Showing posts with label Bukit Selambau. Show all posts
Showing posts with label Bukit Selambau. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Jasa-jasa Datuk Ganesan (calun BN Bukit Selambau) di DUN N34 Lunas

Berikut adalah jasa-jasa pembangunan Bekas Wakil ADUN N34 Lunas, Kedah, Datuk Ganesan yang sekarang ini menjadi calun BN bagi DUN N25 Bukit Selambau. Beliau berjaya membangunkan Lunas seperti yang dijanjikan kepada pengundi di DUN Lunas.
Pada P/Raya 2008, beliau tidak dicalunkan.
Pada P/Raya 2004, keputusan
1. CHUA TIAN CHANG (KEADILAN) : 8,919
2. GANESAN A/L SUBRAMANIAM (BN): 13,218
Majoriti: 4,239
Persoalan utama:
Di mana pula pembangunan dan kerajaan kebajikan yang dicanangkan oleh Pakatan Pembangkang PAS, PKR dan DAP di Kedah? Mereka hanya mampu berjanji tetapi akhirnya rakyat yang tertipu. Sehingga setahun sebulan memerintah, tidak nampak langsung pembangunan yang dibawa mereka. Mereka lebih seronok berpolitik murahan dan sentiasa komplain dan membangkang tentang kerajaan BN.Porahh!! diucapkan kepada Ahli Parlimen Padang Serai GOL-BALA-Krishnan dan ADUN Lunas Radzi Saleh....
1) Penambahbaikan dan pembesaran Klinik Desa LUNAS dalam memberi perkhidmatan kesihatan percuma dan cemerlang kepada penduduk LUNAS.
Photobucket
2) Menaik taraf jalan perseketuan Lunas ke Kilang Lama yang menyaksikan penambahan kenderaan dan penduduk Lunas dan Kulim. Projek dimulakan pada November 2007 untuk menyelesaikan masalah trafik yang semakin sesak dan banjir disekitar Longwan dan Masjid Lunas

Photobucket
3) Jejantas untuk pejalan kaki yang menghubungkan Taman-taman dengan Sekolah Rendah Seri Limau, Lunas yang diharap mengurangkan kadar kemalangan dan menghalang bahaya murid-murid sekolah dan para jemaah masjid Lunas menyeberang jalan.

Photobucket
4) Membina perumahan untuk pegawai Kastam Diraja Malaysia di Jalan Paya Besar, Mukim Sungai Seluang Lunas yang mana sedia maklum bahawa Kawasan Perindustian Tinggi Kulim semakin pesat membangun.

Photobucket
5) Pembinaan penambahan blok Sekolah Rendah Seri Limau, Lunas untuk menampung penambahan murid-murid sekolah yang selari dengan penambahan penduduk dan kawasan perumahan disekitar Lunas. Pendidikan anak-anak penting untuk masa depan dan mengubah nasib bangsa.

Photobucket

6) Pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Wellesley di Pekan Lunas. Sejajar dengan kerjaan prihatin, Kerajaan BN tidak meminggirkan bangsa lain. Sekolah Tamil adalah isu yang hangat diperkatakan oleh penduduk Tamil. Atas dasar prihatin dan jiwa rakyat dan sejajar dengan matlamat pendidikan, Datuk Ganesan telah berjaya mendapat peruntukan untuk membesarkan SRJK (T) Ladand Wellesley.
Photobucket

Friday, April 3, 2009

Dr Mahathir buat sentuhan terakhir di Bukit Selambau



SUNGAI PETANI: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Selasa ini. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada jam 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi. Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.



"Tun (Dr Mahathir) akan bertemu dengan orang ramai dan memberi fokus kepada pengundi atas pagar untuk meminta mereka menyokong BN," katanya selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong di sini. Beliau berkata, Dr Mahathir juga akan mengumumkan penyertaannya semula dalam Umno dan diikuti dengan penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula Umno Bahagian Merbok. Mengenai seorang penyokong Dr Mahathir, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu dan bercadang untuk menyertai semula Umno selepas penyertaan bekas presiden tersebut, Mukhriz berkata, BN sudah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Bukit Selambau adalah untuk MIC.



"Kita tetap berkempen untuk menyokong calon BN dan sudah membuat ketetapan bahawa kerusi itu diberikan kepada MIC," katanya. Anuar, bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Merbok, baru-baru ini berkata, beliau akan menyertai semula Umno jika Dr Mahathir berbuat demikian walaupun jika terpilih sebagai wakil rakyat DUN Bukit Selambau. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dijangka membawa kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan sosial. "Najib akan ikut teladan yang baik oleh ayahnya (Tun Abdul Razak Hussein) yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika berlaku krisis politik dalam negara," katanya. - Bernama

Friday, March 27, 2009

INFO ke Pusat Penamaan Calun P/Raya Kecil N25 Bukit Selambau

JUMPA anda di sanaaaaa!!!!

Tarikh: Ahad 29 Mac 2009
Tempat: Sekolah Menangah Teknik 1, Sungai Petani
Masa: 8-12 tghari (sila datang awal untuk mengelak kesesakan)

Peringatan:
1) Lokasi sekolah Teknik 1 adalah disebelah Tol Sungai Petani Utara (exit Sungai Lalang). Sekolah Teknik, betul-betul disebelah Toll Plus.
2) Sila letak kenderaan anda ditempat yang dikhaskan untuk mengelak kesesakan. Jika boleh, letak di Tesco, Laguna Merbok, atau Taman Ria dan berjalan kaki ke sekolah tersebut jika anda berhasrat untuk balik awal.
3) Kunci kenderaan anda.
4) Bawa payung untuk mengelak cuaca panas dan hujan.
5) Bawa bekalan air mineral.
6) Short-cut untuk mengelak kesesakan di Plaza Tol Sungai Petani Utara- ambil Jalan AmanJaya ke hospital Sultan Abdul Halim, ambik jalan ke Ambangan Heights dan ambik semula jalan lama (Jalan Sungai Lalang-Alor Setar)
7) Pusat Logistik BN berada betul-betul di depan sekolah Teknik (gambar) (Logistik Kawan-kawan BN di jalan menuju ke Sungai Lalang)



Peta ke pusat penamaan calun:

Saturday, February 14, 2009

Bukit Selambau: Harapan BN tipis jika letak calon MIC


Harapan Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis jika ia meletakkan calon MIC bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan, kata Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad.


Sehubungan itu, katanya, rata-rata pengundi Bukit Selambau mahukan Umno bertanding di kerusi tersebut.Abdul Rahman berkata, maklumat ini diperolehi dari cawangan-cawangan Umno, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di Bukit Selambau.


"Jika letak calon MIC, tiada jaminan akan menang kerana undi orang India berpecah kepada parti itu dan parti lawan."Kekalahan calon MIC dalam pilihanraya umum lalu kerana faktor Hindraf yang menolak calon MIC dan menyokong pembangkang," katanya.


Abdul Rahman yang juga ketua Umno Kampung Sungai Lalang berkata, faktor calon juga memainkan peranan penting bagi BN merampas semula kerusi Bukit Selambau.


Katanya, penduduk tidak mahu calon dari golongan korporat kerana kerana mereka sukar berurusan dengan mereka.


"Jika anda ingat, Datuk Badri Yunus yang hanya seorang petani pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau selama dua penggal berturut-turut pada tahun 1986 dan 1990," katanya.'Mampuih tak menang'


Seorang lagi pemimpin Umno di bahagian tersebut, Ahmad Ali berkata, orang Melayu menolak calon MIC kerana banyak isu yang membabitkan kaum itu yang belum selesai.


Katanya, isu-isu kaum India itu akan digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN."BN perlu meletakkan calon Melayu jika ingin merampas semula kerusi Bukit Selambau. Kalau orang lain selain orang Melayu, orang Kedah kata, `mampuih tak menang.'" katanya lagi.


Seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Merbok yang enggan namanya disiarkan berkata, BN sukar untuk menang jika meletakkan calon keturunan India bertanding di Bukit Selambau.


Ini, katanya, kerana MIC telah tidak mendapat sokongan daripada orang I ndia sendiri.Bagaimanapun, katanya, sekalipun BN meletakkan calon dari Umno, ia bukan jaminan untuk menang.


"Orang India pula tidak akan menyokong calon dari kalangan orang Melayu. Dan cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah BN mengadakan rundingan di antara komponen untuk menentukan calon terbaik.


"Tetapi jika calonnya orang Melayu, peluang untuk BN menang lebih cerah sedikit," katanya lagi.

Wednesday, February 11, 2009

Depa dah berebut Bukit Selambau: Pakatan juga berebut kerusi?

Dari Malaysiakini.
Parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan hasrat mereka untuk meletakkan calon masing-masing bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau di Kedah.


V Arumugam - yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum lalu sebagai calon bebas sebelum menyertai PKR - telah meletak jawatan exco dan Adun pada 9 Februari lalu, dan kini sedang bersembunyi kerana bimbangkan keselamatan dirinya.DAP dan PAS, malah Hindraf yang telah diharamkan, berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini berhubung pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.


Setiausaha penganjur DAP Kedah, Teoh Teik Guan mengesahkan spekulasi yang partinya berminat untuk bertanding kerusi tersebut kerana calon DAP pernah bertanding di situ sebelum pilihanraya umum 2008 apabila pembangkang bertanding di bawah Pakatan Rakyat."Ia adalah kerusi DAP sebelum 2008. Jadi kita berhasrat untuk bertanding semula di situ," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah DAP Kedah akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk memutuskannya.



Kepimpinan DAP negeri, katanya, telahpun menyampaikan hasratnya untuk mengenal pasti 'calon yang berwibawa' tetapi menyerahkan kepada pemimpin parti untuk memuat keputusan muktamad selepas berbincang dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan.


Antara calon yang disebut-sebut ialah ahli seumur DAP, S Neelamekan, 49, yang dilahirkan di Pulau Pinang.Neelamekan yang juga pengerusi cawangan Lunas, pernah bertanding kerusi DUN Perai tetapi kalah kepada penyandang dari Barisan Nasional (BN), Dr K Rajapathy pada 1999.Pada tahun 2000, beliau merupakan antara calon-calon yang dipertimbang bertanding dalam pilihanraya kecil Lunas di bawah tiket DAP.


PAS difahamkan juga berminat untuk meletakkan calonnya bertanding yang berturunan India-Jegadeeson Thavasu - dari Sungai Petani.Beliau yang merupakan ahli kelab penyokong PAS di Kedah, Jegadeeson aktif berkempen untuk calon parti itu dan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu.Jegadeeson dilihat oleh pemimpin PAS tempatan sebagai calon yang mampu menarik sokongan pengundi semua kaum.


Sementara itu, penyelaras nasional Hindraf, RS Thanenthiran, 45, yang mungkin bertanding atas tiket PKR.

Umno mahu balik kerusi Bkt Selambau

Umno Bahagian Merbok hari ini mencadangkan agar calon daripada Umno dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Selambau.

Ketuanya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata kerusi DUN Bukit Selambau pernah diwakili oleh Umno sebelum ia diberikan kepada MIC selama empat penggal.

"Setelah empat penggal, MIC kini tidak lagi mempunyai pengaruh di kawasan itu dan kita telah menerima maklum balas daripada pengundi di peringkat akar umbi yang mahukan wakil daripada Umno untuk bertanding," katanya kepada Bernama hari ini.

Bukit Selambau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak dalam kawasan Parlimen Merbok dan kawasan DUN itu dikosongkan ekoran peletakan jawatan wakil rakyatnya V Arumugam Isnin lepas.

Arumugam yang menang atas tiket bebas dalam pilihanraya umum tahun lalu, kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri sebelum meletakan kedua-dua jawatan itu atas alasan tidak tahan dengan ugutan pihak tertentu.
Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Sementara itu, Tajul Urus berkata Umno percaya sudah tiba masanya kerusi DUN berkenaan diberi semula kepada parti itu kerana jumlah pengundi Melayu melebihi 50 peratus.

Katanya mesyuarat khas Umno Bahagian yang diadakan malam tadi juga memutuskan untuk memohon pertimbangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) agar memilih calon BN daripada Umno untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu.

Dalam pilihanraya umum lepas, kawasan DUN itu mencatatkan jumlah pengundi seramai 34,977 orang dan daripada jumlah itu, seramai 17,607 pengundi adalah Melayu, 9,688 pengundi kaum India, 7,386 pengundi Cina dan 296 pengundi keturunan lain.

Arumugam memperoleh 13,225 undi dan mengalahkan calon BN daripada MIC S Krishnan yang memperolehi 10,863 undi.

Fakta Ringkas Bukit Selambau

Peratusan Pecahan Undi & Pengundi bagi tahun 2008 & 2004 (N25 Bukit Selambau; Parlimen Merbok)

2008 Election
Voters : 34,977
Spoilt Votes : 1,694
Ballot Paper Issue : 25,798
Not Return Ballot Paper : 16
Votes Cast : 26,450
Voters Percentage : 73.76%
Majority : 2,362
(Malay: 50.20% Chinese: 19.25% Indian: 29.53% Others: 1.02%)



Daerah Mengundi
Kuala Sin, Kampong Sungkap, Bukit Lembu, Kongsi Enam, Sungai Lallang Luar, Sungai Lallang Utara, Bandar Laguna Merbok, Tasek Apong, Ayer Menideh, Jalan Badlishah, Taman Peruda, Taman Ria, Taman Ria Jaya, United Petani, Petani Para, Bukit Rusa, Pekan Bukit Selambau, Kampong Pokok Machang, Batu Belachan, Titi Panjang,