Showing posts with label PRK Lunas. Show all posts
Showing posts with label PRK Lunas. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Demo desak YB Razdhi letak jawatan tak dapat sambutan







Demo desak YB Razdhi letak jawatan tak mendapat sambutan...yang banyak cuma geng2 gelap (yer laaa area Paya Besar kan area depa)...Demo diadakan di hadapan Pusat Khidmat Dun Lunas. Sepanduk menyeru kereta yang lalu-lalang agar membunyikan hon, tetapi kesian, cuma ada segelintir sahaja kereta yang membalasnya...

Ini bukti gambar demo yang tidak mendapat sambutan itu...

Selamat jalan PKR Padang Serai!! Orang tak kebuloq dah

Thursday, August 27, 2009

UMNO sedia bantu Mohd. Radzhi





SIK 26 Ogos - UMNO sedia membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang kini menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya beliau memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) Kedah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO dan BN mempunyai kemampuan membantu rakyat setiap masa berbanding kerajaan negeri sendiri.

"Saya berharap dia akan bersama-sama menyokong kita seperti rakannya yang isytihar keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Perak.

"Kalau dia bersama-sama dan nyatakan sokongan terhadap BN, Insya-Allah kita akan bantu penuhi keperluan penduduk di dalam kawasannya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 30 keluarga mangsa ribut di Wat Siam Kampung Batu Seketul, Belantek, dekat sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, pihaknya percaya Mohd. Radzhi sebelum ini menjalankan tugasnya selaku ADUN dengan baik tetapi tidak mampu menunaikan permintaan pengundi.

"Kita tahu bahawa sebelum ini dia tak berapa berani balik ke kawasan kerana pengundi Lunas tuntut macam-macam sedangkan kerajaan negeri tak mampu nak bagi. Sebab itu dia tak boleh tunggu lagi," katanya.

Mengenai ura-ura bahawa Mohd. Radzhi mungkin menyertai UMNO, Ahmad Bashah berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang usaha supaya beliau berbuat demikian.

"Itu terpulang kepada dia dan bagi dia buat pilihan. Kita sedia terima tapi bukanlah kita pelawa. Kalau dia nak masuk, kita tak boleh tolak kerana itu hak dia," katanya.

"UMNO sentiasa terbuka kepada orang Melayu dan bumiputera yang layak," katanya




Bookmark and Share





Wednesday, August 26, 2009

Keluar PKR: Syabas YB Radzhi Salleh


BAGAIKAN kebetulan, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas hanya berselang beberapa hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengumuman itu sekali gus memberi dua konotasi yang berbeza kepada pemerhati politik. Di pihak kerajaan, ia dilihat sebagai bukti kepada betapa goyahnya parti PKR sehingga hilang kepercayaan di kalangan ahlinya sendiri.

Ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk meyakinkan penduduk Permatang Pasir bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak boleh ke mana. Sebaliknya hanya gah dengan pelbagai isu dan konflik dalaman yang berlaku dalam pakatan pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP.

Bagi pakatan pembangkang pula, tindakan Mohd. Radzhi itu tidak ubah seperti sebuah perancangan penuh strategik BN untuk mencemar kredibiliti mereka. Ia dilihat taktik kotor BN meraih simpati pengundi di Permatang Pasir hari ini.

Jika benar Mohd. Radzhi sudah hilang kepercayaan kepada parti, mengapa baru kali ini iaitu ketika menjelangnya pilihan raya kecil di Permatang Pasir beliau tampil membuat pendedahan? Dalam senario politik negara yang semakin kalut ketika ini, keputusan Mohd. Radzhi untuk bergerak secara bebas bukanlah tindakan yang luar biasa.

Ia boleh disifatkan sebagai reaksi atau tindak balas yang sangat sinonim setiap kali menjelangnya pilihan raya atau sebarang peristiwa yang menyentuh mengenai agenda politik diumumkan.

Namun, dalam kes Mohd. Radzhi, ada sesuatu yang agak menarik untuk diperhatikan seterusnya merungkai tindakan beliau. Antaranya ialah tindakan pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang membelasah personaliti beliau di dalam sebuah laman sesawang berbentuk berita.

Anwar antara lain mengaitkan Mohd. Radzhi dengan masalah disiplin, kewangan dan hal-hal peribadi. Tidak dapat dipastikan kenapa Anwar bertindak sedemikian rupa. Kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua, beliau seharusnya melindungi hak peribadi pengikut beliau apatah lagi yang bertaraf wakil rakyat.

Adakah kerana Mohd. Radzhi memilih untuk keluar parti maka segala isu yang membabitkan beliau berhak dicanang kepada umum?

Bagaimana sekiranya Mohd. Radzhi masih kekal sebagai ADUN PKR, apakah isu-isu peribadi beliau sanggup dibuka ke pengetahuan rakyat?

Ini secara tidak langsung menjelaskan sikap Anwar yang tidak menghormati Mohd. Radzhi sebagai salah seorang ADUN yang kini bekas pemimpin PKR.

Seandainya beliau ikhlas, PKR seharusnya memberi sokongan kepada Mohd Radzhi untuk terus berjuang demi kebenaran tanpa mengambil kira parti apa yang disokong.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana isu keluar parti Mohd. Radzhi ini mempengaruhi corak pengundian di kalangan penduduk Permatang Pasir hari ini.

Namun sesuatu yang perlu ditekankan, masyarakat Malaysia perlu menetapkan pendirian dengan memilih pemimpin dan parti politik yang memperjuangkan nasib mereka dan membawa kepada kerukunan dan kesejahteraan kepada negara.

Kita tidak mahu menjadi seperti negara-negara jiran yang tidak pernah lekang dengan aksi politik melampau kerana rakyat terlalu vokal dalam menentukan jatuh bangun sesebuah pemerintahan negara.

Memang rakyat berhak merencana semua perjalanan politik negara. Tetapi sekiranya bermandikan darah, caci-maki, kekejaman dan pelbagai anasir buruk lain yang akan menggugat proses demokrasi sedia ada, adakah ia sesuatu yang berbaloi untuk dipertahankan?

Apa pun tindakan Mohd. Radzhi dan Anwar pastinya memberikan implikasi negatif kepada kekuatan PKR.

Ia tidak memerlukan penjelasan mendalam kerana Anwar sendiri sebelum ini memperkenalkan polisi tindakan melompat parti yang kemudiannya menjadi trend dalam budaya politik demokrasi Malaysia.

Cuma apa yang boleh diperhatikan daripada tindakan Mohd. Radzhi itu sebenarnya banyak mencerminkan kredibiliti PKR dalam perjuangan membela rakyat yang semakin dibimbangi dan diragui.

Ketandusan idea PKR dalam perjuangan parti itu membuatkan ramai yang berfikir mengenai rasional untuk memberikan sokongan. Lihat sahaja apa yang berlaku sebelum setahun pakatan pembangkang memerintah.

Pelbagai spekulasi timbul dan masalah yang dicetuskan baik isu perkauman, rasuah politik, integriti dan banyak lagi.

Perkara ini seperti yang dijelaskan oleh pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad, sangat logik untuk dianalisis dari sudut pemikiran masyarakat Malaysia yang sentiasa mahukan kebenaran dan pembelaan terhadap nasib mereka.

Pakatan pembangkang diuji dengan pelbagai isu yang secara tidak langsung menggambarkan kekuatan mereka sebagai pemerintah. Polemik itu sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan adakah pakatan pembangkang merupakan harapan baru bagi rakyat Malaysia?

Persoalan ini jelas Noor Sulastry, perlu dijawab dengan melihat beberapa konteks penting. Antaranya pakatan pembangkang perlu melaksanakan janji-janji yang telah dibuat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu seperti memperjuangkan ketelusan, keadilan, responsif, berjiwa rakyat, mempunyai sikap yang sederhana dan banyak lagi.

Malangnya tambah Nor Sulastry, senario yang berlaku tidak menggambarkan seperti apa yang diharapkan. Perbalahan demi perbalahan tercetus dalam pakatan pembangkang termasuk dalam isu kerajaan campuran, raja Melayu, kerajaan perpaduan, isu kuil di Selangor, isu babi dan bermacam lagi.

''Tiada kesepakatan yang dicapai antara mereka. Sikap saling tuding-menuding sama sekali tidak menjamin demokrasi dan kejayaan dalam sesebuah negara sekiranya dibiarkan berterusan," ujar beliau.

Kerana itu juga perlu diingatkan, kedudukan hegemonik pakatan pembangkang kini bukanlah sesuatu yang berkekalan.

Ia boleh berubah sepanjang masa kerana kegagalan atau konflik dalaman pakatan pembangkang. Keadaan ini memberikan alternatif yang baik dan dengan desakan faktor eksternal seperti kekuasaan BN ke atas struktur politik, ia boleh membawa kepada kuasa hegemonik itu dirampas semula.




Bookmark and Share



Sunday, August 23, 2009

Syabas! ADUN Lunas keluar PKR dan PKR Bahagian Padang Serai Lumpuh




TERKINI DARI PADANG SERAI KEDAH

ADUN Lunas keluar PKR
23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan


200 ahli PKR Padang Serai keluar parti
Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan


Terserah pucuk pimpinan PKR tentu kedudukan ADUN
23/08/2009 2:26pm

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, status Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Katanya, sebagai Menteri Besar, beliau berhak menggantikan mana-mana Anggota Exco Kerajaan Negeri yang tidak lagi mewakili parti-parti pakatan pembangkang setelah memaklum dan diperkenankan oleh Sultan Kedah kelak.

“Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.

“Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri,” katanya di sini hari ini.

Azizan berkata, beliau tidak mahu mengulas mengenai tindakan Mohd. Radzhi kerana ia adalah urusan dalaman PKR.-






Bookmark and Share





Sunday, April 5, 2009

Lunas 2000: Masihkah kau ingat sentimen Agama dimainkan? (Siri 1)

(Masihkah kau ingat Pusat Khidmat ADUN Lunas di Jalan Kilang Lama semasa Saifuddin Nasution yang tidak ubah seperti sarang sampah- mmg sampah pun!!)

P/Raya Kecil Lunas November 2000: PAS menyuruh penduduk Islam Melayu memilih antara kuil dan masjid (BN diwakili oleh Anothny Samy dan PKR oleh Saifuddin Nasution). Mengapa tidak dicanang kembali nada irama P/Raya Kecil Lunas di Bukit Selambau???


Lunas November 2000...siapa tidak kenal akan pilihanraya kecil ini. Pilihanraya yang berjaya bagi pihak pembangkang apabila isu sentimen agama yang menebal dicanang. Kononnya bekas ADUN yang ditembak mati, Dr. Joe Fernandez (ditembak mati oleh pengganas agama yang melabelkan diri mereka pejuang agama) adalah mubaligh Kristian.





Beliau rebah di simpang Bukit Mertajam di dalam perjalanan balik dari klinik beliau.Lunas juga ditakut-takutkan oleh pihak pembangkang yang kononnya akidah umat Islam Lunas akan ternoda jika mengundi calun BN. Sebabnya kenapa? Kerana calun BN adalah calun Kristian.


Takut ternoda kononnya anak-anak gadis Melayu Islam akan menjadi seperti Dr. Syarifah yang kononnya mengandung anak Dr. Joe. Takut mereka akan anak-anak Melayu akan murtad dan masuk Kristian.Begitulah kuatnya pukulan paluan mereka semata-mata untuk mendapatkan undi.Namun jelas, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang.



Ceramah mereka berlainan sekali nadanya mengikut penontonnya dan agama penonton. Di depan penduduk Islam, mereka mencanangkan isu anak haram dan murtad. Jika di depan penonton agama lain, isu lain dimainkan. Mereka mendakwa terdapat lebih 30 orang anak Melayu beragama Islam sekitar Kampung Naga Lilit, Kampung Batu Enam dan Kampung Durian Tunggal menjadi murtad kerana kekabutan untuk mendapatkan duit yang nilainya hanya RM50.


Begitu jualah dengan berita fitnah mereka yang kononnya terdapat 100 orang lebih pelajar sekolah di sekitar Jalan Kilang Lama, Kampung Badak dan Jalan Kulim-Lunas yang menjadi Kristian dan payah mengucap. Juga mereka mendakwa akan banyak lagi pelajar sekolah di sekitar Jalan Sungai Ular juga akan menjadi murtad kerana terdapat seorang guru Kristian yang aktif di situ.


Mereka juga mendakwa pusat penukaran agama serta penyelewengan akidah berlaku di Summitt, Bukit Mertajam.Lebih parah lagi apabila mereka sanggup mengeluarkan kata-kata nista ini:


"PERINTIS BUDAYA ANAK LUAR NIKAH ROJAK?
Berita Dr Jeo Fernandez mempunyai hubungan intim dengan seorang wanita Melayu bernama Syarifah juga diketahui ramai sehingga mendapat anak luar nikah. Itulah hasil dari hubungan percintaan rojak ini. Syarifah sendiri tidak perlu khuatir kerana beliau dilindungi oleh seorang Ahli DUN BN yang cukup bertaring. Malah beliau merupakan antara ADUN kesayangan Memanda Tua, maklum sajalah - warna kan sama.


Apa nak kisahkan... wakil-wakil rakyat umno pun tak kisah. Lantaklah!! Bukan Syarifah sorang saja yang melahirkan anak luar nikah. Ratusan gadis Melayu, terutamanya gadis-gadis Kilang di P. Pinang (Pulau) termasuk di sekitar Seberang Prai/Butterworth asyik melahirkan anak luar nikah. Sapa peduli? Ada Pak Lah bising? Ada Rafidah jenguk kelompok ini? Ada ke Sharizat buat kempen dan adakan siri bimbingan dan kelas-kelas Agama di sana (atau di mana-mana Kilang misalnya?),


Mana Cik Azalina Othman dengan Biro Awamnya tu? Yang kita asyik dengar "rombongan, rombongan, rombongan". "ucapan, ucapan, ucapan". Esok lusa adalah gambar bayi-bayi dibuang! "




Namun itu semua isu yang menjadi kemenangan mereka. Isu yang sengaja dicipta. Dan isu tersebut jualah yang bakal memakan mereka nanti. Penduduk di Lunas menanti akan kebenaran mereka untuk membalasnya kembali. Penduduk Kampung Naga Lilit tahu, penduduk Kampung Permatang Durian tahu, penduduk Kampung Seluang tahu, penduduk Kampung Paya Besar tahu malah hampir keseluruhan penduduk Lunas tahu akan kejadian sebenar ini.


Jika kita lihat kembali tentang kebenaran isu tersebut, maka kita ingin mencabar PAS (melalui Mat Sabu ukk! ukk! di Sungai Seluang) dan KEADILAN (Saifuddin di Taman Selasih) agar memberi kita fakta selepas penaklukan mereka di Lunas. Di manakah kesemua orang-orang "MURTAD" dan "ANAK HARAM" tersebut? Berapa ramaikah yang mereka berjaya membimbing balik kembali mengucap syahadah? Apakah pendekatan mereka yang telah digunapakai untuk mengembalikan anak-anak Melayu yang sesat ke pangkal jalan? Apakah akitiviti yang telah mereka anjurkan?


Saban malam, ketika penantian hari pembuangan undi, mereka berkobar-kobar berucap di atas pentas menggembur kata-kata "ANAK HARAM!" "MURTAD" "SELAMATkan AKIDAH". Manakah itu semua?


Saifuddin pula seperti takut menerima cabaran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu apabila diajak berdebat mengenai isu MURTAD di Lunas pada Pilihanaraya Kecil Indera Kayangan di Padang Bola Taman Kemajuan, Kangar. Takutnya Saifuddin untuk memberi fakta kepada rakyat tentang pembohongannya.Kini Lunas menanti jawapannya. Saifuddin memang pandai berlakun.


Di Lunas beliau berlakun sebagai orang yang sederhana. Tinggal di rumah teres bernombor 2495 Jalan Selasih 4, Taman Selasih. Berlakunlah kononnya beliau hanya memiliki kenderaan yang ada kadar sahaja. Tetapi kita yang mengenali Saifuddin tahu akan hubungan serta jalinan jaringan kroni dengan Memanda Ayanhanda, DSAI. Kita tahu pemilikan harta Saifuddin.


Saifuddin juga sekarang amat payah ditemui oleh rakyat Marhen Lunas. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lunas di Jalan Kilang Lama pun tidak berpenghuni. Ke manakah rakyat Lunas harus mengadu nasib mereka jika pemimpin yang dipilih amat payah untuk menampakkan batang hidung? Asyik berceramah di pelusuk Malaysia sehingga rakyat dilupai.


Kesimpulannya, kita ingin mencabar kepada pihak PAS dan PKR agar dibuktikan dakwaan mereka tentang kebenaran "ANAK HARAM" dan "MURTAD" yang mereka palukan semasa pilihanraya. Tunjukkan kepada kita senarai nama dan aktiviti yang telah diamil oleh PAS/PKR dalam mengembalikan akidah umat Islam Lunas. Kini pengundi Lunas tahu akan tembelang PAS/PKR. Ini cabaran kita! Sahutlah wahai PAS dan PKR jika anda anak jantan!