Sunday, August 23, 2009

Syabas! ADUN Lunas keluar PKR dan PKR Bahagian Padang Serai Lumpuh




TERKINI DARI PADANG SERAI KEDAH

ADUN Lunas keluar PKR
23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan


200 ahli PKR Padang Serai keluar parti
Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan


Terserah pucuk pimpinan PKR tentu kedudukan ADUN
23/08/2009 2:26pm

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, status Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Katanya, sebagai Menteri Besar, beliau berhak menggantikan mana-mana Anggota Exco Kerajaan Negeri yang tidak lagi mewakili parti-parti pakatan pembangkang setelah memaklum dan diperkenankan oleh Sultan Kedah kelak.

“Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.

“Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri,” katanya di sini hari ini.

Azizan berkata, beliau tidak mahu mengulas mengenai tindakan Mohd. Radzhi kerana ia adalah urusan dalaman PKR.-






Bookmark and Share