NGA Kor Ming bertindak membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya adalah gimik politik, saya berharap Nik Aziz dan orang-orang Pas tak baca kitab agama lain semasa ceramah di depan orang Cina dan India.
HARAKAH tulis Kabinet ikan busuk. Busuk lagi hati penulis berkenaan. Baru saja dibenar edar. Terima kasih pun tidak!
DIHARAP kerajaan dapat menggalakkan orang Melayu supaya mempunyai bilangan anak yang ramai. Itulah satu-satunya cara untuk memastikan orang Melayu terus mendominasi politik. Ia perlu dimulakan sekarang.
DENGAN secara sistematik populasi masyarakat Melayu Singapura berkurangan dengan polisi dua anak bagi setiap pasangan. Kini bilangan orang Melayu terus pupus dan terus dipencilkan.
PEMIMPIN Melayu sepatutnya mengambil iktibar sejarah Singapura yang dahulunya adalah sebahagian dari alam Melayu Nusantara. Ia pernah dijajah oleh Majapahit, Belanda, Inggeris dan Jepun.
BN tak perlu tagih simpati lagi pada pengundi yang tidak mengundinya di Bukit Gantang, beri sumbangan kepada pengundi Melayu yang semakin meningkat.
TAN Sri Annuar Musa harus akur dengan apa yang terjadi. Janganlah menuding jari kepada pihak lain. Peminat KAFA bersikap begitu kerana telah terbiasa dengan budaya samseng parti Pas.
ORANG Melayu mudah percaya dan terpengaruh dengan cakap dan perlakuan orang seperti MB Kelantan dan Anwar Ibrahim; yang diagungkan walaupun palsu.
TUAH berkata ‘takkan Melayu hilang di dunia’, tapi renunglah sejenak, siapa yang cuba melemaskannya?
KALAU nak tahu apa maksud bendera parti PKR tuan/puan boleh buka laman web ‘The Illuminati’. Tuan/Puan akan sedar siapa mereka bersekongkol.