Showing posts with label Hindraf. Show all posts
Showing posts with label Hindraf. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Hindraf kecewa sikap Pakatan Rakyat?

Dari MStar:
Harapan Hindraf terhadap Pakatan berkecai - Uthayakumar
KECEWA... Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar dengan berlatarbelakangkan buku beliau berjudul Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang menggariskan perjalanan wawasan politik pihaknya selepas ia diharamkan tahun lalu dan lima pemimpin Hindraf dibebaskan baru-baru ini. Buku itu dilancarkan di Klang pagi tadi. Beliau juga mengumumkan penubuhan Parti Hak Asasi Manusia. AP


KLANG: Harapan terhadap PKR, DAP dan PAS berkecai! Ini sebahagian daripada luahan perasaan pemimpin pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar dalam tulisannya yang dikeluarkan dalam bentuk buku setebal 114 halaman hari ini.


Kata beliau, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu kini mula mengabaikan kepentingan masyarakat India kerana dilihat sudah tiada kekuatan politik.


"Inilah hakikat politik yang kita lalui sekarang," kata beliau dalam bukunya bertajuk Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang dilancarkan sempena pengumuman penubuhan Parti Hak Asasi Manusia.


Kandungan buku itu dihasilkan ketika beliau berada dalam tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 514 hari di Kamunting, Taiping.


"Adalah jelas dan ketara bahawa apa yang PKR, DAP dan PAS mahukan daripada kita ialah hanya undi semata-mata.


"Ahli politik adalah ahli politik! Sejauh mana bezanya lima kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS berbanding bekas kerajaan negeri diterajui Umno ataupun kerajaan pusat Umno bagi (kepentingan) masyarakat India?" katanya.


Beliau memuatkan kekecewaan dengan prestasi Pakatan Rakyat yang didakwa tidak membantu masyarakat India dalam 10 halaman.


Katanya, selepas pilihan raya umum 2008 ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang sepatutnya dilihat sebagai "parti pelbagai kaum" telah mengabaikan kepentingan masyarakat India.


"Kini kita berhadapan dengan keadaan sebenar dan sudah bersedia untuk bercakap mengenai realiti politik.


"Kita perlu berhadapan dengan fakta ini. Sebagai contoh salah satu daripada 18 perkara yang dituntut ialah kesemua 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kuil, krematorium, lokasi pengebumian dan kawasan setinggan diduduki masyarakat India diberikan tanah kerajaan dan diwartakan dengan sewajarnya," katanya sambil menambah, keadaan sebaliknya berlaku sekarang.


Tambah beliau, "nampaknya PKR, DAP dan PAS tidak berminat untuk menyelesaikan mana-mana perkara yang dituntut itu walaupun beberapa bidang terletak seratus peratus di bawah kerajaan negeri". Hindraf mengadakan perhimpunan di ibu negara dalam usaha mengetengahkan 18 tuntutan itu pada 25 November 2007 - lima bulan sebelum pilihan raya umum ke-12.


Gelombang kemarahan itu digunakan sebagai modal kempen oleh Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan dilihat telah menyumbang kepada prestasi baik pembangkang yang menawan lima kerajaan negeri dan menidakkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Sunday, July 12, 2009

Tuntutan kurang ajar minta status bumiputera


MENGGUNAKAN gagasan 1Malaysia untuk menuntut taraf bumiputera untuk bukan Melayu sememangnya tidak masuk akal atau boleh saja dikatakan hilang akal.


Juga ketara benar orang yang membuat tuntutan sedemikian rupa menggunakan segenap ruang yang ada untuk memanipulasi gagasan yang ditonjolkan kerajaan.
Matlamat 1Malaysia bukan untuk menyamaratakan segala-galanya yang ada di negara ini. Gagasan itu juga tidak bertujuan mengubah segala persetujuan yang telah dimeterai oleh kaum-kaum di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.


Sebaliknya gagasan itu merupakan satu lagi platform untuk menggembleng sokongan padu rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama kerajaan menjayakan dasar pembangunan negara.


Gagasan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bertujuan memastikan keserasian antara kaum yang wujud sekarang ini berjaya dikekalkan.


Justeru apabila
suara M. Manoharan berkumandang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menuntut status Bumiputera dikurniakan kepada bukan Melayu bersandarkan alasan 1Malaysia, ia semestinya di luar logik akal.

Tuntutan seumpama itu juga mencerminkan kedangkalan fikiran si penuntut. Dia hanya tahu mengaitkan gagasan pemimpin nombor satu negara dengan tuntutan bukan-bukan sehingga boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara.
Tindakan sedemikian juga boleh saja mengelirukan gagasan 1Malaysia yang kini dilihat oleh segelintir pihak kononnya untuk melenyapkan agenda bumiputera dan menjadikannya agenda nasional tanpa ada batasan kaum.


Seolah-olah 1Malaysia akan menghapuskan keistimewaan bumiputera dan segala-galanya akan diberi sama rata.


Sedangkan hakikatnya status bumiputera hanya dimiliki kumpulan tertentu - Melayu dan golongan pribumi dengan sedikit keistimewaan diperuntukkan kepada mereka.


Keistimewaan itu kekal begitu selamanya - jika pun tiada pengurangan, tiada juga tokok tambah sehingga mampu menggusarkan bukan bumiputera di tanah air yang bernama Malaysia ini.


Tidak juga keistimewaan yang kini diimbangi oleh pengenalan dasar-dasar baru yang mampu melukai hati bukan Melayu sehingga mewajarkan mereka untuk menuntut diberi status yang sama.


Hakikatnya bumiputera tetap bumiputera. Selepas berkorban mengetepikan kepentingan diri dengan menerima kaum-kaum lain sebagai saudara senegara, kini status Bumiputera ingin dikongsi?


Semestinya tuntutan yang boleh saja dirumuskan sebagai kurang ajar dan tidak sedar diri itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apatah lagi episod tuntutan itu dikaitkan dengan arahan pemakaian songkok pada sidang DUN.


Paling dikesali apabila terlontar dari mulut bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu orang bukan Melayu merasakan hak mereka dalam perkara tertentu diketepikan berikutan taraf bukan bumiputera itu.


Hak apa yang diketepikan? Dalam aspek mana bukan bumiputera dipinggirkan? Jika benar taraf bukan bumiputera menghalang mereka mendapatkan hak tertentu, atas dasar apakah bukan bumiputera tidak boleh meneruskan kelangsungan hidup di negara ini?


Atas alasan apa jugakah penguasaan ekonomi di negara ini menyaksikan pegangan bukan bumiputera mengatasi bumiputera?


Adakah kerana status bukan bumiputera? Atau kemuliaan hati kerajaan yang diterajui bumiputera menyebabkan mereka kini 'memijak' bumiputera yang kononnya sarat dengan pelbagai keistimewaan sehingga tertinggal jauh di belakang?


Pengenalan biasiswa nasional misalnya membuka ruang yang sama rata kepada pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.


Begitu juga agenda pembangunan ekonomi yang tidak membataskan kaum selain bidang pendidikan yang memberi layanan sama rata kepada semua kaum.
Manoharan mesti menyelak teks sejarah atau meneliti Perkara 153 Perlembagaan dan lain-lain peruntukan yang terkandung di dalamnya.


Cukuplah menyentuh hati orang Melayu yang dengan rela hati berkongsi hak dan kepentingan yang sepatutnya dinikmati bersendirian secara bersenang-lenang.
Sedarlah kaum bukan Melayu tidak pernah dilayan berasingan jauh sekali dipinggirkan.


Buka mata dan pandang sekeliling. Jika kaum India masih ada yang merempat di ladang-ladang, orang Melayu tidak kurang dihimpit lara di pedalaman.


Jika bukan Melayu muncul sebagai orang terkaya, kaya raya dan kaya, di mana pula kedudukan Melayu yang begitu 'istimewa' hanya kerana status bumiputeranya!



Bookmark and Share

Wednesday, May 20, 2009

Kurang ajar punya HINDRAF!

Usah layan kerenah Hindraf, hentikan pendekatan lembut

KATA dua kepada kerajaan? Bunyinya memang lucu, apatah lagi jika amaran itu dibuat oleh sebuah pertubuhan haram. Namun itulah lagak Hindraf ketika ini. Semakin dibiarkan, ia semakin besar kepala. Malah ia merasakan semakin mendapat sokongan.

Ketika pelbagai pihak memerah otak untuk mencari jalan menyemarakkan kembali perpaduan antara kaum, pertubuhan itu sekali lagi cuba tampil sebagai perosak.
Hindraf merasakan mereka hebat. Padahal mereka sebenarnya "entah siapa-siapa".


Ia diketahui umum sebagai pertubuhan haram yang cuba menjadi 'wira' kepada penduduk India. Namun percaturan mereka ternyata silap kerana 'memperjuangkan' elemen yang boleh mencetuskan keresahan kaum.

Kata dua yang diberikan kepada kerajaan untuk menarik balik arahan kepada P. Uthayakumar menunjukkan keangkuhan pertubuhan itu. "Amaran" tersebut membuktikan Hindraf merasakan mereka hebat.

Namun sejauh mana 'kehebatan' mereka? Adakah mereka mampu mengatasi undangundang? Adakah kerajaan akan membiarkan mereka merosakkan keharmonian negara?




Jawapannya sudah pasti tidak! Majoriti rakyat juga menolak pertubuhan itu. Termasuklah juga majoriti kaum India yang cuba 'diwakili' oleh Hindraf. Lagi-lagi Hindraf! Rakyat sudah bosan dengan kerenahnya.

Dan kelmarin, ungkapan "siapa dia nak bagi-bagi amaran?" yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memang amat tepat untuk pertubuhan itu. Sesuai dengan ungkapan tersebut, kerajaan dan pihak polis mesti bertindak tegas dan pantas.

Pengaruh Hindraf - sekiranya ada - perlu dibendung segera.
Mesej lebih jelas perlu diberikan kepada golongan yang tidak tahu "berterima kasih" itu.


Namun yang paling penting, jangan sesekali mengikut rentak pertubuhan itu. Usah dilayan kerenah mereka.


Jangan lagi guna pendekatan berlembut. Usah lagi beri amaran. Ia sudah acap kali dilakukan. Namun amaran-amaran itu tidak pernah berbekas di hati para pemimpin dan ahli pergerakan haram tersebut.


Jadi, kini adalah masa untuk bertindak. Jika mereka melanggar peraturan, kenakan tindakan tegas. Jangan lagi wujud elemen tolak-ansur. Masa untuk itu rasanya sudah berakhir. Apa lagi kompromi yang boleh ditawarkan kepada golongan yang sanggup memberi kata dua kepada kerajaan?


Sampai bila kerajaan perlu melayan desakan yang diiringi ugutan? Seandainya semua desakan perlu dilayan, bilakah agenda untuk rakyat majoriti boleh dijayakan?


Sudah tiba masanya untuk memberi pengajaran kepada Hindraf. Hentikan kerenah buruk mereka.


Jika tahanan ISA adalah jawapannya. Lakukan sahaja. Jangan dikira bantahan mereka yang tidak mahukan ISA. Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan.
Sekiranya negara huru-hara, kerajaan dan pihak polis yang bakal dipersalahkan.


Maka, sebelum "nasi menjadi bubur", bertindaklah segera. Jangan tunduk kepada Hindraf.

Friday, April 3, 2009

'Hari ini perintah, esok Hindraf bebas', janji Anwar

Macam-macamlah yang dijanjikan Anwar. Nampaknya sanggup membelakangkan undang-undang demi untuk kepentingan peribadi. Ini juga membuktikan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan keganasan politik untuk mencapai cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.

Anwar pernah berbohong mengenai isu kenaikan harga minyak dan sekarang mempolitikan banduan sebagai modal meraih undi dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak, 7 April ini. (lihat gambar poster diatas semasa P/Raya Permatang Pauh).

Janji palsu Anwar merupakan kenyataan berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengancam ketenteraman awam. Dia boleh halalkan apa sahaja untuk kepentingan politik, termasuk berjanji akan bebaskan banduan HINDRAF yang melakukan pelbagai kesalahan.
Ini semua janji bohong dan tidak masuk akal, sebaliknya kenyataan beliau jelas mencabar sistem perundangan dan perlembagaan negara. kenyataan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencerminkan sikap seorang diktator yang sanggup menghalalkan cara untuk kepentingan politik

Depa pakat duk pelik dengan kenyataan terbaru Penasihat PKR yang semua tahanan ISA akan dibebaskan kalau depa perintah terutamanya HINDRAF.Depa bukan pelik sebab dia nak bebaskan HIDRAF daripada ISA tetapi pelik dengan kenyataan “hari ni perintah” tu sebab setahu depa yang dengar ceramah tu semalam, bila “hari ni perintah” tu nak sampai?

Kononnya PR benci orang yang tak setia pada parti dan melompat-lompat ni hingga boleh jatuhnya kerajaan PR Perak..tapi hari ni dia cakap pasai PR perintah pulak..macam mana nak perintah kalau tak dak katak lompat?


Mungkin jugak depakata DSAI berjanji awal-awal untuk PRU13 nant supaya dia tak lupa! Depa pun kata yang awatlah DSAI kaitkan pembelaan HINDRAF dengan UMNO?selama ni PR bela sangat ka nasib orang Melayu?asyik duk bela HINDRAF saja..rupa-rupanya DSAI ni pun flip flop jugak macam kawan 1 negeri dia tu..


'Hari ini perintah, esok Hindraf bebas', janji Anwar

SUNGAI PETANI: Setelah menjanjikan penurunan harga minyak selepas membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini menjanjikan pembebasan tahanan Hindraf untuk memikat pengundi India, kaum kedua terbesar di Bukit Selambau.
Jumlah pengundi di Bukit Selambau adalah seramai 35,140, iaitu terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 28 peratus India, 20 peratus Cina dan dua peratus terdiri daripada kaum-kaum lain.
Berucap dalam ceramah di Taman Kelisa Ria malam tadi, ketua pembangkang itu berkata, pakatan pembangkang tidak melihat isu itu dari sudut perkauman, sebaliknya berpegang kepada prinsip keadilan untuk semua.

Thursday, January 15, 2009

Hindraf masih belum serik


BIARPUN beberapa orang pemimpinnya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun pemimpin tertingginya yang lain masih belum serik memanipulasi pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan.


Terkini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan kelmarin membidas tindakan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorty yang menyebarkan fitnah bahawa kerajaan Malaysia telah bertindak zalim terhadap masyarakat India dan merobohkan kuil-kuil Hindu.


Tanpa mempedulikan benar atau tidak, pada masa yang sama beliau turut menyeru kerajaan India mengadakan sekatan perdagangan terhadap Malaysia dan menghentikan segala projek yang diberikan kepada syarikat di negara ini.


Nampaknya sekali lagi Hindraf cuba bermain api dengan berusaha mencetuskan kembali isu perkauman.


Selepas berlakunya dua perhimpunan haram pada 2007, banyak pihak mula menyuarakan rasa gusar dan bimbang dengan perkembangan dalam negara.
Hindraf telah menjadikan perhimpunan haram sebagai satu trend untuk meluahkan rasa marah dan ketidakpuasan hati mereka terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.


Sekian lama Malaysia dikenali sebagai sebuah negara demokrasi yang sentiasa mementingkan keamanan dan kemakmuran rakyatnya, dengan adanya fitnah sebegini sedikit sebanyak boleh mencalar hubungan antara etnik yang ada di negara ini.


Selama ini juga keharmonian dan hubungan erat antara kaum tidak pernah tergugat walaupun ada asakan pihak-pihak luar yang tidak senang dengan kemakmuran yang kita pelihara. Rakyat Malaysia tetap bersatu kerana dengan perpaduan sahajalah kita mampu bangkit menjana kekuatan dan pembangunan negara secara berterusan.


Hindraf tidak sepatutnya bertindak untuk menjadi jaguh kaum India. Walaupun India adalah antara kaum minoriti di negara ini, namun mereka tidak pernah disisih daripada menikmati apa jua tempias pembangunan negara dalam pelbagai aspek.


Jika bersebabkan kaum India yang agak ketinggalan dalam aspek ekonomi, maka amat tidak wajar Hindraf mengangkat isu keagamaan seperti arahan merobohkan kuil-kuil hindu sebagai alasan kerana ia hanya akan membangkitkan kemarahan kaum India kepada kerajaan.

Kepada Hindraf, ingatlah bahawa negara yang kuat dan utuh adalah negara yang mempunyai rakyat bersatu padu dan sentiasa bersama-sama membangunkan bangsa dan negara.


Warganegara yang bersatu dan sentiasa mementingkan perpaduan sukar digugat dan sama sesekali tidak akan gentar dengan pelbagai ancaman atau ugutan pihak musuh.


Bagi mencapai status negara kuat dan utuh ini, tidak ada kaedah lain yang perlu dilakukan kecuali dengan bersatu.


Fitnah dan syak wasangka hanya akan mengundang perpecahan, persengketaan, pergaduhan dan pertelingkahan dan membawa kepada kehancuran. Bukan saja kepada negara itu, malah seluruh rakyat dan bangsanya.


Perpecahan hanya akan memberi peluang dan ruang kepada musuh untuk melaga-laga dan menghancurkan bangsa sesebuah negara itu.


Musuh tidak mengintai kelemahan sesebuah negara berdasarkan sudut tertentu saja, tetapi dalam banyak lagi elemen lain yang dikira boleh menguntungkan mereka.


Justeru, dalam konteks negara kita, seluruh penduduk berbilang bangsa dan agama perlu bergandingan bagi mengukuhkan perpaduan dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam kesamarataan memiliki ekonomi, politik, budaya dan sosial.


Biarpun mutakhir ini wujud suasana kurang selesa khususnya aspek persefahaman, namun perpaduan tidak pernah rapuh walaupun sudah ada unsur dan pengaruh yang cuba membangkitkan isu perkauman yang boleh membawa perpecahan.


Justeru, bertindaklah melalui saluran yang betul atas apa jua isu amat perlu bagi mencari penyelesaian terbaik. Ini kerana hanya dengan mengekalkan persefahaman sahaja perpaduan sebenar akan mampu dijelmakan.

Saturday, October 4, 2008

Hindraf buat hal di pagi Raya.

Hari ini penulis dikejutkan dengan berita yang tidak enak yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. Berita ini bertajuk "Hindraf keterlaluan".........Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi.
Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.
Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.
“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata Shanti.......
Penulis juga telah menerima komen daripada saudara Hasri, pembaca blog ini. Di sini penulis sertakan komen beliau :-....SAYA PUN TUNGGU DI DEPAN TV. MENANTI BERITA DI DALAM BULETIN UTAMA (TV3@8PM). SEDANG RANCAK PEYAMPAI BERITA MENYAMPAIKAN BERITA MENGENAI SAMBUTAN HARI LEBARAN, TIBA-TIBA TIMBUL BERITA YG KURANG ENAK IAITU TERDAPAT SEKUMPULAN AHLI HINDRAF INGIN MENGADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DI MAJLIS RUMAH TERBUKA BELIAU.SERAMAI 1000 ORG AHLI HINDRAF YG HADIR UNTUK MEMBUAT KACAU DI RUMAH TERBUKA PM. TUJUAN KEHADIRAN MEREKA BAGI PERLEPASAN KEPALA-KEPALA SYAITAN DI DALAM HINDRAF YG DIKENAKAN TAHANAN ISA. PERBUATAN MEREKA AGAK BIADAP & KURANG AJAR APABILA MEGANGGU MAJLIS SEMPENA HARI RAYA.PERBUATAN SEPERTI INI, PERLU DI AMBIL TINDAKAN DENGAN KADAR YG SEGERA KERANA PERBUATAN MEREKA BUKAN SAJA MEMALUKAN & MALAH AKAN MENIMBULKAN KEMARAHAN KEPADA UMAT ISLAM KERANA HARI RAYA INI MERUPAKAN SUATU HARI KEMENANGAN BAGI KITA. TEPAT MEREKA INI DI GELAR KETURUNAN PARIA..SAYA INGIN INGATKAN KEDAPA SEMUA, JANGAN CUBA BERMAIN API. PADAHNYA AKAN DI TERIMA ON THE SPOT. PERKARA SEPERTI INI ORANG MELAYU TIDAK AKAN TUNDUK.TETAPI SAYA AMAT HAIRAN KENAPA, PADA MASA TAMPUK PEMERINTAHAN TUN PERKARA SEPERTI INI TIDAK BERLAKU. KITA HIDUP DI DALAM KEADAAN HARMONI. PELBAGAI MASALAH YANG BERLAKU KETIKA PEMERINTAHAN TUN DITANGANI VERY SMOOTHLY..
Penulis tidak sempat untuk menonton berita semalam. Tetapi, jika benar berita yang kita dengar ini sebegitu buruk dan kurang ajar, Hindraf patut di kutuk sekeras-kerasnya. Menurut Wikipedia,Hindraf ialah singkatan bagi Pasukan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindu Rights Action Force.Pada 6 Disember 2007 ,kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar.Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan. Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur (klik di sini untuk bacaan seterusnya....)

Objektif HINDRAF
Hindraf tidak dapat menerima tindakan Empayar British yang membawa buruh murah dari benua kecil India ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang. Dari generasi pertama lagi mereka mendapat layanan buruk di ladang-ladang. Selain itu, di bawah kerajaan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Hindraf merasakan hak mendirikan kuil masih diabaikan. Isu pendidikan, hak asasi manusia, kebajikan dan taraf kerakyatan warga minoriti India hendaklah diperbaiki.

Penganut Hindu membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka masih bekerja di ladang-ladang sebagai penoreh getah. Segelintir terlibat dalam sektor perniagaan. Penganut Hindu ini telah membina kuil-kuil pelbagai saiz dan bentuk di ladang-ladang dan di tepi-tepi jalan raya sejak kedatangan mereka ke Malaysia 150 tahun lalu.[2] Banyak ladang-ladang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan seperti jalan raya, lebuh raya, taman perumahan, kawasan perindustrian dan sebagainya. Akhirnya kuil Hindu terpinggir di tepi-tepi jalan raya. Walaupun saiz kuil-kuil ini kecil dan nampak baru dibina dan diperbesarkan tetapi telah berusia ratusan tahun tetapi kebanyakannya masih tidak pernah berdaftar.

Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M.Manoharan (Pengerusi), P.Uthayakumar, K.Ganghadaran, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S.Ganapathi Rao
Persoalannya ialah apakah benar Hindraf digerakkan oleh gengster-gengster dari kongsi-kongsi gelap?
Jika melihatkan
mode operandi Hindraf, ianya tidak mustahil.

Saturday, May 17, 2008

HINDRAF: P Uthayakumar is a BIG LIAR

HINDRAF: P Uthayakumar is a BIG LIAR

P Uthayakumar is a liar, a cheat and a coward. If those atrocious allegations were true, where is the proof? Witness testimonials? And to call the Malaysian Government a terrorist Muslim coalition? In a letter to Gordon Brown? Too much la dey! And for what HE DID THAT ? So that Uthayakumar can seek political asylum in the UK where he can pretend he’s English. What a retard. Hello my ministers FU Ah Kiow, Nazri Aziz and Samy V to arrest this P Uthayakumar under the ISA. Cause if anyone deserved the ISA, it would have been this guy right here. I support freedom of speech. I don’t support freedom of lying. And this guy’s a liar. While I respect them for their rights, but I think this is a wrong message. I really think the below words/sentences are not correct: Islamic extremist, ethnic cleansing , crimes against own ethnic minority Indians, armed terrorists.

HINDRAF TIDAK PAHAM SEJARAH MALAYSIA
Pemimpin HINDRAF sebenarnya hanya pandai meniupkan sentimen perkauman dan agama dalam menjadi hero memperjuangkan masyarakat India. Masyarakat Intelek , pemimpin-pemimpin Politik, Agama dan Koprat INDIA menolak sama sekali budaya demonstrasi jalanan dan budaya ugut yang dieksploit oleh pemimpin HINDRAF yang sebenarnya mahu menggunakan platform perjuangannya untuk mendapatkan kerusi politik di parlimen bukan melalui sistem demokrasi iaitu Pilihanraya.
ITU LAH SEBENARNYA MATLAMAT PEMIMPIN HINDRAF..
MEMPERKUDAKAN MASYARAKAT INDIA YANG CINTA KEDAMAIAN DENGAN MENUDUH KERAJAAN GABUNGAN MELAYU/CINA /INDIA/KAUM BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK MENGAMALKAN DASAR PENGHAPUSAN ETHNIK ( ETHNIC CLEANSING ). KERAJAAN YANG ADA MELINDUNGI ISLAMIC EXTREMIST: SEBENARNYA HINDRAF SENDIRI PELAMPAU PERKAUMAN YANG MELAMPAU .