Sunday, August 2, 2009

Ramaikan pengundi BN, bukan ahli


150, 000 kawasan baru? Apa takrifan kawasan? Berapa purata dari 1 "kawasan" yang benar-benar ada potensi hendak di"umno"kan?


Meramaikan ahli satu hal tetapi meramaikan bakal pemangkah satu hal lain brader..


“Sasaran kita di 150,000 kawasan yang telah dikenal pasti dan gerakan akan dibuat dalam masa terdekat. Kita mahu mereka menjadi ahli UMNO dan seterusnya berdaftar sebagai pemilih pada pilihan raya depan.


“Kita berharap mereka ini akan menjadi pengundi kita kerana tidak guna kalau mereka berdaftar sebagai ahli UMNO tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Labis, di sini hari ini. - Bernama


Baca
UMNO kenal pasti 150,000 kawasan untuk tarik ahli baru
Bakal-bakal pengundi baru adalah anak-anak muda zaman tweeter dan facebook. Mereka tidak berminat dilihat sebagai "belia", mereka tidak berminat jika dianggap sebagai "poyo", "tak cool" dan sebagainya.

Keahlian kumpulan siasah (mana-mana parti sekalipun) bukannya yang sebahagian besar mereka cari. Perkara yang dilihat sebagai melambangkan ketaatan kepada sesuatu parti siasah bukan cara mereka. Mereka melihat dan menilai daripada sudut yang berlainan, mereka menyokong hari ini, mereka boleh menentang esok hari dan kembali menyokong lusa hari.


Gunakanlah pendekatan yang berinovatif dan pragmatik di dalam memenangi hati kumpulan ini, dan usaha melipat-gandakan keahlian bukannya cara terbaik untuk memastikan sokongan mereka di masa depan. Kad keahlian bukan keutamaan kepada mereka.


Kalau setakat menjadi ahli, berdaftar sebagai pengundi baru dan kemudian menjadi penumpang dan tidak mengundi parti sendiri tidak berguna. Kekuatan satu-satu parti sepertimana PRU 12 mengajar kita bukannya boleh sekadar diterjemahkan berdasarkan kepada kekuatan fizikal jumlah ahlinya.


Lebih afdal sekiranya usaha untuk menggiatkan kerelevenan parti kepada negara dan rakyat yang diutamakan. Lebih afdal sekiranya ahli yang sedia ada dikuatkan pemahaman berkenaan intipati sebenar dasar perjuangan.

Lebih afdal lagi jika dilipat-gandakan usaha menambah kedinamikan parti supaya selari dengan perubahan masa tetapi tetap ampuh dalam mempertahankan nilai-nilai asas yang menjadi tunggak perjuangan. Lebih afdal lagi sekiranya usaha menangani kebobrokan dalaman dipertingkatkan.


Lebih afdal lagi sekiranya pemahaman dan usaha memikat rakyat marhain diperkuatkan. Lebih afdal lagi sekiranya wayang kulit dikurangkan dan tahap keikhlasan dan kematangan ahli yang sedia ada untuk teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara diperkukuhkan.



Bookmark and Share