(Masihkah kau ingat Pusat Khidmat ADUN Lunas di Jalan Kilang Lama semasa Saifuddin Nasution yang tidak ubah seperti sarang sampah- mmg sampah pun!!)
P/Raya Kecil Lunas November 2000: PAS menyuruh penduduk Islam Melayu memilih antara kuil dan masjid (BN diwakili oleh Anothny Samy dan PKR oleh Saifuddin Nasution). Mengapa tidak dicanang kembali nada irama P/Raya Kecil Lunas di Bukit Selambau???
Lunas November 2000...siapa tidak kenal akan pilihanraya kecil ini. Pilihanraya yang berjaya bagi pihak pembangkang apabila isu sentimen agama yang menebal dicanang. Kononnya bekas ADUN yang ditembak mati, Dr. Joe Fernandez (ditembak mati oleh pengganas agama yang melabelkan diri mereka pejuang agama) adalah mubaligh Kristian.
Beliau rebah di simpang Bukit Mertajam di dalam perjalanan balik dari klinik beliau.Lunas juga ditakut-takutkan oleh pihak pembangkang yang kononnya akidah umat Islam Lunas akan ternoda jika mengundi calun BN. Sebabnya kenapa? Kerana calun BN adalah calun Kristian.
Takut ternoda kononnya anak-anak gadis Melayu Islam akan menjadi seperti Dr. Syarifah yang kononnya mengandung anak Dr. Joe. Takut mereka akan anak-anak Melayu akan murtad dan masuk Kristian.Begitulah kuatnya pukulan paluan mereka semata-mata untuk mendapatkan undi.Namun jelas, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang.
Ceramah mereka berlainan sekali nadanya mengikut penontonnya dan agama penonton. Di depan penduduk Islam, mereka mencanangkan isu anak haram dan murtad. Jika di depan penonton agama lain, isu lain dimainkan. Mereka mendakwa terdapat lebih 30 orang anak Melayu beragama Islam sekitar Kampung Naga Lilit, Kampung Batu Enam dan Kampung Durian Tunggal menjadi murtad kerana kekabutan untuk mendapatkan duit yang nilainya hanya RM50.
Begitu jualah dengan berita fitnah mereka yang kononnya terdapat 100 orang lebih pelajar sekolah di sekitar Jalan Kilang Lama, Kampung Badak dan Jalan Kulim-Lunas yang menjadi Kristian dan payah mengucap. Juga mereka mendakwa akan banyak lagi pelajar sekolah di sekitar Jalan Sungai Ular juga akan menjadi murtad kerana terdapat seorang guru Kristian yang aktif di situ.
Mereka juga mendakwa pusat penukaran agama serta penyelewengan akidah berlaku di Summitt, Bukit Mertajam.Lebih parah lagi apabila mereka sanggup mengeluarkan kata-kata nista ini:
"PERINTIS BUDAYA ANAK LUAR NIKAH ROJAK?
Berita Dr Jeo Fernandez mempunyai hubungan intim dengan seorang wanita Melayu bernama Syarifah juga diketahui ramai sehingga mendapat anak luar nikah. Itulah hasil dari hubungan percintaan rojak ini. Syarifah sendiri tidak perlu khuatir kerana beliau dilindungi oleh seorang Ahli DUN BN yang cukup bertaring. Malah beliau merupakan antara ADUN kesayangan Memanda Tua, maklum sajalah - warna kan sama. Apa nak kisahkan... wakil-wakil rakyat umno pun tak kisah. Lantaklah!! Bukan Syarifah sorang saja yang melahirkan anak luar nikah. Ratusan gadis Melayu, terutamanya gadis-gadis Kilang di P. Pinang (Pulau) termasuk di sekitar Seberang Prai/Butterworth asyik melahirkan anak luar nikah. Sapa peduli? Ada Pak Lah bising? Ada Rafidah jenguk kelompok ini? Ada ke Sharizat buat kempen dan adakan siri bimbingan dan kelas-kelas Agama di sana (atau di mana-mana Kilang misalnya?),
Mana Cik Azalina Othman dengan Biro Awamnya tu? Yang kita asyik dengar "rombongan, rombongan, rombongan". "ucapan, ucapan, ucapan". Esok lusa adalah gambar bayi-bayi dibuang! "
Namun itu semua isu yang menjadi kemenangan mereka. Isu yang sengaja dicipta. Dan isu tersebut jualah yang bakal memakan mereka nanti. Penduduk di Lunas menanti akan kebenaran mereka untuk membalasnya kembali. Penduduk Kampung Naga Lilit tahu, penduduk Kampung Permatang Durian tahu, penduduk Kampung Seluang tahu, penduduk Kampung Paya Besar tahu malah hampir keseluruhan penduduk Lunas tahu akan kejadian sebenar ini.
Jika kita lihat kembali tentang kebenaran isu tersebut, maka kita ingin mencabar PAS (melalui Mat Sabu ukk! ukk! di Sungai Seluang) dan KEADILAN (Saifuddin di Taman Selasih) agar memberi kita fakta selepas penaklukan mereka di Lunas. Di manakah kesemua orang-orang "MURTAD" dan "ANAK HARAM" tersebut? Berapa ramaikah yang mereka berjaya membimbing balik kembali mengucap syahadah? Apakah pendekatan mereka yang telah digunapakai untuk mengembalikan anak-anak Melayu yang sesat ke pangkal jalan? Apakah akitiviti yang telah mereka anjurkan?
Saban malam, ketika penantian hari pembuangan undi, mereka berkobar-kobar berucap di atas pentas menggembur kata-kata "ANAK HARAM!" "MURTAD" "SELAMATkan AKIDAH". Manakah itu semua?
Saifuddin pula seperti takut menerima cabaran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu apabila diajak berdebat mengenai isu MURTAD di Lunas pada Pilihanaraya Kecil Indera Kayangan di Padang Bola Taman Kemajuan, Kangar. Takutnya Saifuddin untuk memberi fakta kepada rakyat tentang pembohongannya.Kini Lunas menanti jawapannya. Saifuddin memang pandai berlakun.
Di Lunas beliau berlakun sebagai orang yang sederhana. Tinggal di rumah teres bernombor 2495 Jalan Selasih 4, Taman Selasih. Berlakunlah kononnya beliau hanya memiliki kenderaan yang ada kadar sahaja. Tetapi kita yang mengenali Saifuddin tahu akan hubungan serta jalinan jaringan kroni dengan Memanda Ayanhanda, DSAI. Kita tahu pemilikan harta Saifuddin.
Saifuddin juga sekarang amat payah ditemui oleh rakyat Marhen Lunas. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lunas di Jalan Kilang Lama pun tidak berpenghuni. Ke manakah rakyat Lunas harus mengadu nasib mereka jika pemimpin yang dipilih amat payah untuk menampakkan batang hidung? Asyik berceramah di pelusuk Malaysia sehingga rakyat dilupai.
Kesimpulannya, kita ingin mencabar kepada pihak PAS dan PKR agar dibuktikan dakwaan mereka tentang kebenaran "ANAK HARAM" dan "MURTAD" yang mereka palukan semasa pilihanraya. Tunjukkan kepada kita senarai nama dan aktiviti yang telah diamil oleh PAS/PKR dalam mengembalikan akidah umat Islam Lunas. Kini pengundi Lunas tahu akan tembelang PAS/PKR. Ini cabaran kita! Sahutlah wahai PAS dan PKR jika anda anak jantan!