Thursday, May 14, 2009

Tiga muka baru dalam UMNO Kedah


UMNO Kedah hari ini melantik tiga muka baru untuk menduduki Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Dalam rombakan itu, Ketua UMNO Bahagian Langkawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha mengisi tempat Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Hadzir Ismail.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Badruddin Amiruldin.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan pelantikan itu berkata, pelantikan tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Negeri yang beliau pengerusikan.


Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan secara rasmi tugas Pengerusi Badan UMNO Kedah kepada Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.