Kenaikan harga petrol dan diesel mulai Khamis lalu pastinya membuatkan para pemandu dan penunggang terdiam sejenak, mencongak-congak kaedah atau cara paling efektif untuk menghadapi beban lonjakan harga emas hitam tersebut.
Walaupun keadaan seperti ini bukan pertama kali berlaku, namun masih ramai pengguna kenderaan masih belum melaksanakan secara aktif dan agresif segala kaedah untuk mengurangkan belanja pembelian minyak.
Dalam halaman Enjin minggu ini, penulis cuba berkongsi kaedah dan cara yang difikirkan paling efektif, mampu dilaksanakan dan berkesan agar poket tidak terlalu nipis sebelum akhir bulan akibat belian yang terlalu tinggi untuk mengisi perut kenderaan menerusi perubahan sikap dan kemampuan teknologi.
Antara yang paling mudah untuk dilakukan ialah jangan memandu secara agresif, berlumba-lumba dan terkinja-kinja terutama ketika berhenti di lampu isyarat atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan meletakkan kenderaan di tempat yang teduh.
Jangan memecut sesuka hati dan mengehadkan kelajuan pada paras had yang ditetapkan sama ada di jalan negeri, persekutuan atau lebuh raya kerana semua maklum mengenai peningkatan revolusi per seminit (rpm) akan menjana kenaikan tahap pembakaran.
Selain itu, kurangkan jumlah barang atau muatan dalam kenderaan agar kenderaan menjadi ringan dan tidak memerlukan bahan bakar yang banyak untuk membolehkannya bergerak serta memastikan angin dalam tayar kenderaan sentiasa berada pada tahap yang optima.
Barang-barang seperti buku dan dokumen perniagaan, fail cukai pendapatan, alat memancing, beg golf, komponen alat ganti, surat khabar lama dan segala macam khazanah perlu ditinggalkan di rumah atau di kitar semula sahaja.
Kalau boleh kurangkan juga pemasangan penghawa dingin terutama ketika waktu malam yang boleh membantu menjimatkan pembakaran minyak kerana selain menjimatkan minyak, langkah ini turut membantu memelihara alam sekitar menerusi pelepasan karbon.
Rancang juga perjalanan anda terutama ketika balik kampung atau pergi bercuti, cuba elakkan pemanduan di kawasan yang sesak, jalan raya yang sedang dalam pembinaan dan berbukit agar masa menjadi lebih singkat dan jimat minyak.
Pada masa yang sama, kurangkan komitmen untuk memandu dengan memilih untuk berjalan ke destinasi yang dekat seperti kedai atau restoran selain menggunakan medium pengangkutan lain seperti basikal.
JadualPemandu juga dinasihatkan melakukan servis kenderaan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan kerana enjin yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan kos bahan bakar sehingga sehingga 50 peratus.
Tukar air filter sebelum ia menjadi kotor dan gunakan minyak enjin yang asli dan bersih dan ditukar setiap tiga hingga lima ribu batu selain memastikan gas cap ditutup dengan ketat sehingga bunyi klik kedua.
Langkah berkongsi kereta ke destinasi tempat kerja yang sama atau car pool memang boleh menjimatkan minyak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas sesuatu kawasan, misalnya bandar raya Kuala Lumpur apabila tiba waktu puncak.
Kempen kongsi kereta ke tempat kerja selama ini gagal dilakukan kerana faktor sikap dan mempunyai agenda kehidupan yang berlainan selain selesa dengan keadaan bersendirian di dalam kereta sendiri, namun kini ia mungkin tidak sesukar dahulu dalam keadaan semasa.
Selain mengamalkan sikap yang betul dalam menyelenggara dan corak pemanduan, kecanggihan teknologi pada hari ini juga boleh membantu mengurangkan belanja minyak.
Antara yang popular ialah pemasangan tangki gas asli iaitu penggunaan gas asli sebagai ganti bahan api petrol walaupun harga gas itu lebih kurang minyak petrol tetapi mampu memberi pemandu lebih kilometer kerana ketumpatannya.
Namun, kelemahan gas asli di negara ini pada masa sekarang ialah kos pemasangan yang agak mahal bergantung kepada jenis kereta yang dipandu kerana semakin tinggi teknologi kenderaan yang dipandu, maka semakin rumit jugalah sistem pendawaian yang menjurus kepada peningkatan kos pemasangan tangki gas asli sepenuhnya.
Pada masa yang sama, ruang bonet kenderaan akan menjadi terhad kerana saiz tangki gas asli yang agak besar akan memenuhi sebahagian besar ruang.
Industri automotif negara juga sudah mula menerima kemasukan kereta-kereta dengan enjin hybrid yang direka bentuk untuk kecekapan penggunaan minyak dan aliran rendah
Showing posts with label Petroleum. Show all posts
Showing posts with label Petroleum. Show all posts
Wednesday, August 6, 2008
Tuesday, July 8, 2008
Protes Minyak: Kesal aksi londeh seluar
APABILA menyaksikan rakaman persembahan dan membaca berita Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat, saya terkejut melihat aksi tidak senonoh dan tidak beradab yang tidak sesuai ditontoni oleh kaum wanita, kanak-kanak dan tok-tok Lebai. Aksi "ala-ala manusia yang tidak bertamaddun" boleh dilihat disini:http://www.youtube.com/watch?v=5SlGqyIPT88
Aksi londeh seluar, tunjuk pusat dan tunjuk punggung yang dipamerkan, sudah tentu mencemar matlamat perhimpunan hendak menurunkan harga barang keperluan.
Mereka memprotes persembahan Ella dan Mas Idayu sempena satu perlawanan bola sepak yang dikatakan agak lucah tetapi sebaliknya lebih lucah lagi mempamerkan punggung lelaki.
Mereka memprotes persembahan Ella dan Mas Idayu sempena satu perlawanan bola sepak yang dikatakan agak lucah tetapi sebaliknya lebih lucah lagi mempamerkan punggung lelaki.
Apabila diamati senikata dan laungan artis tertentu jemputan Pakatan Rakyat, mereka mewakili kumpulan yang hilang arah.
Mengapakah orang-orang Pas dalam Pakatan Rakyat membenarkan persembahan liar itu sebaliknya membantah konsert Ella dan Mas Idayu?
Inilah yang selalu disebut ' kecelaruan berfikir' atau 'fikiran bercelaru.' Pakatan Rakyat seharusnya peka dengan nilai budaya dan agama. Untuk jadi pemimpin kita bukan berkendakkan undi dan sokongan sahaja tetapi meletakkan nilai-nilai yang baik di tempatnya dan menyingkirkan nilai-nilai buruk walaupun nilai-nilai buruk itu dianuti oleh penyokong-penyokong kita.
Perhimpunan itu tiada nilai apa-apa, hanya majlis menghentam kerajaan dan kepimpinan negara. Warga kota janganlah terikut-ikut dengan perhimpunan-perhimpunan seperti itu yang diadakan dari siang sampai malam.
Lebih baik masa yang ada digunakan untuk rekreasi dan riadah bersama keluarga. Adalah lebih baik masa yang terluang digunakan untuk meningkatkan ekonomi atau mengeratkan silaturahim antara anggota masyarakat. Jauhkanlah pertunjukkan 'londeh' seluar dan 'tunjuk punggung' yang menjijikkan itu.
Kenaikan harga barang harus ditangani dengan usaha berjimat cermat dan meningkatkan pendapatan kita, bukan terjerit-jerit sepanjang hari menyaksikan pertunjukkan yang memualkan. Pakatan Rakyat bukan pembangkang di beberapa negeri termasuk Selangor, ia sudah menjadi kerajaan.
Ia tidak perlu lagi terjerit-jerit di perhimpunan seperti itu. Tanggungjawab Pakatan ialah memakmurkan rakyat sesuai dengan janji-janji pilihan raya yang mereka taburkan.
Janganlah asyik bersyarah sahaja, jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)