Thursday, February 26, 2009

Majlis Perundingan Agama: Shabudin Yahaya Ada Bukti

(Gambar: Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. )
“THE HIDDEN AGENDA"
1) The IFC attempts to bypass and usurp the powers of State Islamic Religious Bodies
2) The IFC will bypass the Shariah Courts
3) The IFC wants to use Civil Courts to decide on Islamic Religious Matters
4) The formation of IFC is an interference in Intra-Muslims Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs)(sic)
5) The IFC will eventually infringe the Muslims’ rights to practise Islam in accordance with the Teachings of the Holy Qur’an and the Hadith”


Jika begitu, apakah KAF terlibat sama mengembangkan IFC sampai ke Pulau Pinang?. Peter Scheir mengakui turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).



Shabudin Yahaya (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP), menyatakan di Sungai Dua, Nibong Tebal pada 24 Februari 2009 mengenai penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.


Biarpun mahu disaman oleh Guan Eng, namun Shahbudin sekali lagi mengulangi bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh tentang Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama tersebut .



“Jika majlis itu tidak ada (tidak wujud) mengapa ada pemimpin agama lain yang memberi respons kepada Majlis Agama sedangkan bagi membincangkan tentang agama Islam, kita telah ada majlis-majlis agama,” kata Shabudin Yahaya.



Menurutnya, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) ada membuat kenyataan bersetuju dengan penubuhan majlis tersebut di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum yang ke-12.


(Gambar: The Penang Global Ethic Project, (klik untuk link: http://www.globalethicpenang.net/) sebuah projek KAF di Malaysia).


Shahbudin Yahya ketika menjadi Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Kondrad Adeneur Foundation (KAF) dari Jerman. Klik untuk link: http://en.wikipedia.org/wiki/Konrad_Adenauer_Stiftung . KAF: The Konrad Adenauer Foundation (Konrad-Adenauer-Stiftung) (KAS) is a German research foundation associated with that country's Christian ...


KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”.


Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampasan kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman). Sejak perjanjian itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga ke hari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC (http://www.ajc.org/), KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.



“Dia (Anwar) sudah pergi terlalu jauh dan tak mungkin dia berpatah balik. Dia tahu perbuatannya salah, tetapi seperti juga budak nakal yang popular, dia mesti meneruskan kesalahannya itu. Perjuangannya sekarang memang tidak sesuai dengan prinsip perjuangannya yang asal, tetapi apakan daya dia sudah terkepung oleh Nasara (USA) dan Yahudi yang banyak membantunya; bukan untuk kepentingan Malaysia dan rakyatnya, tetapi untuk kepentingan mereka.” dipetik dari Gurubashid.com.



Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman. Apakah itu KAF?







KAF juga terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC). IFC telah menjadi satu isu sensitif di kalangan umat Islam di negara ini. Ianya jelas mencabar kedudukan Agama Islam sebagai mana yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Malaysia.


Pertikaian tentang "Memeluk Islam" juga pernah diperbincangkan oleh Majlis Peguam pada 9 Ogos 2008. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal Perkara 3 iaitu yang berkaitan dengan Agama Islam.


Mengapa hanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja yang menyokong Forum Memeluk Islam diadakan?. Bertentangan dengan tindakan Salahuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR, Kulim Bandar Bharu) yang tidak menyokong forum tersebut.



Apakah Anwar terdesak untuk mendapatkan undi daripada bukan Melayu di Permatang Pauh ketika itu hingga sanggup menyokong penganjuran forum tersebut?


Zulkifli Nordin mahu dikenakan tindakan disiplin kerana membantah forum tersebut.



Apakah selepas ini akan ada lagi pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR berani membantah penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama di Pulau Pinang?



Gambar: Anwar diberikan layanan karpet merah ketika berkunjung di Amerika Syarikat oleh William Cohen). Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) untuk hadir mendengar ucapan dasar Anwar dalam sidang dialog anjuran IKD itu. Pada 26 Jun 1997, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.