Tuesday, February 17, 2009

KERAJAAN PAS KEDAH BAKAL MUFLIS JIKA PAS LAKSANA JANJI PARTI

  • Tiada pelaburan asing yang besar masuk ke Kedah

  • Tiada kilang Multinasional yang masuk ke Kedah. Yang ada hanyalah bekas hasil usaha kerajaan BN

  • Tiada berita tentang hasil lawatan pelaburan bersama Anwar ke China dan Arab

  • Tiada pembangunan yang terancang diumumkan

  • Kompleks kerajaan Anak Bukit adalah hasil dari perancangan pembangunan kerajaan BN

  • PAS hanya tumpang glamor.

KEDAH TIDAK MEMPUNYAI KEDUDUKAN KEWANGAN YANG MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG JANJI YANG DIBUAT DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 LALU.



Kerajaan Pas Kedah akan muflis sekiranya melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.


Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata sebahagian besar daripada janji yang terkandung dalam manifesto itu membabitkan kos tinggi dan sukar untuk dilaksanakan.


Kerajaan Pas Kedah yang diterajui Pas perlu mengambil kira keupayaan kewangan Kerajaan Negeri sebelum melaksanakan sesuatu perkara bagi mengelak daripada terus menanggung liabiliti dalam tempoh lima tahun pemerintahan.


"Sesuatu dasar perlu selaras dengan kestabilan ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri, jika kita terlalu taksub untuk mengotakan janji tanpa memikirkan status kewangan maka tidak mustahil kita akan berdepan dengan krisis sumber.


"Jangan kerana terlalu ghairah membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri lebih baik daripada yang sebelumnya, kita mencipta pula satu masalah yang lebih serius iaitu kekeringan sumber," katanya dalam temubual bersama akhbar Berita Harian.


Antara janji yang terkandung dalam manifesto Pas Kedah pada pilihan raya umum lalu termasuk mewujudkan skim perlindungan takaful kepada petani, penternak dan nelayan serta memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.


Memberi pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan, memberi bantuan kewangan untuk urusan pengebumian warga emas, insentif kepada mana-mana pihak yang mengusahakan tanah rizab dan rebet antara 25 hingga 75 peratus daripada perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.


Mengulas mengenai pendirian tidak konsisten kerajaan Kedah berhubung Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang sebelum ini ditentang keras oleh parti itu, Agus berkata, soal pelaburan dan penjanaan pendapatan tidak perlu dipolitikkan sekiranya ia benar-benar mendatangkan manfaat dan keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan Pusat