Showing posts with label Bagan Pinang. Show all posts
Showing posts with label Bagan Pinang. Show all posts

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Petugas PAS berdarah? Buatlah lapuran polis

Harakahdaily mewujudkan suasana seolah-olah berlaku pergaduhan besar di Bagan Pinang. Dimuat-turunkan gambar berdarah. Jika benar ini berlaku, buatlah lapuran polis! Tunggu apa lagi...atau PAS sengaja menipu rakyat!

SMS ajak 'perang'...

Dikisahkan kononnya berlaku pergeseran kecil antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Rabu malam.

Namun hingga kini tiada laporan polis dibuat berhubung dengan insiden yang dikatakan berlaku itu.

Tetapi kini sudah berlegar SMS yang didakwa dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi yang meminta ahli-ahlinya untuk turun ke Bagan Pinang atas nama jihad fi sabilillah.

Dalam ayat mudah SMS itu mengajak ahli-ahli Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk ‘berperang’.


Berdasarkan SMS yang berlegar, dikatakan kononnya Pemuda UMNO menceroboh markaz Pemuda PAS dan menghalau petugas keluar.


SMS itu seterusnya meminta seluruh Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang atas nama jihad fisabilillah.



Mengulas dakwaan penyebaran SMS itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika perkara itu berlaku, ia sebenarnya memperlihatkan PAS semakin terdesak ibarat sudah ‘terperosok ke dinding’.



“Ini adalah strategi reverse psychology dan terdesak PAS. Malah ini usaha mereka untuk memaksa lebih ramai Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk menakutkan pengundi. Pada masa yang sama nak tunjukkan Pemuda UMNO jahat tetapi kalau berlaku mesti ada laporan polis dibuat. Bagi saya ini sengaja diada-adakan,” ujar beliau.


Mengenai proses pengundian undi pos babitkan anggota tentera yang dilihat lebih terbuka dan teluh, Ahmad Zahid berkata, langkah itu sebagai menolak tuduhan PAS bahawa undi tentera dipangkah pegawai pemerintah.


"Kita dan SPR benarkan media dan wakil calon saksikan proses undi pos di Bagan Pinang.Kalau mereka tuduh lagi, bermakna bukan sahaja mata mereka buta tetapi hatipun buta juga," katanya

Thursday, October 8, 2009

Kugan, Teoh, kepala lembu...salah BN?


Selepas pembangkang beria-ia menjadikannya modal kempen, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Rabu menjawab empat isu besar yang digembar-gemburkan parti lawan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Beliau mengambil kesmepatan menjawab keempat-empat isu besar tersebut kerana sudah muak dengan sikap pembankang yang terus menerus menaburkan fitnah dan cuba memburukkan kerajaan dalam isu-isu yang tiada kena mengenai dengan Barisan Nasional (BN).

Apakah salah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dalam isu perarakan kepala lembu, kematian penjenayah A.Kugan serta kematian Teoh Beng Hock dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor?

Di depan lebih 2,000 penduduk serta pengundi di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Muhyiddin menjelaskan, bukan Perdana Menteri atau timbalannya mahupun menteri mengarahkan perkara atau kejadian tersebut berlaku.

Katanya, perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam berpunca kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang.

"Isu itu berlaku di Selangor, di negeri yang dikuasai pembangkang, apa kena mengena dengan Barisan Nasional," tanya beliau.

Dalam insiden itu penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu memindahkan kuil ke kawasan majoriti penduduk Melayu dan beragama Islam.

Menurut Muhyiddin, kerajaan bertindak terhadap mereka terbabit perarakan itu kerana tidak mahu ianya mencetuskan ketegangan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.

Bagi kes kematian Kugan ketika dalam tahanan polis, Muhyiddin menjelaskan, lelaki itu ditahan kerana polis mempunyai bukti pembabitannya dalam kegiatan samseng.

Namun, semasa dalam tahanan dia telah mati dan polis sudah menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya yang akhirnya seorang anggota polis dituduh ada kaitan dengan kematian penjenayah itu.

"Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan supaya Kugan dibunu, Menteri Dalam Negeri pun tak keluarkan arahan itu. Zalimlah saya jika saya beri arahan untuk dia dibunuh," ujar beliau

Mengenai kes kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, beliau menjelaskan, sebelum ini pembangkang selalu menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) alat kerajaan.

“Kita tubuh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mereka menjalankan tugas dan mendakwa sesiapa sahaja terbabit rasuah,” katanya.

Menurut beliau, suruhanjaya ini adalah lantikan Yang di Pertuan Agong.

“Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, saya tak fikir SPRM buat begitu. Bagaimanapun, kita tubuh inkues untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut,” jelas beliau lagi.

Katanya, kerajaan mahupun pemimpin lain tidak mahu tragedi malang itu berlaku kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan kita bertanggungjawab dengan ambil tindakan dengan benarkan inkues kerana tidak mahu kejadian itu menjejaskan institusi SPRM,”.

“Tetapi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan konco-konconya tuduh kita (kerajaan BN), Apakah ini salah kerajaan atau UMNO?” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang kini minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tangguh pilihanraya Bagan Pinang kononnya daftar pengundi tidak betul.

Katanya, pilihanraya tidak boleh ditangguhkan malah pengundi pos akan mula membuang undi Khamis.

Ini semua jelasnya, menunjukkan pembangkang tertekan dan tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Muhyiddin turut menjelaskan isu PKFZ yang dikatakan pembangkang sebagai kes pecah amanah dan rasuah yang besar.

“Ini bukan keputusan kerajaan..mungkin ada penyelewengan. Kita sudah tubuh jawatankuasa khas dengan banyak wakil untuk siasat perkara itu hingga ke lubang caci atau ke akar umbi,” tegas beliau.

Katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau sesiapa sahaja cuba rosakkan negara dengan membawa mereka ke pengadilan.

Beliau percaya pembangkang yang kalah 4-0 dengan tuduhan-tuduhan di atas akan membuat cerita dan fitnah lain bagi memburukkan kerajaan termasuk Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu pengundi di Bagan Pinang menolak pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan padahal kerajaan melakukan apa sahaja langkah terbaik bagi mengelak sebarang perkara buruk yang boleh menjejaskan imej negara.

Penjelasan beliau malam tadi barangkali mahu mematahkan pembohongan pembangkang terutama PAS yang meletakkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang selain kemungkinan isu itu terus diputarbelitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar yang dijadual turun berkempen mulai Khamis

Wednesday, October 7, 2009

Tuesday, October 6, 2009

Al--Quran bukan mainan politik



Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka.

Perkara itu dizahirkan oleh beberapa tokoh agama apabila Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup bersekongkol dengan ahli politik bukan Islam bagi meraih sokongan rakyat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, Pas seolah-olah turut sama mempermainkan al-Quran kerana membenarkan ahli politik bukan Islam menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah mereka.

‘‘Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini.

‘‘Kita perlu ingat bahawa al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al-Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang menggunakan ayat suci al-Quran di atas pentas ceramah Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Dalam ceramah itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

Pada 4 April lalu, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming juga melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut menegaskan, kitab suci al-Quran tidak boleh dipermain dan diketawakan untuk tujuan politik murahan.

Katanya, tanggungjawab memelihara kesucian al-Quran itu terletak pada bahu umat Islam dan al-Quran menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa.

‘‘Kita sebagai umat Islam perlu menjaga maruah Islam, jangan sampai meletakkan al-Quran itu di tempat yang rendah sekali.

‘‘Ayat al-Quran bukannya sebagai bahan ketawa dan untuk dihina tetapi kita sebagai umat Islam perlu menjaga dan memeliharanya sehingga sesiapa yang memegangnya mesti ada wuduk,” katanya.

Nooh yang juga bekas Mufti Johor memberitahu, al-Quran sepatutnya digunakan oleh para ulama dan ilmuwan Islam untuk menerangkan keadilan, kesederhanaan dan keindahan Islam kepada orang bukan Islam dengan harapan mereka menerima Islam tanpa paksaan.

‘‘Tetapi bukan sebaliknya, iaitu orang bukan Islam pula merujuk pada al-Quran dan disampaikan pula kepada orang Islam. Itu sudah terbalik,” tambahnya.



Bookmark and Share





Monday, October 5, 2009

N31 Bagan Pinang :PR sokong Chin Peng ,Sekarang Menagih Undi Daripada Perajurit

Dari bog PISAU.blog

Sebelum ini heboh satu negara apabila Tok Guru PAS sendiri menyatakan Chin Peng seorang nasionalis,Kesemua pemimpin pakatan haram mengangkat perjuangan komunis sebagai nasionalis,hanya semata mata mahu menutup sejarah yang UMNO sebagai pejuang dan merintis kemerdekaan.


Sokongan tidak berbelah bahagi kepada penganas komunis seperti Chin Peng telah menghalalkan perjuangan puak komunis ini sehingga melupakan pengorbanan pejuang pejuang melayu,anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban akibat keganasan komunis.

Malah Pakatan Haram telah membuat satu usaha agar Chin Peng di benarkan kembali ke tanah air,usaha mereka juga ingin mengubah kotak pemikiran rakyat agar menerima Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan.


Hal ini harus dibangkitkan oleh kesemua jentera BN kenapa sekarang PAS mahu menagih undi perajurit?

PAS mana maruah kamu? perajurit kamu perlekehkan,perngorbanan mereka kamu tong sampahkan sekarang mahukah undi perajurit? sekarang mahukan mereka menangkan kamu?

PAS harus jawab kenapa Tok Guru menyokong Chin Peng? Kenapa Pakatan Haram menyokong perjuangan Chin Peng???????!!!!!

PAS! Kahak yang kamu ludah ,mahu lagi kamu jilat? hanya semata mata mahukan undi dan kuasa politik?


Pisau kata " Puak PAS tak tau malu.sendiri ludah sendiri jilat"

Saturday, October 3, 2009

Pengisytiharan calun PAS Bagan Pinang tak dapat sambutan





Crowd estimates vary from 10,000 to 15,000 but one thing for sure, the food was catered for 10,000 people and the serving trays were licked clean well before the announcement itself...
beza lah pulak dengan pengumuman PAS, tak sampai 500 orang datang
ni gambar dari Minaq Jinggo



Melingkup Bersama PAS: Slogan Reverse Psycho di Bagan Pinang






Bookmark and Share

Friday, October 2, 2009

Ketua Penaja PKR keluar parti


PORT DICKSON 2 Okt. - Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Teluk Kemang, Shaharudin Abd. Hamid, 52, hari ini mengisytiharkan keluar parti itu untuk membolehkannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang sebagai calon Bebas.

Serentak dengan itu beliau juga melucutkan jawatan sebagai Ketua Penaja PKR DUN Lukut serta ahli PKR.

Dengan keputusan itu, beliau akan meneruskan hasratnya bertanding dan hadir pada hari penamaan calon esok bersama para penyokongnya. Utusan





Bookmark and Share



Bagan Pinang: Logo Terbaru PAS bakal memabukkan jentera pilihanraya nya


Thursday, October 1, 2009

Bagan Pinang: Calun PAS bakal makan kapur barus

Dari blog:http://politikputramerdeka.blogspot.com/

Seperti yang dijanjikan, PAS telah pun mengumumkan calon mereka malam tadi di Pentas DAPig dengan kehadiran pemimpin dan pengikut Pakatan Rosak dari luar yang tak sampai 500 orang. Peniaga yang tiba-tiba digelar ustaz Zulkifli oleh kuda-kuda belang taksub PAS jelas menampakkan riak muka yang kusam kerana menyedari bahawa beliau hanya akan menjadi kambing hitam PAS didalam PRK Bagan Pinang ini.

PAS tahu, malah pemimpin Pakatan Rosak yang lain juga sedar bahawa laluan sukar dan suram akan terus menyelubungi kempen mereka kali ini. Mereka tahu bahawa Bagan Pinang bukannya tempat untuk mereka berdendang dan menari dengan rentak yang mereka sukai.

Mereka masuk ke gelanggang PRK ini hanya semata-mata mahu bertanding, mahu menyusahkan, mahu memecahbelahkan perpaduan di Bagan Pinang, mahu menabur fitnah, mahu memaki hamun seperti mana yang berlaku malam tadi apabila pentas memperkenalkan calon seperti biasa di jadikan platform untuk mengutuk dan menabur fitnah! Jenis Iblis sakit itu lah kerjanya...Apa nak heran!

Bagi Ketua Penerangan UMNO, YB Ahmad Maslan beliau meletakkan PAS sebagai parti yang merelakan diri mereka dilacurkan oleh DAP dalam meraih sokongan pengundi bukan melayu terutama kaum cina.

'Tan Sri Isa anak tempatan, arwah isteri beliau juga berasal dari situ, beliau dibesarkan di situ, 30 tahun menjadi wakil rakyat, 22 tahun menjadi MB, banyak jasanya kepada penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang khususnya dan seluruh rakyat Negeri Sembilan Amnya, Rakyat di Bagan Pinang tidak sabar-sabar untuk memenangkan calon pujaan mereka bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan Tan Sri Isa selama ini' -kata YB Ahmad Maslan.

Kempen UMNO dan BN berjalan seperti biasa, penuh dengan pujukan dan rayuan, tiada maki hamun, fitnah, menimbulkan pergaduhan jauh lagi merosak perpaduan seperti amalan Pakatan Pembangkang dalam setiap pilihanraya.

Laungan take beer malam tadi juga kedengaran tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana orang ramai semakin faham dan tahu bahawa agama bukannya sesuatu yang boleh dibuat mainan. Bukan macam Nik Aziz yang boleh menilai sembahyang seseorang serta memberi jaminan syurga kepada pengikut mereka....gila betul la!

Sendiri Mau Ingat!

Sunday, September 6, 2009

Bagan Pinang: Ujian Getir Buat BN


Takdir Ilahi satu lagi kematian wakil rakyat dan kali ini melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan,Allahyarham Azman Mohd Nor,54.Ini yang kedua bagi BN selepas Allahyarham Datuk Razali Ismail di Kuala Terengganu Januari lalu.

Makanya selepas baru saja pilihanraya kecil di Permatang Pasir,Pulau Pinang berlalu juga kerana kematian wakil rakyat PAS, negara akan melalui pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum Mac 2008.

Ini mencipta rekod kerapnya pilihanraya kecil diadakan dalam satu penggal.Ia bermula dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang,kerusi DUN Bukit Selambau,Batang Ai ,Penanti,Manek Urai,Permatang Pasir dan menyusul Bagan Pinang,

Selepas hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai gagal Parlimen Kuala Terengganu yang melibatkan kerusi BN,Bagan Pinang pasti menjanjikan satu saingan yang sengit berentap dengan pakatan pembangkang.

Bagi BN ia harus membuktikan pengaruhnya masih mantap dikawasan-kawasan yang dikuasainya.

Manakala bagi pakatan pembangkang pastinya hendak tunjuk ia bukan saja jaguh menang di kawasan yang telah dimenanginya sewaktu pilihanraya umum lalu.

Menurut kalangan pemerhati politik mahu tak mahu BN harus berhempas pulas pastikan kerusi Bagan Pinang dipertahankan.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan BN tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Di Negeri Sembilan BN kini menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN.DAP pula 10 kerusi, PKR 4 dan PAS 1.

Sewaktu pilihanraya umum Mac 2004,Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS,Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 .

Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi yang terdiri 66 peratus Melayu, 19.9 peratus India; 10.5 peratus Cina dan 3.5 peratus lain-lain kaum.

Allahyarham Azman ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang.Ketua UMNO Bahagian itu ialah Tan Sri Isa Samad,Di kawasan Parlimen Teluk Kemang ada lima kawasan DUN.

Selain Bagan Pinang yang dimenangi Allahyarham Azman, BN juga menang DUN Linggi tewaskan calon PAS.Tiga DUN lain di kawasan parlimen Teluk Kemang iaitu Chuah dimenangi oleh PKR,Lukut DAP dan Port Dickson PKR.Kawsan Parlimen dimenangi PKR.

Pengalaman pilihan raya kecil lepas dijadikan iktibar - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan pengalaman yang diperoleh pada pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar bagi melakukan yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan nanti.

“Kita dah ada banyak pengalaman dan pada kali ini, kerusi ini kerusi kita (BN), kerusi yang kita pertahankan, kita jadi juara bertahan dan kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan.

“Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya di Jalan Cheras di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas harapan BN mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor, 54, semalam akibat jangkitan dalam darah.

Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas dengan mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli mendapat 4,097 undi