DS Anwar Ibrahim sudah melabelkan BN dan UMNO sebagai penjenayah politik sehingga segala apa kepincangan yang berlaku di dalam PR berpunca dari BN.
Baguslah DSAI berkata begitu kerana ini menunjukkan rancangan BN selama ini untuk melumpuhkan PR semakin menjadi dan terserlah.Tapi hakikat yang Anwar perlu tahu adalah, PKR bukanlah dibarisi oleh pemimpin yang bersih.Malahan PKR juga tertubuh atas motif yang kabur dan ia hanya sekadar mahu memecah undi Melayu dan mengurangkan keutuhan muhabbah antara sesama Melayu.
PAS ditubuhkan ibarat mahu mengasingkan Melayu dan Islam sedangkan akhirnya PAS pula lari dari tali perjuangannya.PKR ditubuhkan bagi menukar dari Melayu Islam berkepentingan serta berwarisan kepada melayu dan Islam liberal.
Akhirnya, segala warisan dan pusaka Melayu tergadai.Anwar harus sedar, segala apa yang berlaku di dalam negara kini adalah berpunca darinya yang membawa budaya keji di dalam strategi politik.Kalau tidak, tidak mungkin Karpal Singh begitu marah kepadanya dan membuka segala pekong PR.