Saturday, August 22, 2009

SELAMATKAN RUMAH ALLAH DARI PAS: Usaha Kerajaan Negeri Terengganu Harus Dipuji


PAS terlalu ektrim dalam menentukan halal dan haram kononya mereka sudah pasti mencium bau syurga.


Oleh kerana itu mereka sanggup berpecah-belah dan melebelkan sesetengah masjid yang dibina oleh kerajaan BN sebagai haram untuk dipijak dan mereka telah mendirikan masjid lain yang dicat hijau sebagai markas menjalankan kegiatan mereka.


Budaya kafir mengkafir dan mengharamkan kerana alasan politik bagaikan sudah menjadi darah daging pemimpin PAS dan ini perlu dilihat sebagai satu ancaman.


Kerajaan Negeri Terengganu diminta mewartakan bangunan yang dijadikan tempat mendirikan solat Jumaat oleh pemimpin dan anggota pembangkang sebagai masjid dalam usaha mengurangkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini akibat perbezaan fahaman politik.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Nawi Mohamad, berkata kini terdapat sekurang-kurangnya enam bangunan yang dikenal pasti digunakan oleh pembangkang untuk mendirikan solat Jumaat kerana enggan menggunakan masjid yang dibina oleh kerajaan.


"Enam bangunan itu ialah di Kampung Awek dan Kampung Pak Sik di Hulu Besut, Padang Landak, Jerteh, Kampung Tok Sabuh, Kuala Besut, Kampung Lahar, Kota Putera dan Kampung Tok Dat, Jabi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Nawi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Besut berkata pewartaan itu perlu dikendalikan Pejabat Agama selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin pembangkang kerana isu itu telah berlarutan sejak sekian lama.


Beliau mengulas masalah perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini ekoran perbezaan fahaman politik yang turut dibincangkan pada Mesyuarat Tindakan Daerah sebelum ini.


Isu solat Jumaat berasingan di negeri ini telah berlarutan sejak 1980-an dan hanya reda sedikit setelah Pas berjaya merampas tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada tahun 1999.


Bagaimanapun apabila parti itu kalah dalam pilihan raya umum pada tahun 2004 dengan Barisan Nasional kembali berjaya memerintah, pemimpin serta pengikut parti pembangkang itu mula kembali menjadikan surau dan bangunan markas parti untuk mendirikan solat Jumaat.


Nawi berharap usaha itu akan diberi perhatian serius oleh pemimpin parti pembangkang bagi mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini.


Cadangan mewartakan masjid binaan pembangkang sebagai masjid berdaftar dibawah kerajaan negeri pemerintahan BN perlu dilaksanakan bagi mengelak penularan ajaran sesat PAS terus menghantui masyarakat Islam di Malaysia.


Wallahhualam.



Bookmark and Share