Jika pernah, sila laporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menurut KDN kedua-dua suratkhabar itu hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja dan bukannya untuk edaran orang awam.
Penulis juga mengucapkan tahniah kepada KDN kerana telah mengadakan operasi KDN untuk merampas edaran kedua-dua suratkhabar milik PAS dan PKR kerana telah melanggar permit edaran suratkhabar parti politik.
Dan jika boleh, pihak KDN akan lebih tegas untuk memantau edaran suratkhabar tersebut kerana terdapat kandungan berita yang tidak sahih, bersifat menghasut dan fitnah.
Anda sekalian juga memainkan peranan untuk memantau penjualan suratkhabar-suratkhabar ini supaya tidak dijual kepada orang awam secara terbuka.
"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya ( Che Din Yusoh ketua Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ) kepada Malaysiakini petang ini.
Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.
"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.
Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya.Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas.
"Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah. Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.
Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.
Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.