Wednesday, September 9, 2009

Isu Kota Siputeh: PAS syok lebih pada pilihanraya, kebajikan rakyat terabai


Apa salahnya kalau ADUN tidak dapat datang ke persidangan DUN Negeri? Bukannya beliau sengaja, tetapi beliau sakit. Yang PAS tak berhati perut nak heret sampai ke mahkamah keputusan SPR tu buat apa? Baik PAS Negeri tumpukan kepada urusan pentadbiran dan kebajikan rakyat Kedah daripada syok sendiri nak buat pilihanraya kecil.

Rakyat Kedah menilai prestasi PAS. Dan selepas dekat 20 bulan, belum nampak satu impak yang besar dari segi KPI prestasi kerajaan negeri. Asyik berceramah sana-sini sahaja.

Tindakan membawa isu Kota Siputeh ke mahkamah disifatkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai tidak menguntungkan mana-mana pihak terutama rakyat Kedah malah sekadar membazirkan wang kerajaan.

Keng Liang berkata, tindakan seperti itu turut menghilangkan tumpuan terhadap usaha pembangunan yang seharusnya lebih diutamakan.

“Tindakan seperti itu hanya akan menghabiskan wang sahaja, malah tidak akan menguntungkan rakyat Kedah,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi tumpuan dan masa terhadap pembangunan dan mencari sumber kewangan untuk negeri, selain menghulur bantuan kepada rakyat, dan bukannya menjurus kepada isu yang tidak berkepentingan.

“Saya harap Kerajaan Negeri akan mengkaji dengan teliti sama ada terdapat apa-apa manfaat kepada rakyat sekiranya tindakan undang-undang itu diteruskan,” katanya.

Menurutnya, tindakan mencabar tafsiran Perlembagaan Negeri Kedah dan SPR itu dianggap kurang wajar.

“Saya tak pasti kenapa mahu diambil tindakan undang-undang itu untuk memutuskan penafsiran Artikel 51 dan 52 Perlembagaan Negeri Kedah berhubung isu wakil rakyat Kota Siputeh, sedangkan SPR telah membuat keputusan,” katanya.