NIZAR TIADA PILIHAN, TERPAKSA BUBAR DEWAN?
Seluruh ahli PAS di minta bersedia bila-bila masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak. Ini kerana jika benar 3 orang ADUN PR iaitu Jamaludin Md Radzi, Osman Mohd Jailu dan Hee Yit Foong keluar dari PR dan menyertai BN. Maka PR tidak ada jalan lain melainkan membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak. Hanya ini sahaja jalan untuk tidak memberikan laluan percuma kepada BN merampas negeri Perak. Maka rakyat diberikan kuasa untuk memilih kerajaan baru yang lebih kuat.
Jika ini berlaku maka kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin adalah antara kerajaan negeri paling pendek tempoh pemerintahannya iaitu tidak sampai setahun. Saya yakin pimpinan PR akan memikirkan semasak-masaknya tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi situasi tegang ini.
Pembubaran DUN merupakan pilihan terakhir kerana peluang untuk menang adalah 50-50.
P/S: Namun begitu kita yakin rakyat akan tetap bersama BN kerana mereka setahun nampak kerajaan PR adalah kerajaan Boneka dan menipu rakyat dengan slogan "negara kebajikan" mereka.
Bot dah nak karam di Sungai Perak
Berita terkini yang dilapurkan oleh sahabat-sahabat menyatakan bahawa bukan 2 adun yang menyeberang tetapi ada 5 adun PR yang akan masuk BN. Mereka dikatakan bertindak begitu kerana tidak mahu rakyat Perak terus ditipu oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini.
Malam semalam dikhabarkan Nizar telah menyeru kepada semua penyokong Pas untuk bersama-sama dengan dia mengadakan sembahyang hajat. InsyaAllah hajat beliau untuk Allah memperliihatkan yang benar akan termakbul. InsyaAllah Barisan Nasional akan memerintah Perak demi kemakmuran rakyat dan negeri.
Kepada penyokong-penyokong PR khususnya penyokong Pas terimalah takdir ini dengan lapang dada. Ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Moga selepas ni pas akan dapat bermuhasabah diri dan melihat dimana kesalahan yang telah dilakukan.Kepada yang telah tersedar untuk memasuki BN diucapkan tahniah kerana anda sememangnya wira, berani berubah dan lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.
Tahniah sekali lagi. Anda memilih bot yang baik untuk teruskan perjuangan kerana bot sekarang ini sudah hampir karam. Selamat tinggal Pakatan Rakyat.
Timbalan speaker turut hilang
‘Kehilangan' mengejut timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Fong hari ini telah mencetuskan spekulasi kemungkinan besar beliau melompat menyertai MCA.Hee, 46, adalah Ahli Dewan Undangan DAP bagi Jelapang.
Difahamkan beliau gagal menghadiri satu majlis anjuran negeri dan parti itu baru-baru ini. Beliau juga tidak menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mentri Besar Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin pagi ini.Usaha untuk menghubungi beliau bagi mendapatkan komennya melalui telefon bimbitnya juga tidak berjaya.
Sumber-sumber berkata Hee akan menghadiri satu majlis anjuran MCA di Ipoh malam ini.Desas-desus bahawa Hee akan melompat meninggalkan DAP bukan perkara baru. Ia telah diperkatakan sejak bulan Mei tahun lalu.
Hee bagaimanapun sehingga ini kekal bersama DAP dan Pakatan Rakyat.Memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa Hee tidak sehaluan dengan pemimpin DAP Perak, terutama pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming