Sunday, September 6, 2009

Bagan Pinang: Ujian Getir Buat BN


Takdir Ilahi satu lagi kematian wakil rakyat dan kali ini melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan,Allahyarham Azman Mohd Nor,54.Ini yang kedua bagi BN selepas Allahyarham Datuk Razali Ismail di Kuala Terengganu Januari lalu.

Makanya selepas baru saja pilihanraya kecil di Permatang Pasir,Pulau Pinang berlalu juga kerana kematian wakil rakyat PAS, negara akan melalui pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum Mac 2008.

Ini mencipta rekod kerapnya pilihanraya kecil diadakan dalam satu penggal.Ia bermula dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang,kerusi DUN Bukit Selambau,Batang Ai ,Penanti,Manek Urai,Permatang Pasir dan menyusul Bagan Pinang,

Selepas hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai gagal Parlimen Kuala Terengganu yang melibatkan kerusi BN,Bagan Pinang pasti menjanjikan satu saingan yang sengit berentap dengan pakatan pembangkang.

Bagi BN ia harus membuktikan pengaruhnya masih mantap dikawasan-kawasan yang dikuasainya.

Manakala bagi pakatan pembangkang pastinya hendak tunjuk ia bukan saja jaguh menang di kawasan yang telah dimenanginya sewaktu pilihanraya umum lalu.

Menurut kalangan pemerhati politik mahu tak mahu BN harus berhempas pulas pastikan kerusi Bagan Pinang dipertahankan.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan BN tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Di Negeri Sembilan BN kini menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN.DAP pula 10 kerusi, PKR 4 dan PAS 1.

Sewaktu pilihanraya umum Mac 2004,Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS,Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 .

Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi yang terdiri 66 peratus Melayu, 19.9 peratus India; 10.5 peratus Cina dan 3.5 peratus lain-lain kaum.

Allahyarham Azman ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang.Ketua UMNO Bahagian itu ialah Tan Sri Isa Samad,Di kawasan Parlimen Teluk Kemang ada lima kawasan DUN.

Selain Bagan Pinang yang dimenangi Allahyarham Azman, BN juga menang DUN Linggi tewaskan calon PAS.Tiga DUN lain di kawasan parlimen Teluk Kemang iaitu Chuah dimenangi oleh PKR,Lukut DAP dan Port Dickson PKR.Kawsan Parlimen dimenangi PKR.

Pengalaman pilihan raya kecil lepas dijadikan iktibar - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan pengalaman yang diperoleh pada pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar bagi melakukan yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan nanti.

“Kita dah ada banyak pengalaman dan pada kali ini, kerusi ini kerusi kita (BN), kerusi yang kita pertahankan, kita jadi juara bertahan dan kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan.

“Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya di Jalan Cheras di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas harapan BN mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor, 54, semalam akibat jangkitan dalam darah.

Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas dengan mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli mendapat 4,097 undi