Dari Agendadaily.com
Tengok betul betul gambar siapa di sebelah kiri.Rasa macam kenal.Kalau tidak kerana gara gara beliau mungkin Perak kini tenang tenang saja.
Siapa lagi kalau bukan YB Jamaluddin Mohd Radzi, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Behrang,Perak yang lompat jadi ADUN Bebas bersama dua lagi ADUN pembangkang,YB Osman Jailu,bekas PKR Changkat Jering dan YB Hee Yit Foong,bekas DAP Jelapang.
Kenapa Jamaluddin tunjuk kad keahlian parti DAP? Sebenarnya banyak cerita yang orang tak tahu kenapa Jamaluddin menyinga sampai kerajaan negeri pakatan pembangkang Perak terbalik.
Tuduhan biasalah.Beliau kena beli,kena culik dan sudah dapat ‘ bulan bintang ’.
Ikut Jamaluddin selama duduk dalam kerajaan negeri pakatan beliau nampak sendiri realiti politik pembangkang PAS-DAP-PKR bila sudah berkuasa.”Kita selalu dengar pembangkang kata UMNO penyamun.
Ini lagi dasyat…penyamun,perogol dan pembunuh dalam satu ,”katanya.
Dalam interbiu eksklusif selama hampir tiga jam di Kuala Lumpur Sabtu malam,Jamaluddin cerita dengan panjang lebar apa yang didakwanya berlaku.
Ikuti interbiu penuh dengannya di Agendadaily Selasa.