(Zuraida: Eh! Apa ni tarik-tarik beg LV yang I beli kat Paris ni?)
Bagaimanapun, ketika mahu memasuki bangunan SUK, kenderaan yang dinaiki Zuriada ditahan untuk pemeriksaan pihak keselamatan. Pegawai polis yang bertugas menegaskan hanya Adun dan isteri mereka boleh masuk ke bangunan SUK setelah melihat kenderaan itu penuh penumpang.
Zuraida dan seorang lagi lelaki yang berada dalam kenderaan Adun pembangkang Perak itu diminta keluar.
Beliau yang diduduk di kerusi sebelah pemandu membuka pintu dan mula bising sambil memperkenalkan dirinya sebagai ‘MP’ dan menunjukkan surat kononnya jemputan Speaker untuk hadir sidang berkenaan. Selepas didesak , barulah beliau dan lelaki yang duduk di kerusi belakang keluar manakala kenderaan yang membawa Adun dan isterinya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.
Zuraida terus mempertikai tindakan pihak berkuasa menghalangnya masuk ke bangunan tersebut sehingga memaksa polis bertindak menahannya kerana beliau terus membuat kecoh.
Tian Chua pula mematuhi arahan pihak berkuasa dan keluar daripada kenderaan Adun pembangkang yang mahu masuk ke SUK apabila diperiksa. Beliau beredar menaiki kenderaan miliknya sendiri yang mengikutnya dari belakang.
(Tian Chua...Oppss!!! Terlebih sulahh)
Bagi sesiapa yang berada di pintu masuk bangunan SUK itu dan melihat insiden berkenaan, pasti boleh berfikir bahawa kedua-dua pemimpin PKR terbabit dengan niat cuba ‘membolosi’ pemeriksaan keselamatan untuk masuk menghadiri perasmian sidang DUN Perak itu.
Mereka sengaja cari pasal dan akhirnya marah kepada pihak berkuasa apabila kena tahan sedangkan polis berusaha mengawal keselamatan dan mengelak kejadian buruk yang tidak diingini.
Chua yang terlepas pada sebelah pagi, bagaimanapun kena tahan pada petangnya kerana berada dalam lingkungan 500 meter daripada pagar SUK yang diisytiharkan mahkamah sebagai kawasan larangan berkumpul setelah polis mendapatkan perintah tersebut.
Jika di dalan Dewan Undangan Negeri panas dengan pertikaian penyokong BN dan pembangkang, di luar bangunan SUK suasana panas bermula sejak awal pagi apabila ada pihak tertentu cuma memasuki bangunan tersebut.
(Bolos, yang tidak terbolos)
Mereka berkumpul di depan dan di dalam dua buah restoran tidak jauh daripada pagar bangunan SUK dan tidak beredar apabila diarahkan polis. Keadaan ini memaksa polis bertindak menahan kira-kira 60 orang termasuk beberapa wakil rakyat pembangkang sejak awal pagi hingga petang yang dipercayai terbabit dalam usaha menganggu sidang DUN dan perhimpunan haram .
Selain Zuraida dan Chua turut ditahan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, Adun Teratai Jenice Lee dan Adun Air Keroh Khoo Poay Ting.
Bagaimanapun, difahamkan mereka yang ditahan sudah dibebaskan petang tadi. Jadi pertanyaan kenapa wakil-wakil rakyat luar Perak ini hadir sedangkan mereka tahu urusan persidangan DUN Perak hanya membabitkan wakil rakyat negeri itu