
Sangat mudah untuk difahami. Pelajar sekolah rendahpun kalau ditanya boleh jawab dengan mudah, bak kata Datuk Hassan Ahmad (mengira dalam bahasa Inggeris 3+2 > 5). Tetapi bekas Menteri Besar itu seorang jurutera dan kiraan matematiknya juga lebih susah dan berat.
Apa yang susah sangat. Mereka dipilih menerusi pilihan raya oleh rakyat sebagai wakil rakyat. Dan apabila mereka mendapat lebih perwakilan yang menang, mereka diangkat membentuk kerajaan.
Di kalangan mereka yang menang itu dicadangkan pula menganggotai Barisan Exco Negeri yang diketuai oleh seorang Menteri Besar. Menteri Besar dan Exco dilantik atas perkenan DYMM Sultan Perak.
Soalnya sekarang, Wakil Rakyat yang di sebelah pihak mereka seramai 31 orang itu tiga orang daripadanya keluar menjadi wakil rakyat Bebas, menjadikan jumlah majoriti mereka kurang kepada 28 sahaja. Tiga wakil rakyat tadi berpindah untuk menyokong Barisan Nasional yang sebelumnya 28 wakil, menjadi 31 orang seterusnya membentuk majoriti dan membentuk kerajaan. Hal ini menjadikan kerajaan yang tumbang itu kelam kabut dan memberontak.

Kenapa sehingga seperti orang hilang pedoman. Kalau DYMM Sultan telah titah kosongkan jawatan, patuhlah. Begitulah akibatnya kalau sudah bersekongkol dengan PKR dan DAP, bagaikan 'kerbau yang terpalit lumpur'.
Pas harus berusaha untuk mengasingkan diri dari Pakatan Rakyat yang agendanya bagai 'nila setitik, habis susu sebelanga'. Rosak semuanya dan tidak boleh diminum.
Tidak mengapa kalau berjuang bersendirian, tetapi dihormati dan dipandang tinggi daripada berkumpulan dan menjadi tunggangan kepada orang lain.
