muhammad! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar,"

Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah SWT akan berkata kepada para malaikat," Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?" Baginda bersabda, "Para malaikat akan berkata, Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya."

Lalu Allah SWT berfirman: "Kerana itu, Aku telah menjadikan kami sebagai saksi. Wahai malaikat-Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasannya kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadan dan berdirinya mereka (beribadat kepada-Ku di dalam Tarawih) ialah keredaan-Ku dan keampunan-Ku!

Allah SWT akan berfirman lagi: "Wahai hamba-hamba-Ku! Pohonlah dari-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan kehebatan-Ku, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikkanmu. Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadap-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan demi kehebatan-Ku, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah meredakan kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah telah berikan pada umat ini apabila mereka telah selesai daripada puasa di bulan Ramadan. (Hadis riwayat Baihaqi).

Begitu besar kelebihan Ramadan hingga 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri dan betapa pemurahnya anugerah Allah SWT kepada umat Islam kerana memberi limpahan rahmat yang tidak terhitung oleh kita serta kemurahan ganjaran pahala kepada hamba-Nya yang taat dan sentiasa ikhlas.

Dan sepatutnya umat Islam merayakannya dengan ketakwaan dan keimanan selepas berjaya keluar dari madrasah Ramadan, kerana antara hasil berpuasa yang diharapkan ialah dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Blog UMNOTAMANSEJAHTERA akan berehat selama 2 hari dan bersambung kembali pada hari Rabu nanti. Tangan dihulur, maaf dipinta

Saturday, September 19, 2009

Najib turun sendiri tinjau Puduraya

Selepas hanya 51 hari berjanji kepada rakyat untuk menaiktaraf Puduraya, Najib telah tunaikan....begitu banyak pembaharuan di Puduraya

Janji bohong Anwar


Friday, September 18, 2009

Ekuinas mampu perkasa ekonomi Bumiputera


KEBANYAKAN daripada masyarakat khususnya usahawan dalam dan luar negara sudah tahu kewujudan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), sebuah dana ekuiti persendirian yang bermatlamat menjamin pembabitan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan menerusi aktiviti perniagaan yang telus dan mesra.

Namun, di sebalik penubuhan tabung yang boleh diibaratkan sebagai 'kekasih' (darling) kepada usahawan Bumiputera itu, terdengar juga suara sumbang sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan corak aktivitinya.

Antara suara sinis yang diluahkan termasuk kononnya Ekuinas yang bakal memulakan kegiatan membiayai penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi korporat dalam masa enam bulan dari sekarang, ditubuhkan kerajaan untuk menolong kroninya, sekali gus menguntungkan segelintir pihak. Biasalah, semua benda baru memang menggoda pelbagai komen, khususnya daripada golongan berhaluan kiri yang boleh dikategorikan sebagai berfikiran sempit.

Namun hakikatnya, sesuatu benda jika mahu berjaya wajib berdepan cabaran, tidak terkecuali Ekuinas. Sebenarnya, Ekuinas ditubuhkan khusus bagi memastikan penyertaan lebih bermakna dan berkesan Bumiputera dalam perniagaan.

Rasionalnya ialah mengimbangi pelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang menggugurkan syarat pemilikan Bumiputera dalam beberapa sektor ekonomi.

Liberalisasi garis panduan FIC itu dibuat berikutan inisiatif yang diwujudkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), gagal meningkatkan pembabitan ekuiti Bumiputera. Walaupun peraturan FIC yang pada awal kewujudannya memihak kepada Bumiputera, akhirnya ia dilihat gagal memberi kelebihan kepada kaum itu.

FIC yang sebelum ini ditugaskan membantu agenda ekonomi Bumiputera dengan memastikan 30 peratus saham terbitan awam syarikat yang hendak disenarai di Bursa Malaysia, dikhaskan untuk Bumiputera, entah bagaimana, gagal berbuat demikian walaupun diberi masa yang begitu panjang.

Bayangkan, dalam dua dekad lalu, pegangan ekuiti Bumiputera di syarikat awam masih pada tahap 19 peratus, manakala pegangan asing meningkat dengan begitu ketara dan kini menghampiri 30 peratus.

Justeru, Ekuinas diharap mampu memperkasakan kembali pembabitan ekonomi Bumiputera dan pada masa sama, membina perkongsian tulen di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat serta ekonomi negara.

Ekuinas ditubuhkan sebagai anak syarikat milik penuh Yayasan Ekuiti Nasional, sebuah agensi amanah Bumiputera. Ia diberi mandat mengurus portfolio pelaburan sendiri manakala sebahagian daripada dana akan disalurkan untuk diuruskan oleh firma pelaburan ekuiti swasta yang cekap.

Bagaimanapun, persoalan sering ditimbulkan ialah apa relevan pelonggaran garis panduan FIC dengan pertumbuhan ekonomi negara. Juga apa jaminan Ekuinas boleh membantu Bumiputera berjaya kerana pelbagai rancangan, pelan, subsidi dan bantuan disediakan sebelum ini. Begitu juga dengan isu ketirisan, serta pelbagai masalah sampingan lain. Apakah Ekuinas mampu mengatasinya?

Sebenarnya, penubuhan Ekuinas dilihat sebagai unik kerana ia memberi nafas baru kepada Bumiputera mencapai sasaran pegangan ekuiti yang seimbang bersama kaum lain. Menerusi tabung yang akan mengurus dana permulaan RM500 juta dan kemudian ditingkatkan sehingga RM10 bilion kerajaan menetapkan sasaran jelas mewujudkan generasi baru usahawan Bumiputera yang mampu menggalas cabaran dengan memiliki dan mengurus syarikat mereka sendiri, sama ada persendirian atau disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dalam erti kata lain, Ekuinas, yang akan membuat purata pelaburan dalam sesebuah syarikat iaitu kira-kira RM50 juta dengan tempoh antara lima hingga tujuh tahun dan menjadi rakan kongsi cergas kepada seseorang usahawan Bumiputera, boleh membantu syarikat terbabit. Ini khususnya yang bersaiz sederhana dengan membekalkan modal institusi dan kemahiran pengurusan mengembangkan perniagaan seterusnya menjadi peneraju pasaran dalam tempoh lima tahun.

Oleh itu, sebarang unsur pengagihan kekayaan adalah dalam bentuk penyertaan terus Bumiputera dalam sesuatu projek atau aktiviti ekonomi yang disertai menerusi pembiayaan dan bimbingan Ekuinas.

Pemilihan usahawan Bumiputera pula dibuat berdasarkan meritokrasi bagi mengurus syarikat yang dipilih untuk pelaburan, manakala pegangan saham pula boleh kekal dalam jangka masa panjang. Faedah yang diperoleh kesan penguasaan ekuiti ini tentunya melangkaui peluang pekerjaan dan pengembangan perniagaan, tetapi juga mewujudkan usahawan tulen.


Bookmark and Share


Calon BN Bagan Pinang akan diumum lepas Hari Raya

“Biarlah beraya dulu”.Itu kata Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis sambil memberitahu siapa calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang hanya akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri kata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Jumaat bagi mendapatkan gambaran lebih lanjut berhubung persiapan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenainya masa sidang akhbar selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara Biotechnology Corporation dan UEM Land Holdings Berhad di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu spekulasi hangat terus menjurus kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad bakal menjadi calon pilihanraya kecil berkenaan



Bookmark and Share

Thursday, September 17, 2009

Putar belit oleh `ulama' PKR dalam isu San Miguel Corporation

PKR melalui Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya dilihat sedang berusaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyalah tafsirkan penglibatan Mirzan Mahathir di dalam San Miguel Corporation. Saya percaya Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA), tidak benar-benar mendalami penjelasan oleh Mirzan dan dengan pemahaman yang dangkal itu telah memutar belitkan kenyataan beliau bagi merosakkan nama baik Tun Dr Mahathir.

Perilaku ini bukan sesuatu yang pelik kerana ia boleh dibaca sebagai dendam lama Anwar dan penyokongnya yang masih belum dilunaskan sejak mereka dikeluarkan dari UMNO. Terbukti agenda ini masih merupakan agenda utama PKR dan kali ini dilaksanakan oleh bekas pimpinan ABIM, Dr Muhd Nur Manuty yang memilih untuk berjuang bersama-sama pendukung ideologi sosialis dalam PKR dan DAP.


Ini menimbulkan sedikit kegusaran kepada kita sama ada modul usrah dan bimbingan dalam ABIM benar-benar berjaya melahirkan golongan muslim mukmin yang cemerlang atau adakah berlaku kesilapan di mana-mana sehingga terlahir pemimpin yang rakus, sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kuasa, hipokrit, mempunyai kecelaruan seksualiti dan pakar memfitnah?

Saya lampirkan tulisan Dr Muhd Nur Manuty di bawah sebagai perbandingan untuk direnungkan. Marilah kita bersama-sama menyebar luaskan maklumat dan kebenaran serta mendedahkan agenda fitnah PKR melalui Dr Muhd Nur Manuty ini. Wallahua'alam.

Berikut adalah penjelasan Mirzan Mahathir mengenai serangan terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.


11 September 2009

The Editor,The Malaysian Insider

I read with interest your article about my becoming a director of San Miguel Corporation (“SMC”). As you rightly pointed out, I sit on the board to represent an investment group, Q‐Tech Alliance Holdings Inc., that invested in SMC.

After being in the brewery business for more than 100 years, San Miguel has decided to shift its attention to the infrastructure, public utility and energy requirements of the Philippines. Since Kirin Holdings of Japan acquired a significant direct ownership stake in the brewery division, this will result in a dramatic change in SMC’s revenue mix, with beverages expected to contribute less than 15% of total sales by next year.

This major diversification move, made possible by our taking over of Kirin’s 20% stake in SMC, starts a new era for San Miguel and is the principal reason for my involvement in the company.

Since the last quarter of 2008, SMC has bought an option to acquire a controlling interest in Petron Corp., the largest Philippine oil refiner which owns 1,400 retail stations, and a substantial equity stake in Manila Electric Co., the largest distribution utility in the Philippines that has a base of over 4.5 millioncustomers. Both these firms are publicly listed companies with annual revenues of US$4bn (RM 13.9bn) and US$5.6bn (RM19.4bn) respectively.

SMC has also announced its intention to venture into the telecommunications industry through their stake in Liberty Telecom Holdings Inc. with QatarTelecommunications Co. to initially build a Wi‐Max network and potentially a full‐scale national cellular operation. The company also recently won in a public auction, two major power plants with a combined generation capacity of 1,600 MW. Unfortunately, certain parties are keen to turn this exciting positive change ina well‐managed Philippine corporation into an assault on the reputation of my father, even though he has nothing whatsoever to do with my business interests.

I can only provide a rational explanation for my actions and it would be a pity if facts are twisted to gain dubious points from a straightforward business decision. Your article covered the beverage aspects of San Miguel but ignored the company’s recent purchases and strategy moving forward. As a Malaysian, I am looking forward to assisting San Miguel chart this new course and hopefully, its success will reflect well on our country and people.

Mirzan Mahathir



KENYATAAN AKHBAR
Dr Muhd Nur Manuty

Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluran arak .

Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang. (perhatikan elemen fitnah PKR)

BIPPA PKR ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram. Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90). Di dalam sebuah hadis dinyatakan: “Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. BIPPA ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”. Kita amat dukacita dengan perkembangan ini . Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak. Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaanya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci. (ulasan bersifat `mala fide' daripada seorang yang masih berdendam dengan Tun Dr Mahathir Muhammad, yang jelas tidak menepati adab dalam menyampaikan pandangan seperti yang dianjurkan oleh Islam)

Dr.Muhammad Nur Manuty



Pengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR14 September 2009
Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz


Komen:Kerja fitnah oleh Blog2 pakatan haram dibulan puasa lebih efektif,ramai yang terpengaruh dan percaya walhal fakta yang sebenar disorokkan.Mirzan mewakili Q‐Tech Alliance Holdings untuk menjadi salah seorang lembaga pengarah San Miguel untuk mencari peluang business lain,Syarikat San miguel ingin mengubah perniagaan teras menjual beer kepada industri lain,maka Mirzan diambil untuk mengubah dari menjual beer yang tidak baik kepada yang baik iaitu menceburi bidang lain.

Perkara yang sebegini mudah difahami cuba di spin oleh mereka, anda boleh membaca di blog blog pakatan haram,mereka dengan begitu berselera menyajikan taik taik fitnah untuk dimakan oleh pembaca tegar mereka.juadah najis fitnah ini cukup enak dimakan oleh pelahap politik dajal pakatan haram seperti penyokong pas pkr dan dap.



Rumusan " diri sendiri pun tak bersikap adil,dengar kedua belah pihak jangan termakan fitnah,kalau tak macam mana nak perintah negara"



Bookmark and Share

Wednesday, September 16, 2009

16 September: Ulangtahun satu pembohongan...


Bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah, 16 September adalah tarikh penubuhan Malaysia.

Pada tarikh itu dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.

Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Namun, bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah politik tanahair, 16 September khusunya pada tahun 2008 akan diingati sebagai tarikh bagaimana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan kerajaan baru pimpinannya di Putrajaya.

Semuanya bermula dengan perletakan jawatan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Ketika kempen pilihanraya kecil itu, poster-poster membayangkan perjalanan Anwar ke Putrajaya antara menarik perhatian ramai bahkan ianya juga antara faktor membantu kemenangan Anwar pada 26 Ogos 2008.

Malah, Anwar menyifatkan kemenangan beliau adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.

Penasihat PKR itu berkata, ia isyarat jelas rakyat bukan saja di Permatang Pauh malah seluruh negara mahu kerajaan membuat perubahan dengan mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam bidang ekonomi.

Beliau juga memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya memastikan proses pilihan raya berjalan lancar padahal kebelakangan ini SPR sentiasa jadi bahan kritikan dan bertugas di bawah tekanan pembangkang yang menuduh suruhanjaya itu menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dengan nyanyian untuk menawan Putrajaya yang didendangkan ketika kempen pilihanraya kecil itu, irama itu diteruskan dengan cerita kononnya 30 ahli parlimen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak akan ‘lompat’ sertai pembangkang bagi menjamin mimpi Anwar jadi nyata.

Pasti masih ada yang ingat bagaimanan ahli parlimen BN yang membuat lawatan sambil belajar ke Taiwan sebelum tarikh 16 September diburu oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, segala usaha memujuk dan ada juga dakwaan untuk membeli wakil rakyat BN tidak berjaya hinggalah tanggal 16 September 2008 berlalu dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri ketika itu.

Bagi menutup kekecewaannya, Anwar mendakwa wakil-wakil rakyat yang dikatakan sudah bersedia menyertai pembangkang diugut supaya tidak menyertai pembangkang.

Peliknya sebelum itu, apabila wartawan meminta Anwar memberikan angka dan menamakan siapa ahli parlimen BN yang sudah setuju ‘lompat parti’, Ketua Pembangkang itu hanya membisu.

Sejak itu, pelan 16 September Anwar untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang menjadi bahan lelucon banyak pihak malah kencaman dan tempelak media.

Selepas itu Anwar masih menabur janji dengan memberikan tarikh selepas Hari Raya Aidiladha menyebabkan sekali lagi rakyat yang menerima perjuangan bekas penghuni Penjara Sungai Buloh itu ternanti-nanti saat tersebut.

Namun, semua itu tidak juga menjadi kenyataan dan yang jelas rakyat negara ini bahkan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia yang sentiasa bergelora selepas pilihan raya umum ke 12 pada Mac 2008 tertipu lagi.

Malah, rakan-rakan beliau terutama dari PAS sendiri awal-awal lagi tidak yakin cita-cita Anwar itu kesampaian.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali mungkin tersenyum sendirian sambil terbayang wajah selamba Anwar mengenangkan apa yang pernah dikatanya mengenai gempak 16 September itu tepat sekali.

Kini pada Rabu, 16 Spetember 2009, ramai rakyat negara ini yang menyokong mahupun menentang perjuangan politik Anwar yang ‘semuanya pembangkang betul’ akan memperingati tarikh itu sebagai genap setahun pembohongan Anwar Ibrahim.

Sifat terlalu yakin Anwar mengenai pelan 16 September serta laluan ke Putrajaya nyata memakan diri.

Bagaimanapun, bagi manusia yang juga dikenali Pak Sheikh ini, semua sandiwara ini bukan sesuatu yang pelik bagi beliau.

Cuma kini disebalik ulangtahun pertama pembohongan 16 Septembernya itu, ada rakyat negara ini masih tertanya-tanya kenapa beliau tidak berani melakukan sumpah laknat atau sumpah depan al-Quran dalam kes dakwaan beliau meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dan disebalik ulangtahun pertama pembohongannya itu juga, ada rakyat negara ini yang masih tertanya-tanya kenapa beliau melalui peguam-peguamnya yang tersohor cuba mengelak kes itu dibicarakan di mahkamah.

Kata orang berani kerana benar... justice delayed is justice denied.

Apapun, selamat ulangtahun pembohongan 16 September. Barangakali Anwar yang dijadualkan berceramah di Kampung Seri Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson malam ini tentu ada janji baru hendak ditawarkan kepada rakyat khususnya pengundi pilihanraya kecil Bagan Pinang. -16/9/2009


Bookmark and Share

Tuesday, September 15, 2009

Reformasi jadikan Umno lebih terbuka, demokratik


Keputusan hapus kuota pencalonan jawatan beri ruang pembaharuan

KEPUTUSAN menghapuskan kuota untuk pencalonan jawatan dalam Umno tentunya sesuatu yang ditunggu oleh ahli parti, khasnya orang Melayu.

Ia mungkin juga diperhatikan dengan penuh minat oleh rakyat Malaysia keseluruhannya kerana secara lazimnya, jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah, pimpinan utama Umno juga merupakan pemimpin negara.

Kesan daripada penghapusan itu nanti, jika diluluskan mesyuarat agung parti bulan hadapan, ialah sesiapa pun boleh menawarkan diri untuk merebut apa-apa jawatan parti. Walaupun Umno akan menentukan kriteria untuk calon, namun reformasi ini akan dapat menghakis pandangan umum bahawa jawatan parti ialah hanya untuk mereka yang sudah bertapak lama, atau berkuasa.

Ia akan memberi peluang kepada pembaharuan. Manalah tahu jika ada orang baru, yang bukannya terbentuk dari puluhan tahun proses politik parti, menawarkan diri untuk berkhidmat untuk Umno.

Proses politik parti ada baik dan ada yang tidak, contohnya seperti politik wang sudah banyak dibincangkan. Budaya cantas-mencantas atau ketua-ketua cawangan atau bahagian yang enggan menerima orang baru yang mungkin boleh mencabar mereka nanti adalah juga antara ciri tidak baik proses politik.

Sekarang ini untuk merebut jawatan kenalah mendapat cukup pencalonan, jika tidak nama tidak boleh berada di kertas undi. Lagi besar jawatan lagi banyak perlu pencalonan untuk melepasi kuota. jadi kempen akan jadi dua kali, ketika mencari pencalonan dan kedua ketika mencari undi di perhimpunan.

Banyak perkara tidak baik mungkin berlaku jika perlu berkempen keterlaluan.

Walaupun apa tujuan sistem kuota yang diwujudkan dua dekad lalu, keberkesanan atau relevannya sudah tiada lagi. Ini bagaimanapun tidak bermakna tindakan dulu salah. Tetapi kini masa dan kehendak ahli parti dan masyarakat berubah. Banyak undang-undang dan peraturan sudah menjadi lapuk.

Penghapusan kuota juga disaingi satu lagi reformasi parti iaitu membolehkan pemilihan dibuat oleh lebih ramai anggota parti, mungkin puluhan ribu dan bukannya oleh 2,500 perwakilan ke perhimpunan agung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tiga tahun sekali.

Memang ada risikonya, tetapi demi demokrasi Umno perlu mengambil jalan tengah yang boleh diterima orang, selari dengan kehendak kini.

Mungkin nanti ada orang luar parti yang manis mulut, pandai berjanji dan berkata-kata, segak rupa dan penuh bergaya, yang akan menyertai Umno dan menggoda ahli untuk memilihnya memimpin Umno. Manalah tahu.

Tetapi Umno tidak perlu takut reformasi sebegini. Tentu ada sistem yang mana anggotanya boleh menilai yang mana kaca dan mana permata, yang mana penawar dan yang mana racun.

Apakah kesan daripada dua reformasi ini? Jelas Umno akan menjadi parti politik yang paling demokratik di negara ini.

Jika sekarang sedikit yang menentukan kepemimpinan, nanti mungkin puluhan ribu. Jika sekarang hanya orang lama saja yang mungkin boleh bertanding, nanti mungkin tidak.

Diharap dengan menjadi lebih demokratik, Umno akan menjadi lebih terbuka dan sentiasa membuka pintu dan membuat ruang untuk orang baru, pendapat baru, serta cara politik baru.

Kedua-dua reformasi ini adalah hasil daripada pengorbanan kepemimpinan parti untuk menjadikan Umno lebih terbuka dan demokratik. Tidak banyak pemimpin politik berkuasa yang sanggup berkorban yang mana korbannya boleh juga memakan tuan.

Reformasi seterusnya untuk Umno ialah melihat semula asas pembentukannya dengan tujuan utama memperjuangkan hak Melayu, yang termasuk agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Mungkin ada parti yang memperjuangkan Islam, atau berkata mereka mempertahankan hak Melayu, tetapi cuma Umno yang jelas nampak mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Ada sesetengah parti, melalui tindak-tanduk mereka, kalau boleh hendak menjadikan Malaysia sebuah republik.

Untuk reformasi ini, Umno mungkin perlu menoleh kebelakang untuk melihat dan mengkaji semula kenapa dan apa punca Umno ditubuhkan. Umno menggabungkan puluhan persatuan Melayu di bawah satu bendera, tidak kiralah demokrat atau nasionalis, sosialis atau memperjuangkan Islam.

Umno adalah khemah di mana aktivis Melayu banyak berkumpul. tetapi adakah Umno masih memperjuangkan agenda puluhan pertubuhan Melayu yang bergabung, ataupun adakah Umno kini sudah lupa?

Sudah tentu jika yang telah lapuk dan tidak berguna kini, eloklah dilupakan. Tetapi mana tahu ada yang masih boleh digunakan dan relevan, tetapi telah dilupakan kini.

Jika Umno menjadi suara orang Melayu, sebagai parti yang dominan di dalam kerajaan, Umno juga perlu melihat apakah peranannya untuk orang bukan Melayu.

Bagaimanakah Umno hendak meyakinkan semua bahawa ia adalah yang paling layak untuk memimpin – the privilege to lead? Rasanya di dalam keadaan yang penuh cabaran sekarang yang mana kepemimpinan Umno selalu dipersoal dan dikecam, ini adalah satu isu penting untuk dihadapi.

Reformasi yang dijanjikan adalah langkah awal untuk Umno meyakinkan orang ramai yang ia sebuah parti yang demokratik, dan pimpinannya terdiri daripada mereka yang dipilih daripada satu sistem yang terbuka, telus dan adil.



Bookmark and Share

Monday, September 14, 2009

Rakyat sayang jika BN jadi pembela mereka sebenar



Ucapan Perdana Menteri pada Perasmian Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Pusat Dagang Dunia Putra (PWTC)

Semua kaum diajak bersatu angkat Malaysia sebagai negara berjaya, dihormati dunia

BAGI Barisan Nasional (BN), MIC adalah rakan BN yang 'senior'. Jasa MIC bukan saja pada kaum India, tetapi juga pada negara. Sudah terakam dalam lipatan sejarah bermula detik-detik pemimpin terdahulu daripada kita yang memperjuangkan kemerdekaan adalah mereka yang mempunyai semangat setiakawan, semangat perpaduan negara yang amat utuh.

Saya masih ingat lagi bagaimana pemimpin yang diketuai, Tunku Abdul Rahman melawat London bersama ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein; pemimpin MCA, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan mewakili kaum India dalam ikatan yang padu, sudah menyatakan satu suara pada British bahawa rakyat Malaya yang terdiri ketiga-tiga kaum utama bersatu padu menuntut kemerdekaan.

Saya tidak fikir jika Umno saja pergi, kita akan mendapat kemerdekaan kerana mereka (British) tidak rela menyerahkan kekayaan kita kepada rakyat Malaysia. Apabila ketiga-tiga kaum bersatu padu dengan satu suara, nada dan ketetapan, maka British tiada pilihan lain, selain memberi kemerdekaan kepada negara kita.

Di situlah bermulanya kesedaran untuk mencapai kemerdekaan, kita perlu kesatuan antara kaum. Untuk membina negara merdeka, dalam pembinaan negara, kita perlu kesatuan dan perpaduan kaum. Untuk mengangkat negara Malaysia sebagai negara yang berjaya dan dihormati, kita perlu berdiri atas perpaduan.

Ini bukanlah satu perkara yang tidak diketahui kita, tetapi dari semasa ke semasa kita harus mengingatkan kepada diri sendiri, juga pada mereka yang di luar dewan, harus ingatkan pada generasi muda supaya menghayati sejarah negara kita ini. Malaysia berjaya sebagai negara berbanding negara membangun yang lain kerana pemuafakatan dan kerjasama antara kaum atas struktur politik perikatan yang kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

BN bukan pakatan yang 'marriage on convenience', BN adalah struktur politik satu institusi politik yang banyak jasa pada negara. Struktur politik yang berasaskan perpaduan politik, yang mana kita sedar hanya melalui institusi politik seperti BN, maka negara Malaysia boleh membangun dan berjaya sebagai negara bangsa.

Sebagai parti politik, kita sedar bahawa demokrasi berparlimen juga membawa maksud suara mutlak, suara keramat, ialah suara rakyat. Dalam sistem ini, kuasa mutlak di tangan rakyat, rakyat akan menentukan pada setiap kali pilihan raya umum diadakan. Dalam masa empat hingga lima tahun lagi, kita berhadapan dengan rakyat.

Sebab itulah, saya selalu mengingatkan yang tidak guna kita popular di kalangan ahli parti saja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat. Perkara ini relevan untuk diingatkan sama ada kepada Umno, MCA, MIC atau semua parti komponen BN, bahawa pertimbangan yang paling penting ialah sejauh mana kita popular di kalangan rakyat, bukan popular di kalangan ahli parti saja.

Jika kita popular di kalangan ahli parti saja, kita boleh menang jawatan dalam parti, tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong BN. Maka, untuk Umno, MCA dan MIC serta parti komponen BN yang lain, jangan lupa perspektif ini. Jika kita lupa perspektif ini, rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya.

Rakyat hari ini bukan rakyat dalam 50-an, rakyat hari ini sudah cerdik dan pandai, mereka cerdik dan pandai kerana dasar kita, kita memberi peluang pada rakyat, rakyat sudah terbuka pemikiran mereka. Oleh itu, untuk menjadi parti relevan dan terus relevan, kita perlu terus bersama rakyat, kita mesti berinteraksi dengan rakyat, apabila begitu kita akan dapat sokongan daripada rakyat.

Maka, sesuai dengan pendekatan yang saya amalkan sejak menjadi Perdana Menteri pada April lalu, saya memperkenalkan kaedah Indeks Prestasi Utama (KPI), maka KPI untuk MIC saya nak tetapkan hari ini.

KPI untuk MIC ialah mendapatkan sokongan daripada komuniti India di negara ini, tiada yang lain selain sokongan orang India saja. Jadi, buatlah kerja bersungguh-sungguh dan jangan buat yang tidak patut dibuat. Pergi ke bawah dan dekati orang India serta rakyat Malaysia seluruhnya.

Mengikut peribahasa Melayu, 'Kalau Ular Menyusur Akar, Tidak Akan Hilang Bisanya'. Jadi, jika kita turun ke bawah, jadilah orang yang merendah diri, pastinya kita tidak akan rugi apa-apa. Saya sudah bagi isyarat yang jelas yang kita sentiasa dikehendaki sebab BN adalah produk yang baik. Tetapi kepemimpinan parti juga perlu mencerminkan cara kepemimpinan yang disenangi rakyat.

Saya sudah mula 'walk-about'... hari ketiga menjadi Perdana Menteri, saya sudah turun ke Petaling Street, Lembah Pantai, Brickfields, saya pergi ke kedai-kedai, salam orang, saya pergi ke Devi Corner yang kemudian dijenamakan semula sebagai Najib Corner.

Usahawan India ini bijak, mereka letakkan gambar saya tengah makan tosei besar-besar... Saya suka kerana saya orang Malaysia, jika saya sebagai Perdana Menteri boleh berbuat begini, kenapa pemimpin lain tidak boleh buat, pergi ke bawah, menjadi rendah diri dan ringkas.

Rakyat benci jika kita sombong, rakyat benci jika salah guna kuasa, rakyat benci jika kita menunjuk kekayaan, rakyat akan sayang kalau kita jadi pembela mereka yang sebenarnya.

Pada saya apabila memperkenalkan 1Malaysia bererti kita mahu lebih inklusif dan berlaku adil untuk semua kaum. 1Malaysia juga sangat Islam.

Al-Quran menjelaskan, Islam itu agama yang adil untuk semua seperti dalam Surah Al Maidah ayat kelapan. Saya baca terjemahannya... adillah kepada semua.

Bukannya saya mahu menarik hak orang Melayu dan bagi kepada yang lain, tidak. Kita ada kekayaan dalam negara kita, kita menghormati Perlembagaan, 1Malaysia berasaskan Perlembagaan Negara, Rukun Negara... kita mesti membela orang miskin tidak kira Melayu, Cina atau India. Kita akan membantu semua orang, inilah konsep 1Malaysia.

Saya percaya kita dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN, sebab BN adalah institusi yang terbukti dan dapat membuktikan apa yang dijanjikannya.

Parti pembangkang belum tahu lagi macam mana, ada satu parti itu hendak menjadikan Malaysia sekular... yang satu parti lagi mahu menjadikan Malaysia negara Islam dan satu parti lagi, kita pun tidak tahu apa pendirian mereka. Mereka (parti pembangkang) tidak boleh memerintah.

Saya hendak tanya pemimpin pembangkang, mana janji Kampung Buah Pala? Siapa yang janji, siapa yang pegang kepala sami di sana dan janji 'jangan risau, anda semua akan tetap tinggal di sini sampai bila-bila.'

Ada gambar pegang kepala sami... mana pemimpin yang berkata begitu, dia tidak berani tunjuk muka sebab janji tidak dapat ditunaikan.

BN tidak akan membuat janji jika tidak dapat ditunaikan. Hampir kesemua yang diminta kita beri, tanyalah Datuk Seri S Samy Vellu. Sekolah Tamil saja RM100 juta mereka dapat, Tekun pula dapat RM15 juta, Amanah Saham untuk orang India kira-kira RM2 bilion kita bagi. Banyak yang kita bagi dan kita akan terus memberi. Apa yang penting kita terus mendapat sokongan orang India di negara ini. Jika sokong kita, banyak lagi yang kita beri.

Tunjukkan kepada kami... tunjukkan anda (orang India) bersama 1Malaysia. Tunjukkan sokongan anda kepada kami. Tunjukkan... tunjukkan... tunjukkan.

Anda boleh berubah dan menjadi rakyat Malaysia yang hebat. Melayu, Cina, India adalah perikatan yang hebat di bawah BN. Sertailah perjalanan ini dan marilah bekerja bersama supaya menjadi satu keluarga, satu masyarakat, satu negara dan 1Malaysia ...Teruskan perjuangan kita.



Bookmark and Share

Latar Belakang Ringkas Parlimen Malaysia


Sempena Dengan Ulangtahun Ke-50 Parlimen Malaysia

Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung.

Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator.

Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.

Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN

Pada bulan Disember 1959, satu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.

Menurut laman web rasmi Parlimen, ilham untuk membina kompleks bangunan Parlimen datangnya daripada Ketua Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bangunan yang menjadi simbol demokrasi di negara ini melibatkan kos RM18 juta.

Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan melakukan peletakan batu asas.

BANGUNAN UTAMA

Kompleks bangunan parlimen ini terbahagi kepada bangunan utama tiga tingkat dan menara yang mempunyai 17 tingkat.

Ia dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra pada 21 Nov 1963.

Bangunan utama tiga tingkat itu menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Di tingkat pertama terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik jamuan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reka bentuk Dewan Negara hampir serupa dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.

Di tingkat kedua terbahagi kepada dua anjung. Anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar (boleh memuatkan 30 orang), empat bilik kecil (muat 12 orang), pejabat dan tempat rehat bagi para pegawai kerajaan serta bilik Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan pula terdapat dua bilik makan, satu bilik khusus untuk ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu serta pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1,000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini dipayungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat anggota Parlimen berehat semasa persidangan.

MENARA

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan utama. Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan anggota Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk dengan pemandangannya ke arah padang perbarisan di mana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan.

Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang untuk menikmati keindahan pemandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.

KEISTIMEWAAN

Tahukah anda berapa banyak batu-bata yang digunakan untuk membina kompleks Parlimen?

Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya.

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya.

Bagi menghalang sinaran cahaya matahari itu, seluruh bangunan ditutup dengan terawang berukir diperbuat daripada konkrit. Terawang berbentuk sarang lebah itu dipasang bahagian demi bahagian dan ini menyerlahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Sementara itu, sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen yang mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.

Air berwarna biru, yang berfungsi untuk menghindarkan lumut dan lumpur, bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.

Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi.

Bersebelahan kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa.

Parlimen sekarang ini sudah masuk penggal ke-12.



Bookmark and Share

Sunday, September 13, 2009

Arak: MB Kedah terkejut cadangan Pemuda Pas


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan Dewan Pemuda Pas.

"Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu," katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.

Azizan berkata, beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak kerana Kedah sudah ada undang-undang sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

"Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

"Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai Ahli Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan, bagaimanapun, menyatakan rasa terkejut mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," katanya.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani, berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu.



Bookmark and Share

Pak Janggut jadi boneka


Dipetik Dari Laman Blog http://zul4kulim.blogspot.com/

Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri.

ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.

Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikan kategori manusia kepada tiga golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu".

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari.

Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan. Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu-PAS, PKR dan UMNO. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.

Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam.

Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran. Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak seperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.

Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut. Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut.

Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

Di mana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya.

Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam.

Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu.

Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan.

Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!

Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.

Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk di bawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah.

Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur.

Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!).

Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar di dunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor Darul Takbeer! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar di situ. Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah di situ.

Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal di kawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar. Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah di situ kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu.

Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!

Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka.

Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil.

Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau.

Yang diperagungkan ialah kepala lembu! Apabila melihat gambar lembu di atas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata.

Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini. Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya. Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!

Tapi bila melihat gambar di bawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT! Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri.

Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain. Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini.

Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!

Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris, Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri.

Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!

Wassalam.




Bookmark and Share



Bagan Pinang medan cipta tsunami balas


DI ANGKASA kelihatan bulan tiga suku penuh, tetapi malap diselaputi awan. Dalam sebuah dewan kelab golf di Port Dickson kira-kira jam 11 malam itu, Datuk Seri Mohamad Hasan, memberi amanat kepada lebih 300 pemimpin empat peringkat 12 cawangan Umno dan Bahagian Teluk Kemang.

Terdahulu, ketuanya, Tan Sri Mohd Isa Samad, memberi ucapan berapi atas kehadiran Menteri Besar dan taklimat ringkas persediaan Umno bahagian menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, tidak lama lagi. “Jika jentera (Umno) baik, insya-Allah kita menang. Kita mesti ikhtiar (bagi meraih) majoriti lebih besar. Kepung semua penjuru, insya-Allah kita menang,” kata Isa.

Dalam ucapan balas, Mohamad hanya mahu seorang calon dipilih dan boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) kerana menyifatkan DUN Bagan Pinang adalah benteng. Ia boleh menahan kemaraan tsunami pembangkang seperti Pilihan Raya Umum 2008 daripada memasuki Melaka dan Johor.

Jika Isa merujuk antara kekuatan adalah jentera kempen, Mohamad mahu tumpuan diberi kepada ‘orang pangkal’, iaitu akar umbi. “(Kalau) orang pangkal meragam, susahlah. Tapi nampak gaya orang pangkal di sini tidak ada masalah dan kuat-kuat belaka,” katanya dalam dialek Negeri Sembilan sambil menegaskan jika DUN Bagan Pinang terlepas ke tangan pembangkang, maka itu tamparan hebat kepada Umno dan BN serta masa depannya.

Rata-rata orang pangkal di DUN Bagan Pinang teguh di sisi Isa. Tempoh lebih 22 tahun di gelanggang politik dan menduduki kerusi Menteri Besar sebelum ini meletakkan beliau sebagai ‘ayah’ yang sangat dihormati. Malah dimaklumkan, tiada nama kedua, ketiga dan seterusnya bagi calon BN di DUN Bagan Pinang kecuali Isa.

Tonggak kekuatan Isa ialah menyemai sikap jangan bergaduh dan akur keputusan di kalangan pemimpin bawahannya. Beliau ada kelebihan kerana miliki ‘PR’ yang menambat hati rakyat, merendah diri dan tidak terikat protokol sehingga sukar orang untuk meminggir atau melupakannya walau dikatakan tidak banyak pembangunan mega dilaksanakan sepanjang menjadi Menteri Besar, kata seorang pemimpin Jawatankuasa Umno Bahagian Teluk Kemang.

Sehinggakan ketika isterinya sakit tenat pun, Isa masih berkempen untuk BN di Kelantan. “Ini jelas Isa selepas melalui turun naik dalam politik tetap kekal dalam Umno, malah meneruskan perjuangan parti,” katanya lagi.

“Saya nak tengok kita (BN) menang. (Apabila) dah menang, kita kenduri. Kita buka lembaran baru dalam Umno Negeri Sembilan. Komander (di sini) adalah Tan Sri,” kata Mohamad merujuk Isa sebagai Pengarah Pilihanraya Umno DUN Bagan Pinang, manakala beliau Pengarah Pilihanraya BN Negeri.

Mohamad secara tidak langsung juga seperti mahu menafikan ada masalah dengan Isa apabila menegaskan: “Antara saya dan Tan Sri saling faham memahami dan saya tidak ada agenda peribadi...”

Melihat struktur jentera BN, ia menggembleng kekuatan dan komitmen satu negeri. Selain Teluk Kemang, tujuh lagi Umno bahagian akan bekerja di bilik gerakan kecil dengan satu arahan dari bilik gerakan pusat diketuai Isa. Cuma perhatian lebih perlu diberi kepada pengundi muda kerana sudah ada tanda-tanda pengaruh kempen pembangkang melalui blog dan laman web ke atas golongan itu.

Tugas menjinakkan mereka diletakkan di atas bahu sayap Pemuda Umno. Pemimpin MIC pun perlu bekerja kuat membantu kerana ada lebih 2,800 pengundi keturunan India di sini. Tumpuan ini perlu diberi di Siliau, Aterthorn, Sua Betong dan Sungai Salak kerana BN hampir tidak mendapat sokongan langsung ketika Pilihan Raya Umum 2008.

Namun BN dikatakan masih ada penyokong di Bradwall. Undi masyarakat India sangat bermakna jika BN mahu meningkatkan majoriti kemenangan sebagai manifestasi kepada pembangkang bahawa BN mampu mencipta tsunami balas dan menguasai semula kerusi diduduki pembangkang.

Tiga hari lalu, sokongan kepada Isa turut dinyatakan sekumpulan pemimpin cawangan MIC yang tampil awal-awal mahu mengundi semula BN kali ini selepas mereka ‘memakai kemeja-T dan mengibarkan bendera cap bulan’ dalam pilihan raya umum lalu atas pengaruh gerakan mahu menukar kerajaan ketika itu.

Mengenali masyarakat Port Dickson sendiri adalah satu kekuatan. Lebih separuh penghuni di sini adalah tentera dan bekas tentera. Pastinya, perhubungan baik kerajaan negeri dan Umno dengan komuniti itu akan memberi hasil tuaian baik dalam pilihan raya kecil ini.

Malah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Rabu lalu, mengumumkan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas untuk anak anggota dan pesara tentera. Justeru, projek itu wajar dibawa ke Port Dickson khususnya dalam zon pusat latihan serta kem tentera di Bagan Pinang.

Jika projek itu dilaksanakan di Port Dickson, maka ia jangan dianggap modal menjelang kempen pilihan raya kecil. Rasionalnya, ada tujuh institusi ketenteraan sedia ada di situ. Wujudnya MRSM itu akan menyokong Pusat Latihan Asas Tentera Darat; Institut Kejuruteraan Jentera dan Elektrik Tentera Darat; kem Pusat Latihan Armor; kem Pusat Latihan Artileri; Kolej Tentera Darat; kem Pusat Olah Perang Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu dan ILMI.

Usaha membina MRSM itu pasti akan memanjangkan darah wira apabila anak mereka melalui proses pendidikan yang menjamin masa depan dalam pelbagai kerjaya, termasuk menjadi pegawai tentera.

Maktab khusus untuk anak tentera dan pesara anggota keselamatan itu juga satu pernyataan menghargai jasa dan memastikan anak mereka tidak bersaing sengit dengan puluhan ribu pelajar lain yang lulus 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk memasuki MRSM, setiap tahun.

Port Dickson, khususnya di Bagan Pinang ada ribuan bekas tentera yang menetap terus di taman perumahan di situ selepas mereka tamat perkhidmatan. Ini tidak termasuk kira-kira 4,000 anggota tentera yang masih berkhidmat. Dengan wujudnya MRSM di situ, anak mereka akan menimba ilmu dengan lebih sistematik dan berkualiti.

Lulusan MRSM lazimnya memiliki masa depan cerah dan selepas tamat pengajian di universiti, mereka mampu membela ibu bapa yang masing-masing berstatus perwira dan srikandi negara.

Seperkara lagi yang wajar dipertimbangkan ialah mewujudkan pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sembilan dengan seorang pengarah yang bertanggungjawab menguruskan projek dan pembangunan nelayan di Negeri Sembilan.

Ketika ini seorang pengarah mentadbir LKIM Melaka/Negeri Sembilan dan berpejabat di Melaka. Jika wujud LKIM Negeri Sembilan, maka nasib ratusan nelayan pantai atau tradisional khususnya di Port Dickson, termasuk kira-kira 30 hingga 40 orang dan DUN Bagan Pinang, lebih terbela. Penggabungan pangkalan dan kawalan bot beserta enjin dan pukat adalah antara masalah mereka.

Ketika minum, seorang ahli Umno mendakwa menerima pesanan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin yang dikatakan menyebut: “Kalau hati secerah bulan, undilah bulan. Terima kasih kerana memberi sokongan...” Tetapi apakah cahaya bulan tiga suku penuh malam Jumaat semalam menggambarkan Pas yang belum dapat mencari calon terbaik.

Dan, persoalan lain kenapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu meletakkan calonnya apatah lagi kerana mereka menguasai Parlimen Teluk Kemang, DUN Chuah dan Linggi.

Siapakah yang berpaut dan siapa yang dipaut atau kedua-duanya akan rebah ke bumi di Bagan Pinang ini. Hakikatnya, Pas tidak ada rekod menang di sini dalam tempoh dua penggal pilihan raya umum sebelum ini.