Sunday, May 31, 2009

Menghurai Makna Prinsip di Manek Urai

Dari laman web KJ: http://www.rembau.net

Keputusan pucuk pimpinan untuk bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai saya sambut dengan sokongan padu bagi pihak Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Barisan Nasional.


Seperti dengan mana-mana PRK lain, Pemuda BN akan berikhtiar memberikan sumbangan yang terbaik untuk cuba merampas kerusi DUN ini sungguhpun Umno menyedari hakikat bahawa pihak PAS merupakan penyandang kerusi dan barangkali mempunyai kelebihan untuk menang; kami akan tetap bertanding dengan penuh semangat dan dedikasi.






Sebagaimana maklum pihak Suruhanjaya Pilihanraya baru sahaja menetapkan bahawa penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 6 Julai manakala tarikh pengundian pula pada 14 Julai.


Namun, hanya selang beberapa jam selepas ADUN Manek Urai meninggal dunia pada Jumaat lepas, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, dengan rakus dan lantangnya, sudah pun menyarankan agar Umno tidak bertanding di Manek Urai kerana ia merupakan kubu kuat PAS dan kalaupun Umno menang, PAS akan kekal memerintah Kerajaan Negeri Kelantan.

Ini amat menggambarkan sikap angkuh dan takbur pihak PAS yang seolah-olah tidak menghormati hak demokratik pihak Umno dan BN untuk bertanding di mana-mana kerusi yang dikosongkan.Bagi yang bertanya mengapa pula BN bertanding di Manek Urai tetapi tidak di Penanti, perbezaan antara kedua-dua kes adalah bahawa kerusi DUN Penanti dikosongkan atas sebab peletakan jawatan penyandangnya manakala bekas ADUN Manek Urai kembali ke rahmatullah.



Dalam komen saya selepas keputusan tidak bertanding di DUN Penanti, saya berkeras menyatakan bahawa BN tidak perlu mengikut rentak tari pihak Pakatan Rakyat. Jelas sekali perkara ini tidak bangkit dalam kes DUN Manek Urai.Maka, prinsip BN dan Umno adalah jelas.
Dalam hal ini, mungkin ada baiknya jika PAS mencerminkan diri dahulu sebelum bersikap angkuh dan riak kepada BN dan Umno.
Ini kerana saya sedikit tertanya-tanya mengenai prinsip pendirian pemimpin-pemimpin PAS – kenyataan bercanggah YB Husam Musa mengenai Undang-undang Hudud berikutan Wacana Perdana di Kota Bharu tahun lepas adalah satu contoh di ketandusan konsistensi PAS.Malah, dua kenyataan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pada tahun lepas turut mengelirukan saya.


Tidak lama selepas PRU 13, beliau telah mengatakan bahawa tindakan melompat parti adalah kerja orang tidak bermaruah, tetapi pada bulan September pula, beliau seakan-akan mengubah pendirian lantas menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak salah.Mengambil pendekatan Husnol Dzon, mungkin Tuan Guru terlupa akan kenyataan awalnya.


Sebagai orang yang amat menghormati Tuan Guru, saya yakin bukan niat beliau untuk mengelirukan rakyat sebagaimana sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Kit Siang, yang mengambil tindakan semberono bersifat politik murahan dengan menuduh saya melobi untuk perlantikan Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, tanpa asas dan bukti.


Akhir kata, Manek Urai adalah pentas bagi membuktikan prinsip, konsistensi dan iltizam politik BN di dalam amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan bukan seperti pembangkang yang mengamalkan politik hipokrasi dan penuh fatamorgana bagi menggula dan mempermainkan rakyat.

Saturday, May 30, 2009

Penanti: 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi

Dari Malaysikini:

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam."Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.


Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.


Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.


Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini.Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut.


"Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno.15 majlis kenduri"Kalau tidak percaya, lihatlah pada hari mengundi adakah bas yang buat rombongan.

"Tetapi saya tahu ada 15 majlis kenduri di Penanti, Ahad ini. Jangan kata, kenduri itu ditaja oleh Umno," katanya.

Zainal Abidin (foto) berkata, beberapa blog telah menyiarkan laporan tersebut sejak beberapa hari lalu.Menurutnya, beliau memberi jaminan Umno tidak akan mengadakan rombongan pada hari mengundi Ahad ini.

"Kalau ada satu atau dua bas, itu bukan Umno yang taja, mereka dah buat rancangan awal sempena musim cuti sekolah," katanya. Zainal berkata, ahli Umno tidak keluar mengundi kerana calon BN tidak bertanding di Penanti.


Katanya, tindakan Mohammad Fairuz mengosongkan kerusi Penanti menyebabkan pengundi di kawasan berkenaan terpaksa mengundi tiga kali dalam tempoh 15 bulan.Kali pertama, katanya ialah pilihanraya umum lalu, diikuti peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan kini peletakan jawatan Mohd fairuz.


PKR diminta jangan campuri urusan Umno di Penanti
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan Umno yang mengadakan majlis penerangan di Penanti.Katanya, tiada sebab untuk PKR mahu mengambil tahu semua urusan Umno.

“Kenapa dalam kem Umno pun mereka hendak ambil tahu, tetapi hal dia kita tidak boleh ambil tahu.“Dia mahu semua yang kita buat kena beritahu dia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Jalil berkata demikian ketika diminta laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mendakwa Umno mengadakan majlis penerangan di Penanti, sedangkan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di situ Ahad ini.

Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh, Mohd Syukri Abdul Hamid membuat laporan itu di balai polis Kubang Seman jam 4.15 semalam.Umno buat majlis tertutupDalam laporan itu, Mohd Syukri juga meminta polis menghentikan program ceramah Umno bagi kesejahteraan dan ketenteraman di Penanti.


Bagaimanapun, Abdul Jalil mengakui Umno bahagian Permatang Pauh mengadakan majlis tertutup mengenai isu tersebut kepada 27 cawangan Umno di Penanti.Abdul Jalil berkata, program secara tertutup itu khusus untuk ahli parti sahaja.

“Kita hanya hendak sampaikan mesej kepada ahli-ahli parti rnengapa kita tidak bertanding di Penanti.“Kita juga memberi penerangan kepada ahli mengenai arahan ibu pejabat Umno supaya cawangan parti mengadakan mesyuarat masing-masing,” katanya.


Beliau berkata, semua cawangan Umno di Penanti mesti mengadakan mesyuarat cawangan mulai 15 Mei hingga 10 Jun ini.SPR turun bendera DAPSementara itu, timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, Umno boleh mengadakan program tetapi bukan di Penanti kerana parti itu tidak bertanding.Katanya, beliau tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku dan suruhanjaya pilihanraya dan polis bertindak tegas dalam hal ini.


Semalam, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan DUN Penanti kerana calon parti itu tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di situ.Timbalan Pengarah SPR Pulau Pinang, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin dilaporkan berkata, parti politik yang tidak bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada 31 Mei ini, tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.


Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.

Boikot Penanti: Dah lupa Batu Talam ke…?

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bertanya apakah pembangkang lupa dengan sejarahnya sendiri mengajak pengundi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam di Pahang pada tahun 2007 memboikotnya. Katanya laporan polis yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya menyeru pengundi Penanti tidak keluar jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Beliau menyatakan hal ini dalam laman blognya.Berikut ialah tulisan penuhnya:

Berikut ialah tulisan penuhnya di laman http://www.rembau.net.my/
Penanti: Pembangkang Mudah Lupa
Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR. Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita.


Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka.


Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.


Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana
gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu.
Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.

Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.


Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti.


Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti

Thursday, May 28, 2009

Transkripsi Perbualan PKR dan Kak Aminah didedah


Mmg PKR ni parti yg suka porak peranda

"They also talk about two possible by-elections in Kedah, about Anwar allegedly offering Fairus the DPM post and their plan to fight Zahrain "

From the STAR:
An audio recording purportedly a conversation between Independent candidate Aminah Abdullah and PKR supreme council member Cheah Kah Peng and Peter Lim Eng Nam, revealed there were mentions of a Deputy Chief Minister 1’s post and council president’s post being offered.

However, the post of DCM I was offered if the PKR candidate Mansor Othman was disqualified on nomination Day.

“Kalau Mansor hilang layak, Kak Nah akan disokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. Itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik (state exco member Abdul Malik Abul Kassim) and Maktar (Sungai Bakap state assemblyman Maktar Shapee) tak boleh jadi TKM. (If Mansor is disqualified, Kak Nah will get full support of PKR to fight, win the seat and become DCM. That is a small possibility but must be considered. Both Malik and Mohtar cannot become Deputy Chief Minister.),” the duo allegedly were heard saying this during the conversation involving Aminah and her husband, Mohd Rofi over a friendly discussion lasting more than three hours at her house on May 13. Their conversation was purportedly recorded on a cd.

The second offer of the Seberang Prai Municipal Council president’s post apparently would only materialise, if she withdrew from the contest and rejoined the party and sided with the state PKR leaders and Mansor in their quest to oust Penang PKR leader Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk Kak Nah, they said. (If the counter offer is accept, who else will become Seberang Prai Municipal Council president? We will go and grab the post for the Kak Nah).

There were also mention of compensation of RM8,000 if Aminah had to forfeit her deposit in the event she had to withdraw from the contest within three days of the nomination day.

The conversation involving Aminah, her husband Mohd Rofi and two other men also touched on the RM80,000 compensation offer either by Mansor or the party for the by-election.

As they discussed, they had lunch. There were sounds of cock crowing in the background and motorcycles passing by. It was also raining quite heavily at the time.

They also talked about two pretty Chinese newspaper reporters, one of whom who got married recently.

The following are the excerpts of the conversation:

One of the two PKR leaders tells Aminah he wanted to provoke Zahrain:

Datuk Zahrain, saya dengar you dan orang you nak biar Dr Mansor kalah ataupun u nak bertanding di Penanti. Joking lah. Orang kata you macam itu. Tak ada lah (quoting Datuk Zahrain). Bukan saya nak buat Mansor.. adalah Malik. Dia pi cakap kepada Lim Guan Eng ada orang lain mahu tanding, takmahu bagi Mansor tanding.

One of them say: Dr Mansor bagus, tetapi slow...dia lemah, lemah lah Dr Mansor ada bagi tahu saya, mungkin ada tengah orang yang mahu kerajaan Pulau Pinang yang lebih tulus (clean),

Memang tak ada dalam pimpinan Melayu, memang tak ada orang nak lawan Zahrain.

Mohd Rofi: Tak ada orang nak lawan Zahrain, tak ada orang. Kita orang sahaja. (laughter) lebih layak ialah Dr Mansor

One of them say: Kita datang sini bukan untuk bincang Kak Nan boleh menang Mansor tetapi buat analysis bersama. Rugi segi tenaga dan impak kita.

Keputusan akhir kita mahu bagi ajaran kepada PKR negeri Pulau Pinang. Ada satu kumpulan tulin dalam parti, kita terima juga dan bawa perubahan, kita mahu boleh bawa perubahan. Tetapi kalau kak tewas dengan tak cantik, itu pun perubahan dalam parti juga.

Kita cadang macam ini. Kita itu hari cadang kepada Tian Chua and Kah Peng, Tian Chua sokong dan terima. Kita bincang sahaja. Makin hari makin image kak tingkat saat akhir,Kak tarik diri dan beri peluang (Kak Min) wish, goodwill kepada Dr Mansor semoga dia berjaya di pilihan kecil ini, bagi teguran buat baik-baik,jangan lembut-lembut (Kak Mins husband)

Kalau you calun, BN ada calun, mungkin ada calun bebas..last minute Kak Aminah bagi teguran kepada Mansor dan undur Kita akan buat statement you undur diri untuk kepentingan (inaudible) dapat tepukan daripada akar ubi PKR and seluruh penyokong PKR, rakyat PP timing mesti cantik kalau terima package ini.

Lepas itu, lepas kemenangan Dr Mansor buat counter offer balik ke pangkuan PKR, Kak Nah balik punya time macam satu pemimpin memihak kepada Dr Mansor, gang kita, menentang Zahrain

Aminah: Bagaimana kita nak menentang Zahrain. Lim and Kah Peng say: Boleh, boleh, ada plan

Aminah: You tahu kah Anwar Ibrahim sayang sangat dia.

They said: Kita tahu tetapi perlembagaan kita akan bertukar bulan enam ini dimana kita nak tambah satu clause yang menyatakan ketua negeri dimasa depan akan dilantik tetapi mesti disokong oleh majority kebahagian kita control bahagian.

Aminah also then asked to return to PKR to attack from within.

Orang kuat seperti Umno kita dapat tewaskan. Apatah Kah Nah calun bebas, tak ada apa-apa kesan. You kena masuk dalam parti impact dalam, baru dia rasa, kita kerjasama, Kita satu kumpulan, tak mahu orang ambil kesempatan, kita halau keluar..kalau Anwar Ibrahim pun kita boleh marah dan serang dia juga. Kalau kita mahu jatuhkan orang, lebih senang dari di dalam.

They then discussed about chances of Barisan not contesting in Penanti and the possibility of Mansor winning without contest if Barisan, PAS and Aminah withdraw and whether for Aminah to withdraw before or after nomination and that she would lose the deposit then.

One of the two say: Tak apa, itu kita minta parti bagi balik RM8,000 kena bayar, Mohd Rofi quips : RM8 juta (laughter).

They also talk about Aminah going into the contest as insurance in case Mansor is disqualified.

Kalau Mansor hilang layak, Kak Nan akan di sokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. ..itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik and Mohtar cannot possibly be TKM.

Aminah: Mansor itu baik orang, tetapi dia tak cakap banyak, dia punya pr kurang, lagi mahu senyum pun susah Kah Peng: Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk kak Nah.

Aminah: Kah Nan survey juga. Dia orang cakap, apa lah image PKR, sudah taruh Fairus, sekarang bagi dia jatuh pula, ini mahu taruh Dr Mansor, ini siapa orang, kita orang tak kenal.

Kah Peng: Selepas penamaan tengok lah. Kalau one to one, kalau peluang pihak ke Aminah, Aminah terus lawan, kalau peluang u 34-40 sahaja, dia 60, lebih baik, bagi dia, tak payah..dia jimat duit, dia bagi gantirugi kepada pihak kita tetapi persetujuan mesti dibuat sebelum penamaan

Kah Peng: Kalau OK, kita bincang dengan Dr Mansor. Berapa yang you belanjakan di bayar oleh Dr Mansor atau party.

Mohd Rofi: Kita ada bukti. Kita rakamkan masa perhubungan negeri. You pun tak tahu. Kita rakam empat benda.

Kah Peng said even if there is agreement, Aminah must start with her campaign like operations room, banner

Mohd Rofi: Kita semua ada. Kita mahu angkat (symbol) kunci,

Kah Peng: Bila ada persetujuan, berapa yang kamu belanja Dr Mansor atau party akan bayar balik.

When asked about the budget, Mohd Rofi then tells him that they so far spent RM80,000.

They also talk about two possible by-elections in Kedah, about Anwar allegedly offering Fairus the DPM post and their plan to fight Zahrain

Kak Minah lawan PKR di Penanti

Kalau Aminah Abdullah melihat dirinya dalam cermin mungkin beliau akan mengakui dirinya macam kata orang Utara tak ada tanjak untuk pegang jawatan Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang.

Naib Presiden PKR Azmin Ali tidak salah bila bagi gelaran ‘ Minah Ronggeng’ pada Aminah dalam mempersendakan dakwaan calon bebas pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti itu bahawa parti itu cuba menyogoknya dengan jawatan itu jika menang pilihanraya kecil itu.

Gelaran yang mencetuskan deraian ketawa hadirin di ceramah kempen pilihanrayanya di kawasan kubu bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh itu adalah cara terbaik untuk cincang lumat kredibiliti mana-mana musuh yang mau bikin kacau.

Malah perwatakan Aminah yang macam mana-mana surirumah biasa tentu tidak terlawan bala tentera PKR yang berkampong di Penanti untuk mempertahankan kerusi DUN yang sengaja dikosongkan oleh bekas ADUN Fairus Khairuddin untuk beri laluan kepada orang kepercayaan Anwar yakni Dr Mansor Othman.

Ikut ceritanya bukan saja Azmin malah semua orang kanan PKR merasa tidak sedap badan kena melayan perang si Lone Ranger ‘Minah Ronggeng’ ini yang merupakan bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang.

Aminah mungkin tidak dapat merasa jadi wakil rakyat di Penanti.Namun apa yang dikatakan sangat merisaukan PKR ialah karenahnya telah membuka banyak pekong yang terselindung dikacamata umum tentang hal dalaman parti itu.

PKR selama ini sentiasa mahu tampil sebagai parti yang steady dan cantik serba serbi.

Siapa saja yang berpeluang mendengar rakaman perbualannya tiga jam yang didedahkan oleh Aminah pasti tertarik tentang chit chat yang casual antaranya dengan Ahli MPT PKR Cheah Kah Peng dan pegawai khas Exco Pulau Pinang ,Lim Eng Nam pasal politiking dalaman parti itu selain isu dakwaan cubaan sogok untuk tarik diri sebagai calon pilihanraya kecil Penanti.

Ia bukan saja mengambarkan bagaimana kalangan pimpinan PKR saling tidak ngam antara satu sama lain malah Dr Mansor dicop sebagai pemimpin yang ‘ slow ’.

Ini nyata bertentangan dengan apa yang diwar-warkan oleh Anwar bahawa bekas professor di Universiti Sain Malaysia yang mempunyai ijazah berjela-jela itu dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng untuk mewakili orang Melayu dalam kerajaan Pulau Pinang sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Disebalik usaha Anwar untuk mengambarkan bekas Setiausaha Politiknya itu adalah calon terbaik,sebenarnya Dr Mansor sendiri tidak mempunyai imej politik yang menyerlah.

Semua orang tahu beliau bukan sekali tetapi tiga kali pernah kalah pilihanraya.

Beliau tewas dalam pilihanraya tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.

Lebih jauh lagi selain membuka pekong PKR,perang ‘ Minah Ronggeng’ ini membuka kembali ingatan orangramai kepada nasib ramai bekas pejuang asal PKR yakni semasa Parti Keadilan Rakyat dulu yang meninggalkan parti itu kerana berbagai sebab yang masih terpendam.

Antara nama nama besar ialah Dr Chandra Muzaffar,Ezam Mohd Noor,Abdul Rahman Osman,Annuar Shaari,Lokman Nor Adam,Zahid Md Arip,Zainur Zakaria,Ruslan Kassim dan Hamdan Taha.

Banyak lagi cerita yang tidak sedap mungkin dapat didengar jika setiap mereka tampil bersuara.

Seperti mereka, Aminah juga adalah salah seorang pejuang asal parti itu.Beliau sendiri melihat senario parti itu tidak macam dulu... apa lagi bila kuasa sudah terserlah di depan mata.

Orang-orang baru dalam parti itu yang tak tahu cerita mungkin tumpang ketawa bila Azmin gelarnya ‘ Minah Ronggeng’.

Ketawa itu sekurang-kurangnya dapat jadi pengubat geram melihat Aminah yang nak terus meronggeng hingga 31 Mei ini

Wednesday, May 27, 2009

Program Nizar gagal raih sambutan

Yang datang tu puppet master DAP jaa...Nizar tak sedar-sedar lagi diperkotak-katik



Beberapa ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini gagal menarik perhatian ramai dengan gimik menanam 10 'pokok demokrasi' di kawasan lapang berhampiran sebuah bank di Medan Istana, Ipoh.
Malah seorang petugas bank itu pula dilihat mengambil kesempatan daripada program itu dengan mengedarkan risalah promosi produk perbankannya kepada wartawan, anggota polis serta beberapa ADUN yang hadir, lapor Bernama.
Mereka yang hadir termasuklah ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP), Lim Pek Har (ADUN Menglembu-DAP), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan Thomas Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji).Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokok-pokok itu selesai ditanam, lapor agensi berita itu lagi.Semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian.

Tuesday, May 26, 2009

Pemimpin kena tunjuk kesungguhan

Sehingga hari ini, Malaysia tidak putus-putus dihidangkan dengan senario pilihan raya kecil yang seakan-akan tidak berkesudahan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) berakhir hanya 13 bulan lalu.

Bermula daripada peletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh sehinggalah Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin di Penanti, dapat dilihat ia bagaikan suatu proses berterusan.

Banyak penganalisis politik berpendapat pilihan raya ini (selain Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Manik Urai ekoran daripada kematian penyandang sedia ada) adalah suatu strategi grand design yang dimainkan oleh pakatan pembangkang bagi memastikan kelangsungan momentum protes terhadap pucuk kepimpinan praperalihan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apapun pendapat atau teori dan sama ada ia benar ataupun tidak, wang yang terpaksa dibelanjakan untuk pilihan raya-pilihan raya kecil itu bukanlah sedikit jumlahnya. Justeru, jika benarlah ia sengaja dirancang walhal boleh dielakkan, ia amat mendukacitakan kerana yang dibazirkan itu ialah wang rakyat.

Menilai daripada sudut akal yang sihat, tindakan sedemikian bukanlah suatu perancangan terpuji dalam keadaan dunia yang tidak menentu dan negara yang sedang menongkah arus kegawatan ekonomi sejagat.

Sewajarnya apa yang perlu diutamakan adalah pencapaian pemimpin-pemimpin setempat dan parti politik yang dipilih rakyat setahun lalu.

Sehingga saat ini, parti-parti pembangkang terus mengganggu-gugat ketenteraman negara dengan pelbagai isu dan "desakan yang bukan-bukan".

Kerajaan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menunjukkan kepimpinan positif dalam membawa senario politik negara ke arah fasa penyelesaian isuisu berbangkit secara menyeluruh dan bukannya secara pendekatan jangka pendek (fire-fighting) seperti yang disangka dan diharapkan oleh parti pembangkang.

Pendekatan menyeluruh ini amat penting kerana ia secara langsung menggagalkan strategi pembangkang untuk menghalakan kerajaan BN ke arah satu sudut yang mampu memusnahkan imej BN-UMNO itu sendiri.

Kita juga tidak boleh lupa bahawa sebilangan besar rakyat terdiri daripada kelompok rakyat rasional yang tidak mudah terbuai oleh hujah-hujah pesona ahli-ahli politik.

Kelompok ini sentiasa menilai dan menitikberatkan pencapaian para pemimpin dan parti yang disokong mereka bagi memastikan ia mengotakan janji-janji yang dibuat semasa kempen PRU12 lalu.

Kesungguhan mengotakan janji
Persoalan sama ada janji-janji itu sudah dikotakan atau tidak, kesungguhan untuk merealisasikannya dinilaikan sebagai usaha di landasan yang tepat.
Rakyat ingin melihat kesediaan pemimpin untuk "menyinsing lengan dan membanting tulang" dalam usaha memenangi hati mereka.

Bagi para pemimpin berjiwa rakyat, usaha mereka perlu dibuat dalam bentuk fizikal dan nyata. Aktiviti bersama rakyat tidak boleh menjadi aktiviti waktu senggang yang hanya bermusim.

Demikian juga dalam hal beramah mesra dengan masyarakat serta mengambil tahu susah senang rakyat bawahan. Setelah mengenal pasti isu rakyat, laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh kejujuran serta kegigihan.

Rakyat hari ini mendambakan keringat yang keluar daripada setiap pengorbanan yang telah mereka curahkan. Setiap titisan keringat itu sebenarnya mewakili setiap undian dan sokongan ke atas wakil rakyat tersebut. Inilah terjemahan lahiriah kepada slogan yang menyuruh wakil rakyat 'turun padang'. Ia perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.

Pendefinisian semula istilah 'turun padang'
Puas saya mendengar istilah menyuruh wakil-wakil rakyat untuk 'turun padang'. Pada fikiran saya, jikalau pemimpin tersebut dipilih oleh rakyat dan proses pemilihan itu juga dibuat di kalangan rakyat maka istilah pemimpin 'turun padang' tidak seharusnya terus wujud.

Sesungguhnya, pemimpin dan rakyat adalah dari 'padang' yang sama dan tidak perlu diumpamakan seperti golongan dewa-dewa yang hidup dalam dunia double standard sehingga dipisahkan daripada rakyat.

Pemimpin harus sedar bahawa majikan mereka sebenarnya adalah rakyat. Pemahaman mendalam ini melahirkan konsep "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Jika istilah 'turun padang' masih lagi terus digunakan, pastikanlah tujuan program 'turun padang' adalah tulus untuk bertemu, mendengar rintihan dan membantu rakyat.

Yang patut diutamakan ialah memastikan negara kekal berdaya saing dalam memacu ke arah kemajuan dan kemakmuran. Kepada semua wakil rakyat, jalankanlah tugas seperti tiada esok, secara bersungguh-sungguh, jujur serta jangan lari daripada tugas itu.

Ingatlah, usaha yang gigih dan istiqamah perlu sentiasa disulami dengan ketelusan, keikhlasan dan kepimpinan berhemah

Monday, May 25, 2009

Tunggu apa silat PKR bila Aminah dedahkan...


Walaupun hanya berhadapan dengan calon Bebas, PKR nampaknya tidak boleh duduk senang kerana ‘serangan’ awal salah seorang calon bebas, Aminah Abdullah mengundang reaksi daripada pimpinan kanan parti tersebut.


Aminah selepas penamaan calon berkata, beliau akan mendedahkan bukti ada pemimpin PKR yang telah menemuinya dengan membuat pelbagai tawaran asalkan beliau sedia menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.


Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan, adalah antara kumpulan awal yang berjuang bersama Parti Keadilan dan menerajui kepimpinan di peringkat negeri Pulau Pinang di samping aktif dalam pergerakan wanita di peringkat pusat.


Difahamkan, Aminah akan membuat sidang media bagi mendedahkan dakwaannya itu kerana menurut beberapa sumber rapat dengannnya, beliau mempunyai gambar dan rakaman perbualan yang melibatkan salah seorang pemimpin PKR.


Mengulas mengenai dakwaan Aminah itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar Aminah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan bukti.



"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya.



Manakala Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula ketika mengulas dakwaan Aminah tersebut mengaitkannya dengan kemungkinan Aminah mempunyai rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam PKR.



Cumanya, jika Aminah tampil mengemukakan bukti, kita lihat apa pula ‘pencak silat’ yang akan digunakan oleh PKR. Selalunya pemimpin PKR membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan tetapi tiada bukti yang dikemukakan. Itu tidak apa bagi mereka.



Kalau orang lain kemukakan bukti, apa agaknya jawab mereka.

Gelaran 'Menteri Besar Mahkamah' patut diberi kepada Nizar - Zambry


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.


Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.



"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.



"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.



Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini.



Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.



Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.



"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.



"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Dari BERNAMA

Tawaran PKR: RM80 ribu, jawatan Presiden MPPP...janji tarik diri


Calon Bebas Aminah Abdullah hari Isnin membuat laporan polis di balai polis Bandar Perda bagi mendapatkan jaminan keselamatan ekoran tindakannya henda mendedahkan tawaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya dan sebagi balsan beliau hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.


Menurutnya yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang, beliau membuat laporan polis berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya. Sehubungan itu sebagai susulan, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dengan menyerahkan bukti tawaran yang dibuat oleh PKR tersebut.



Beliau mendedahkan, PKR menawarnya RM80,000 dan jawatan Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan syarat beliu hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil berkenan. Difahamkan, Aminah mempunyai rakaman perbualan dan gambar antaranya dengan pemimpin PKR yang membuat tawaran berkenan.

Sunday, May 24, 2009

Siapakah Exco Kedah yang claim memBABI buta itu?

(Siapakah Exco itu? Cepat-cepat mengaku)

Terpalit lagi kerajaan PR (Perosak Rakyat) Kedah dengan tuduhan seorang Exco dia buat tuntutan perjalanan yang sangat tinggi.Kalau tengok angka dia memang sangat tinggi.


Baru 15 bulan jadi Exco, tuntutan perjalanan, makan minum dan penginapan dah lebih RM100,000. Wow, kalau diteruskan 4 tahun lagi, mau Exco tu jadi orang kaya baru.Siapa Exco tu.


Yang pasti, ia bukan dari parti PAS.


Dengar kata dia ADUN dari selatan Kedah (Lunas? Kulim? Sidam, Bakar Arang)?


Bidang tugas yang dia pegang pun ada kaitan dengan usaha bawa mai orang luar melawat Kedah, jadi mungkin sebab tu dia kena claim tinggi, bagi layan kunjungan tetamu luar tu.


Tapi dengar kata, ADUN merangkap Exco yang claim terlampau tu memang sejak dari dahulu lagi tidak ada rekod bersih. Malahan dikatakan juga Exco itu sememangnya bermasalah dengan pentadbiran kerajaan negeri sekarang.


Beliau bagaikan "lone ranger" dalam senarai Exco sekarang kerana merasakan diketepikan oleh pentadbiran kerajaan Kedah Sejahtera.


Lebih kurang dia dengan pemimpin wahid parti dia sama sahaja, bergelumang dengan bermacam masalah moral. Nampak sangat parti dia tu ketandusan calon, main tangkap muat sahaja.


Mungkinkah akan ada pilihan raya kecil di Kedah berikutan isu itu, ini kerana terdapat cerita ADUN merangkap Exco itu sebenarnya juga tidak sebulu dengan pemimpin wahid parti mereka




Lagi Berita: Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah kemuka rekod

ALOR SETAR: Pejabat Kewangan Negeri Kedah diarah mengemukakan segala rekod tuntutan oleh Exco kerajaan negeri yang didakwa membuat tuntutan elaun melampau sejak 13 bulan sehingga Mac lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memudahkan siasatan dijalankan.



Azizan berkata, beliau juga mengarahkan supaya kes itu diteliti pejabat kewangan negeri bagi menentukan sama ada tuntutan itu mengikut peraturan ditetapkan atau sebaliknya.



Katanya, beliau akan bertemu dengan Exco itu yang kini berada di luar negara atas urusan tertentu sebelum melanjutkan siasatan bagi menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat.


"Kita sudah kenal pasti siapa yang dimaksudkan, tetapi tidak adil untuk saya mendedahkannya kerana kita masih meneliti dan menyiasat kes ini. "Kita mahu tentukan dulu sama ada tuntutan dibuat mengikut peraturan kerana ia mungkin tidak melanggar undang-undang walaupun saya sentiasa menegaskan kita mengamalkan perbelanjaan berhemah.


"Ada kemungkinan juga ia permainan politik pihak tertentu untuk menggugat imej kerajaan negeri, tetapi kita tetap akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti benar Exco berkenaan melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, jika terbukti benar Exco terbabit melakukan kesalahan dan kes itu ada asas, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang. Semalam akhbar ini melaporkan kerajaan Kedah akan menyiasat seorang ahli Exconya yang didakwa membuat tuntutan elaun sampingan melampau sehingga mencecah RM148,000 dalam masa 13 bulan sehingga Mac lalu.


Azizan dilaporkan berkata, perkara itu akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang sebelum tindakan selanjutnya diambil.


"Saya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang pegawai saya," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan seorang penulis menggelar dirinya sebagai penyiasat persendirian dalam laman blog kedahlanie.blogspot.com mengenai Exco itu, yang dikatakan membuat lawatan selama 219 hari termasuk 36 perjalanan ke Langkawi dengan tempoh menginap selama tiga hingga empat hari pada setiap kali lawatan.


Menurut penulis itu, Exco berkenaan menerima gaji dan elaun tetap berjumlah RM16,500 sebulan, tetapi pendapatan puratanya mencecah RM28,000 sebulan dengan bulan tertinggi RM34,601 dan terendah sekitar RM17,000 sebulan. Tuntutan elaun penginapan Exco itu sejak Mac tahun lalu saja mencecah lebih RM25,000.

Saturday, May 23, 2009

Episod seterusnya Pembangkang Perak: Nak Kebuloq pulak


Nak kebuloq, kebuloq laaa...apa rakyat Perak kisah!!!. 28-31: yang mana majoriti? Budak PASTI pun tahu mcm mana nak mengira


Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.


Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.


Mesej langkah itu ialah menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online.


"Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya.
Tambah beliau, langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.


"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka," kata beliau sambil menambah, tidak pasti berapa ramai yang akan mengambil bahagian.


"Tidak pasti berapa ramai sebab ia akan diadakan selama tiga hari," katanya.
Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."


Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.


Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.


Semalam Mahkamah Rayuan sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.


Krisis politik Perak bermula awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan negeri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN).


Pada 7 Mei lalu, krisis politik menuju "era baru" apabila Speaker V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat disingkir dan digantikan dengan wakil Barisan Nasional (BN).

Dr Lo'lo: MP yang tahu menempek sahaja

Tempek lagi: Yb Dr Lo'lo dan Yb Saari sedang mendengar penerangan pegawai DUKE

Ahli Parlimen PAS: Dr Lo' Lo' terlolo dan hanya tahu menempek dan kebuloq dengan aktiviti kerajaan sahaja.


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen sebelum beliau melakukan lawatan mengejut ke sesuatu kawasan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan hari ini. "Lawatan mengejut ini dibuat bagi membolehkan menteri meninjau apa yang berlaku di lapangan.

Tempek membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pada pagi isnin 23 Jun 2008. Patut dipanggil MP "nasi tambah"

"Apa ertinya lawatan mengejut jika semua orang dimaklumkan mengenainya? Kami berusaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Tolong, jangan politikkan perkara remeh, yang tidak memberi faedah kepada sesiapa, kecuali untuk kepentingan politik peribadi," katanya kepada Bernama hari ini.

Saravanan berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS menyelar Raja Nong Chik kerana tidak memaklumkan kepadanya tentang lawatan mengejut menteri itu ke Keramat Mall di sini pada 21 Mei.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS semalam, Dr. Lo' Lo' mendakwa beliau telah bersemuka dengan Raja Nong Chik tentang apa yang beliau sifatkan sebagai sikap menteri itu yang tidak berhemah kerana tidak memaklumkan kepadanya tentang lawatan mengejut itu, dan jawapan kurang enak yang disuarakan oleh Raja Nong Chik kepadanya pada hari berkenaan.


"Saya pergi ke merata tempat dan saya tak perlu beritahu awak semuanya. Sekarang, saya nak ke tandas, perlukah saya tanya sama ada awak nak ikut sama?," demikian dikatakan bunyi jawapan Raja Nong Chik kepada Dr. Lo'Lo' seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita semalam.


Dr. Lo'Lo' berkata beliau "terkejut dan tergamam" dengan reaksi Raja Nong Chik itu serta berasa malu kerana komen menteri itu dapat didengar oleh ramai anggota rombongan menteri itu yang terdiri daripada para pegawai kementerian berkenaan dan Dewan Bandar Raya.

Dr. Lo' Lo' berkata, walaupun Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya pada satu majlis berasingan pada hari yang sama, tetapi beliau perlu menyuarakan isu itu bagi mengelaknya daripada berulang dan komen menteri berkenaan mengandungi unsur-unsur gangguan seksual.


Kata Saravanan: "Menteri berkenaan telah memohon maaf kepadanya (Dr. Lo' Lo') tentang perkara itu, jadi tak ada sebab lagi untuk beliau mengadakan sidang akhbar bagi menghebahkan isu itu. Ini bukan suatu kes sensitif berkaitan gender, tapi lebih merupakan suatu muslihat politik.


"Menteri berkenaan akan memberi komen serupa sekiranya pertanyaan serupa disuarakan oleh Ahli Parlimen lelaki. Saya minta Ahli Parlimen pembangkang agar tidak mempolitikkan semua perkara.


"Kini, kita tahu dengan jelas bahawa mereka akan mempolitikkan apa saja. Hentikanlah retorik seperti ini dan mulalah bekerja untuk rakyat kerana itulah sebab utama kita berada di sini," katanya. BERNAMA
Lagi berita: Tiada maaf lagi buatmu, Dr Lo' Lo' (dari Malaysiakini)
Menteri Wilayah Persekutuan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, tidak akan meminta maaf sekali lagi kepada ahli parlimen wanita PAS itu.
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal berkata beliau telah meminta maaf kepada Dr Lo' Lo' pada hari kejadian, kelmarin, sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal berkata beliau telah meminta maaf kepada Dr Lo' Lo' pada hari kejadian, kelmarin, sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
"Sebagai orang Islam saya telah meminta maaf kepada beliau."Tetapi saya dimaklumkan Dr Lo' Lo' kata ia tidak ikhlas. Bagaimana dia tahu hati saya?" kata Raja Nong Chik ketika ditemui selepas mesyuarat badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan di ibu negara semalam.
Beliau, ketua bahagian Umno Lembah Pantai, dilantik sebagai timbalan ketua badan perhubungan Wilayah Persekutuan."Kalau mempersoalkan orang ikhlas atau tidak ikhlas, (cara) itu sudah tidak betul."
Beliau diminta mengulas dakwaan ahli jawatankuasa PAS itu bahawa menteri berkenaan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat "gangguan seksual" terhadapnya.
Menurut Dr Lo' Lo', ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata kepadanya: "Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?
"Kata-kata itu didakwa dituturkan kepada Dr Lo' Lo' selepas wakil rakyat wanita itu mempersoalkan kenapa Raja Nong Chik tidak memaklumkan kepadanya tentang program lawatan di pasar baru itu - dalam kawasan parlimen Titiwangsa yang diwakilinya.
Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam, Dr Lo' Lo' menggesa Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka walaupun mengakui menteri itu telah berbuat demikian secara peribadi kepadanya di tempat tersebut pada hari yang sama.
Wakil rakyat PAS itu juga mempertikaikan kenapa beliau tidak diundang di majlis tersebut walaupun pemimpin-pemimpin Umno bahagian, pegawai kanan kementerian, datuk bandar dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diundang.Diminta mengulas dakwaan tersebut, senator itu berkata, urusan jemputan dikendalikan oleh DBKL.
"Ini lawatan mengejut, kalau ada orang hendak ikut, itu hak dia," katanya lagi."Tetapi dia (Dr Lo' Lo') sebagai ahli parlimen Titiwangsa dan pasar (ini) dalam parlimennya, dia boleh datang, tidak perlu dijemput."

Friday, May 22, 2009

Siri ke-3: Pendedahan Adun Behrang: Jamaluddin Mohd Radzi

Bila dah berkuasa...2 x 5...mereka sebat juga
"Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati," itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily.


Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa. "Bila dah berkuasa dua kali lima saja," katanya.


Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaannya.

"Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah saja ," katanya.


Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang?
"Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan.

Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kita ini dah keterlaluan. Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja".


Sejak sertai PKR dulu hingga sekarang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya?
"Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini.

Tapi bila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Bila dah berkuasa sama saja, serupa saja.

Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya. Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan.


Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah."


YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan "
Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Lepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit. Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga.

Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng. Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan.

Tanah kerajaan tak perlu di bawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun. Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya.

Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?. Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali.

Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.

Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.
Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas?
Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.


PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR.

Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri. Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang. Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ek tangan pembangkang.

Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO. Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu. Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya.
Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu. Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.


Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO.


Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN. Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja," katanya mengakhiri temubual.

ADUN Manek Urai PAS meninggal dunia


Dari Malaysiakini:

ADUN Manek Urai (N41, P031 Kuala Krai), Ismail Yaacob meninggal dunia selepas subuh hari ini dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.
Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.


Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.
Al-fatihah


Thursday, May 21, 2009

Kempen Pembangkang Halang Projek Kolej TAR Di Sarawak

Kempen pihak pembangkang dengan mendakwa kononnya berlaku rasuah ke atas pelaksanaan cadangan projek membina Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Bintangor merupakan sebab kenapa pendokong projek itu Tan Sri Ting Pek Khiing enggan meneruskannya, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata SUPP jelas menyokong pembinaan projek itu kerana sudah menjadi dasar parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggalakkan sektor swasta supaya mengadakan institut pengajian tinggi yang boleh menawarkan kos pembiayaan belajar yang mampu ditanggung oleh masyarakat tempatan.


"Malangnya, saya diberitahu oleh Ting semasa dan selepas pilihan raya umum tahun lepas, terdapat kempen memburukkan dirinya yang dikatakan tidak jujur dan mengunakan cadangan pembinaan Kolej TAR untuk mendapat sokongan umum," kata Dr Chan yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Negeri, semasa menggulung ucapannya di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.


Bagi memburukkan keadaan, beliau berkata calon DAP yang tewas dalam pilihan raya, Dr Wong Hua She, pada April tahun lalu memfail petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Sibu, dengan mendakwa Ting telah menggunakan cadangan pembinaan kolej tersebut sebagai "rasuah" semasa pilihan raya.


Oleh itu sebarang perancangan atau pembangunan berhubung kolej tersebut selepas itu boleh dianggap sebagai subjudis semasa perbicaraan petisyen tersebut sementara Ting Tze Fui (DAP-Meradong) turut menyerang Ting yang kononya telah berbohong kepada rakyat, katanya.


Dr Chan berkata rakyat sendiri boleh menilai keadaan sebenarnya bahawa DAP yang menggagalkan cadangan projek tersebut, tetapi SUPP sebagai parti politik akan terus mencari alternatif lain untuk membantu rakyat di Meradong seperti mana parti itu dapat meyakinkan Universiti Curtin dan Universiti Swineburne dari Australia untuk mewujudkan kampus di Sarawak demi membangunkan modal insan di negeri itu.


"Ting juga telah mengulangi, sekiranya kerajaan BN meluluskan untuk membina kolej teknikal di Bintangor satu hari nanti, beliau akan menyumbang tanah untuk tujuan pendidikan," kata Dr Chan.


Beliau berkata semasa Ting memulakan cadangan untuk membina Kolej TAR, pemimpin BN termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri memberi restu

Wednesday, May 20, 2009

Siri ke-2: Pendedahan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi


Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku dan dalam temubual bersama Agendadaily beliu menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut

SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu pada temubual siri pertama sebelum ini.

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR."

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu.
Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.
Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahwa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Surat itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Firus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Firus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.
Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Firus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Firus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tugur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja

Kurang ajar punya HINDRAF!

Usah layan kerenah Hindraf, hentikan pendekatan lembut

KATA dua kepada kerajaan? Bunyinya memang lucu, apatah lagi jika amaran itu dibuat oleh sebuah pertubuhan haram. Namun itulah lagak Hindraf ketika ini. Semakin dibiarkan, ia semakin besar kepala. Malah ia merasakan semakin mendapat sokongan.

Ketika pelbagai pihak memerah otak untuk mencari jalan menyemarakkan kembali perpaduan antara kaum, pertubuhan itu sekali lagi cuba tampil sebagai perosak.
Hindraf merasakan mereka hebat. Padahal mereka sebenarnya "entah siapa-siapa".


Ia diketahui umum sebagai pertubuhan haram yang cuba menjadi 'wira' kepada penduduk India. Namun percaturan mereka ternyata silap kerana 'memperjuangkan' elemen yang boleh mencetuskan keresahan kaum.

Kata dua yang diberikan kepada kerajaan untuk menarik balik arahan kepada P. Uthayakumar menunjukkan keangkuhan pertubuhan itu. "Amaran" tersebut membuktikan Hindraf merasakan mereka hebat.

Namun sejauh mana 'kehebatan' mereka? Adakah mereka mampu mengatasi undangundang? Adakah kerajaan akan membiarkan mereka merosakkan keharmonian negara?




Jawapannya sudah pasti tidak! Majoriti rakyat juga menolak pertubuhan itu. Termasuklah juga majoriti kaum India yang cuba 'diwakili' oleh Hindraf. Lagi-lagi Hindraf! Rakyat sudah bosan dengan kerenahnya.

Dan kelmarin, ungkapan "siapa dia nak bagi-bagi amaran?" yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memang amat tepat untuk pertubuhan itu. Sesuai dengan ungkapan tersebut, kerajaan dan pihak polis mesti bertindak tegas dan pantas.

Pengaruh Hindraf - sekiranya ada - perlu dibendung segera.
Mesej lebih jelas perlu diberikan kepada golongan yang tidak tahu "berterima kasih" itu.


Namun yang paling penting, jangan sesekali mengikut rentak pertubuhan itu. Usah dilayan kerenah mereka.


Jangan lagi guna pendekatan berlembut. Usah lagi beri amaran. Ia sudah acap kali dilakukan. Namun amaran-amaran itu tidak pernah berbekas di hati para pemimpin dan ahli pergerakan haram tersebut.


Jadi, kini adalah masa untuk bertindak. Jika mereka melanggar peraturan, kenakan tindakan tegas. Jangan lagi wujud elemen tolak-ansur. Masa untuk itu rasanya sudah berakhir. Apa lagi kompromi yang boleh ditawarkan kepada golongan yang sanggup memberi kata dua kepada kerajaan?


Sampai bila kerajaan perlu melayan desakan yang diiringi ugutan? Seandainya semua desakan perlu dilayan, bilakah agenda untuk rakyat majoriti boleh dijayakan?


Sudah tiba masanya untuk memberi pengajaran kepada Hindraf. Hentikan kerenah buruk mereka.


Jika tahanan ISA adalah jawapannya. Lakukan sahaja. Jangan dikira bantahan mereka yang tidak mahukan ISA. Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan.
Sekiranya negara huru-hara, kerajaan dan pihak polis yang bakal dipersalahkan.


Maka, sebelum "nasi menjadi bubur", bertindaklah segera. Jangan tunduk kepada Hindraf.