Sunday, November 30, 2008

Henti pertikai ketuanan Melayu

Boleh jejas semangat perpaduan antara kaum

Pemimpin yang mengungkit konsep ketuanan Melayu sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu.


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dalam suasana politik yang berubah pada masa kini, pemimpin berkenaan sebenarnya masih tercari-cari bagaimana meletakkan dan menempatkan diri serta perjuangan mereka dalam senario politik negara hari ini.

"Orang ramai sudah muak dengan isu-isu yang dibangkitkan berkisar kepada agama, kaum dan politik semata-mata. Malaysia melalui pilihan raya umum lebih tujuh bulan dan orang ramai hendak tengok kerja dilaksanakan.

"Jika masih dibelenggu dengan isu sebegini, bila nak buat kerja?" katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru sempena Majlis Grand Reunion Alumni Maktab Kirkby di Institut Tadbiran Awam Negara Bukit Kiara di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan di Malaysia dan ditolak oleh rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jangan ada pihak bercakap soal ketuanan Melayu secara tidak bertanggungjawab dan cuba mengelirukan makna dan maksudnya.
"Makna dan maksud asas ketuanan Melayu bukan menggambarkan soal hubungan tuan dengan hamba. Kalau begitu, tentunya tuan tidak akan berkongsi kuasa dengan hambanya tapi kita nampak orang Melayu berkongsi kuasa dengan kaum lain.

"Ketuanan Melayu yang dimaksudkan sebenarnya berasaskan kepada sejarah asal usul negara ini, yang mana majoritinya orang Melayu. Maka ketuanan Melayu itu adalah keindukan Melayu dan kalau pun banyak dasar-dasar kerajaan yang berpihak kepada orang Melayu, kesan dan nikmatnya dinikmati orang Melayu kerana orang Melayu adalah kaum majoriti," katanya.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, berkata semua pihak termasuk pemimpin bukan Melayu perlu berhenti mempersoalkan isu berkaitan ketuanan Melayu kerana perkara berkaitan hak orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, jika terus dibangkitkan ia boleh mencetuskan suasana tidak baik dan menjejaskan semangat perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sambil melahirkan rasa kesal, beliau berkata sebagai pemimpin parti dalam komponen Barisan Nasional (BN), Dr Chua sepatutnya mengelak daripada menimbulkan isu yang mencabar perasaan orang Melayu.

Sinopsis Perjumpaan UMNO dan Blogger UMNO


Mesyuarat yang di adakan di Hotel Seri Pacific kelmarin berjalan dengan lancar. Penulis ingin memaklumkan bahawa mesyuarat kelmarin merupakan preliminary round yang dilakukan oleh pihak tertinggi UMNO.


Pihak tertinggi UMNO ingin mendapatkan overview mengenai senario siber hari ini.Isu yang dibincangkan lebih berbentuk universal iaitu berwadahkan Malaysia dan agama Islam. Penekanan juga di berikan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa Melayu.


Penulis bersetuju bahawa mesyuarat itu tidak melibatkan jumlah bloggers yang ramai. Penulis bersama anda mengenai perkara ini.


Di dalam mesyuarat itu, penulis telah mencadangkan kepada pihak tertinggi UMNO supaya mengadakan mesyuarat mengikut zon seperti utara, selatan dan timur. Tujuannya mudah iaitu supaya UMNO dapat mengadakan perjumpaan dengan lebih ramai lagi bloggers yang aktif mengambil serta di dalam sessi brainstorming.


Penulis kenal ramai rakan bloggers yang kritis dan selalu membincangkan isu-isu dengan positif serta membina dan penulis mahu mereka turut dijemput ke mesyuarat utama yang akan datang.


Pastinya, mesyuarat akan menjadi lebih signifikan dengan input-input konstruktif yang lebih banyak.Beberapa lagi cadangan dan kritikan telah penulis lontarkan kepada pihak UMNO dan penulis pasti kritikan penulis itu dikongsi bersama oleh anda semua.


Bloggers lain juga telah memberikan pandangan mereka. Di antaranya ialah Sang kelembai, UMNO-reform, Depa-kata, Razlan, MyKMU dan cybertroopers.


Anda boleh membaca ulasan mereka di blog mereka.Seperkara lagi, penulis ingin menegaskan di sini bahawa kami bukan 'bloggers yang rela mulut mereka ditampal dan kaki mereka diikat' seperti yang didakwa oleh rakan kita di dalam komentar artikel sebelum ini.


Semua bloggers menyuarakan kritikan yang keras dan pedas mengenai kepimpinan dan gerak kerja kepimpinan UMNO hari ini.Tetapi cara to send the message across the other side perlu melambangkan kematangan kita , berdiplomasi dan rasional.


Yang paling penting ialah mesej kita dapat diterima, dihadam dan tindakan yang serius dijalankan.Kami juga menekankan kepada pihak UMNO hak kami sebagai Non-Government Individuals (NGI) yang bebas untuk bersuara termasuk mengkritik kerajaan dan UMNO selagi ianya matang, berasas dan positif.


Kesimpulan yang penulis perhatikan ialah pihak tertinggi UMNO telah mulai sedar tentang kepentingan siber. Mereka juga serius untuk menggunapakai siber sebagai salah satu alat komunikasi utama kepada rakyat.


Penulis berharap segala yang dicadangkan akan dilaksanakan dan follow-up mesti dilakukan. Jika tidak, ianya sekadar hiasan yang tidak bernilai dan retorik politik yang memualkan.

Saturday, November 29, 2008

Apabila Bohong Anwar Ibrahim dipertahankan


Dari laman blog Dr. Novandri Hassan Albasri (http://novandri.blogspot.com/)


Penulis senyum sinis bila melihat adegan menegak benang basah ketua pergerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang masih mempertahankan satu janji yang tidak dikotakan.


"Kalau beliau (Anwar) berjanji tetapi tidak laksanakan, tidak berusaha (ke arah itu), boleh dianggap beliau berbohong," katanya, dengan menambah Anwar dan Pakatan telah mencuba beberapa langkah termasuk mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengusulkan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen. - MalaysiaKini.


Kesimpulan mudah, sekarang sudah ada konsep baru iaitu apabila kita berjanji tetapi tidak tepati. Jika kita 'berusaha' tetapi tidak terlaksana, maka ianya bukan berbohong.


Masaalahnya ialah jika 'usaha' itu sekadar mewujudkan persepsi, gimik, gertak dan lakonan, apakah kita masih boleh mengkategorikan 'usaha' DS Anwar Ibrahim sebagai usaha yang betul-betul tulin?


Penulis pernah menulis :-

Pertama, 16hb September 2008 merupakan satu mitos yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim sebagai gimik untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang amat padu.


Kedua, taktik mendakwa polis negara dan peguam negara tatkala seorang pemuda biasa yang berumur 23 tahun mendakwa beliau merupakan satu cover up untuk menunjukkan Anwar Ibrahim sedang ber'perang' dengan orang-orang penting di dalam Malaysia, padahal yang mengoncangkan beliau hanyalah seorang pemuda biasa nerumur 23 tahun. Ini adalah senario sebenar apabila kita meneliti kembali kronologi drama politik Anwar Ibrahim. Memang kita boleh berhujah dan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenainya tapi pokok penting yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahim sedang tertekan dan berada di tahap karier beliau yang sangat rendah.


Ketiga, jika pada mulanya, PKR yang dibina oleh Anwar Ibrahim adalah berteraskan kepada Melayu, tetapi ianya beransur-ansur lenyap dek kemaruk untuk mendapat undi daripada bukan Melayu. Inilah kenyataannya. (klik di sini untuk bacaan seterusnya)

Friday, November 28, 2008

Satukan sahaja DAP dan PKR

Salam muhibbah.

Kita lihat sejak akhir-akhir ini, kerap kita mendengar isu-isu yang sedikit sebanyak 'menggegar' arena politik tanah air. Suhu panas politik tidak pula menunjukkan tanda-tanda menurun, malah semakin dipetik suis nya untuk menghangatkannya kembali.

Tidakkah anda hairan dengan sikap Pakatan Rakyat yang berjaya menguasai beberapa negeri, tetapi berlagak seperti pembangkang lagi? Kuasa sudah berada di tangan, gunakanlah sebaik mungkin, bukan dengan menyalahkan kerajaan terdahulu.

Jika dulu tak boleh, bolehkan sekarang.Jika kita amati dengan teliti, setiap isu yang dibangkitkan, tidak kira PKR atau DAP, adalah hampir menyerupai antara satu sama lain.

Yang pasti, pokoknya adalah "Tiada Ketuanan Melayu" atau formula mudah:(PKR+DAP)=PAP Singapura=Malaysian Malaysia=Malayan Union=[TIADA]Ketuanan Melayu.

Justeru itu, adalah lebih baik kedua parti ini bergabung untuk sama-sama menyuarakan pendapat yang sama. Sama-samalah menuju "kesamarataan" yang kabur tanggapannya oleh mereka. Lebih-lebih lagi apabila bersuara di Parlimen, kelihatan sama sahaja keduanya.


Hendak membezakannya pun membuat fikiran saya pening.Ini yang perlu kita khuatirkan sekarang. Lebih-lebih lagi puak-puak PAS yang menyokong kedua parti ini. Tinggalkan sahaja Pakatan Temberang itu.

Sudah terang, jelas lagi nyata, jika mereka menentang Ketuanan Melayu ini bermakna mereka menentang Ketuanan Islam. Sanggupkah kamu (PAS), melihat Islam dihina dan diperlekehkan?Usah tertipu dan terpesona dengan segelintir pemimpin Cina yang melaungkan beberapa potong ayat Al-Quran atau menyebut "Amar Ma'aruf, Nahi Mungkar".

Adakah mereka ikhlas mengeluarkan kenyataan itu atau sekadar ayat mengambil hati orang PAS? Adakah apabila mereka bersuara sebegitu, mereka lebih baik daripada orang Islam UMNO sendiri? Adakah mereka itu akan terbuka pintu hati untuk memeluk agama Islam?Inilah realiti permainan orang bukan Islam untuk menjatuh dan memecah belah umat Islam sendiri.

Jika kita lihat, banyak kajian yang dilakukan oleh sarjana Barat, mencari fakta, mencari tanda untuk membuatkan umat Islam semakin ragu dengan ajaran Islam hari demi hari. Hakikatnya yang bukan Islam seperti yang saya sebutkan tadi, wajiblah kita mengelaknya daripada berkawan dengan mereka. Kelak nanti memakan diri.

Tuesday, November 25, 2008

Perbezaan antara Politik Berasaskan Kaum dan Politik Perkauman

Disunting dari Blog Dr Khir Toyo (http://www.drkhir.com)


Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian,


1. Minggu lalu saya berkesempatan berbicara isu antara politik berasaskan kaum dan politik perkauman dengan Setiausaha Agung PKR Datuk Salahuddin Hashim dalam rancangan Sudut Pandangan di rangkaian Astro Awani.


2. Saya bertolak dari premis bahawa UMNO dan BN bukan parti sekumpulan manusia politik yang bersifat perkauman. Sebaliknya UMNO dan BN lebih merupakan kepada ideologi politik berasaskan kaum.

3. Sungguhpun dicanangkan oleh PKR bahawa dalam pilihan raya lalu, isu-isu kaum tidak lagi penting atau sudah ketinggalan zaman, namun hakikatnya PKR sebagai sebuah parti politik yang "menolak" agenda kaum hanya menguasai sekitar 13% daripada jumlah kerusi Parlimen. Selebihnya ia masih lagi dikuasai oleh parti yang berasaskan kepentingan kaum tertentu. Ini termasuk parti DAP dan Pas.


4. Manakala parti-parti yang dikatakan multiracial seperti Gerakan (?) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) jelas hilang kekuatan. DAP sungguhpun kononnya memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia, namun jelas bahawa agenda perjuangan mereka banyak berlegar di kalangan kaum Cina. Demikian juga Pas sungguhpun membawa ideologi Islam namun ia masih berasaskan kepentingan orang Melayu sebagai penganut agama Islam terbesar di negara ini.


5. Adalah tidak salah kita memperjuangkan agenda kaum tertentu asalkan ia tidak menindas dan menzalimi kaum yang lain.


6. Bagi saya, politik perkauman ialah ideologi atau tindakan yang mementingkan sesuatu kaum dengan menindas, membenci malah menyakiti kaum lain. Kumpulan ini sanggup melakukan apa sahaja sama ada huru-hara atau menimbulkan pertelingkahan kaum demi memenuhi agenda politik dan kepentingan kaum sendiri.


7. Sejarah politik perkauman ini sebenarnya berakar umbi di Eropah dan Amerika Syarikat. Ideologi anti-Yahudi dan white Supremacy merupakan contoh-contoh terbaik politik perkauman.
8. Mungkin contoh politik perkauman yang paling mudah ialah kemunculan Nazi di Jerman yang membunuh jutaan orang Yahudi yang dianggap telah merampas kekayaan orang jerman.

10. Di Eropah, kumpulan anti orang asia atau anti bukan kulit putih masih wujud sehingga hari ini. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan neo-nazi. Mereka bukan sahaja tidak bersetuju secara idea atau akademik mengenai kehadiran bangsa lain tetapi turut mengambil tindakan menghasut agar orang ramai membenci bangsa asing. Malah di sesetengah tempat serangan fizikal dan vandalisme harta benda kaum pendatang berlaku secara teratur dan sistematik.
11. Di Amerika sendiri terdapat beberapa bentuk politik perkauman. Sebaik ditamatkan penghambaan di negara tersebut terdapt undang-undang baru diperkenalkan yang jelas menunjukkan politik perkauman. Jim Crow laws pada 1876-1965 telah mengasingkan sekolah awam, pengangkutan awam, restoran dan tandas awam antara kulit putih dan kulit hitam.
(Pemimpin populis sentiasa mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi)





12. Salah satu organisasi yang telah terkenal dalam melaksanakan politik berasaskan kebencian ini ialah kumpulan Ku Klax Klan di Amerika Syarikat. Ku Klax Klan ini bukan sahaja menyebarkan ideologi membenci kaum pendatang terutamanya kulit hitam, malah mereka melakukan pelbagai keganasan dan kekerasan bagi memberi tekanan kepada bukan kulit putih dan yahudi.





13. Selain kumpulan Ku Klax klan, orang kulit putih di Amerika juga mewujudkan pelbagai sistem berasaskan politik perkauman yang mengasingkan terus sekolah, kedai dan ruang pengangkutan awam antara mereka dengan kulit hitam dan lain-lain bangsa. Di Malaysia juga sudah ada ciri-ciri perkauman apabila ada sebuah pertubuhan kaum tertentu yang menuduh pemimpin Melayu melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum India di Malaysia.


(Gambar diatas jelas menggambarkan tidak menghormti Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan)
14. Politik Perkauman merupakan satu idea dan usaha untuk mengangkat bangsanya menjadi paling hebat, kuat dan berkuasa sama ada dalam bentuk kedudukan politik mahu pun kekuatan ekonomi dan sosial dengan cara menimbulkan kebencian, mengenakan tekanan emosi dan fizikal serta mewujudkan sistem-sistem yang secara sistematik merampas kekayaan dan kehidupan sosial kaum lain.Politik berasaskan kaum

15. Politik berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu. Iaitu parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan kaum tersebut. Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan tanah air atau negara. Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga kepentingan bumiputera lain.

16. MCA ditubuhkan bagi menjaga kepentingan kaum Cina di negara ini. Demikian juga MIC yang menjaga kepentingan kaum India. Parti-parti ini bukan sahaja memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

17. Terdapat juga parti-parti yang membuka keahlian kepada semua bangsa tetapi asas perjuangan mereka masih tertumpu kepada kaum mana yang mendominasi parti politik tersebut. Kita lihat sungguhpun DAP terbuka keahlian kepada semua namun asas perjuangan mereka masih lagi tertumpu kepada kepentingan orang Cina. Demikian juga Pas yang terbuka kepada semua orang Islam tetapi ia masih berasaskan politik Melayu.

18. Gerakan juga sungguhpun parti multi racial tetapi masih bersikap parti orang Cina. Politik berasaskan kaum lebih merupakan politik tolak ansur antara kaum yang dipraktikkan dalam negara berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia. Politik ini berjaya mengelakkan pertumpahan darah dan konflik antara kaum yang berlaku di banyak negara-negara pelbagai kaum lain seperti di negara-negara balkan suatu ketika dahulu.
19. Politik berasaskan kaum tidak menindas mana-mana kaum atau mengambil hak mana-mana kaum mahu pun mengenakan sebarang tindakan mendiskriminasi mana-mana kaum. Misalnya hak-hak istimewa melayu, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu merupakan sebahagian tolak ansur dan power bargain kemerdekaan yang turut memberikan hak kerakyatan, hak mengundi, hak mengamalkan adat istiadat dan budaya serta pendidikan berasaskan bahasa-bahasa kaum lain. Justeru ia tidak boleh dilihat sebagai tindakan satu kaum menindas kaum lain.

20. DEB juga bukan satu polisi perkauman tetapi merupakan polisi berasaskan kaum demi kepentingan sosial. Contoh – Peruntukan 30% ekuiti bumiputera, biasisiwa dan kuota universiti untuk bumiputera tidak merampas hak kaum lain. Ini kerana jumlah yang diperuntukan lebih kecil atau setara daripada jumlah penduduk bumiputera di negara ini.

21. DEB juga tidak pernah melakukan perampasan harta bukan Melayu untuk dijadikan harta kaum Melayu. Politik berasaskan kaum ini tidak pernah menindas mana-mana kaum bukan peribumi dari mencapai kedudukan, kuasa mahu pun penguasaan ekonomi.

22. Bahkan politik berasaskan kaum seperti di Malaysia ini telah melahirkan ramai jutawan dari kaum cina dan India.


23. Ini jelas berbeza dengan politik perkauman yang melakukan tekanan, dan diskriminasi secara sistematik bagi menaikkan bangsanya dengan memusnahkan bangsa lain.

24. Tiada apa yang perlu digundah gulanakan apabila kita dilabelkan pejuang bangsa. Yang kita khuatir ialah jika perjuangan bangsa digunakan untuk memusnahkan bangsa lain. Ini tidak akan berlaku di Malaysia selagi Barisan Nasional kekal memerintah dengan konsep politik berasaskan kaum ini. Ini kerana politik menjaga kepentingan kaum tertentu ini diikuti oleh tolak ansur dan persefahaman yang akhirnya menghasilkan situasi menang-menang kepada semua kaum.

25. Memang secara idealnya politik yang tidak berasaskan kaum merupakan satu hujah akademik yang cantik molek. Namun realitinya ia tidak seindah digambarkan. Ia akhirnya akan menjadi keadaan di mana kaum yang kuat dan gagah dari segi ekonomi membolot segala kekayaan dan keselesaan manakala yang lemah dan kurang kekuatan akan terus ketinggalan.

Monday, November 24, 2008

Projek berkepentingan rakyat mesti diutamakan

(Kebajikan Rakyat Malaysia perlu diutamakan dari individu)

KEPUTUSAN kerajaan untuk mengkaji semula projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berikutan masalah kenaikan kos se- memangnya wajar.Banyak faktor perlu diambil kira sebelum kerajaan menyenarai pendek projek-projek yang perlu dilaksanakan selain masalah kos pembinaan yang semakin meningkat.

Semestinya tidak semua projek di bawah RMK-9 mempunyai nilai-nilai 'segera dan berkepentingan awam' - ada yang boleh ditangguhkan pelaksanaannya. Yang mana boleh dikemudiankan lebih baik dimasukkan dalam senarai 'menunggu' manakala projek-projek berdaya maju dan berkaitan dengan kepentingan rakyat mesti didahulukan.

Keutamaan juga mesti diberikan kepada projek- projek pembangunan yang dibawa daripada RMK-8 tetapi masih belum dapat disiapkan.Dan projek-projek seperti itu seharusnya disempurnakan dalam program pembangunan RMK-9 - tidak boleh ditangguhkan ke RMK-10 pula.



Membiarkan sesuatu projek pembangunan terutamanya yang berkepentingan rakyat sehingga melangkaui dua tempoh Rancangan Malaysia akan menjadikan kos projek lebih tinggi.Ia sekali gus akan menambah beban di pihak ke- rajaan terutamanya dalam suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan.

Oleh itu, projek-projek yang terheret dalam RMK- 9 yang berdaya maju mesti diteruskan manakala projek 'sakit' yang mengambil masa untuk diselamatkan selain tidak menjejaskan kepentingan awam 'disimpan' dahulu.
Begitu juga dengan projek-projek yang bertindih dengan pembangunan koridor ekonomi di selatan, utara dan di pantai timur yang turut menggunakan peruntukan RMK-9.

(Anak kita: Masa depan survival warisan kita. Janganlah kita memiskinkan masa depan mereka)

Mana-mana projek yang didapati mempunyai persamaan wajar diteliti semula dan diberi penilaian yang bijak sama ada perlu diteruskan atau se- baliknya. Paling penting ialah setiap projek yang ingin diteruskan mesti tidak meminggirkan perihal kepentingan rakyat selain mampu merangsang pembangunan negara.
Projek-projek seperti pembinaan sekolah, hospital, pembangunan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak merupakan antara keutamaan yang mesti didahulukan. Itu adalah antara projek yang jika tidak dilaksanakan akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat selain melambatkan usaha untuk membolehkan Malaysia diiktiraf sebagai negara maju.
Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula projek-projek yang telah diluluskan sebelum ini juga seharusnya diterima secara terbuka oleh semua pihak.

Jangan ada rungutan terutama di kalangan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk para kontraktor dan syarikat-syarikat yang telah disenaraikan mendapat projek berkenaan.
Ini kerana yang lebih penting ialah memastikan setiap projek biarpun sedikit dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak ada gunanya jika banyak projek dirancang tetapi yang berjaya boleh dikira dengan jari.

(Komen Cabai Melaka: Jangan biarkan golongan kapitalis kontraktor menguasai UMNO kerana golongan pacat penghisap darah ini cuma mengutamakan periuk nasik sendiri daripada rakyat. Jangan takut untuk bersaing dalam sistem tender terbuka jika kita mempunyai kekuatan sendiri dan tidak mengharap "kabel" dan merasuah!)

Hassan Ali mula mencantas pemimpin PAS yg tak sehaluan dengannya

Dari laman web: Malaysiakini.com
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.
Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.
Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.


Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.


Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan. Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.


"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.
Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.


Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.


"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber.


Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.


Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu.Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.


Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.


Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.Beliau bagaimanapun enggan memperincikan perbezaan-perbezaan itu seperti disebut oleh sumber-sumber.



Perbezaan itu, katanya, bermula sejak pilihanraya umum Mac lagi apabila PAS bersama PKR dan DAP kali pertama berjaya menawan Selangor.Khalid menambah, pelantikan Roslan dan Dr Che Rosli yang "lebih serasi" dengan Dr Hassan bertujuan membolehkan pesuruhjaya itu menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.



Tambahnya, atas kapasitinya sebagai yang dipertua PAS Shah Alam, beliau akan terus menegur kepemimpinan negeri jika wujud kesalahan walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya II.




Menurutnya lagi, Saari sebagai wakil rakyat PAS masih boleh menghadiri mesyuarat badan perhubungan negeri, cuma tidak boleh terlibat membuat keputusan atau mengundi.Badan itu mempunyai 63 ahli (termasuk enam anggota dilantik), melibatkan pemimpin tertinggi di peringkat negeri, wakil Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, dan ketua serta setiausaha PAS kawasan-kawasan.


Khalid yang hadir pada mesyuarat Dewan Harian dan badan perhubungan minggu lalu tidak menentang keputusan Dr Hassan yang, menurut ahli parlimen itu, mendapat sokongan majoriti badan perhubungan PAS negeri.



Saari (foto kiri) ketika dihubungi enggan mengulas pengguguran beliau daripada badan perhubungan negeri.Sementara itu, Roslan yang juga yang dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti.


Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu. Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.


Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan "perkara biasa" dan diamalkan di pelbagai negeri."Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan," katanya kepada Malaysiakini.


Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri di bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.


Sebaliknya pernah memegang jawatan ketua penerangan PAS Selangir sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu sewaktu pilihanraya umum Mac lalu."Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) timbalan pesuruhjaya PAS Perlis," katanya.


Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.


Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.Beliau mendakwa Khalid dan Saari berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.Selain pemimpin kawasan Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat.

Sunday, November 23, 2008

Terbukti: Majlis Hari Raya ADUN Lunas tak dapat sambutan



Terbukti: Majlis Hari Raya ADUN Lunas tak dapat sambutan..tak percaya tengok gambar dari webiste ni. Yg ramai mai bukannya orang Melayu....Deevapalee kut?? PR13 ni, YB Radhi akan bungkus tikaq dan balik ke Jitra!!


Ait??? Kerusi lebih ramai dari orang?




Kompem! Majlis tak dapat sambutan orang-orang Lunas. Masalah ni!!


Luahan YB Lunas: Prestasi saya memang membosankan. "Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas".


Berjanjilah lagi YB...janji tinggal janji...mana dia negara kebajikan yg YB dan parti YB janjikan?? Habuk pun tarak!


Dipetik dari laman YB Lunas:


Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang tidak sebeberapa ini...Mungkin bagi sesetengah orang kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, saya setuju tetapi bagi saya "kesibukan untuk rakyat" adalah keutamaan saya.


Apabila diumumkan menang pada pilihanraya yang lepas saya telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat bagi menjamin kesinambungan perjuangan rakyat.


Saya sedar dan insaf bahawa kemenangan saya pada pilihanraya yang lepas adalah kerana rakyat mahukan perubahan, perubahan daripada pemimpin yang pentingkan diri sendiri kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat.


Sesungguhnya yang pasti dan wajib kita yakini adalah Allah SWT mengizinkan perubahan pemerintahan di Kedah ini berlaku...Allahu 'alam bissawab.


Sekarang sudah melampaui 6 bulan saya menjadi salah seorang Pentadbir Negeri Kedah dan wakil kepada rakyat di kawasan Lunas. Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas, namun saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik sekadar yang saya termampu.


Bagi saya tenaga dan masa bukan penghalang kepada saya untuk berbakti kepada rakyat namun faktor kewangan yang terhad adalah penghalang utama.


Walaubagaimana pun janji saya tetap saya kotakan, justeru itu saya berharap penduduk dikawasan saya akan dapat bersabar dan memahami situasi ini. Yakinlah bahawa kesabaran, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah resipi perubahan yang terbaik.



Saturday, November 22, 2008

Rakyat Selangor Umpama Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Kini Terkena Tahi

(Antara janji-janji manis manisfesto "Negara Kebajikan" yg dicanangkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Kini janji tinggal janji. Usah tertipu lagi!)
Pemuda UMNO negeri ini berpendapat tindakan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) untuk mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai bukti kemarahan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.

Ketua Pemudanya, YB Abdul Shukor Idrus berkata perasaan kecewa mereka seolah-olah sukar dibendung lagi sehingga sanggup mengambil tindakan yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.


(Pendidikan Percuma? Even Tadika PASTi pun kena bayar yuran bulanan.Sila tunjuk dulu, baru cakap!)

Menurut beliau rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri terutama janji untuk menjadikan Selangor sebagai negeri 'berkebajikan'.

"Inilah kesannya jika kita hanya pandai menabur janji. Ingat rakyat tidak bodoh apatah lagi setelah satu demi satu tindakan kerajaan negeri jelas membelakangkan kepentingan rakyat.

"Dan inilah yang menyebabkan rakyat tidak puas hati. Kita pun bukannya setuju dengan tindakan reformis itu, namun itulah langkah terakhir mereka agar kerajaan negeri memberi perhatian terhadap beban tekanan yang sedang mereka hadapi", katanya.



Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) untuk meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).


Demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) RM124 kepada RM250 sebulan.

Hasrat Reformis itu turut mengundang pelbagai kenyataan termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memberi amaran bertindak tegas terhadap demonstrasi terbabit jika mereka meneruskan rancangan berkenaan.

Amaran itu diberikan Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi yang menegaskan bahawa tindakan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.

Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya menggesa kerajaan negeri agar memberikan perhatian terhadap pelbagai masalah yang sedang melanda penduduk Selangor sekarang.

"Rakyat hanya menuntut hak mereka dan tidak lebih dari itu. Mereka berpegang kepada janji pakatan pembangkang sebelum ini yang kononnya mementingkan kebajikan rakyat.

"Sudahlah banyak janji pilihanraya yang belum ditunaikan, rakyat kini ditambah pula dengan tindakan kerajaan negeri yang menekan rakyat. Mereka sekarang bukan sahaja sudah jatuh ditimpa tangga malah terkena tahi pula", ujarnya.

Antara 'senyum plastik' Rafidah dan Shahrizat

TAJUK utama muka 1 Utusan Malaysia semalam amat mencuitkan. Tajuk besarnya bertulis: Enggan berganjak, dan tajuk kecil di atasnya: Peralihan kuasa Rafidah, Shahrizat kekal Jun 2009. Gambar besarnya pula: orang nombor satu dan nombor dua pergerakan Wanita UMNO itu - berjabat tangan.

Selaku Pengarang Utusan Malaysia, saya adalah orang terakhir yang meneliti muka surat itu sebelum mengarahkannya 'ditembak' untuk proses percetakan. Semasa meneliti muka surat 1 itu yang masih dalam bentuk 'dummy', seorang rakan yang melihat betapa seriusnya saya membelek muka surat itu, menyapa.

"Macam senyum plastik saja!'' katanya selamba sambil menuding jari ke arah gambar Rafidah Aziz (atau lebih mesra dipanggil Kak Dah di kalangan Wanita).

Mungkin kerana terlalu dibuai dengan interpretasi berita 'menarik' itu, saya tersentak dengan kata-kata tersebut dan terus melihat ke arah muka rakan saya itu. Lalu saya pun menyampuk, "bukan senyum Rafidah saja, senyum Shahrizat pun plastik jugak, cuba tengok juga cara Shahrizat hulur tangan'' Kedua-dua kami ketawa.

Senyum plastik? Kami orang media lazimnya belajar (secara tidak formal) membaca raut muka dan bahasa badan (body language) seseorang. Sebagai wartawan, asas mengenali bahasa badan seseorang itu amat penting, kerana di situ banyak maklumat (yang tersirat) boleh diperoleh.
Ikhlaskah kedua-dua tokoh wanita itu berjabat tangan? Ramai orang yang bertanyakan soalan itu apabila membaca akhbar ini keesokan harinya. Bertalu-talu SMS dihantar kepada saya mengatakan Shahrizat Jalil (atas lebih mesra dipanggil Ijat di kalangan Wanita) 'dipaksa dan terpaksa' bersetuju dengan pelan peralihan kuasa Jun 2009, inisiatif Rafidah itu. Kata penghantar mesej itu lagi sepanjang lima jam mesyuarat Exco pergerakan itu yang berlangsung Isnin lalu, ia bagaikan 10 jam.

Mengenali Kak Dah dan juga daripada orang rapatnya, beliau adalah seorang yang cukup tegas dan cerewet (walaupun ada yang berkata, kadang-kadang sedikit over - sorry Kak Dah!). Beliau mahu orang mendengar cakapnya. Sebab itulah, mungkin, dalam tempoh kurang 24 jam, Shahrizat terpaksa membuat kenyataan kedua, yang bunyinya bertentangan dengan kenyataan pertamanya.


Pada hari Isnin (iaitu pada hari mesyuarat tergempar Exco Wanita itu diadakan), Utusan Malaysia dalam berita utama muka 1 menyiarkan kenyataan 'berani' Shahrizat yang meminta Rafidah mempertimbangkan supaya pelan peralihan jawatan ketua dan naib ketua pergerakan itu diselaraskan dari Jun kepada Mac 2009 selari dengan tarikh pemilihan parti itu.


Selepas mesyuarat 5 jam itu, Shahrizat, yang kononnya 'dipaksa dan terpaksa', telah mengeluarkan satu kenyataan 'kecemasan' bernada lembut yang berbunyi: "Mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik."


Katanya lagi: "Dalam perbincangan Exco Wanita hari ini, saya telah meminta Tan Sri Rafidah Aziz menimbangkan semula tarikh peralihan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO selaras dengan pemilihan di peringkat Pusat termasuk Pemuda dan Puteri.


"Namun, Tan Sri Rafidah dan Exco mengambil pendirian untuk menolak saranan saya dan mengekalkan pelaksanaan peralihan kepimpinan antara beliau dan saya pada Jun 2009."
Persoalannya di sini mengapa Shahrizat mahu sangat proses peralihan itu berlaku pada Mac dan Rafidah pula bermati-matian bertegas mahu ia diadakan pada Jun? Walaupun pada dasarnya, kedua-dua pihak itu bersetuju dengan pelan peralihan itu, puak Shahrizat nampaknya terlalu skeptik dengan rancangan itu.


Apakah Shahrizat sudah mula cuak dengan ketuanya itu? Atau para pengikutnya mahu supaya proses tersebut dipercepatkan bagi membolehkan pergerakan itu menyusun semula jenteranya serta berupaya melantik Pengerusi Wanita BN di kalangan UMNO dengan segera?


Jika cuak, mengapa? Apakah Shahrizat dan para pengikutnya tidak 'yakin' Rafidah akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Shahrizat?
Atau, apakah Rafidah mengharapkan ihsan daripada ''Perdana Menteri baru'' untuk mengembalikan kerusi Kabinet kepadanya?


Melihatkan kepada perkembangan terkini itu yang berlaku Isnin lalu, ramai para pengikut setia Shahrizat mulai marah-marah. Macam-macam SMS, yang antaranya tidak begitu sedap didengar, dihantar kepadanya - yang kemudiannya berlegar.


Nampak gayanya, kekalutan di dalam Wanita tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini. Ia akan lebih hebat pada Mac ini apabila mungkin, disebabkan tekanan, Shahrizat akan membuat satu keputusan yang lebih mengejutkan.

Bagi Rafidah pula, beliau tidak akan rugi apa-apa. Setelah berkhidmat lebih 30 tahun untuk UMNO serta lebih 20 tahun memimpin Wanita, bila-bila masa pun beliau boleh pergi. Oleh kerana keikhlasannya yang tidak mudah dibaca (walaupun dengan bahasa badan - mungkin atas sifat keyakinan dirinya yang tinggi), maka semua pihak harus melihat dan menunggu sehingga berakhirnya drama ini. Yang pasti drama ini akan lebih hangat dan mendebarkan. Benarlah bak kata pepatah ''ayam bertelur, riuh sekampung'' - itulah yang membezakan ayam betina dan ayam jantan!


Apa yang nyata, atas nama politik, Exco-exconya yang bertaut kuat dengan Rafidah akan memastikan beliau akan terus kekal menerajui pergerakan itu. Sementara, di satu pihak lagi pula akan memastikan Shahrizat melakukan sesuatu untuk memastikan pelan Jun itu tidak berlaku.


Bagi kita yang bersangka baik, apalah bezanya Mac atau Jun. Ia hanya dibezakan oleh jangka waktu tiga bulan. Tapi ingat, dalam politik walaupun sehari ia amat bernilai.

Thursday, November 20, 2008

Kedah bakal jadi negeri penternak Babi

Salam… ana ada ke Kulim minggu sudah. Terkejut ana bila kini heboh dikatakan KEDAH akan menjadi HUB kedua pengeluar BABI selepas kelulusan oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR. Taniah kepada pengundi di DUN Bukit Selambau. Fuhhh… meriah rasanya bila daging babi kini boleh dinikmati secara total oleh rakyat kaum Cina tanpa ada batasan.

Alasannya hanyalah kerana bekalan daging BABI mentah yang tidak mencukup bagi penduduk di Sg PETANI sehingga terpaksa mengimpotnya dari PULAU PINANG. Kerajaan PAS , KEDAH yang begitu prihatin dengan rakyatnya terus meyediakan tapak milik kerajaan di BUKIT SELAMBAU bagi tujuan pembiakan BABI.

Berbaloilah kaum CINA yang menyokong PAS pada PRU12 yang lalu. Masakan tidak… segala permohonan mereka mendapat tempat di hati kerajaan negeri…sampai sanggup menyerahkan tanah milik kerajaan negeri.

Yang paling menarik ana tengok .. sebuah syarikat telah bersetuju bagi menternak BABI tersebut. Hmm.. bertambah hasil negeri KEDAH nanti. Bukan senang beb nak mewujudkan “Negara Berkebajikan”… Kalau buka bisnis BABI nih… perghh… Untung beb….Leh gunakan duit tu nanti untuk pembangunan Kerajaan Negeri KEDAH.

Agaknya lepas nih satu- satu negeri di bawah kerajaan PAKATAN RAKYAT akan buka ladang babi bagi melayan kehendak dari rakan PAKATAN mereka (DAP). Bayangkan kalau kat SELANGOR tu masuk akal laa.. ana tengok sebab DAP dan PKR kira macam seimbang… dalam bab nih PAS tak kisah… Duduk tengah-tengah jadi PAK TURUT… janji masih pegang potfolio… hehhehe… Yang paling ana musykil dan susah nak percaya… Kat KEDAH pun DAP boleh mendapat keistimewaan.

Kalaulah kita tengok…. Ana dok perasan .. kenapa keistimewaan kita sebagai bangsa MELAYU semakin terhakis dan dihakis tanpa disedari. Mereka sedar ker tidak ..wallahuaklam… Tapi ana sedar… DEB telah dimansuhkan dan digantikan dengan AEB di mana secara simboliknya … keistimewaan orang melayu terhakis…. Kini BABI yang selama ini menjadi satu simbol yang paling kotor, najis… telah mula dijadikan keistimewaan kaum CINA.

Samada kita boleh terima atau tidak hakikat .. Inilah permainan DAP yang mahu menjatuhkan Imej orang-orang MELAYU yang tak pernah sedar diri. Menidakkan keistimewaan pribumi (MELAYU) dan mengiyakan keistimewaan kaun CINA… merupakan strategi DAP dalam PAKATAN RAKYAT…

Ana … rasa… Kalaulah macam ni corak pentadbiran PAS di KEDAH… cukuplah dengan satu penggal. Lepas nih… PAS akan digantikan dengan DAP… atau sekurang-kurangnya akan jadi macam PERAK. Letak MB dari Parti PAS , sebagai boneka … exconya pulak oleh DAP… Barulah padan muka…

Selamat Maju Jaya KEDAH DARULAMAN…. Pengeluar BABI kedua selepas SELANGOR…

Wednesday, November 19, 2008

Dr M to name Umno members involved in money politics


PUTRAJAYA: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has promised to name Umno members implicated in money politics on his influential blog www.chedet.com.


He said he was willing to be sued for defamation and even risk arrest by the authorities because he was not afraid to expose the truth and the identities of such errant members.


“I can’t do anything about the complaints except to hand these over to the Umno disciplinary committee. I will put these names up in my blog.


“I am not afraid of being sued for libel or being arrested by the police. If they can release (blogger and Malaysia Today editor) Raja Petra Kamarudin, won’t they also be able to release me as well?” he said Wednesday in his dialogue with a group of Umno members and leaders, ex-ministers and Malay student groups at the Perdana Leadership Foundation here.


Earlier, an Umno member from the Parit division had complained of money politics in his area and had asked for Dr Mahathir to look into the list of names of those implicated in the division.


“Thank you for lodging a report. I hope there will be more who will come forward to lodge such reports,” he said. Earlier, in his speech, Dr Mahathir said voters would continue to reject Umno or the Barisan Nasional coalition if its new leader continues with the present policies and does not come down hard on corruption and money politics.


“Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has mentioned that he will continue with the teachings of Islam Hadhari. This is not a good sign as it shows that the transition is only in the person, and not in terms of policies.


“The voters did not like the policies that were put into place by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, so they will still reject Umno. So, there is no point in having such a transition,” he said.


Najib had recently pledged to continue promoting Islam Hadhari (Civilisational Islam) when he takes over as Prime Minister, saying that he was a great believer in the concept which was introduced by Abdullah.


Dr Mahathir said at a time when Umno needed a courageous leader to get rid of problems plaguing the party, Najib was merely trying to protect Abdullah’s “face”.
“We have to think whether the person taking over from the Prime Minister will get rid of all those in Umno who are now involved in corruption.


“If he is biased and there won’t be any cleaning up, the rakyat will reject the party. If they end up choosing the Opposition party, that will present us with a dilemma because their leadership is not convincing,” he said.

Harga Minyak Turun Lagi : Pembangkang Disaran Bersama Bantu Rakyat

Penurunan harga minyak buat kali kelima hari ini sebanyak 15 sen tidak sehebat kenaikannya pada Jun lalu. Pada ketika ini bukan sahaja rakyat mengeluh malah ia dijadikan senjata paling ampuh buat pembangkang menyerang kerajaan.

Pemimpin pembangkang seperti tidak menang mulut menghentam kerajaan yang didakwa zalim, rakus dan tidak prihatin terhadap rakyat.

Walaupun kerajaan berjanji akan mengkaji serta menurunkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran tetapi janji itu hanya dipandang sinis sahaja.

Seperti dijangka apabila kerajaan menunaikan janjinya tiada pula suara pemimpin pembangkang menghamburkan pujian.

(Minyak dah turun: awat tak mau buat tunjuk perasan lagi? Jangan menipu rakyat! Malaysia negara aman damai, jangan sesekali porak perandakan keamanan yang dikecapi!)

Mengulas perkara tersebut, Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal EHwal Pengguna, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Suhaimi Mohd Ghazali berkata penurunan kali kelima bahan api tersebut membuktikan kerajaan berpegang kepada janjinya.

Jelasnya pasaran antarabangsa harga bahan api terbabit pada kadar AS AS$55.85 (RM195) membolehkan kerajaan mengambil keputusan terbabit untuk kepentingan rakyat.

Justeru beliau mengajak parti-parti pembangkang berhenti mengkritik kerajaan berhubung isu berkenaan sebaliknya berganding bahu untuk memastikan para peniaga menurunkan harga barang keperluan sejajar dengan penurunan harga minyak berkenaan.

"Penurunan kali kelima harga minyak sejak Ogos lalu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap apa yang dilalui oleh rakyat.

"Apa yang penting hari ini, semua pihak perlu bekerjasama dengan agensi sedia ada memantau dan membuat laporan sewajarnya terhadap mana-mana pihak dan peniaga yang terus berdegil mengeksploitasi harga barang keperluan berdasarkan harga minyak", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas penurunan harga minyak kali kelima oleh kerajaan sejak ogos lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.


Suhaimi yang juga Ketua Pemuda UMNO Sepang seterusnya percaya kerajaan akan menurunkan lagi harga bahan bakar terbabit selepas ini berdasarkan harga semasa pasan minyak dunia.

"Justeru adalah wajar dan sesuatu yang berpatutan para peniaga menurunkan harga barang keperluan agar ianya seiring dengan tindakan kerajaan yang peka dan prihatin terhadap rakyat.

"Jika mereka terus berdegil dan terus mengambil kesempatan, tindakan kerajaan itu tidak akan memberi satu impak yang cukup meluas, sebaliknya tertumpu kepada kenderaan semata-mata dan bukannya menyeluruh", ujar beliau.

Harga minyak petrol dan diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

(Pemimpin POPULIS memang merosakkan negara untuk kepentingan peribadi)


Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter, ketika kadar inflasi bagi bulan Ogos meningkat kepada 8.5 peratus, manakala diesel sebanyak lapan sen menjadikannya RM2.50 seliter.

Pada 24 September lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.


Pada 14 Oktober pula, kerajaan menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen dan 20 sen bagi diesel ketika harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$77 setong.

Terakhir, kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada hujung bulan lalu, menjadikan harga runcit dua bahan api itu masing-masing pada kadar RM2.15 dan RM2.05 seliter.


Konsert PROTES yg dicemari aksi lucah menunjuk pungkoq kepada penonton boleh disaksikan di:http://www.youtube.com/watch?v=iuZfAtwF8BU&eurl=http://tersurat-tersirat.blogspot.com/2008/07/protes-konsert-tonggeng.html



Jgn syok berkuasa dari dalam parti, tapi tak nampak apa yang rakyat tengok dan menilai

Dipetik dari laman http://www.chedet.com/


1. Selesailah sudah mesyuarat bahagian-bahagian UMNO untuk memilih kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian serta pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti.

2. Sistem kuota masih berkuat-kuasa dan pemerhati mengikuti jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon-calon tertentu dalam media samada mereka memenuhi kuota atau tidak.

3. Tetapi berita utama bukanlah berkenaan dengan layak atau tidak layak calon-calon. Berita utama ialah berkenaan dengan kegunaan wang sogokan oleh calon-calon tertentu. Di zaman keterbukaan yang dijunjung oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sogokan wang juga dibuat secara semakin terbuka.
4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa.

5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.

6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.


7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.

8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.

9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.

10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.

11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?

12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.

13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.

14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.

15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.

16. Parti lawan juga turut lihat pendedahan keburukan UMNO dan mereka berdiam diri. Lebih buruk kelakuan orang UMNO lebih baik bagi parti lawan. Kemungkinan mereka menang menjadi lebih cerah apabila UMNO menjadi lebih kotor dan dipandang jijik oleh pengundi.

17. Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia UMNO telah tolak UMNO hanya kerana pucuk pimpinan UMNO yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bemacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati, undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi UMNO dan BN yang menjadi mangsa.

18. Kali ini penolakan UMNO dan Barisan Nasional oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka, Melayu, Cina dan India, memandang jijik keseluruhan UMNO itu sendiri. Dengan mengetahui UMNO terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah decalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon UMNO? Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN.

19. Dahulu ramai berpendapat jika dapat tempat dalam UMNO banyak peluang dan keuntungan akan diperolehi. Ada yang akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan gelaran-gelaran Tan Sri, Dato dan sebagainya. Yang lain akan dapat kontrak, atau jadi pengarah dan mendapat pendapatan lumayan.

20. Kenapa tidak? UMNO tetap menang dan jadi Kerajaan.

21. Tetapi kerana kelakuan buruk ahli dan pemimpin UMNO kali ini besar kemungkinan BN dan UMNO akan kalah. Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini. Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam UMNO tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

22. Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah.

23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.

24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.

25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.

26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?

27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.

28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.

29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.
Komen Cabai Melaka: Begitu jijik, keji, hina dan murahan sangat jika perwakilan sanggup terima wang dan membelakang amanah rakyat.

Tuesday, November 18, 2008

Politik, ekonomi lemah punca Melayu diperlekeh

TAHUN-tahun kebelakangan ini menyaksikan keberanian kaum bukan Melayu mempertikai, memperlekeh dan mempersoalkan perihal hak orang Melayu.

Lebih teruk daripada itu, kaum bukan Melayu menyalahkan orang Melayu sebagai punca mereka tidak mendapat tempat di negara ini terutama dalam sektor perkhidmatan awam.

Seolah-olahnya kaum bukan Melayu di Malaysia tidak mendapat apa-apa, lantaran semua dasar yang dilaksanakan kerajaan termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya untuk orang Melayu.
Amat dikesali juga apabila desakan atau saranan supaya hak orang Melayu dikaji semula turut datang dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah menurunkan
aku janji taat setia dan bekerjasama ketika Malaysia bertatih untuk berkerajaan sendiri.

Tambah memeritkan apabila UMNO - parti yang menaungi orang Melayu dilihat menjadi batu penghalang kepada orang bukan Melayu untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Terbaru, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy menuduh UMNO sebagai punca berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan awam.

Tuduhan yang bersifat melulu dan bercanggah dengan realiti serta fakta itu bukan sahaja menyakitkan hati orang Melayu malah membuktikan bahawa sikap iri hati bukan Melayu semakin menjadi-jadi.

Jika direnung apakah punca bukan Melayu semakin berani bertindak sedemikian rupa sedangkan dari segi ekonomi, mereka lebih dominan manakala Melayu hanya mempunyai kuasa politik yang sering dijadikan bahan mainan oleh bukan Melayu.

Hakikatnya seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Rais Yatim, keberanian dan keceluparan bukan Melayu antaranya didorong oleh sikap tidak kisah sebahagian Melayu yang membiarkan sahaja polemik pribumi dipermainkan.

Ia juga turut berpunca daripada penyatuan kalangan kaum Melayu yang dilihat semakin merapuh sehingga menimbulkan rasa tidak hormat bukan Melayu terhadap Melayu.

Keadaan itu menyebabkan bukan Melayu semakin berani menjentik perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati sebelum ini tanpa peduli sama ada tindakan seperti itu akan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Sudah tiba masanya, orang Melayu bermuhasabah diri dan bertindak pantas untuk tampil sebagai kaum yang mempunyai harga diri, kejituan jati diri serta kekuatan ekonomi supaya tidak lagi diperlekehkan oleh bukan Melayu.

Bak kata Rais, tidak ada gunanya Melayu melaung-laungkan ketuanan dan hak di sisi Perlembagaan sedangkan realitinya Melayu tidak dihormati dan merempat di negara sendiri.

Paling penting lagi ialah setiap cercaan dan penghinaan terhadap Melayu tidak cukup sekadar dijawab dengan mengeluarkan kenyataan atau membuat laporan polis.

Tindakan membetulkan kedudukan Melayu dengan menyelesaikan semua masalah dalam Melayu mesti segera dilaksanakan. Dalam banyak hal Melayu menjadi punca kelemahan kaum sendiri dan akibat kelemahan itu kaum-kaum lain bermaharajalela untuk memijak Melayu.

Koyak Permohonan: Ramasamy perlu kemuka bukti

PUTRAJAYA 17 Nov. - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor P. Ramasamy perlu membuat aduan kepada pihak berkenaan jika mempunyai bukti bahawa borang permohonan jawatan sektor awam daripada kaum bukan Melayu telah dikoyakkan tanpa diproses.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, Ramasamy pada masa yang sama perlu menamakan jabatan kerajaan tersebut secara spesifik.

''Untuk pihak JPA, saya memang tidak pernah menerima sebarang laporan bahawa borang permohonan jawatan daripada kaum bukan bumiputera telah dikoyakkan.

''Kenyataan Ramasamany tidak jelas, beliau tidak nyatakan secara spefisik sama ada perbuatan itu dikesan di kerajaan negeri, JPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau badan-badan berkanun kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan yang membuat laporan polis terhadap Ramasamy berhubung kenyataannya mengenai isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam di negeri itu.


Menurut Norman, laporan tersebut perlu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramasamy termasuk dakwaan terdapat ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan bukan Melayu itu berbaur perkauman dan boleh mencetuskan perbalahan kaum di Pulau Pinang.


Khamis lalu ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berlangsung, Ramasamy mengatakan bahawa kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja.


Beliau turut menuduh UMNO sebagai penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan kerajaan.


Mengulas lanjut, Ismail berkata, beliau sedia menerima sebarang aduan membabitkan JPA daripada Ramasamy.


''Tetapi kalau aduan itu membabitkan jabatan-jabatan kerajaan negeri, maka ia bergantung kepada budi bicara kerajaan negeri untuk selesaikannya," katanya.


Ismail bagaimanapun berkata, tindakan mengoyakkan borang permohonan tidak mungkin berlaku dalam semua jawatan kerajaan kerana sistem permohonan secara dalam talian telah diaplikasikan secara meluas menggantikan cara permohonan konvensional.


''Ia umpamanya tidak mungkin melibatkan SPA kerana SPA telah memperkenalkan cara permohonan secara elektronik menggunakan Internet.

''Dalam keadaan ini, adalah tidak mungkin untuk pegawai SPA mengoyakkan apa-apa borang permohonan," katanya.