Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

Kugan, Teoh, kepala lembu...salah BN?


Selepas pembangkang beria-ia menjadikannya modal kempen, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Rabu menjawab empat isu besar yang digembar-gemburkan parti lawan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Beliau mengambil kesmepatan menjawab keempat-empat isu besar tersebut kerana sudah muak dengan sikap pembankang yang terus menerus menaburkan fitnah dan cuba memburukkan kerajaan dalam isu-isu yang tiada kena mengenai dengan Barisan Nasional (BN).

Apakah salah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dalam isu perarakan kepala lembu, kematian penjenayah A.Kugan serta kematian Teoh Beng Hock dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor?

Di depan lebih 2,000 penduduk serta pengundi di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Muhyiddin menjelaskan, bukan Perdana Menteri atau timbalannya mahupun menteri mengarahkan perkara atau kejadian tersebut berlaku.

Katanya, perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam berpunca kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang.

"Isu itu berlaku di Selangor, di negeri yang dikuasai pembangkang, apa kena mengena dengan Barisan Nasional," tanya beliau.

Dalam insiden itu penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu memindahkan kuil ke kawasan majoriti penduduk Melayu dan beragama Islam.

Menurut Muhyiddin, kerajaan bertindak terhadap mereka terbabit perarakan itu kerana tidak mahu ianya mencetuskan ketegangan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.

Bagi kes kematian Kugan ketika dalam tahanan polis, Muhyiddin menjelaskan, lelaki itu ditahan kerana polis mempunyai bukti pembabitannya dalam kegiatan samseng.

Namun, semasa dalam tahanan dia telah mati dan polis sudah menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya yang akhirnya seorang anggota polis dituduh ada kaitan dengan kematian penjenayah itu.

"Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan supaya Kugan dibunu, Menteri Dalam Negeri pun tak keluarkan arahan itu. Zalimlah saya jika saya beri arahan untuk dia dibunuh," ujar beliau

Mengenai kes kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, beliau menjelaskan, sebelum ini pembangkang selalu menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) alat kerajaan.

“Kita tubuh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mereka menjalankan tugas dan mendakwa sesiapa sahaja terbabit rasuah,” katanya.

Menurut beliau, suruhanjaya ini adalah lantikan Yang di Pertuan Agong.

“Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, saya tak fikir SPRM buat begitu. Bagaimanapun, kita tubuh inkues untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut,” jelas beliau lagi.

Katanya, kerajaan mahupun pemimpin lain tidak mahu tragedi malang itu berlaku kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan kita bertanggungjawab dengan ambil tindakan dengan benarkan inkues kerana tidak mahu kejadian itu menjejaskan institusi SPRM,”.

“Tetapi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan konco-konconya tuduh kita (kerajaan BN), Apakah ini salah kerajaan atau UMNO?” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang kini minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tangguh pilihanraya Bagan Pinang kononnya daftar pengundi tidak betul.

Katanya, pilihanraya tidak boleh ditangguhkan malah pengundi pos akan mula membuang undi Khamis.

Ini semua jelasnya, menunjukkan pembangkang tertekan dan tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Muhyiddin turut menjelaskan isu PKFZ yang dikatakan pembangkang sebagai kes pecah amanah dan rasuah yang besar.

“Ini bukan keputusan kerajaan..mungkin ada penyelewengan. Kita sudah tubuh jawatankuasa khas dengan banyak wakil untuk siasat perkara itu hingga ke lubang caci atau ke akar umbi,” tegas beliau.

Katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau sesiapa sahaja cuba rosakkan negara dengan membawa mereka ke pengadilan.

Beliau percaya pembangkang yang kalah 4-0 dengan tuduhan-tuduhan di atas akan membuat cerita dan fitnah lain bagi memburukkan kerajaan termasuk Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu pengundi di Bagan Pinang menolak pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan padahal kerajaan melakukan apa sahaja langkah terbaik bagi mengelak sebarang perkara buruk yang boleh menjejaskan imej negara.

Penjelasan beliau malam tadi barangkali mahu mematahkan pembohongan pembangkang terutama PAS yang meletakkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang selain kemungkinan isu itu terus diputarbelitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar yang dijadual turun berkempen mulai Khamis

Tuesday, September 29, 2009

Lembu sudah jadi badi dalam pentadbiran Khalid di Selangor

Lembu macam sudi jadi badi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor oleh parti PKR,DAP dan PAS yang membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Pertama kali, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak, akhir tahun lalu.

Ogos lalu, sekali lagi lembu menghantui pentadbiran Khalid ekoran demonstrasi kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu itu.

Terbaru, seramai 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lebih 25 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan hampir 80 ekor lembu, kambing. Malah, mereka juga membawa tong susu haiwan itu.


Cuma kali ini demonstrasi itu nampak lebih aman kerana membabitkan penternak Melayu, India dan Cina. Mujurlah, tiada ‘lembu naik minyak’kecuali pertengkaran kecil antara wakil persatuan itu yang mahu berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada wakil Exco Pertanian, Yaakob Sapari ataupun wakil pejabat Menteri Besar.

Penternak terbabit mula berkumpul depan pintu SUK kira-kira jam 1.45 petang.

Pengerusi persatuan Samad Kassim kemudian berbincang dengan pegawai polis yang bersiap sedia bagi mengawal keamanan dan pegawai keselamatan SUK untuk berjumpa wakil Yaakob ataupun pejabat Menteri Besar.

Sekitar jam 2.05 minit petang, hanya pegawai kepada Exco Alam Sekitar, Elizabetth Wong tiba untuk menerima memorandum tetapi Samad dan beberapa ahli jawatankuasa bertegas mahu berjumpa exco bertanggungjawab.

Rasa tidak puashati kalangan penternak terbabit hingga menyebabkan ada antara mereka melaung dan menjerit meminta Yaakob berhenti atau berundur daripada jawatannya.

“Kalau jaga lembu pun tak boleh, macam mana nak jaga manusia,” jerit seorang daripada penternak terbabit.

Selepas pertengkaran kecil, Samad beredar dari pintu SUK sementara menunggu wakil Yaakob atau pejabat Khalid berjumpa beliau dan jawatankuasannya.

Sementara menunggu, Samad memberitahu media, demonstrasi aman itu mereka kerana tidak berpuas hati dan kecewa kerana kerajaan negeri gagal menangani masalah yang dihadapi dua orang anggota persatuan itu, malam Khamis lalu.

Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Sungai Keetas, berhampiran Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah tempat takungan air berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan.

Menurut Samad, mereka kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa ‘tsunami sampah’.

Samad berkata bantuan yang diterima setakat ini ialah bantuan makanan haiwan yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor.

Malah, tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempertikaikan kandang lembu dan kambing itu didirikan secara tidak sah amat mengecewakan persatuan itu kerana seorang daripada penternak terbabit, Mohd Sharif Gulam yang menternak 200 lembu daging mempunyai permit dan membayar cukai kepada MPS.

Menurut Samad, memorandum itu antara lain meminta kerajaan negeri membantu dua penternak terbabit selain menyediakan tapak penternakan yang lebih sesuai kepada mereka.

Jika gagal katanya, persatuan akan membawa lebih banyak lembu ke perkarangan SUK ataupun menghantar lori-lori berisi haiwan itu ke rumah anggota Exco dan ahli parlimen pakatan Rakyat di Selangor.

Kira-kira jam 2.30 petang, Setiausaha Politik Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad berjumpa kumpulan itu dan selepas perbincangan, beberapa ahli jawatankuasa itu dibawa berjumpa dengan Yaakob di tingkat 14, bangunan SUK.

Samad yang ditemui selepas pertemuan itu, berkata pihak kerajaan negeri berjanji memberi bantuan bekalan makanan, air bersih, bahan binaan bagi membina kandang sementara dan jentera bagi membersihkan kawasan kandang dan menanam bangkai-bangkai haiwan.

"Kita bagi tempoh seminggu, kalau tidak ada bantuan kita akan buat satu lagi press conference (sidang akhbar)," katanya.

Demonstrasi membawa lembu dan kambing ke bangunan SUK petang Isnin sudah tentu kejadian yang boleh menconteng arang ke muka Yaakob dan Khalid sendiri kerana mereka gagal memberikan bantuan setimpal bagi membela nasib penternak haiwan di negeri itu.

Seperti dinyatakan, Samad, nasib mereka ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan’ kerana kerajaan negerei boleh menyediakan tanah untuk ladang babi tetapi tidak kepada penternak haiwan lain.

Sedangkan katanya, mereka juga penggerak ekonomi di Selangor dengan menyedia dan membekalkan haiwan itu kepada rakyat negeri itu.

Apa yang pasti, jika persatuan yang mempunyai kira-kira 400 ahli itu tidak bertindak mengadakan perarakan membawa lori berisi lembu dan kambing pada hari ini, nasib mereka terus terabai terutama dua penternak yang ditimpa musibah pada 23 September lalu.

Justeri itu, Khalid mahupun Yaakob perlu segera membantu penternak terbabit bagi mengelak lori-lori berisi haiwan itu berada depan rumah masing-masing jika janji dibuat Yaakob pada persatuan itu gagal ditunaikan dalam tempoh seminggu ini.

Bagi Khalid pula, beliau tentu tidak mahu tahun Lembu sepanjang 2009ini terus menghantuinya

Sunday, September 13, 2009

Pak Janggut jadi boneka


Dipetik Dari Laman Blog http://zul4kulim.blogspot.com/

Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri.

ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.

Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikan kategori manusia kepada tiga golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu".

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari.

Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan. Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu-PAS, PKR dan UMNO. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.

Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam.

Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran. Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak seperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.

Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut. Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut.

Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

Di mana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya.

Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam.

Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu.

Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan.

Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!

Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.

Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk di bawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah.

Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur.

Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!).

Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar di dunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor Darul Takbeer! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar di situ. Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah di situ.

Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal di kawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar. Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah di situ kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu.

Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!

Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka.

Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil.

Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau.

Yang diperagungkan ialah kepala lembu! Apabila melihat gambar lembu di atas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata.

Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini. Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya. Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!

Tapi bila melihat gambar di bawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT! Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri.

Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain. Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini.

Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!

Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris, Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri.

Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!

Wassalam.




Bookmark and Share



Saturday, September 12, 2009

Isu perarakan kepala lembu dedah hipokrasi Suhakam, Majlis Peguam


ISU bantahan terhadap pemindahan kuil di Shah Alam yang membawa kepada perarakan kepala lembu masih hangat diperkatakan. Pelbagai pendapat diluahkan dan banyak dipolitikkan. Namun yang mahu saya sentuh ialah ia mendedahkan hipokrasi sesetengah pemimpin, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Peguam, pejuang hak asasi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Mereka hanya berdiam diri atau mengecam demonstrasi itu.

Dulu merekalah yang memperjuangkan hak untuk berdemonstrasi. Mengapa dalam kes ini mereka marah. Mana Majlis Peguam dan Suhakam? Mengapa tidak katakan ini hak asasi yang anda perjuangkan?

Mengapa apabila berkaitan dengan Islam dan Melayu, anda anggap ia tidak dibolehkan? Mengapa anda semua meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan demonstrasi ini mengikut Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)? Sedangkan sebelum ini merekalah yang mendesak dan mengecam kezaliman akta itu dan minta ia dihapuskan.

Mana Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas, DAP dan pemimpin mereka yang sebelum ini begitu lantang memperjuangkan berhimpun tanpa had? Mengapa dalam isu ini anda menentangnya? Jika betul anda pejuang hak asasi, bermakna demonstrasi dan perarakan kepala lembu itu tidak salah dan tidak harus jadi isu. Inilah hipokrasi mereka seperti sesumpah dalam isu yang sama. Mujur negara mempunyai Akta Hasutan dan ISA.

Kepada kerajaan jangan layan lagi desakan memansuhkan akta ini dan jangan membenarkan perhimpunan haram dengan atas alasan apa sekali pun. Mereka yang memperjuangkan kebebasan berhimpun bukan ikhlas. Kebebasan berhimpun dan hak asasi mereka hanya dalam hal terpilih.

Jika bukan atas kepentingan mereka maka mereka menentang kebebasan berhimpun dan berucap. Jika menguntungkan, mereka halalkan dan mengecam kerajaan. Inilah wajah sesumpah dan mereka sebenarnya hipokrit.




Bookmark and Share



Saturday, September 5, 2009

Isu Kuil: Kecoh kecoh. Padan muka PKR!

'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pagi Sabtu dimana berlangsung sesi dialog Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.

Kira-kira 250 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu.Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.

Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu’ semasa Rodziah berucap.Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat.Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan.

Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23.Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.

Khalid dalam sidang media di kediaman rasminya tengahari tadi, berkata kerajaan negeri membekukan sementara cadangan pemindahan kuil ke Sek 23 sehingga alternatif lain bagi menyelesaikan isu terbabit.

Terbaru:Dr Hasan Ali menghadap Sultan Selangor beri penjelasan
Ketika kekecohan pertemuan antara penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dilaporkan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pertemuan di adakan di Istana Mestika kira-kira jam 12 tengahari Sabtu.Agendadaily difahamkan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu mohon perkenan menghadap baginda Sultan dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung kait isu semasa yang ada kaitan dengan tugas Dr Hasan.

Antaranya isu penjualan arak di tempat terbuka, perlantikan pegawai masjid sebagai penguatkuasa agama dan kontroversi pemindahan kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Abdul Khalid ketika sidang media di kediamannya sebentar tadi bagi menjelaskan status kuil itu mengesahkan Dr Hasan ada mohon perkenan menghadap Sultan Selangor pagi ini

Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh. Pemimpin PKR dan PAS diboo

Dari Malaysiakini.
Fakta berita:
  • Seramai 250 penduduk setempat seksysn 23 menghadiri sidang dialog ini.
  • Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) dan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail (PKR) serta MB Selangor Khalid Ibrahim dibooo oleh penduduk setempat. Nak salahkan UMNO jugak ka?
  • Anggota Unit Amal PAS yang tidak dijemput dihalau keluar oleh penduduk. Sila tunjuk pintu keluar
  • Setiap rumah hanya dibenarkan membawa masuk seorang wakil. (Demokrasikah ini)


Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Friday, September 4, 2009

Isu kepala lembu kerana bantahan masyarakat Islam diabaikan


MINGGU ini masalah kepala lembu menjadi tajuk utama dan isu negara. Maka ramailah yang membuat komen tanpa mengetahui secara khusus kenapa ia berlaku. Memang mudah menyalahkan orang. Tanpa sebab besar tidak akan berlaku tindakan sedemikian.

Artikel yang ditulis oleh Abdullah Bukahri Abdul Rahim, meminta langkah drastik diambil oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk segera mencuci tahi yang telah dipalitkan oleh kumpulan yang membawa kepala lembu.

Saya ingin menyatakan, tindakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam adalah kerana bantahan mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Kami yang tinggal di Seksyen 19 juga menghadapi masalah yang sama berhubung kuil yang telah berlarutan begitu lama.

Masalah di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun masih belum selesai hingga ke hari ini. Aduan, bantahan, perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dan individu tetapi tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan pemimpin politik yang akan melewatkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak. Kuil itu yang pada mulanya kecil makin lama makin membesar tanpa pelan dan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan, aktiviti mereka semakin hebat. Kuil itu hanya di seberang jalan rumah penduduk Islam Seksyen 19. Apa perasaan pembaca apabila setiap hari kami terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu yang membingitkan telinga?

Bila mereka mengadakan keramaian mereka buat perarakan di hadapan rumah penduduk Islam. Gangguan bergendang keramaian berjam-jam lamanya. Terlalu banyak masalah sampingan yang terpaksa kami hadapi jika hendak disenaraikan di sini.

Aduan terpaksa dihantar dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak atasan. Namun bila ada campur tangan politik perkara ini sering terbantut. Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Sikap toleransi pemimpin Selangor telah menyebabkan gangguan yang dihadapi semakin teruk. Mereka bergendang hingga ke tengah malam mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Mereka hampir semuanya datang dari luar kawasan kami. Mereka berani mengugut jika ada penduduk yang menegur mereka. Botol-botol arak bersepah di merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India mengganggu kehidupan kami.

Kami merayu bantuan dan membuat aduan kepada pelbagai pihak tetapi tiada tindak balas. Ketika keadaan sudah menjadi kronik penduduk merayu bantuan NGO Islam. Tindakan drastik yang diambil oleh NGO Islam untuk membantu penduduk menyebabkan ada sedikit perubahan apabila gangguan bising berkurangan.

Pada 29 Disember 2007 maklumat yang diterima daripada Jabatan Perancang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22.

Apabila Pakatan Rakyat berkuasa selepas Mac 2008, kuil itu hendak dipindahkan pula ke Seksyen 23, kawasan majoriti penduduk Islam. Penduduk Seksyen 23 sudah maklum apa yang dialami oleh penduduk Islam Seksyen 19, sebab itu mereka membantah. Malangnya bantahan mereka tidak diambil berat oleh kerajaan negeri dan diminta bertolak ansur. Jadi siapakah yang bersalah?

Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes semua buka mata. Pelbagai bantahan kita dengar. Tetapi apabila masalah gangguan berlaku kepada orang Islam, SABARLAH!



Bookmark and Share

Wednesday, September 2, 2009

Dosa Lepas menghantui pakatan Rakyat Selangor



Dipetik dari : http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/08/isu-kuil-dosa-lepas-menghantui-pakatan.html"

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam membantah rancangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memindahkan rancangan membina kuil Hindu Sri Mahamariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke kawasan mereka.

Setelah dihujahkan bantahan kepada wakil-wakil rakyat mereka dan menyampaikan surat bantahan kepada Menteri Besar dan eco berkenaan, bantahan mereka tidak diambil endah langsung oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Langsung mereka membuat perarakan dari Masjid Alam Shah ke bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) selepas sembahyang Jumaat.

Perkara yang agak sensitif ini menjadi demikian kerana pengendalian yang lemah oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jemaah exco gagal mengimbangi kehendak semua lapisan penduduk, gopoh dalam tindakan, serta sikap degil yang mahu memaksa rakyat setempat menerima keputusan mereka.

Dalam beberapa peristiwa, wakil-wakil rakyat kawasan ini, khususnya AP Khalid Samad dan ADUN Rodziah telah didapati berbohong. Semasa menghantar surat bantahan, wakil Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Dr Xavier Jeyakumar dan ADUN Rodziah berbohong enggan bertemu wakil penduduk.

Ini yang menaikkan kemarahan penduduk Seksyen 23 hingga mereka menjinjing kepala seekor lembu dan diletak di hadapan bangunan SUK. Pejabat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco berkenaan rumah ibadat bukan Islam, Dr Xavier Jeyakumar berada di situ.

Pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat spontan menuduh UMNO mendalangi perarakan. Mana mereka hendak letak muka jika diketahui Pengerusi Pengajur dan Naibnya adalah penduduk yang merupakan ahli PKR?

Masaalah ini bukan isu politik kepartian tetapi isu setempat tetapi mereka pula cuba mempolitikkan.

Salahkan UMNO?
Tindakan penduduk menjinjing kepala lembu boleh dianggap provokatif oleh penganut kaum Hindu. Lembu pada penganut Hindu adalah binatang suci.

Ini telah menarik reaksi pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy yang menuduh UMNO mendalangi perarakan. Mereka mengugut akan melaporkan perkara ini kepada beberapa organisasi-organisasi antarabangsa. Disamping itu, mereka menyeru penyokong-penyokong Hindraf mengadakan virgil lilin di Dataran Merdeka pada Sepetmber 5hb, 2009.

Turut serta melakukan tuduhan yang sama terhadap UMNO adalah laman sesawang seperti Malaysia Today, Malaysia Insider, dan pemimpin-peimimpin politik seperti Anwar Ibrahim.

Disini terserlah kebantatan pemikiran Pakatan Rakyat dan pihak haluan kiri yang tidak boleh melihat sesuatu isu hanya pada isu tersebut tetapi perlu dipolitik dengan sandiwara, putarbelit (spin), dan tuduhan melulu.

Bantahan ini adalah bantahan oleh penduduk setempat dan yang hadhir adalah kebanyakkannya penduduk setempat. NGO yang konon menyokong pun tidak nampak muka. Tidak logik untuk menuduh orang luar dibawa masuk.

Pasti mereka terperanjat jika diberitahu bahawa Pengerusi kumpulan penduduk ini adalah Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju. Naib Pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap.


Orang yang membaca doa di masa perarakan pun adalah ahli PAS yang dipercayai dipanggil orang sebagai Amin. Kalau mahu dituduh UMNO terlibat, ada kebenaran tetapi harus disebut juga penduduk yang bersama ada yang ahli UMNO, PAS, PKR dan tidak berparti.

Wakil Rakyat Kayu
Kuil Sri Mahamariamman ini berada dalam estet kepunyaan PKNS yang kemudiannya dibangunkan menjadi kawasan perumahan. The Malaysian Insider melapurkan kuil yang kini terletak di Seksyen 19 sudah berumur 150 tahun. Maklumat sejarah estet tidak dapat dipastikan sudah wujud dan pekerja India sudah ada dari tahun 1859.

Pentadbiran BN sebelum ini sudah merancang pemindahan kuil yang berstatus haram untuk ke Seksyen 22 yang telah dikaji sebagai sesuai tetapi sebahagian penganut Hindu kini telah berhelah pula kedudukkannya agak jauh.

Hujah ini juga yang cuba dijual oleh Khalid “Gereja” Samad dan Rodziah dalam majlis perbincangan dengan penduduk Seksyen 23. Memandang penganut Hindu berselerak diseluruh Shah Alam yang merupakan kawasan dominan Melayu, isu dekat atau jauh tidak releven.

Bila tertolak ke dinding, jelas mereka hanya mahu menyokong keputusan yang telah dibuat exco kerajaan negeri. Kedua-dua wakil rakyat Islam seolah-olah memaksa penduduk bertolak ansur dan menuduh penduduk tidak bertimbang rasa dan bersikap rasis. Ini jelas menunjukkan kedua-dua wakil rakyat mereka tidak cuba memahami sebab penentangan penduduk dan sejarah latarbelakang isu ini.

Ia bukan atas sikap rasis untuk menghalang penganut Hindu membina rumah ibadat. Bagi kawasan Melayu, Shah Alam mempunyai banyak kuil Hindu. Di sebuah Seksyen di Shah Alam, ada hampir 10 kuil-kuil kecil. Padahal penduduk India di Shah Alam hanya 5%. Seksyen 23 diduduki 400 keluarga Melayu berbanding dengan hanya 40 keluarga India. Diantara keluarga India itu, ada yang beragama Keristian dan sekeluarga beragama Islam.

Kedudukkan kuil yang mahu dibina pula hanya 100 ela jauh dari surau Seksyen 23. Tentu sekali ini tidak sesuai untuk penganut Islam dan juga penganut Hindu kelak. Tidak berapa tahun dahulu, berlaku ketagangan antara kaum di Pulau Pinang yang berakhir dengan tertumpah darah ahli-ahli PAS kerana kuil yang berdekatan dengan surau.

Meletakkan kawasan ugama berlainan bersebelahan boleh menimbulkan pencerobohan kawasan oleh suatu pihak ke atas kawasan pihak yang lain. Sensitiviti isu ini boleh merumitkan untuk diselesaikan. Ini berlaku di Shah Alam baru-baru ini apabila tanah rizab kubur orang Islam di cerobohi dan elemen kongsi gelap terlibat mempertahankan kawasan yang dicerobohi. Pihak DAP boleh menuntut kubur itu dipindahkan pula.

Sebelum menawarkan kawasan Seksyen 22, kerajaan BN dahulu menawarkan kawasan di Seksyen 18 dimana terdapat kuil-kuil Hindu lain. Rumah YB Rodziah, dikatakan berdekatan dengan kuil ini. Rupanya ia tidak bersesuaian dengan amalan penganut Hindu. Ini yang kerajaan BN mencadangkan dipindah ke kawasan Seksyen 22.

Setelah dipersetujui, penganut Hindu minta ianya dilakukan selepas Pilihanraya Umum 2008. Kalahnya BN memberi mereka peluang untuk menuntut pelbagai macam tuntutan.

Banyak lemak
Persitiwa banyak lemak penganut Hindu bukan pertama kali berlaku. Ini menyingkap kembali peristiwa kuil Seri Mahamariamman di kawasan setinggan Taman Rimba Jaya. Dato Seri Samy Velu ‘menikam belakang’ MB Selangor ketika itu, Dato Seri Dato Khir Toyo hingga menjadi salah satu penyebab BN Selangor tumpas.

Pihak MBSA telah diberi kuasa mahkamah selama 3 tahun untuk merobohkan rumah-rumah setinggan, surau dan kuil. Penduduk telah diberitahu supaya berpindah dan ditawarkan pelbagai tawaran.

Samy Velu sendiri telah beberapa kali meminta Khir Toyo untuk memujuk MBSA untuk menunda perobohan dan permintaan terakhir adalah dirobohkan kuil selepas perayaan Deepavali baru 2007.

Apabila sampai masa untuk merobohkan, Samy Velu telah memainkan sentimen perkauman untuk menyalahkan Khir Toyo. Pihak pembangkang dan aktivis haluan kiri turut memihak kepada setinggan dan penganut Hindu. Hindu Sangam ikut memberi helah pihak kerajaan negeri tidak pernah diberi notifikasi dan memerlukan sedikit masa untuk melakukan istiadat tertentu.

Padahal penduduk telah mengetahui dan membuat injunksi mewakilkan firma peguam Speaker DUN sekarang, Teng Chang Khim. Mahkamah telah menolak injunksi penduduk pada 3 Oktober 2007 dan penduduk diberitahu berpindah melalui firma Speaker DUN sekarang, Teng Chang Khim pada Oktober 19.

Mereka masih cuba berdalih meminta ke akhir Disember 31hb tetapi tidak dipersetujui lagi oleh MBSA. Pada Oktober 31hb, surau dirobohkan tanpa ada sebarang masaalah. Tetapi pelbagai kerenah dilakukan oleh pihak pembangkang apabila melibatkan kuil Hindu. Bukanlah kerajaan tidak ada merancangkan pengantian dan perpindahan untuk kuil itu.

Ini hanya menunjukkan masaalah dan dolak dalik yang sering ditimbulkan oleh penganut Hindu setiap kali sebarang usaha untuk menyelesaikan kuil-kuil haram yang mereka bina sesuka hati dimana saja “ada pokok besar.”

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi, pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri tetapi kini diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh ahli politik, khususnya Dr. Xavier Jayakumar.

Masaalahnya Pakatan Rakyat terlalu memberi muka dan membiar mereka banyak lemak. Amalan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini sudah tapat. Mereka cuba melayan sangat puak-puak minoriti hingga pihak majoriti dipaksa korbankan. Ini hanya menunjukkan kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir.

Rasalah penduduk Shah Alam, ini yang anda pilih.
Shah Alam yang merupakan bandaraya moden dan tersusun berkonsepkan Melayu kini menjadi caca marba dan kelam kabut. Dahulu tiada tetapi kini sudah ada rumah urut, arak boleh dijual dengan mudah, kuil-kuil berselerak di kawasan perumahan Melayu, dan entah apalah dibawa masuk. Semua sebab ahli politik Melayu dalam Pakatan Rakyat bermain politik tanpa ada batas dan had hingga kini memakan diri.

Mulut sudah terlepas, mahu tidak mahu Pakatan Rakyat terpaksa melayan kerenah penganut Hindu ini




Bookmark and Share


Noh Omar cabar buktikan UMNO dalang demo kepala lembu


Pemimpin PAS yang bising-bising tuduh UMNO jadi dalang ‘demo kepala lembu’ di depan bangunan ibu pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam , Jumaat lalu dicabar membuktikan siapa pemimpin UMNO yang terbabit.

Jika tidak mampu membuktikan, maka pembangkanglah ‘hantu’ disebalik demo tersebut kerana demonstrasi adalah cara pembangkang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar.

Beliau juga bertanya pemimpin PAS terutama Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad apakah mereka pernah ke tempat cadangan kuil seperti diputuskan kerajaan Selangor.

“Saya tak boleh terima kalau kata UMNO (dalang demonstrasi)..apa juga isu nak alih kepada UMNO..saya nak cabar cakap siapa dibelakang..nak cabar Mahfuz, dia pergi tak tempat itu, jangan tahu tuduh-tuduh orang lain,” katanya.

Noh memberitahu Agendadaily demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS itu serta ahli parlimen Shah Alam yang menuduh UMNO terbabit demonstrasi mengarak kepala lembu yang masih berdarah di depan SUK, lepas solat Jumaat lalu.

“Jangan tunding jari pada pihak lain..saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 di Dataran Parlimen, Isnin..


Bagaimanapun, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak di luar negara, Noh turun padang dan tengok sendiri tempat yang hendak dibina kuil sehingga mencetuskan isu.

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama, tiada pihak boleh menghalang pembinaan rumah ibadat.

“Saya terperanjat bila penduduk curah isi hati dan kata dah hantar memo pada Menteri Besar, ahli parlimen serta Adun tetapi tetapi tiada maklum balas. Mereka cukup marah ketika itu dan dakwa kerajaan negeri tidak patut benarkan bina kuil dalam kawasan melayu,” ujarnya.

Menurut Noh, penduduk di Seksyen 23 itu tidak menghalang pembinaan kuil tetapi tmepatnya biarlah sesuai.

Beliau juga hairan kenapa kerajaan campuran di Selangor tidak mendirikan kuil itu di lot yang sudah disediakan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini di Seksyen 18.

Noh berkata, beliau sendiri menasihatkan penduduk terbabit menyelesaikan masalah itu ikut undang-undang termasuk mendapat perintah mahkamah menghalang pembinaan tersebut.

“Saya kata pada mereka, jika tak puashati, jangan letak undang-undang di tangan sendiri..jangan ikut stail pembangkang, mereka rasa nak atasi undang-undang..buat demo jika tak puashati atau langgar arahan pihak berkuasa,” katanya..

Katanya, perkara itu jadi kecoh sebab kerajan negeri bongkak rasa merekalah yang berkuasa.

“Mereka persetankan semua rayuan rakyat menyebabkan mereka kini bangkit..dan bila jadi macam ini, mereka salahkan UMNO untuk tutup malu,” tegas beliau.

Mengenai kegagalan Exco PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang bertangugngjawab hal ehwal agama dan adat resam menangani isu itu, Noh berkata, PAS Selangor hanya mampu diam kerana mereka penumpang bas.

“Mereka bukan pemandu.(dalam kerajaan PKR,DAP dan PAS)..pemandu di Selangor adalah DAP..PAS penumpang..mana boleh cakap bnanyak..nanti kena halau keluar bas,” sindirnya.

Katanya, Dr Hasan hanya jaga kepentingannya dan tidak sehebat pemimpin DAP di Kedah yang sanggup keluar pakatan dalam isu pusat sembelih babi di negeri itu.

Sehubungan itu, Noh mahu kerajaan negeri mendengar bantahan penduduk melalui pendengaran awam dan selesaikan isu itu bukan menunding jari kepada pihak lain



Bookmark and Share