Thursday, April 2, 2009

Saifuddin lancar Facebook sendiri

Ahli UMNO yang lain bila lagi nak join? Dengan pencapaian terkini WIMAX, kita tak mahu UMNO dan BN ketinggalan zaman di arus perdana internet. Ingat, salah satu saluran kemenangan Barrack Obama mendapat sokongan adalah mendekati pengundi muda melalui Facebook. (http://www.facebook.com)

PUTRAJAYA 1 April - Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Saifuddin Abdullah melancarkan Facebook Hour miliknya sendiri sebagai salah satu cara untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai dan menyokong perjuangan UMNO.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pemilihan medium Internet itu kerana ia kini cukup popular di kalangan golongan muda selain membolehkannya berinteraksi secara langsung.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang mahu ahli UMNO mendekati pengundi melalui teknologi maklumat (IT).

"Tidak semua golongan muda yang menjadi ahli UMNO atau menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Selaku parti yang memerintah, kita perlu juga mendengar pandangan atau cadangan golongan ini yang mungkin berguna kepada kita dalam usaha menarik balik sokongan rakyat,'' katanya selepas melancarkan Facebook Hour di kediamannya di sini malam tadi.

Menerusi program itu, beliau akan meluangkan masa selama sejam atau lebih bermula pukul 10 malam setiap hari Rabu minggu pertama dan ketiga untuk berinteraksi dengan ahli-ahlinya.

Setakat ini beliau memiliki lebih 1,000 ahli dan menyasarkan untuk mengumpul lebih 2,000 ahli sebelum bulan Julai ini.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengutarakan apa jua idea atau pandangan yang bersesuaian daripada ahlinya itu dalam mesyuarat MT nanti.

Beliau berkata, ini kerana ia adalah pandangan daripada masyarakat di peringkat akar umbi yang mungkin suara mereka tidak didengari di peringkat bahagian atau cawangan.


About Facebook: (from Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/FaceBook)
Facebook is a free-access social networking website that is operated and privately owned by Facebook, Inc.[1] Users can join networks organized by city, workplace, school, and region to connect and interact with other people. People can also add friends and send them messages, and update their personal profiles to notify friends about themselves. The website's name refers to the paper facebooks depicting members of a campus community that some US colleges and preparatory schools give to incoming students, faculty, and staff as a way to get to know other people on campus.

Mark Zuckerberg founded Facebook with fellow computer science major students and his roommates Dustin Moskovitz and Chris Hughes while he was a student at Harvard University.[4] Website membership was initially limited to Harvard students, but was expanded to other colleges in the Boston area, the Ivy League, and Stanford University. It later expanded further to include any university student, then high school students, and, finally, to anyone aged 13 and over. The website currently has more than 175 million active users worldwide.[5]
Facebook has met with some controversy over the past few years. It has been blocked intermittently in several countries including Syria[6] and Iran.[7] It has also been banned at many places of work to discourage employees from wasting time using the service.[8] Privacy has also been an issue, and it has been compromised several times. It is also facing several lawsuits from a number of Zuckerberg's former classmates, who claim that Facebook had stolen their source code and other intellectual property.
P/S: UMNO Cwgan Taman Sejahtera dah join Astro 501 Interactive Channel: u-wartawan (blogspot dan facebook)