

Program tersebut dianjur dan akan disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta malam Ahad lepas. Menurut Syukur, berkumpul untuk menunjukkan kepetahan berbicara dan banyak idea hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik.

'Banyak idea'
"Dengan cara itu, rakyat boleh tengok siapa yang pandai berbicara, siapa yang banyak idea."Tetapi nak pilih pemimpin kena tengok semua sekali termasuk juga khidmatnya dalam parti," katanya.

Katanya, orang tidak mahu pemimpin Pemuda Umno yang mengamalkan sikap bercakap berbeza di tempat yang berlainan.Bagaimanapun, katanya, berkumpul secara berkelompok itu membolehkan mereka menjelaskan dasar yang hendak dibawa apabila menjadi ketua Pemuda kelak.
'Serangan peribadi'Ketua Pemuda Umno Melaka, Ashakari Abu Nor pula berpendapat, langkah memperkenalkan calon di atas satu pentas terbuka adalah tidak bijak kerana ia memberi peluang kepada pihak tertentu untuk melakukan serangan peribadi terhadap calon tertentu.
"Di atas pentas program disusun elok, tetapi penyokong mereka boleh mengemukakan soalan peribadi yang boleh memalukan calon tertentu."Kita perlu belajar dari pengalaman mengadakan siaran langsung perhimpunan agung Umno beberapa tahun lalu di mana orang ramai mengecam pemimpin parti," katanya.
Ashakari berkata, cara terbaik untuk memperkenalkan calon ketua Pemuda ialah mengadakan debat tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibunegara.Katanya, semua perwakilan Pemuda boleh datang untuk mendengar dan menilai idea dan hujah masing-masing."
Membuat program di pentas terbuka memberi ruang kepada orang yang tidak berkenaan, mencari kelemahan pemimpin Umno," katanya