Sunday, March 1, 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT: Aparteid, DAP dan Yahudi


Satu demi satu asakan terhadap kedudukan orang Melayu dan gelombang asakan itu semakin kuat.


Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr. Boon Cheng Hau yang juga ketua pembangkang di Johor menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid sebagaimana yang pernah dialami oleh warga kulit hitam di Afrika Selatan.


Awang tidak berhajat mengulas panjang. Sudah berulang kali hal seperti ini dibangkitkan dan telah banyak kali juga diberi penjelasan.


Yang pasti dakwaan beliau adalah keterlaluan. Tetapi Awang boleh faham kerana itulah pemikiran DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan demi mencapai agenda agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik.


Golongan tersebut sudah jadi kaduk naik junjung. Mereka sentiasa mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang sepatutnya diberi. Jika benar, Dr. Boo mahu memperjuangkan kesamarataan dan keadilan, beliau sepatutnya menyokong terlebih dahulu sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sebagaimana yang diamalkan di seluruh dunia.
Jika tidak, pendekatan politik beliau dan DAP, tidak ubah seperti gerakan Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti sebagaimana nasib yang menimpa rakyat Palestin.


Gerakan itu sudah bermula dan tanda-tandanya semakin jelas. Jika Dr. Boo boleh membuat andaian keterlaluan, Awang juga boleh.