Tuesday, March 30, 2010

24 bulan yang serabut: Anwar sudah jadi kupang tembaga?

NAMPAK gayanya Anwar Ibrahim mengambil peluang penangguhan kes liwatnya untuk membuat roadshow syarahan perdana sana-sini. Beliau sudah gabra dan kalut dengan keadaan dalam PKR sekarang.

Seorang demi seorang ahli Parlimennya keluar parti. Khabarnya ada lagi yang akan menyusul selepas ini. Ramai yang sudah fed up dengan politik silap mata Anwar. Anwar pula nampaknya cukup bengang dengan situasi sekarang.

Sudahlah kes liwatnya pun belum selesai dan macam-macam permohonannya di mahkamah ditolak, kini orang-orang dia pula melarikan diri. Anwar sudah tidak berpengaruh lagikah? Atau belangnya sudah relai sedikit demi sedikit?

Lebih memeningkan blog yang semakin popular, berpengaruh, ditakuti --digerakkan oleh bekas pengikut taksub PKR sendiri www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com pula menyiarkan video mengenai tingkah-laku sebenar Anwar yang dipetik dari laman maya YouTube.

Video itu antaranya menyiarkan ‘‘begitu sakitkah Anwar dulu sehingga terpaksa memakai pendakap leher dan terpaksa berkerusi roda? Pendirian Anwar mengenai isu murtad Lina Joy dan kisah beliau semasa menjalani rawatan di Munich dan lain-lain’'.

Dua tahun nampaknya terlalu rapuh bagi parti itu. Saintis politik meramalkan, PKR sukar untuk bertahan lama.

Sesungguhnya PKR survive hanya kerana Anwar. Tapi boleh survivekah PKR, jika sekarang pun Anwar dikatakan sudah terpaksa mengupah orang untuk membaca yassin untuknya.

Anwar kini hanya sibuk berkuntau untuk melepaskan tengkoknya dari kes yang dihadapi. Oleh sebab itulah orang-orangnya mula melarikan diri.

Pemerhati politik kini mula berkata Anwar sudah menjadi ‘kupang tembaga’ (istilah Melayu lama bererti tidak berguna atau istilah daerah ‘tak laku seduit!’).

Persoalannya apakah PKR akan hidup hanya dengan kepimpinan Wan Azizah sahaja? Menurut Zulkifli Noordin pula, Wan Azizah sudah gagal dan dia cakap tak serupa bikin.

Rakannya Pas pula hanya dimenang sorak oleh pengikut-pengikut bawahan yang taksub. Tukang gantung bendera Pas dan penceramahnya memang dikenali cukup aktif. Namun di sebalik itu, orang atas Pas pula terbelah dua. Seorang totok kepada Anwar - sehinggakan Mufti Perak pun disumbunya. Seorang lagi pula menyepi seperti tiada apa-apa berlaku. Dia ini pula suka ke arah perpaduan Islam dan Melayu - yang ditolak mentah-mentah oleh tokoh totok itu.

DAP seperti biasa tak banyak cakap. Mereka hanya mahu menjaga elok-elok Pulau Pinang. Pulau Pinang yang mereka idam-idam begitu lama (melalui Projek Tanjung I, II, III dan berjaya dalam Tanjung IV) merupakan lubuk emas bagi mereka. Tak banyak cakap bermakna tak banyak kontroversi. Namun sikap cauvinis DAP tidak boleh dibendung.

Namun, tingkah-laku mereka sedang diperhatikan dengan teliti oleh aktivis Islam-Melayu.

Bapa kepada anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Kit Siang pula malu-malu apabila dijemput oleh Anwar ‘‘ambillah jawatan Ketua Pembangkang ini’'.

Walaupun dalam hati berkata ‘‘amboi syoknya’' tapi lidahnya terkelu-kelu. Kit Sianglah sepatutnya memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen sekarang. Partinya kini menjadi parti pembangkang terbesar berbanding dengan PKR dan Pas selepas berlaku exodus keluar beramai-ramai dari PKR.

Tawaran Anwar itu dengan sendiri bererti dia sedar partinya sudah merudum. Apa tidaknya, kerusi parlimen PKR hanya tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti 28 kerusi dan Pas pula 23 kerusi. Apa pun, bab ini kita tunggu untuk perkembangan seterusnya.

Negeri Selangor pula, yang tak buat apa-apapun dalam tempoh dua tahun ini, tidak boleh berbangga langsung dengan sambutan pemerintahannya itu. Semua yang ada di negeri terkaya di Malaysia ini telah pun dibina dan diasaskan oleh kerajaan UMNO-BN dulu.

Rakyat Selangor yang boleh hidup sekarang adalah hasil kerajaan dulu. Kawasan perumahan memberi teduh dari hujan dan panas tumbuh bagai cendawan, kilang-kilang perusahaan yang memberi makan minum kepada rakyat Selangor semuanya adalah hasil perancangan tersusun kerajaan Selangor dulu.

Ibu negerinya, Shah Alam yang menjadi kebanggaan orang Melayu di Malaysia diasaskan oleh kerajaan UMNO-BN dulu.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sumbangan menteri-menteri besar dulu yang membangunkan negeri itu.

Antara Menteri Besar Selangor yang kita sudah lupa ialah Allahyarham Datuk Harun Idris, pejuang sejati Melayu, yang juga pernah dipenjara, selama empat tahun - tapi tak seperangai macam Anwar.

Jasa Datuk Harun, bekas Ketua Pemuda UMNO yang digeruni itu akan terus dikenang sampai bila-bila. Kita mahu cadangkan Allahyarham Datuk Harun dianugerahkan dengan gelaran Tun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Di Kedah, juga tiada apa yang berlaku. Semuanya berjalan lesu, selesu Sungai Korok di Alor Setar. Menteri Besarnya, Azizan tidak cakap banyak. Beliau banyak main psikologi untuk menjadi popular.

Industri Sungai Petani dan Kulim hi-tech yang begitu maju juga dibangunkan oleh kerajaan dulu. Dua tahun ini tidak tahu apa yang berlaku. Saya tidak nampak dalam tempoh dua tahun lagi pun apa-apa akan berlaku. Jika dulu van kilang keluar-masuk kampung bawa pekerja bekerja di kilang, sekarang nampaknya muram.

Mungkin silap hari bulan, Pahang akan akan menggantikan Kedah sebagai negeri jelapang padi negara. Tok Nan, Menteri Besar Pahang membawa masuk teknologi penanaman padi dari Korea Utara yang boleh menghasilkan 12 tan sehektar.

Kelantan pula akan berlaku perubahan. Orang Kelantan sudah mahukan perubahan. Oleh itu UMNO mulai sekarang sudah kena bijak mencari orang untuk memimpin negeri itu.

Rakyat Kelantan sudah bosan dengan politiking kerajaan negeri itu. Kerajaan 21 tahun Pas Kelantan sudah cukup. Mereka hanya tahu bermain dengan sentimen hati nurani rakyat walaupun mereka tahu royalti minyak mustahil akan diperoleh.

Hanya kerajaan Pusat yang hilang akal sahaja yang akan memberikan wang royalti berbilion-bilion ringgit kepada kerajaan musuhnya untuk dibelanjakan bagi menghentamnya kembali.

Oleh itu, wahai Pas Kelantan, to’ soh bisinglah. Jika mereka memerintah di Pusat pun, cara yang sama akan dilakukan.

Sekarang ini, tadika Kemas pun mahu dirampas, inikan pula royalti berbilion-bilion ringgit. Wahai rakyat yang tidak boleh berfikir, fikir-fikirkanlah. Inikan namanya politik. Di mana-mana di dunia pun inilah caranya politik dimainkan.

Kesimpulannya, dua tahun pemerintahan pembangkang hanyalah tin kosong. Mereka semua juara bercakap, berceramah dan membangkang -- tapi habuk pun tarak. Anwar sebenarnya ialah liability atau masalah atau istilah Melayu lama: biawak hidup kepada pakatan itu.

Akhir kata, buka minda, buka hati - tepuk dada, tanya selera. Orang tua-tua ada berpesan: Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.



Bookmark and Share

Monday, March 29, 2010

Mengapa wakil rakyat BN Kedah hanya membisu?


PADA keseluruhannya rakyat Kedah di mana pun sekarang ini tidak senang dengan kerajaan negeri. Ini boleh didengar di kedai-kedai teh tarik, di surau-surau dan di pejabat-pejabat kerajaan.

Tetapi yang menghairankan saya, mengapakah perasaan rakyat ini tidak disuarakan oleh wakil-wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah atau menerusi akhbar bagi menunjukkan mereka prihatin kepada suara rakyat itu?

Bekas Menteri Besar Kedah juga nampaknya membisu seribu bahasa.

Lebih buruk lagi apabila seluruh negara telah mengetahui ada wakil rakyat negeri Kedah yang ponteng tidak menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

Keadaan di Kedah itu berbeza dengan kegigihan kebanyakan ADUN BN Selangor yang sentiasa aktif membangkitkan berbagai rasa tidak puas hati rakyat negeri itu daripada yang sekecil-kecilnya hingga kepada masalah yang sebesar-besarnya, daripada masalah mengenai agama sehingga kepada soal ekonomi dan politik.

Kebisuan ADUN BN Kedah seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat berpuas hati dengan kerajaan Pas yang ada sekarang atau menampakkan sebenarnya wakil-wakil BN adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjalankan tugas untuk mendekati rakyat bagi mendengar keluh-kesah mereka.

Sesungguhnya keadaan sebenarnya di Kedah sekarang begitu teruk. Selain tidak adanya projek-projek pembangunan untuk rakyat, sekitar kampung dan bandar tidak dapat dikawal kebersihannya. Peniaga-peniaga liar terdapat di sana-sini malah rumah pun dijadikan pasar ikan.

Penduduk kawasan perumahan sekitar bandar Alor Setar hidup dalam persekitaran yang busuk dan semak-samun, lalang liar dan rumput memanjang tidak dipotong dan sampah-sarap terbiar di sana sini, tidak diangkut mengikut jadual seperti semasa Barisan Nasional berkuasa dahulu.

Sesiapa yang tidak percaya, silalah berkunjung ke Taman Uda dan lain-lain taman di Jalan Sultanah.

Saya penduduk di kawasan ini sedang merancang untuk menghantar sampah-sarap yang tidak diangkat berhari-hari ke rumah Menteri Besar Kedah tetapi setakat ini, kami masih bersabar untuk melihat sejauh manakah masalah ini akan berlarutan.

Untuk mengatasi anggapan buruk rakyat, wakil-wakil rakyat Pas, ADUN dan Parlimennya mendakwa di sana sini beberapa projek besar sedang dijalankan seperti jambatan di Jalan Persekutuan berhampiran dengan Kelab Golf Permaipura Bedong sebagai hasil daripada permintaan wakil rakyatnya sedangkan itu ialah projek yang diluluskan sejak zaman Barisan Nasional lagi.

Berbagai pembohongan dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pas di Kedah sekarang ini untuk menyelamatkan diri mereka daripada kemarahan rakyat.

Tidak ada lagi kegiatan sosial, aktiviti belia dan wanita di kampung-kampung seperti dahulu.

Wakil rakyat Pas datang untuk menunjukkan muka dan sembahyang bersama orang kampung tetapi tidak dapat memberikan apa yang diminta oleh rakyat atau mengatasi masalah dan rungutan yang timbulkan oleh mereka.

Bagaimanapun adalah dikesali, wakil-wakil rakyat BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah seperti tidak mengetahui semua ini atau mereka mempunyai sebab untuk tidak bersuara dan tidak membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat ini kerana masing-masing merasa terancam untuk membangkitkannya?




Bookmark and Share



'Bahtera' siapa semakin bocor?


BEBERAPA minggu lalu, ketika ditanya oleh wartawan apakah mungkin akan berlaku penggabungan Pas ke dalam Barisan Nasional (BN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan menaiki kapal yang bocor.

Maksud beliau, BN kini dalam masalah, oleh itu adalah lebih baik jika Pas terus kekal 'sekapal' dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang.

Tetapi kini mungkin Abdul Hadi akan terfikir semula kapal siapakah yang bocor, BN atau pembangkang? Ia memandangkan 'kebocoran' yang berlaku dalam 'kapal' milik PKR semakin serius, jika tersilap langkah, ia akan menyebabkan keseluruhan 'kapal' pembangkang tenggelam.

Sehari demi sehari ada sahaja 'anak kapal' PKR meninggalkan 'bahtera' pembangkang. Mereka tidak mahu lagi bersekongkol dengan 'nakhoda' apatah lagi 'kapal' yang hanya membawa arus yang boleh merosakkan kehidupan rakyat.

Itulah senario yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang, apabila parti yang menjadi nakhoda mereka 'dihempas' gelombang penghijrahan Ahli-ahli Parlimennya.

Apa yang berlaku membuktikan PKR yang muncul di samudera politik negara semata- mata untuk menakluk sebuah kekuasaan semakin kehilangan kekuatan dan arah tuju.

Seorang demi seorang ahli Parlimen yang meninggalkan 'kapal' PKR mendedahkan satu demi satu kepincangan yang berlaku terutamanya mengenai sikap kepimpinan parti.

Mereka mulai sedar bahawa pengorbanan yang dilakukan hanyalah sia-sia apabila 'nakhoda' PKR mahu menguasai segala-galanya dan demi kuasa sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat menjadi pemimpin utama negara tercapai.

Malah 'nakhoda' PKR juga sanggup bertukar watak dan wajah sehingga mampu memperdayakan semua orang sama ada musuh atau kawan.

Justeru ahli-ahli Parlimen PKR yang keluar menjadi wakil rakyat bebas ini tidak mahu terus bersekongkol dengan 'nakhoda' seumpama itu. Demi kepentingan bangsa, agama dan negara mereka terpaksa membuat keputusan yang cukup berat, biar pun akan didakwa kononnya mengkhianati amanah rakyat.

Jika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng keluar parti kerana tidak mampu lagi bertolak ansur dengan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlalu tunduk kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, keputusan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dilihat lebih mengancam.

''Saya sangat khuatir dengan kegiatan politik yang diamalkan oleh PKR dan pakatan pembangkang khususnya di Perak termasuk menghalalkan pelbagai cara demi suatu matlamat yang sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara.''

Itulah hujah Mohsin Fadzli yang sekali gus boleh diibarat mewakili seluruh rakyat terutamanya orang Melayu yang sememangnya tidak senang dengan tindakan Anwar, PKR dan DAP selama ini dalam perkara-perkara beliau nyatakan.

Kenyataan Mohsin Fadzli juga secara langsung mendedahkan betapa bahayanya politik menghalalkan cara yang dilakukan oleh PKR dan DAP. Justeru seperti mana kata beliau, ''Perkara ini sudah sampai ke tahap yang saya tidak lagi boleh bertolak-ansur dan mengambil sikap mendiamkan diri.''

Dalam usia mencecah 65 tahun, langkah Mohsin Fadzli meninggalkan PKR boleh dianggap satu tindakan bagi mengelakkan beliau terus bersekutu dengan mereka yang bersikap terlalu gelojoh apabila mendapat kuasa.

''Sedikit kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah pada 8 Mac 2008 bukannya digunakan untuk memantapkan perjuangan untuk umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang),'' kata Mohsin Fadzli.

Mungkin selepas ini kita pasti akan mendengar pelbagai tuduhan PKR kepada Mohsin Fadzli, seolah-olah mereka yang bertindak keluar daripada parti itu tidak berguna sama sekali dan yang setia dengan parti berkenaan ibarat 'suci dalam debu'.

PKR boleh membuat apa juga dakwaan dan tuduhan kepada ahli-ahli Parlimen yang meninggalkan 'kapal' pakatan pembangkang tetapi mereka tidak akan boleh selama-lamanya menyembunyikan fakta.

Apa yang berlaku di dalam PKR juga menjadi bukti bahawa keangkuhan dan keburukan parti itu yang selama ini berjaya disembunyikan melalui 'lakonan hebat' pemimpin-pemimpinnya akan diketahui oleh rakyat.

Dalam pilihan raya umum lalu, sebahagian besar rakyat begitu percaya dengan pakatan pembangkang, oleh kerana ketika itu BN dilihat tidak menunaikan janji, maka kehadiran pembangkang dilihat sebagai alternatif.

Tetapi kini rakyat sudah mengetahui tembelang sebenar pembangkang. Mereka mempunyai seribu satu kelemahan dan kepincangan, malah lebih buruk lagi segala janji yang ditaburkan kepada rakyat dalam pilihan raya umum lalu hanyalah janji-janji palsu.

Keadaan inilah juga yang mendorong ahli Parlimen PKR bertindak keluar parti, mereka tidak mahu menjadi sebahagian daripada gerombolan yang mengkucar-kacirkan negara dan memperdayakan rakyat melalui retorik politik.

Pemimpin-pemimpin yang masih berada dalam PKR dan cuba meneruskan 'pelayaran' ke 'pelabuhan' merebut kuasa perlu sedar bahawa mereka selama-lamanya tidak boleh mempermainkan rakyat.

Kebenaran tetap kebenaran, ia tetap akan muncul biarpun ia cuba dilindungi dengan fitnah dan tohmahan kepada mereka yang berusaha menegakkannya.

Pas mungkin menganggap 'kapal' BN sudah bocor tetapi, mereka perlu ingat bahawa 'kapal' pembangkang sudah retak menanti belah. Jika tersilap langkah 'kapal' berkenaan akan karam dan sekali gus turut menghanyutkan Pas bersama-sama.

Parti itu perlu memahami bahawa mereka yang meninggalkan PKR bukanlah calang-calang pemimpin. Mereka adalah terdiri daripada insan-insan yang sebelum ini dilihat begitu setia dengan perjuangan Anwar dan PKR.

Latar belakang mereka bersama PKR sudah menjadi bukti bahawa mereka suatu ketika dahulu adalah pejuang setia parti tersebut dan kawan baik kepada Anwar. Tetapi seperti mana kata Mohsin Fadzli, ''Hubungan akrab dan peribadi tidak boleh menjadikan satu alasan untuk mengetepikan akidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini.''

Semoga pesanan ini difahami oleh sebahagian lagi pemimpin pembangkang termasuk daripada Pas yang masih melihat rakan mereka itu (PKR) sempurna segala-galanya.




Bookmark and Share



Sunday, March 28, 2010

Anwar di LSE : Pluralisme Agama, murtad dan kebebasan beragama




Anwar di LSE : Pluralisme Agama, murtad dan kebebasan beragama
Oooo...sebab inilah Anwar bergegas ke London semasa panas dituju soalan dan dilondeh semua aktiviti beliau oleh Zharain

Anwar Ibrahim sewaktu berucap di London School of Economics, pada 18 Mac 2010 lalu dengan yakin telah mempromosi Pluralisme Agama sebagai satu method untuk menyatukan krisis yang wujud ekoran kepelbagaian agama di dunia.


Dalam ucapan yang bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World, Anwar telah memulakan ucapan dengan mengkritik kelompok agama yang pada anggapannya terlalu jumud dengan pemikiran yang konservatif.


Menariknya ucapan Anwar di London kali ini ialah Anwar dengan berani mengeluarkan pandangan bahawa Pluralisme Agama merupakan jalan penyelesaian kepada kepelbagaian agama di seluruh dunia. Sebelum ini dimana-mana forum yang membincangkan isu Timur dan Barat sama ada di Ausratalia, Doha mahupun di Amerika, Anwar agak berlapik melontarkan pandangannya mengenai Pluralisme Agama.


Pandangan Anwar mengenai Pluralisme Agama ini kalau kita amati adalah selaras dengan apa yang pernah diangkat oleh pemikiran Syed Hossien Nasr seorang tokoh Pluralisme Agama yang kini mengabdikan diri di Georgetown Universiti, Amerika Syarikat.

September tahun lepas Anwar pernah berkesempatan bertemu dengan Syed Hossein Nasr, hingga ada dicatit di laman blognya bahawa dia begitu teruja dapat bertemu dan memperolehi buku dari orang yang melontarkan idea Pluralisme Agama tersebut. Klik sini dan sini .


Disebabkan kepercayaan Anwar kepada idea Pluralisme Agama ini, sewaktu ucapannya di London beliau telah mengkritik umat islam yang takut dengan idea Pluralisme Agama.



Sebagai umat Islam, ia akan terus menjadi masalah orang-orang yang menolak nilai kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan, demokrasi, dan kebebasan hati nurani. Mereka melihat budaya pluralisme agama sebagai sebahagian daripada konspirasi besar oleh 'orang lain' terutama orang Kristian untuk memurtad dan menukarkan akidah kelompok Muslim.
Pluralisme juga merupakan taktik penyeludupan demokrasi gaya Barat melalui pintu belakang." Kata Anwar dalam ucapan tersebut.Anwar seperti ucapan dimana-mana forum demokrasi di dunia Islam sebelum ini juga sekali lagi memuji Turki dan Indonesia kerana mengamalkan kebebasan seperti yang dikehendaki negara barat.


Ketaksuban Anwar kepada dua negara ini tidaklah mengejutkan kerana dua negara ini sememangnya berkiblatkan Amerika, malah di Indonesia sewaktu Abdul Rahman Wahid (Gus Dur) dilantik menjadi Presiden, beliau dan kelompoknya yang bertanggungjawab mengangkat Islam Liberal dan Pluralisme agama dipraktikkan di seluruh Indonesia.Kini perbagai pertubuhan islam liberal dan Pluralisme Agama berkembang pesat menyebarkan ideologi mereka di Indonesia seperti Wahid Institut dan Islib, malah jaringan Islam liberal menyusup masuk ke hampir seluruh organ politik dan institusi di Indonesia.


Lantaran itu sememangnya Allah bisa digunakan diseluruh Indonesia kerana ia mendapat dokongan dari pemerintah dan parti politik yang diperanguhi oleh kelompok Islam Liberal manakala kelompok Gay dan Lesbian dibenarkan menyuarakan pandangan oleh pemerintah.


Klik sini


Manakala di Turki , Barat telah melabelkan pemimpin Turki Erdorgan sebagai pemimpin Islam Moderate, kerana sanggup berpaksikan kepada Amerika dari berpaksikan kepada Islam sebenar. Buktinya sehingga atas nama kebebasan pertubuhan gay dan lesbian aktif dibiarkan di seluruh Turki, manakala polisi dasar luar negara yang digubal Erdorgan lebih pro kepada Amerika, dan jauh berbeza dengan apa yang pernah dipraktikan oleh pemimpin Islam Erbakan (yang Pro negara Islam berbanding Amerika) dari parti Kebajikan yang pernah memerintah Turki suatu ketika dahulu, (sebelum dijatuhkan oleh tentera).


Teks ucapan Anwar yang mempromosi Pluralisme Agama boleh dibaca melalui sini.


Sewaktu sesi soal jawab pula Anwar telah ditanya beberapa pandangan antaranya ;

Apa yang Anwar akan dilakukan jika dia berkuasa. Adakah ia membenarkan umat Islam untuk meninggalkan Islam?

Anwar denggan yakin mengatakan, bahawa isu tersebut bertentangan dengan asas kebebasan beragama dalam Islam bahawa setiap orang akan dipaksa untuk tetap muslim ketika dia atau dia tidak percaya, kerana ia akan melahirkan kemunafikan dalam masyarakat.Anwar kemudiannya melemparkan beberapa nama, ulama Islam yang seharusnya diikuti sejajar kehendak Maqasid Syariah (namun gagal untuk menyebutkan bahawa tiada seorang pun tokoh islam yang menentang hukum murtad).Soalan berikutnya Anwar ditanya apakah perlembagaan harus diubah untuk membenarkan kebebasan beragama.


Dia menjawab bahawa bahawa kebebasan beragama itu diabadikan dalam perlembagaan, tetapi memperakui Islam adalah agama rasmi persekutuan. Oleh kerana itu masalah adalah penolakan hak. Oleh itu pada Anwar ketetapan bahawa semua Melayu adalah Muslim merupakan penyebab kontradiksi atau wujudnya masalah.
Situasi itu menurut Anwar, ia hanyalah politik dan tidak mencerminkan keyakinan sebenar dalam Islam.Anwar kemudiannya mengubah perbicangan dengan mengatakan orang Malayu yang paling ramai terlibat dalam rasuah sehingga Islam dianggap hanya budaya dan kepura-puraan.


Seterusnya Anwar ditanya bagaimana Anwar akan menyelesaikan permasalahan pendekatan hukuman syariah dan pandangan fundamentalis yang dipegang oleh PAS.Anwar mengatakan bahawa beliau sangat tidak bersetuju bahawa PAS sebuah parti fundamentalis. Kerana menurut Anwar dalam isu masalah Allah, PAS menentang keputusan untuk mengehadkan penggunaan kata Allah untuk umat Islam sendiri. Malah Anwar kemudian menyatakan bahawa PAS telah benar-benar melupakan isu berkaitan penubuhan negara Islam.


Itu antara soalan dan perbicangan yang dikemukakan sewaktu sesi dialog tersebut, Apa yang boleh dikatakan pandangan Anwar ketika menjawab isu-isu tersebut sememangnya membawa maksud Anwar ingin melaksanakan agenda yang besar untuk Malaysia, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Gus Dur di Indonesia selepas pasca reformasi 1998.
Klik sini dan sini untuk ikuti perihal Gus DurDari soal kebebasan beragama, isu kalimah Allah hinggalah peraturan hukuman Syariah, Anwar telah memanipulasikan Maqasid Syariah untuk menunjukkan bahawa idea yang dilontarkannya adalah selari dengan tuntutan islam. Walhal hakikatnya ucapan Anwar di London School Of Economics (LSE) itu telah membuktikan bahawa beliau merupakan pemimpin Islam Moderate yang dibentuk untuk agenda Amerika melalui projek Rand Corporatian, Amerika Syarikat.



Bookmark and Share