Wednesday, August 19, 2009

Ahli UMNO disaran miliki Facebook

Setiap ahli UMNO terutama kalangan pemimpin disaran menyertai laman sosial Facebook sebagai satu cara untuk menarik generasi muda mendekati parti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin berkata, langkah itu menepati aspirasi generasi kini yang lebih mengenali dunia Internet berbanding mendapatkan maklumat menerusi media tradisi.

‘‘UMNO perlu mula menggunakan gelanggang yang betul dan mengikut peredaran semasa supaya ia terus relevan dengan kehendak rakyat.

‘‘Untuk UMNO terus berjaya, jika kita tidak ambil tindakan sewajarnya, kita tidak akan dapat bergerak ke depan,’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.

Mohd. Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, penggunaan Facebook juga boleh membantu ahli UMNO meneroka pandangan generasi muda dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, UMNO perlu melakukan apa yang terdaya demi kelangsungan politik dan perkembangan orang Melayu walaupun cara itu tidak popular, drastik atau menyakitkan.





Bookmark and Share